Friday, December 31, 2010

saye sayang blog lama saye :(

Posted by nikct at 12/31/2010 07:11:00 AM 4 comments
for a very unexplainable reason, i have to delete my old blog. sayang sgt. that's why im importing almost all of the entries made by me previously. takpe la. anggap la, takde rezeki. dan tak semua yg kita nak kita boleh dpt, kan.

so, bye2 sukasukitalikecapi.blogspot. R.I.P. I will miss you :(

Monday, December 27, 2010

mak aku kate..

Posted by nikct at 12/27/2010 09:24:00 PM 0 comments
"kahwin tak payah buat susah-susah.
tunang & nikah sekalikan je.
biar mak ayah & keluarga dia datang jumpa2 chek dgn wan ni je dah.
tak payah jemput-jemput orang ni.
orang sekarang ni belum ape-ape dah banyak habis duit kat majlis.
buat je majlis tu kat masjid tu terus, habiskan kat sana.
kita buat sekali harung je senang.
takde la chek penat.

kalau nak buat grand-grand, buat kat sebelah sane je lah.
chek bawak la cucu chek 7 orang tu.
cukup la 3 kete je pegi menghantar."

er.. woww.

lagi lagi rindu.. :(

Posted by nikct at 12/27/2010 09:15:00 PM 0 comments
tu je la yang mampu nak terucap tatkala menjauh ni. oke la, oke la. saye tuka..

Wo xiang ni (Mandarin)
Anata ga i naku te sabishii desu (Japanese)
Dangsin-ibogo sipseubnida (Korean)
Chan khidthung thex (Thai)
Muje tumhari yaadh aa rahi hai (Hindi)
Nangungulila ako sa iyo (Tagalog)
Tu me manques (French)
Te echo de menos (Spanish)

but above all, I just miss you :(

lamanya tak drive..

Posted by nikct at 12/27/2010 08:38:00 AM 0 comments
harini 1st day drive ke ofis dengan WPP 1853 tu. setelah seminggu lamanye dia terbiar kat umah. takde sape bawak. seminggu lamanye jugak aku tak drive. rindunye. rindu suasana pagi pergi kerja. good morning evrybody!

Sunday, December 26, 2010

rezeki masing-masing

Posted by nikct at 12/26/2010 11:10:00 PM 0 comments
kalau kita dah sukses, jangan lupa ucap nikmat syukur, kalau orang Islam, ucaplah Alhmdulillah. sebab semua kurnia Tuhan yang bagi.

jangan pulak pandai ucap nikmat syukur, TAPI hati tetap busuk, kutuk mengutuk pencapaian orang lain. rezeki masing-masing kan? harini hari awak. esok lusa rezeki orang tu pulak sampai, sape tau? lambat cepat je.

bersyukur lah, sementara awak masih menikmatinya :)

pandai, tapi...

Posted by nikct at 12/26/2010 07:21:00 PM 0 comments
semua orang dalam dunia masa kini terlalu teramat tersangat bijak. dunia makin moden, teknologi makin canggih, pemikiran manusia pun makin lama makin pesat. bila cakap mesti nak lebat, dengan hujahan nye, otoriti nye. cakap memang pandai. orang yang tak berapa nak cerdik macam saye ni, memang kalah kalau bercakap dengan orang-orang bijak pandai ni.

tapi,

berapa ramai antara mereka yang bijak pandai ni yang mendirikan solat?

masa sekolah, mungkin ramai la, sebab masa tu mungkin ade yg malu kalau tak semayang. kan? masuk universiti, jumlah agak ramai lagi, tapi dah boleh identify sape yang tak semayang tu. bila dah meningkat-ningkat peringkat umur ni, kita boleh tgk dengan jelas, berapa ramai orang lelaki yang melepak kat shopping complex time semayang jumaat tanpa segan silu skang ni? siap deting-deting ngan awek lagi. yang perempuan pulak, takkan sepanjang tahun period??

mungkin itu orang yang saya tak kenal latar belakang dia mcm mana. tapi, yg saya kenal? peghh.. sekolah agama tu duluuuu. skang? dia lagi moden daripada mat saleh.

tolong la. kita ni MELAYU, berbangsa ISLAM. orang putih, kaum cina, india, semua pun semayang. semua pegi church, pegi kuil. MELAYU yang tak semayang ni ape? dah macam orang takde agama. dah boleh masuk kategori ATHEIS tau tak? tapi budaya barat yang minum arak, clubbing, bersekedudukan, pandai pulak nak ngikut? budaya positif dorang yang semayang tu, tak pulak dipraktikkan? ape nak jadi ni..

renung-renungla. hidup kita ni, setiap kali bernafas, setiap nikmat yg kita kecapi, boleh melihat, mendengar, bercakap, berjalan, sape yg tentukan sume tu? sape yang bagi akal fikiran yang bijak pandai tu? sape yang bagi rezeki melimpah ruah tu?

bijak pandai mane pun kamu, banyak mana harta kamu, bahagia mana pun kamu, saye yakin, konfem ada lubang dalam hati kamu. pasti ada yang tak kena dlm hidup kamu. duit selalu tak cukup? rumah tangga goyah? hidup tak tenang? busuk hati, berprasangka buruk dengan orang lain?

hidup jadi tak tentu arah kan? sebab hidup macam rumah tak bertiang la kan? mungkin orang tak faham istilah "solat tiang agama"? oke, mungkin boleh tukar kepada, "kereta tanpa tayar"? "muka tanpa mekap"? kalau kita tak semayang, hidup tunggang langgang la. roboh la rumah kalau tak bertiang. tersadai tak berguna la kereta tanpa tayar dan hilang la seri muka tanpa mekap <--- bagi yg biasa mekap la, saye natural beauty je ;)

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Ar-Rahman)

rasa bersalah..

Posted by nikct at 12/26/2010 07:03:00 PM 0 comments
cuti-cuti haritu, berjalan-jalan makan angin naik flight. dah boring sampai naik kematu pungkoq ni, aku pasang la movie. kat sebelah aku ni, ada 1 family mat saleh. mak, bapak dan 2 orang anak. kecik je lagi. bawah 4 tahun kot. yang abang tu, duduk sebelah aku, main game. so aku tengok la movie, cite omputih. biasala, cite omputih ni, mengandungi unsur-unsur 18SX sket. bila tiba part tu, mesti aku rasa bersalah. sebab? ada budak kat sebelah aku, mungkin tengok-tengok jugak cerita yg aku tgh tgk, sape tau? tapi bila pikir-pikir balik, keturunan dorang gak yang buat cite-cite camni. sume cite-cite dorang mesti ada unsur-unsur camni, kan? so, kenape aku pulak nak rasa bersalah? hehe

Tuesday, December 21, 2010

cuti =)

Posted by nikct at 12/21/2010 05:54:00 PM 0 comments
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. lagi baik kalau cuti ni tak habis! hahahaha

sudah sudah lah

Posted by nikct at 12/21/2010 02:14:00 PM 0 comments
orang ni, ade yg mempunyai perangai yang agak meng'annoy'kan. ada orang jenis tak reti nak sudah-sudah. keep on repeating things, which already passed. sudah sudah lah. kita semua bukan budak kecik. dah tua dah pun.

apa dah jadi, let bygone be bygone. everybody deserved to their own happiness. when u have yours, please dont hurt others. sumpah tak baik tau?

and if u were hurts due to the past event, please dont beg the others to pity u. that would hurt others as well.

semua dah boleh jadi bapak org, mak org da pun sekarang. therefore, act like one. takkan esok lusa bila dah dapat anak, kita nak tunjuk kat anak perangai budak2 kita tu? silap2 anak akan kata "ee, mengada nye mak/ayah ni. matang la sikit". tak ke malu kalau anak sendiri tegur gitu?

Monday, December 20, 2010

jauh di mata, sentiasa dekat di hati :)

Posted by nikct at 12/20/2010 02:27:00 PM 0 comments
cinta jarak jauh, please describe the feeling? hmm.. cacamerba.

kdg2 sgt sedih,
kdg2 sgt merindu,
kdg2 rasa kekurangan,
kdg2 nak lari tinggalkan semua dan nekad hdup dgn dia je,
tp bole jd kdg2 sgt gembira!

sebab??

kdg2, rasa cinta ni tak semestinya perlukan kehadiran fizikal dia di sisi, cukup asal kita tau dia dalam keadaan baik, sihat dan merindui, menyayangi kita seadanya, even kita masing-masing berada nunnnnn jauh antara satu sama lain. when u noe the other party's feeling towards u, distance isn't the biggest obstacle that u need to face.

but,

how patient can u be, and how u handle it, is the challenges that u need to overcome with. at this point of time, im feeling sooooo great with this relationship. dan saye berharap ia kekal sebegini sepanjang hayat. amiiinnn :)

lagipun, mmg lumrah kot, org selalu menghargai sesuatu benda bila benda tu dah takde, kan? dan dgn cara mcm ni la, kita dpt muhasabah diri dan belajar menghargai sesuatu yg tak ternilai. :)

incik sailor, love u! :)

Saturday, December 18, 2010

bye2 office, hello holiday!

Posted by nikct at 12/18/2010 04:57:00 PM 0 comments
saye akan membawa diri ke tempat yg saye tak pernah terpikir akan terokai. muahahaha bye2 kerja-kerja yg menyerabutkan!! kite jumpe balik nexweek!!

p/s : i miss my sayang oledi. too much and badly! :(

day 1

Posted by nikct at 12/18/2010 06:15:00 AM 1 comments
back to normal routine. ke ofis. kena siapkan beberapa perkara sebelum cuti panjang. incik sailor dah pegi. semoga dapat dengar kabar berita A.S.A.P. tak sampai 5 jam dan saye dah merinduinya. nak dengar suara dia. nak dengar dia gelak. nak sakat dia. rindu nak tgk muka dia kena sakat. hmm. hope by new year, dpt dengar suara dia la. hope same-same tabah. disember sangat lah tough. haihh. be positive nik, kemon!!

1 minit 11 seken

Posted by nikct at 12/18/2010 05:46:00 AM 0 comments


sedih je, sempat cakap kejap je dgn incik sailor :(

hope selamat pegi dan balik.
hope selamat dalam setiap pelayaran.
hope dijauhkan daripada malapetaka dan penyakit.
hope incik sailor tabah.
hope hati ni sama-sama kuat.
hope masa ni cepat berlalu.
amiiinnnn..

Itulah Sayang..

Posted by nikct at 12/18/2010 05:32:00 AM 0 comments

Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Itulah sayang..

see u when i see u :(

Posted by nikct at 12/18/2010 05:11:00 AM 0 comments
baru je balik tak sampai sebulan lepas. tu pun balik sebab sakit. tapi, sakit-sakit pun, layan je kite ni.

sori dah banyak menyusahkan sepanjang tempoh kite together-gether ni :(

and thanx for the memories! really appreciate it!! huhu byk sangat kenangan sepanjang sayang sign off kali ni. this is 2nd time of u signing off (but within a very short period of time) but we manage to spent time together perfectly :) thanx sooooooo much for that, dear. love u!

hmm harini, pagini, 5.45am, incik sailor dah kena turun ke ECR (engine control room, kot?) sebab kapal nak gerak keluar awal-awal pagi ni. hurmm tak sangka seawal ni. semalam pun, dah la kejap je flight singgah KLIA, then terus ke Bintulu :(

takpe la, ade hikmah. makin cepat dia pergi, makin cepat la baliknye. 6 months from now, i hope, we were getting stronger!

jangan sakit-sakit lg eh sayang. i love u, gonna mishyu beriberi MUCH! take care!

Friday, December 17, 2010

R.I.P glider :(

Posted by nikct at 12/17/2010 05:01:00 PM 0 comments


tak sampai lagi sebulan. glider pergi.
sedih, sebab dia yg pertama pikat hati kami mase mula-mula nampak kat pet shop.
kami beli same-same.
kami pilih same-same.
sangat lebat bulu dia. sampai tutup mata.
dia jugak sangat lah lincah.
tapi, harini dia pergi tinggal kami sume.
pergi setelah beberapa hari menanggung sakit.
ada hikmah semua ni. :(

n incik sailor. do take care of urself keh. gonna mishyu. veryVERYvery MUCH!
love u, sooooo MUCH!
saye harap masa ni cepat berlalu.
saye harap segala kedukaan di bulan Disember ini akan berlalu dengan sangat cepat.
saye harap... segalanya dipermudahkan :(

Wednesday, December 15, 2010

10 Muharram

Posted by nikct at 12/15/2010 11:25:00 PM 0 comments
10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :

1.ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
2.ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6.Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
7.Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
8.Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
9.Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
11.Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram
13.Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram
14.Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
16.Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
17.Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
18.Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
22.Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.pada 10 Muharram

Peristiwa lain

1.Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
2.Diangkat Nabi Idris a.s. ke langit pada 10 Muharram
3.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
4.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
5.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
6.Allah menjadikan 'Arasy.
7.Allah menjadikan alam.
8.Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata;
"Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa'."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata;
"Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa', maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu. Sufyan berkata; Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya."

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata;
"Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa'; maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini". Maka sabda Nabi SAW.; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu". maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa."

p/s : saye dilahirkan pada 10 Muharram. Alhamdulillah. tak sangka dilahirkan pada hari yang penuh bermakna dan bersejarah dalam kalendar Islam ni huhu

too many things, too little time!

Posted by nikct at 12/15/2010 02:14:00 PM 0 comments
kena plan betul-betul. hope tak tertinggal apa-apa. hope dipermudahkan. amiiinnn.

Monday, December 13, 2010

11-12th Dec 2010 :)

Posted by nikct at 12/13/2010 04:46:00 PM 0 comments
pergi kursus weekend haritu :)
tak pernah se'excited' ni pergi kursus :)

mcm belajar Islamic Family Law dalam 2 hari. hee :)

Friday, December 10, 2010

TM (tamat)

Posted by nikct at 12/10/2010 07:24:00 AM 0 comments

Alhamdulillah. saye OFFICIALLY berjaya menamatkan Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan (DLSA) :)

so, taun depan boleh grad (kali ketiga). yeayyyyyyyy!!!!! yahoooooo!!! yabedabeduuuuuuuuuu!!! wuhuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!

pic mase 69th UiTM Convocation Ceremony, Bachelor of Legal Studies (Hons).
masa 1st time grad haritu mak aku kate, "tak sangka jadi orang".

2nd time grad, 71st UiTM Convocation Ceremony, Bachelor of Law (Hons) (LLB).

dah masuk kali ketiga ni, agaknye nak kata ape la pulak ye? ;)

Alhamdulillah... syukur sgt2....

Wednesday, December 8, 2010

"Sayang rabbit, rabbit comel"

Posted by nikct at 12/08/2010 07:32:00 PM 0 comments
it is our 10th monthsary yesterday :)

and we were able to spent time together, for the very first time :)

usually, we were only have a chance to wish it through phone calls (feeling sooooooo lucky if I'm able to wish him directly), SMSes, and even worse, only by email.

finally :)

happy 10th monthsary sayang.

i love u and will always do!

celebrate kat Rabbit Park pun, comel ape? kan sayang? haha

Monday, December 6, 2010

365 :)

Posted by nikct at 12/06/2010 08:59:00 PM 0 comments
"Kayriel E'izham sent you a message on Facebook..."
Monday, 7 December, 2009, 8:40 PM

7 Disember adalah esok. patut entri ni dibuat esok, skali dgn monthsary kami. tapi, nak entri ni masuk harini jugak.

jika dihitung-hitung, harini genap 365 hari kami berkenalan. dan harini selangkah lagi maju sikit ke depan. ehe.

Alhamdulillah, it went well :)

salam maal hijrah 1432

Posted by nikct at 12/06/2010 03:17:00 PM 0 comments


Sunday, December 5, 2010

cukup sekadar tukar profile pic kartun?

Posted by nikct at 12/05/2010 08:33:00 PM 0 comments

kita boleh tukar profile pic ke gambar kartun, boleh seru rakan-rakan fb di seluruh dunia berbuat demikian, tapi ape yg kita dah buat utk hentikan penderaan kanak-kanak, pembuangan bayi dan peperangan?

Thursday, December 2, 2010

ohh myeg!

Posted by nikct at 12/02/2010 09:00:00 PM 2 comments
sekarang ni semua urusan boleh dibuat di hujung jari je. shopping, topup, check saman, bayar saman, bayar bil air, bil telefon, even renew roadtax pun, semua boleh bikin secara online saje. bunyi sungguh mudah la kan?

baru-baru ni roadtax AGY 4686 milik incik sailor expired (expired ke? taktau proper wording utk roadtax hehe). so, dia nak renew. aku suggest MYEG, sebab officemate aku try renew dgn MYEG, cepat dan mudah je proses aku tengok?

maka, incik sailor pun mendengar nasihat buah hati pengarang jantung pisang dia ni dengan merenew roadtax dengan MYEG. yang mana, sebenarnya aku sendiri pun tak tau mcm mana nak buat hehehe

setelah berjaya, incik sailor puas hati la. sebab mmg mudah. dengan klik-klik je, urusan pe'renew'an roadtax berjaya. tunggu dalam 2 hari, katanya. nanti sampai la roadtax tu, dorang pos. ok.

tetapi malangnya, sehingga ke hari ni, roadtax tu masih tak kunjung tiba di tangannya. bukan sekadar masa terbuang, malah kereta pun tak boleh nak gerak!!

sekarang benda yang sepatutnya mudah, dah menyusahkan pulak.

p/s : sori sayang. kalau saye tau, saye tak rekomen :(

Terima Kasih Cinte =)

Posted by nikct at 12/02/2010 06:51:00 PM 0 comments
saye bersyukur, mempunyai cinte hati yang sangat la saye rasakan sempurna. sebagai manusia, dia memang tak sempurna. tapi, sebagai cinte saye, dia sempurna. dia melengkapi saye.

dia sabar je layan kerenah saye yang tak berapa nak matang lagi ni.

dia sentiasa ade (bila dia ade la of kos! hehe) bila saye perlukan dia.

dia selalu bagi khidmat nasihat bila saye perlukannya. macam dia pulak lawyer heheh

yang penting,

dia memaafkan saye, atas apa jua salah silap yang saye buat selama ni.

dia terima je saye yang serba kekurangan ni seadanya.

berkali-kali saye dah nyatakan ni, tapi memang saye sangat-sangat-sangat terharu dengan kewujudan orang seperti dia dalam hidup saye. syukur Alhamdulillah, tuhan menemukan saye dengan incik sailor.

saye sayanggggg sangat kat dia. takkan sia-siakan dia!

Monday, November 29, 2010

bestnya tengok orang konvo..

Posted by nikct at 11/29/2010 08:03:00 PM 0 comments
walaupun dah dua kali dah berjaya dikonvokan, hati ni sayu bila tgk gambar konvo kawan2 sem ni. sayu la, sepatutnya aku konvo kali ni, tapi apekan daya diri ni tak terdaya nak mengonvokan diri on time, maka, next sem je lah jawabnye.

yang penting result kena sume lulus dulu baru boleh konvo next sem!!! :)

:)

Posted by nikct at 11/29/2010 06:51:00 PM 0 comments

incik sailor dah balik!! Alhamdulillah, semua ok. sebelum incik sailor balik ke Selama, sempat la jumpa melepas rindu, walaupun dia tengah sakit la jugak :) ehe. tuke tuke tuke!!! semoga cepat sembuh! dalam sakit-sakit dan banyak barang nak bawak balik Selama, sempat lagik la orang tua nih membeli belah. sepasang arnab yg sangat la comel dan adorable! haha

ini cik Sugar!

dan ini incik Glider!

mereka dinamakan Sugar Glider sebab incik sailor merancang (dan boleh dikatakan nakkkkk sangat) sugar glider. tapi, macam sangat tak sesuai dengan kerjaya dia yang perlukan dia jauh dari rumah 6 bulan, dan tempat tu jugak DILARANG sama sekali membawa binatang peliharaan. sugar glider ni pulak, kalau dah kenal tuan, memang dia jinak la. berbelit dengan tuan dia je keje. tapi, kalau 6 bulan la kan, agak-agak sugar glider tu kenal tuan lagi ke? nanti dah tak keje kapal baru awak pikir-pikir pasal the real sugar glider, oke sayang? hehe

Cik Sugar betina, dia comel. lawa je bulu dia. dan Incik Glider adalah jantan. sangat super adorable, sebab bulu lebat nak mati sampai tak nampak mata! hidup bergantung kat hidung sebab tak nampak hehe comel sangat!!

p/s : semalam adalah hari yang tenang, biar la hari ni dan mendatang hidup saye tunggang langgang. yang penting, semalam mampu buat saye senyum dan lupekan masalah mendatang. yeayyy! terima kasih cinte! :)

Thursday, November 25, 2010

kazen aku dah kawen, aku bila lagi? ;)

Posted by nikct at 11/25/2010 09:01:00 PM 0 comments
ni saye dan yaya dolu-dolu :)

saye dan yaya di hari perkahwenan beliau :)

yaya kazen saye. beliau muda setaun dari saye (kalau ikut taun la). tapi beliau dah kawen. saye belom lagi. bila turn saye? wallahua'lammm :)

pape pun, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat buat kazenku yaya dan hubby nye :)

Wednesday, November 24, 2010

today is the day =)

Posted by nikct at 11/24/2010 10:53:00 PM 0 comments
tak sabar nak dengar ring tone lagu 'Kimia' ke udara harini. rasa mcm mimpi pun ada. 2 minggu ring tone tu tak berbunyik. dan tak sabar jugak nak dengar suara dari jauh tu. hope dia makin baik la. amiinnn.

for the past 2 weeks, masa ni dirasakan bejalan mcm sipot shedot! 2 minggu ni sangat lama ok! masa utk tunggu incik sailor je la. kalau kerja ke, exam ke, rehat ke, mesti rase kejap je! time nak tunggu incik sailor ni sampai balik, memang la sangat-sangat-sangat lah lama! tak tertahan sgt dah rindu ni tau tak?

agak-agaknya kapal sampai pukul berapa? biasanya pagi. please jgn delay boleh tak? sebab saye rinduu! :(

cacamerba

Posted by nikct at 11/24/2010 07:24:00 AM 0 comments
perasaan yang bercampur baur. no words can best describe and express how I feel right now.

semoga Kau permudahkan urusan harianku, dan tunjukkanlah aku jalan yang terbaik padaMu, sesungguhnya aku insan yang lemah dan Kau Maha Besar, Maha Mengetahui segala sesuatu. bantulah aku dalam meniti hari-hariku, agar aku menemui jalan redhaMu, Ya Allah...

Tuesday, November 23, 2010

law, be reasonable, please?

Posted by nikct at 11/23/2010 07:16:00 PM 0 comments
Merapuh adalah nama tempat, di Pahang. setiap kali balik Kelantan, mesti lalu Merapuh (kalau melalui Gua Musang la). Merapuh ni tempat yang sangat la terpencil. pendek kata, tak nampak rumah orang pun la dari tepi jalan tu. tapi, tempat ni jugak merbahaya. merbahaya bukan yang effect nyawa punya merbahaya tu. tapi, dari segi wang ringgit. bila lalu Merapuh, had laju adalah 70km/j. jika terlebih, walau 92km/j je pun, confirm surat saman sampai depan tangga umah. peghh!

aku tak rasa had laju 70km/j tu munasabah dengan zaman sekarang ni. ye la, tak payah Mitsubishi Lancer, Honda Stream mahupun Toyota Caldina, Proton Persona pun susah nak control speed limit ke 70km/j! aku rase dorang patut revise law la, make it 90km/j for the minimum speed limit. kalau zaman dulu, time orang-orang kat Malaysia ni kayuh basikal, mungkin munasabah. sekarang ni? memang tak la! nak pulak, jalan banyak menurun bukit. so, 70km/j turun bukit? naaaahhhh..!

sebagai pemandu yang terpaksa menahan kaki dari tekan paddle minyak tu? huh, seksa! rasa marah dan geram sangat-sangat!! aku tak rasa orang yang menyaman tu pun patuh speed limit tu? come on, 70km/j in 2010? it's ridiculous!

Alhamdulillah... =)

Posted by nikct at 11/23/2010 04:19:00 PM 0 comments
dalam kesedihan, ada kegembiraan.
dalam kekalutan, ada ketenangan.
dalam kesakitan, ada kebaikan.
dalam kekusutan, ada penyelesaian.

Alhamdulillah, Tuhan dah aturkan semua.

usaha, doa dan tawakal. InsyaAllah. :)

Monday, November 22, 2010

salam =)

Posted by nikct at 11/22/2010 10:04:00 PM 0 comments
lame rasenye tak update (lame la sangat kan). cousin kawen dan tak berapa nak sihat. nanti rajin la sembang lama-lama sikit. sekarang nak taip pun tak larat seyh. bye!

Friday, November 19, 2010

nasib badan..

Posted by nikct at 11/19/2010 08:45:00 PM 0 comments
dah la pakwe jauh.
keje macam-macam dugaan.
datang penyakit pulak.

cobaannnnn...

haccchhhhiiiiiuuuuuuuu~

good news comes with the bad one

Posted by nikct at 11/19/2010 04:46:00 PM 0 comments
good news : he's coming back (mayb).
bad news : he's coming back, but probably not in a very good condition.

my pray is always be with you, sayang. hope Allah will give you strength and good health. amiinn.

:(

Thursday, November 18, 2010

seharum kasturi seindah pelangi =)

Posted by nikct at 11/18/2010 08:05:00 PM 0 comments
tadi ada ambik gambar pelangi tu tapi takleh nak uplod sbb henpon incik sailor ni canggih sangat sampai takde memory card. so uplod gambar ilustrasi pun bole la kan, asal pelangi ;)


tadi balik keje. sambil dengar lagu 'Kimia' repeatedly. sampai part 'memandang bulan terang, menyaksi bintang-bintang, kau seru aku lah pelangi cintamu', tiba-tiba ternampak pelangi. rindunye. pelangi ni agak sinonim dengan kami, tapi tak berapa sangat. kebetulan saje. taktau la, incik sailor pun maybe tak perasan kot?

apepun, saye tak sabar nak tunggu kabar berita incik sailor. incik sailor, saye rindu! :)

p/s : Seharum Kasturi Seindah Pelangi adalah blog incik sailor. tapi, dah berhabuk! tak update. tapi, bila rindu, saye tetap jengah. hee :)

online shopping

Posted by nikct at 11/18/2010 07:40:00 PM 0 comments
saye dah addicted to online shopping. minggu ni je saye dah beli 3 helai baju yg tak tau la saye nak pakai bile? demm. this is ridiculous. selagi ade duit kat bank, selagi tu la aku rajin menge'view' online shopping punye blog. hantu ghaye punye online shopping punye blog. kadang-kadang, dorang tag orang lain kat fb. tapi yang membelinya aku. cis! tapi syukur Alhamdulillah setakat ni sume ok la. takde la kena tipu. kualiti pun ok je la. padan dengan harga. yang bestnya, aku ni susah nak shopping kat shopping complex. susah nak jumpa yang berkenan. kalau jumpe pun, mahal. dgn online shopping ni, lagi senang nak cari design yg kita suka pada harga yang kita nak. tu yg addicted sangat tu! huh.

untuk bulan ni, sudah-sudah la. duit dalam maybank dah aku asingkan dah, so takleh nak mengada-ngada maybank2u.com la haha kena control la, kalau tak, habis sume duit aku habiskan online shopping je. kang kena sound dengan incik sailor, "nasihat kat orang je pandai, dia tu pun same!". eh, tapi saye ade buat allocation. so, tak lari bajet la jugak ;) hehe

p/s : nasib baik duit gaji masuk kat BSN. takleh la nak online banking segala jadah hehehe

bila tiba masanya..

Posted by nikct at 11/18/2010 09:55:00 AM 0 comments
ramai orang tanya, bila lagi nak move to the next stage?
smlm Kak Ros tanya, "bila nak tunang?"
aku jawab, "er,tak tau la"
"umur skang berapa" Kak Ros tanya lagi.
"24"
"Dulu Kak Ros kahwin umur 24 la"

er.. bila tiba masanya, insyaAllah la. sabar eh sume :)

Wednesday, November 17, 2010

Tuhan je yang tau..

Posted by nikct at 11/17/2010 07:01:00 PM 1 comments
dalam hati ni, hanya tuhan je yang tahu, betapa rindunye hati ni kat dia. tak tergambar perasaan. sehari tanpa suara dia, tanpa senyuman dia, tanpa khabar berita dia, tanpa apa-apa. hanya tuhan je yang tahu. betapa aku rindu sangat kat dia. hanya pada tuhan je la tempat nak mengadu. betapa hati ni sangat rindu. ape khabar dia? sihat ke tak? kerja ok ke? kapal ok?macam mane keadaan? takde jawapan. tak bole nak dapat jawapan dari mane-mane dan sape-sape.

setiap hari tunggu depan laptop. setiap masa refresh inbox emel. tapi still takde pape. resahnye hati ni. gelisahnye. rindunye. tuhan je yang tau. masa ni dirasakan berjalan lambat la sangat.

kenape tah hati ni sangat tak tahan dengan cubaan kali ni. semoga tuhan bagi kedamaian untuk aku lalui hari-hari mendatang. hmm. sedih.

serius, aku rindu!

hajat di hati

Posted by nikct at 11/17/2010 02:28:00 PM 0 comments
kalau ikutkan hati aku ni, aku nak menambah pemilikan aset. tengok rezeki la kalo ade, insyaAllah. huhu dah besar lebar dah aku ni kan. sok luse leh kawen. oppsss ;)

4L

Posted by nikct at 11/17/2010 02:06:00 PM 0 comments

Live simply,

Love generously,

Laugh often,

LILLAHITA'ALA :)

shopping @ raya

Posted by nikct at 11/17/2010 02:04:00 PM 0 comments
aktiviti raya yg tak pernah dibuat seumo idup = SHOPPING!
Nik Azhar & Kak Ros memang hantu shopping (haha)
tak tau la ape depa beli, sampai2 kaunter, scan2.. tu dia RM500++!
jelesnyaaaa. punya la melimpah ruah rezeki dorang. Alhamdulillah.
bila nak merasa kepuasan bershopping gitu?
ke mana saja, apa saja. insyaAllah satu hari nanti rezeki aku plak dtg, sape tau?
aminnnn :)
Posted by nikct at 11/17/2010 08:41:00 AM 0 comments

buat semua muslimin dan muslimat, tak kira di mana jua kalian berada :)

Tuesday, November 16, 2010

sayu la pulak

Posted by nikct at 11/16/2010 10:18:00 PM 0 comments
rase sayu plak incik sailor takde ni.
hati, kuat la.. pelis~
kemon, u can do it!
belom pun sebulan dah merengek-rengek ni ape kes?
seblom ni bleh tahan je 5-6 bulan kan?
kemon hati, i know u can do it!

"Tuhan tidak akan menduga melainkan mengikut kemampuan hambaNya"

setiap sesuatu ada hikmahnya. insyaAllah.

hormat

Posted by nikct at 11/16/2010 07:07:00 PM 0 comments
bila kita hormat orang, orang akan 1000x hormat kita.
bila kita tak hormat orang, 1000x orang lagi tak hormat dan menyampah ngan kita.

kita manusia, takde sapa pun sempurna.
terimalah seadanya ketidaksempurnaan seseorang tu.

kalau tak hormat orang, nescaya orang akan cakap benda buruk pasal kita.
sampai tahap orang akan simpan dendam kesumat, hanya kerana sekelumit silap.

tapi kalau orang hormat kita, buat la benda paling bodoh sekalipun, orang akan anggap benda tu comel.

sebab lumrah manusia, "kalau dah benci, benci sehabis-habis benci".

ngerti?

Aku hanya wanita biasa =)

Posted by nikct at 11/16/2010 06:52:00 PM 0 comments
Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..

Terimakasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.

Karenanya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak bunda khadijah, karenanya ku ingin kau tahu, aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, karena bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin karena aku begitu sibuk berjibaku di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau karena seharian ku harus membenahi istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sehat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kau akan menemukanku terkantuk kantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang rewel, dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, karena kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkontrol, bukan karena ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga butuh tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku butuhkan hanya pelukan dan belaianmu.. Karena bagiku kau adalah tetesan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul pelan si kecil karena lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, karena dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah, yaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, menit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..

Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku karena aku bukan putri.. Aku hanya wanita biasa..


source : http://www.oaseimani.com/aku-hanya-wanita-biasa.html

pengorbanan

Posted by nikct at 11/16/2010 04:39:00 PM 0 comments
"...berkorban apa saja, harta ataupun nyawa,
itulah kasih mesra, sejati dan mulia..."

besarnya pengorbananmu, demi insan-insan yang kamu sayangi.
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
doa kami sentiasa mengiringi kamu.
semoga kamu baik-baik saje.

Salam Aidil Adha 1431H sayang!

muktamad!

Posted by nikct at 11/16/2010 04:25:00 PM 0 comments
saye dah bincang dengan rakan-rakan.
dan mak saye pun dah cakap kat saye semalam.

maka, saye mengambil keputusan untuk stay (setakat ni).

i'm not leaving. pull stop.

sebab, saye berat hati untuk pergi. jika saye sesal, saye masih ada sehingga umur 28 tahun untuk pergi. maka, setakat ni, inilah keputusannya. muktamad!

Monday, November 15, 2010

Uptown Sepang?

Posted by nikct at 11/15/2010 09:03:00 PM 0 comments
heh. tetiba terlalu kat tapak Uptown Sepang yang dikatakan "terbesar" tu. terbesar kat mana tak tau la, aku rase Malaysia la kot? kat Sepang ni sume nak besar-besar je (termasuk airport terbesau tu).

pastu kat tiang-tiang letrik kat tepi tapak tu ade gantung "bunting" (bukan bunting ngandung tu tau, bunting banner tu). bunting tu, menyatakan bahawa Uptown Sepang yang "terbesar" tu dibuka pada 13 November 2010, jam 8.00 malam.

...tapi,

setakat harini (15 November 2010), tiang Uptown pun tarak lagi! ape kes??

heh..

missing those times and days that we've spent together!

Posted by nikct at 11/15/2010 07:01:00 PM 0 comments
..from the very first day I met you

..up to each and every moment that we've been through together

..the unforgettable,


..yet silly (hehe)

..but, kinda sweet ;)

..I will never, EVER forget it.

..just want to spelt it out loud,

..that I miss you sooooo much!

Sunday, November 14, 2010

orang kapal ni comel la =D

Posted by nikct at 11/14/2010 02:35:00 PM 0 comments
takde keje punye hal, aku bace emel lama-lama incik sailor send dolu-dolu. ye la tunggu emel dia skang, sampai berjanggut pun tak sampai dah rasenya. rosak. so, antara yang aku rase paling comel ialah :

"b,htr mail kat syg byk2 tau..
dorg tgh lawan awek sape lgi syg ktorg...
sape byk,awek dia lg syg.....hehe..."

Monday, 7 June, 2010, 4:48 PM

sengal punye orang kapal. punye la takde keje sampai boleh wat game 'awek sape lagi sayang'? demm.. hahaha!

MERDEKA!!!!!!

Posted by nikct at 11/14/2010 01:41:00 PM 0 comments
yahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!! yeabedabeduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!! yieeeehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!
yippppiiiiiiiiiiiiiiieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!
yeaaaaaaaaaaaaayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!

leganyaaaa dah habis.. yeahuuuuuuuuuuuuu!!!!!! ;)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
...........tapi, tadi jumpa Tuan Lee, dia invigilator exam tadi. hmm considering again. hmmm. incik sailor, how i wish u were here sayang. huhu :(

Saturday, November 13, 2010

apekah?

Posted by nikct at 11/13/2010 09:41:00 PM 0 comments
dari pagi tadi, asal send emel ke incik sailor je, inila reply system smscrewmail;

"emel keparit lg..nk try restart..."

comel plak aku rase bila system send emel camtu. aku rase incik sailor yang buat setting camtu kot? sebab tu MEMANG ayat dia! saye tau! hahaha tah kawe pun dop pehe la.

saye macam dah oke je bila mula tak dapat emel incik sailor ni. rindu, tetap rindu. tiap mase rindu! hey, berminggu kot takkan dapat dengar suara cinta hati? tapi, hati boleh tahan lagi la, maybe sebab dah mula nak biasa. Alhamdulillah. saye harap dia pun same! same-same la kita bertabah ye incik sailor!

saye =)

Posted by nikct at 11/13/2010 07:41:00 PM 0 comments
Nama ikot ic:
NIK SITI NORAZLINI BT NIK MOHAMED FAIZ

Sister:
None (died.. T_T) I’m the one and only daughter in the family

Brother:
Nik Mohd Azlan, Nik Mohamed Azhar

Saiz kasut:
kadang-kadang 7, 7 1/2 or 8 haha (kaki pompuan moden)

Tinggi:
163.9cm

Tempat tinggal:
Sepang

Penah naik kapal terbang?:
penah.. so?

Berenang kat laut:
penah.. tp xsuka la sbb melekit2

Tido dalam kelas?:
selalooooooooo!!!! clasmates slalu gelakkan aku hahahaha

Memecahkan hati orang?:
literally xpenah la

Penah tunggu orang call sepanjang mlm?:
selalu :(

Simpan email?:
from mr.sailor, YES!

Mcm mana rupa bilik ko:
macam bilik la, xkan macam stor lak kot

Amender kat sebelah ko sekarang?:
notes faraid

Last sekali benda yang ko makan?:
roti n sosej

Penah kena chiken pox:
penah.. mase final exam part 2 dlu..

gelak besau:
Selaloooooooooooo

Patah hidung:
xpenah jugak.. aku baik

Percaya cinta pandang pertama:
"pertama kali kita bersua bertentang mata, terasa ada kimia di antara kita" <--- YES!

Suka berkelah:
SUKE!

Dengan siapa last sekali ko menari?:
ngn dak2 suksis.. menari poco-poco haha

Last sekali buat ko senyum:
bru je td ni ha..tibe-tibe terjumpa artikel kat the Star online yg ada gambar aku, sengih sorang-sorang la! hehe

Hari ni ada ko cakap ngan orang ko suka:
arini xde lg la

Kiss anyone:
ape pnye soklan daa...

Sakit?:
kalo x penah sakit aku ni ibarat Suparman or Kyle XY la plak kan

Rindu seseorang:
incik sailor :(

Saper ko paling benci:
org yg merimas dan melemaskan aku..

Suka tulisan tangan ko?
dulu suka tp skang mcm ape je hehe

Cat ibu jari kaki?:
nak cat ibu jari kaki tu nape, ko igt aku gila ke

Kau pakai baju kaler aper sekarang?:
ceklat, incik sailor bagi :)

Kau ni jenis ‘friendly’ ke?:
tanye la kwn2 aku

Ada binatang peliharaan?:
skang xde la

Tido dengan tv terpasang?:
laptop terpasang ade la haha

Sekarang ko tengah buat aper?
tgh menjawab soklan2 ko ni la!

Ko rapat ngan mak ke bapak:
bapak!!saya sayang bapak saya.. *chek, saya sayang chek jugak!!*

Adakah ko mengamalkan pemakanan sihat?:
tak jugakk..

Kalau bad day ngan saper ko jumpa?:
aku diam je..

Ko senyap ke bising:
bising!!

Ko confident?:
xbape la..

5 benda yang ko penah buat 10 tahun lepas:
grab 2 degree, tauliah SUKSIS, dapat anugerah penembak terbaik, pelatih terbaik keseluruhan, n gembirakan mak bapak aku!!

5 benda yang ko buat kalau billionair:
beli je la suma benda, yg nak limit to 5 je nape?

5 perangai burok ko:
makan, tido, gelak kuat2, bikin kecoh, malas

5 tempat yang ko penah tinggal:
cheras, hulu langat, kajang, KL, Sepang.. tu je la

The Star, Monday June 23, 2008 =)

Posted by nikct at 11/13/2010 05:43:00 PM 0 comments

Corps grads can become cops


By TAN SIN CHOW

Undergraduate Police Volunteer Reserve Corps (Kor Suksis) officer-training programme would be accepted as police officers if they decide to join the police force.

This is because the training and exposure given are similar to the ones provided to police officers, said Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan.

These undergraduates are exposed to the trainings of police and they know the role and function of the police force.

And since the programme is committed to moulding youths who are disciplined, ethical and possess good values, I believe they have what it takes to become good policemen,� he told reporters at a ceremony at Universiti Sains Malaysia (USM) to honour the Kor Suksis officer training programme.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) undergraduate Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz (left) receiving the best UTM Kor Suksis award from the Raja of Perlis. With them is Musa.

Musa added that joining the cadet corp was a good way to gain a better understanding of the duties of the police and realise how the public could work together with them to prevent crime.

They are police volunteers. If we feel we need them for our daily work, we can always call them to active duty and they will be paid allowances, he added.

The ceremony saw some 658 undergraduates from 12 Public Institutions of Higher Learning completing the three-year programme.

Musa presented them the certificates.

Also present were USM chancellor Raja of Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Perempuan of Perlis Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid and USM vice-chancellor Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

At the event, USM and the police force renewed the memorandum of understanding (MOU) in the Forensic Science studies.

Tapi, saye pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), bukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) :( huhu dah dua tahun saye ditauliahkan, baru hari ni terjumpe huhu terharu. ingatkan muka tak laku, tak masuk paper. tak sangka :') Kor SUKSIS UiTM mengajar saye macam-macam. membentuk saye menjadi orang. Alhamdulillah. sekurang-kurang saye boleh buat Chek & Wan bangga tengok gambar saye ni :)

tentatif hari ini

Posted by nikct at 11/13/2010 05:36:00 PM 0 comments
6.50 am - bangun

7.00 am - on laptop

7.30 am - ambik mood nak stadi

11.00 am - ke ofis untuk print notes

1.00 pm - makan kat ani sup utara

2.00 pm - bertolak balik

2.30 pm - sampai umah, ambik mood balik (yang tak sampai2 dari pg td)

3.00 pm - tertido zzzzzzZZzzZZZZ

4.30 pm - terjaga dari tido

5.40 pm - masih mencari mood.

paper? esok pagi pukul 9.00 am. hoi, bila nak stadi ni Nik????? grrrr...

last paper Nik, bertahan!

Posted by nikct at 11/13/2010 02:54:00 PM 0 comments

jahat la kamu nih, tau tak?

Posted by nikct at 11/13/2010 08:08:00 AM 0 comments
kamu tau tak kamu dah buat saye sedih? jahat la, jangan la kacau saye. saye tak kacau awak. kenape nak kacau saye? saye tak wat pape salah pun. yang lepas tu lepas la. nape nak ungkit-ungkit lagi? hidup dlm masa sekarang la. sedari realiti. saye cukup-cukup terluka, sedih, kecewa dengan kamu dan perbuatan kamu. jangan kacau hidup saye! jangan kacau orang di sekeliling saye! saye TAK SUKE!

Faraid - Islamic Law of Property & Succession

Posted by nikct at 11/13/2010 07:36:00 AM 0 comments
one more to go. tomorrow, exactly at 12pm, I'm gonna be FREE!! FREEDOM for LIFE!!! *subject to changes* Faraid, here I come! *study mode : ON!* hope evrything is gonna be OK :)

Friday, November 12, 2010

kenapa saye berblog je keje semenjak dua ni?

Posted by nikct at 11/12/2010 06:37:00 PM 0 comments
kebelakangan ini, saye rajin ngapdate blog. untuk November je, dah dekat nak 30 (ke dah lebih??). kenape ek? sebab saye nak isi masa saye. masa saye tak la lapang mane. tapi, saye tensi. final exam di setiap hujung minggu, kerja yang pelbagai, dilema masa depan, sedikit masalah dalaman (konflik diri) serta kerinduan terhadap cinta hati. habit saye memang gini. nak luah tak pandai, kat sini je la saye mengomel sorang-sorang. kalau dulu kecik-kecik suka beli diary tp tulisnye tak jugak. membazir2. hmm.

nak panjat gunung (lagi!)

Posted by nikct at 11/12/2010 03:16:00 PM 0 comments
tibe-tibe rasa nak pegi hiking lagi.
rindu nak berjalan-jalan menikmati keindahan alam.
hiking SUMPAH best!
rinduuuuuu sangat nak pegi hiking!


first timer, somewhere in Hulu Langat, Selangor

with group member of Numero Uno, together with our coach, En.Jo
Kursus Asas Pandu Arah, Baca Peta, Kompas & Ikhtiar Hidup,
Kem PGA, Cheras

2nd round : Gunung Mat Cincang, Langkawi. Subhanallah, cantik kan?



geng SUKSIS : Skuad 1, 2 & 3 dgn juruletih. eh, jurulatih ;)



3rd round : Sdn Bhd punye trip. more adventurous!


this 2 lovely gurl has conquer Mt.Kinabalu Low's Peak! yeay!

next target, BROGA HILL. when? if Allah wills it, insyaAllah :)

safe sail again my dear!

Posted by nikct at 11/12/2010 12:44:00 AM 0 comments
2nd trip incik sailor akan bermula. hurmm baru je sampai, sempat dengar suara kejap je, dah nak pegi pulak :( seperti biasa (yang masih tak berapa nak biasa dan janggal), saye akan ditinggalkan untuk suatu tempoh yang sgt cukup untuk merinduinya. semoga buah hati selamat pergi dan balik dalam pelayarannya.

ya Allah, jauhkanlah daripada segala malapetaka dan penyakit ke atasnya dan krew-krew lain. sejahterakanlah perjalanan hariannya di dalam setiap pelayaran. semoga hatinya bertabah mengharungi segala cabaran, dugaan dan rintangan atas kapal tu nanti.

apelah ertinya hari saye tanpa suara awak? :(

bye, kite tunggu awak eh sayang, dengan hati yang rindu (sangat!)

Thursday, November 11, 2010

Ya Allah, tetapkanlah hatiku dengan jalan yang aku pilih

Posted by nikct at 11/11/2010 05:11:00 PM 0 comments
membuat pilihan adalah suatu perkara paling sukar dalam hidup. ye la, tak semua yang kita nak kita akan dapat kan? tapi, dalam masa nak memilih ni, macam-macam dugaan, cabaran yang kita kena hadapi.hanya mampu berdoa agar tuhan tunjukkan jalan yang terbaik untuk masa depan kita. kerana Dia Maha Besar, Maha Mengetahui segala-galanya. Hanya Dia yang tau apa yang terbaik untuk kita. Ya Allah, berikanlah petunjuk pada hambaMu yang keliru ni. tunjukkanlah jalan mana yang harus aku pilih dan Kau tetapkanlah hatiku atas apa sahaja pilihan yang aku buat tu, dan semoga aku redha dengan ketentuanMu dan dijauhkan daripada perasaan sesal.

benci menunggu

Posted by nikct at 11/11/2010 11:50:00 AM 0 comments
hoih dalam banyak-banyak benda, menunggu la yang paling aku tak suke. jika janji pukul 3, jangan la kau muncul lebih dari pukul 3. kalau lambat 5 minit bole dimaafkan lagi. or at least, inform awal2 akan terlambat. kalau tak, rase macam nak suruh kau lari keliling padang kawad 10 round je! aghhhh!!!

harapan.

Posted by nikct at 11/11/2010 08:22:00 AM 0 comments
saye pernah jatuh cinta, tapi berakhir dengan kecewa.
kecewa sebab ape yang diharap-harapkan, tak membawa ke mana-mana.
bercintan macam nak rak, pastu hilang persefahaman, alih-alih habis.
tapi silap saye jugak.
terlalu mengharapkan seseorang menjadi seperti yang kita nak.
bila dia tu tak la seperti ape yang kita harapkan, hati ni mula la berubah.
rasa mcm bercinta ngan alien pun ade.
sebab dah tak kenal ngan sape orang yang kita kapel tu.

kemudian saye juga pernah mengharap, tapi semuanya sia-sia.
dia memberi harapan. tp sekadar tempat untuk menghilang tekanan.
bila dah sedar kenyataan tu, saye seolah-olah tak mau kalah.
mungkin sebab tak boleh nak terima kenyataan.
bagi saye dia la kegembiraan yang saye cari selama ni.
tapi, kegembiraan tu dinafikan bila berkali-kali dia ulang bahawa dia tak mampu untuk buat apa-apa.
hinggalah saye sedar pada suatu hari bahawa saye boleh hidup tanpa cintanya.
kerna bukan cinta dia yang saye cari-cari selama ni.

saye cuba, cuba dan cuba, berusaha sedaya upaya membuang dia dari ingatan.
mengharapkan saye hilang ingatan,
mengharapkan mase berputar kembali dan saye tidak mengharap lagi bila dia mendekati.
tapi saye tak pernah sesal.
sikit pun tidak.
sebab melalui dia saye belajar macam-macam.
sayang tak semestinya memiliki.
kita tak selalu dapat ape yang kita nak.
dan tak semestinya orang yang kita sayang mempunyai perasaan yang sama dengan kita.

saye cuba perbaiki diri.

saye menghabiskan masa dengan keluarga dan rakan-rakan disekeliling.
baru saye sedar rupanya mereka semua sayang kan saye.
sentiasa sokong saye walau ape pun jadi kat saye.
mungkin inilah hikmahnya.
dulu saye silap kerana mensia-siakan mereka.
saye mohon maaf atas kealpaan saye tu.

kesunyian hampir 4 tahun mengajar saye menjadi seorang yang lebih komited.
tabah hati.
tak meraih simpati.
tak mengharapkan apa-apa balasan daripada orang lain.
dan frenly dengan semua orang.

kesunyian ni walau menyedihkan kita tapi ia mengajar kita, membentuk kita untuk menjadi "orang".

saye juga pernah memberi harapan, tapi bila saye sedar saye tak mampu, saye hentikan, saye mohon maaf.
saye tak mampu bagi ape yang dia nak.
sebab jika saye terima dia seolah-olah hanya untuk mengisi kekosongan dalam hati semata-mata.
tapi dia tak faham.
harap-harap masa dapat memberi pemahaman yang lebih baik pada dia.

kini, saye sedang meneruskan perjalanan.
mencoret masa depan bersama dia yang saye cinta.
ape yang akan jadi di masa depan saye pun tak pasti.
kerna itu semua telah ditetapkan melalui suratan takdirNya.
walau bukan yang pertama, saye harap inilah yang terakhir.
saye harap tuhan menetapkan jodoh antara kami.
panjangkan jodoh kami.
permudahkan penyatuan antara kami.
supaya dialah insan terakhir yang berada dalam dakapan saye tika hembusan nafas saye yang terakhir.

saye cuba applikasikan pengalaman saye, untuk mencorakkan perjalanan ini.
4 tahun saye tunggu cinta saye.
suka, duka, sedih, gembira, tawa, kecewa, perih, jerih, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
saye takkan sia-siakan peluang keemasan saye ni.

walaupun harapan pernah membuat kita semua kecewa, tapi saye pasti dengan sekelumit harapan tu la ia mampu menyangga perjalanan hidup kita.
mencorakkan apa adanya kita pada hari ni.
apa yang pasti bila kita kecewa, cuba jangan merintih.
bertatihlah!
pandang la di sekeliling dan lihatlah dunia yang Allah s.w.t ciptakan ni.
pasti kita akan terjumpa dengan 'ciptaan terindah' yang telah tuhan ciptakan untuk kita.

insyaAllah.

eksidento!

Posted by nikct at 11/11/2010 08:19:00 AM 0 comments
pagi ni hujan, idak le lebat mane. tapi, ade jugak yang terbabas. tak sampai 100 meter dari tempat kejadian, sejibik lagi kete terbabas. depa duk pakat tebabaih la pulokkk! berhati-hati ketika memandu, ingatlah orang yang tersayang. jaga kelajuan dan jaga la jarak pemanduan, espeseli di musim hujan ni. selamat sume! :)

kerinduan tahap lebih daripada gaban!

Posted by nikct at 11/11/2010 04:31:00 AM 0 comments
emm terjage dari tido lagi. dan rindu lagi.
i will only see you next year my dear? OMG! :(
semoga tuhan bagi kekuatan seperti dalam pelayarannya yang lalu!
amiiinnn...

oit, cinte! ;)

Posted by nikct at 11/11/2010 12:56:00 AM 0 comments
Relationships are hard to handle. Might even seem impossible at times. There will be many fights and many quarrels, many disagreements and many tears, due to many reasons, either its internal or external. The easiest thing to do would be to give up.

BUT,

if we spent half the energy we use in fighting with each other, and spend that energy in fighting to keep the relationship strong, then that is love.

Remember, in a relationship, giving up is not the solution. Disagreements, fights, quarrels and tears will always be there. But you must always fight harder to stay together. No matter how damaged it has become.

I choose to fight in order for our relationship to be much more stronger! :)

lai lai lai~ :D

Wednesday, November 10, 2010

hahahaha! :D

Posted by nikct at 11/10/2010 11:44:00 PM 0 comments
cheko cheko ah! cheko cheko ih!
eko eko ah! eko eko ih!
hahaha hihihi
hilang gigi tiga gusi fuuuuuhhhh~

(petikan filem "Ragam P.Ramlee")

for the rest of my life :)

Posted by nikct at 11/10/2010 06:54:00 PM 0 comments

by : Maher Zain
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO

And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.
loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I
I`ll be there for you
I know that deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO

And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.
loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I
I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me
I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.
loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I
I`ll be there for you
I know that deep in my heart

jangan mengharap

Posted by nikct at 11/10/2010 06:46:00 PM 0 comments
belum tentu orang nak tolong kita. selagi terdaya, buat la sendiri. jangan SESEKALI mengharapkan pertolongan orang lain. kalau nak pun, offer je la. kalau orang nak tolong, mereka akan hulurkan tangan. kalau diam, tandanya taknak la (bertentangan dengan konsep meminang seseorang perempuan dalam Islam ye, di mana diam tanda setuju hehe).

oh manisnya, manisnya senyumanmu~ :)

Posted by nikct at 11/10/2010 04:23:00 AM 0 comments
terjaga dari lena dan teringat senyuman tu..
alahaiii lamenye lagi nak tgk senyuman tu!

p/s : i love u. yes, u! :)

Tuesday, November 9, 2010

saye SUKE! =)

Posted by nikct at 11/09/2010 07:40:00 PM 0 comments
sukenye sukenye sukenye sukenye sukenye sukenye sukenye sukenye! (sambil hentak2 kaki) hahahahahahaha~! :D

InsyaAllah..

Posted by nikct at 11/09/2010 01:05:00 PM 0 comments
Wahai akhwat, jika datang kepadamu laki-laki baik-baik yang melamarmu, maka bisa jadi dialah pangeranmu.

Wahai ikhwan, jika gadis pujaanmu telah dikhitbah laki-laki lain, maka ikhlaskanlah. Bisa jadi dia bukanlah bidadarimu.

"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk yang keji pula dan laki-laki yang keji untuk wanita-wanita yang keji, sedangkan wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik juga diperuntukkan bagi perempuan-perempuan yang baik….” (QS.24:26)"

Maka jika nantinya kita tidak berjodoh, mungkin saya tak cukup baik untukmu, pasti ada wanita lain yang lebih baik untukmu.. Dan yakinlah, jika memang aku adalah pasangan dari tulang rusukmu, maka tanpa antum minta untuk tidak ta’aruf dengan orang lainpun, saya akan tatap menjadi pendampingmu..

Karena saya yakin TULANG RUSUK TAKKAN TERTUKAR

Monday, November 8, 2010

"what IF..."

Posted by nikct at 11/08/2010 11:29:00 PM 0 comments
manusia suka dengan perkataan, "kalau la..."

contoh :
  1. "kalau aku beli nasik, tak la kebulur cam skang ni.."
  2. "kalau aku naik kete, tak la tersepak batu ni.."
  3. "kalau aku pakai helmet, tak la pecah kepala aku ni.."
  4. "kalau itu jalan yg aku pilih, tak la aku nyesal sampai ke hari ni.."
  5. "kalau aku dengar cakap mak, tak la jadi gini.."

manusia suka cakap pasal "kalau". kalau tak cakap pasal "kalau", bole tak? follow the flow. sebab hati manusia ni macam bumi jugak, bole berubah secara berkala (pandai2 je haha). manusia berubah bergantung pada persekitaran dia. jika persekitaran cenderungkan seseorang ke arah suatu yang mustahil, kita tak boleh nak nafikan lagi. dan sila persetankan mulut-mulut jahat, oke?

beres.


*pesanan untuk diri sendiri*

chill la der =)

Posted by nikct at 11/08/2010 11:22:00 PM 0 comments
jalan-jalan,
isi masa,
makan-makan,
sembang-sembang,
gosip-gosip ;)
gelak-gelak,
gila-gila,

hmm..ni namanye takde keje. (ade keje pun buat-buat takde!) hahaha

mimpi yang cacamerba

Posted by nikct at 11/08/2010 05:31:00 AM 0 comments

terjaga dan terus update blog, best jugak menaip dlm gelap ni, mcm menguji skil menaip la kire hahaha anyway, td aku mimpi pelik. tah kenape lah. aku park kete kebal kat parking lot berhampiran sebuah rumah flat kos rendah. tmpt parking tu sgt la dekat, even berdepan je dgn balai polis, dan hanya 10-15 kaki daripada rumah flat tu. aku tinggal kan kete. bila balik, tgk2 boot kete terbukak. aku rase kete kena selongkar. check sambil pikir, takde benda penting kot dalam kete ni.

tapiiiiiiiiiiii, yang herannye... dia kopak rim tayar kete aku tuuuuu. sungguh la huduh banget rupanya!!!! dan tayar kete aku jugak dorang toreh bagi nipissss. pastu baru aku terpikir, ohh ini adalah kampung penyamunnnnn. menyesalnye pegi parking kat siniiiii..

demikianlah mimpi yang pelik. ape daa~

Sunday, November 7, 2010

satu lagiiiiiii and IM DONE!!!!

Posted by nikct at 11/07/2010 07:29:00 PM 0 comments
Alhamdulillah, satu lagi paper dah berjaye aku titik noktahkan ia sebentar td. hope lulus la, aku tak harap jadi cemerlang pun, cukup-cukup makan untuk lulus, dah cukup bagus sangat dah tu!

another one more paper to go, then IM DONE! tak perlu lagi ke kelas setiap hujung minggu dan fikir bila nak stadi utk test, bila nak buat esaimen, bila nak print, bila nak bagai lagi la! yeayyy!!!

hope sume paper lulus, tu je. dah taknak tengok dah ape-ape jenis buku ilmiah. nak cuti dr stadi, mayb dalam 2-3 tahun lg? takpun, 5 tahun la kot? entah. yang pasti aku tak saba nak grad lagi buat kali yang ke-3!!!! :)

woww.. malas-malas pun, 3 kelayakan aku dah pegang hokey!! oke la jgn berangan advance sgt, setakat ni 2 la.. yg ketiga ni, last paper pun ko tak abis jawab lagi, dah berangan dpt 3 qualification la kan? ketuk jugak budak nik ni hehe!

tak sabanyeeeeee nak grad!!! :)

9 bulan sudaaaaaa =)

Posted by nikct at 11/07/2010 07:39:00 AM 0 comments
Alhamdulillah, 9 bulan sudaaaaaa :)
and still counting! :)

semoga terus berkekalan, sampai jenjang pelamin, sampai ke akhir hayat saye :)

semoga kami terus kuat, menghadapi segala cabaran, dugaan, rintangan :)

semoga dijauhkan daripada perasaan hasad dengki manusia :)

semoga perasaan ni terus mekar dan berbunga, walau di musim sejuk, panas dan luruh! :)

semoga dipermudah untuk disatukan :)

amiiinnnnn ya Rabbal'alaminnnnn :)

untuk incik sailor yang temok dan moncet, saye sayang awak, dari hari awak kate awak dah jumpa 'hala tuju' hidup awak :)

dan perasaan tu semakin hari semakin mendalam, walau awak jauh di mata, tapi sentiasa dekat di sanubari saye *ececece!* :)

terima kasih untuk kisah cinta yang terindah dalam hidup saye :)
k.a.m.i - 9 bulan yang lalu :)

Friday, November 5, 2010

entri ke 101 =)

Posted by nikct at 11/05/2010 03:43:00 PM 0 comments
woww, dah 101? dari 22 Mei 2010? wooo.. banyak jugak aku ngomel eh hehe ;)

my McFlurry! =)

Posted by nikct at 11/05/2010 07:59:00 AM 0 comments

You are my McFlurry and I'm addicted to it! ;)


susah hati

Posted by nikct at 11/05/2010 07:42:00 AM 0 comments
Ya Allah Kau berilah aku kekuatan menghadapi semua ini. terutama sekali tentang kewujudan 'dia'.

Thursday, November 4, 2010

pelangi selepas hujan

Posted by nikct at 11/04/2010 11:26:00 PM 0 comments
saye ternampak fb seorang gadis dlm fb boipren saye. tibe-tibe nak dijadikan cerita tgn ni gatal nak view profile dia. saye view, dan mendapati ada sesuatu dgn dia. dan saye dapati dia ada blog juga. saye view blog dia pula. ok, sah! si gadis tersebut mempunyai perasaan kasih kepada boipren saye. bagaimana perasaan saye sbg gelpren bila membacanya? saye rasa sungguh berdebar-debar! sejuk satu badan! betapa obsesnya dia, kasihnya dia dan rindunya dia pada boipren saye. even termimpi-mimpi! dan, akan menunggu boipren saye sehingga ke akhirnya. hmm..

saye? speechless dgn statement dia tu. apa yg berlaku pada dia dan boipren saye pada suatu mase dahulu adalah hak mereka. kini, boipren saye dan saye sedang melakar kisah kami. kisah lama, apa yg pernah berlaku antara mereka dulu, dan juga, apa yang pernah saye lalui dulu, kami tinggalkan. tutup buku! bukak buku baru. bukak chapter baru. walaupun tak la sesempurna mana saye ni, tapi saye dan incik sailor masih dalam proses percubaan, masih nak kenal-kenal sampai menyengal (hehe) antara satu sama lain. Mujur incik sailor mengaku awal-awal tentang kesilapan lalunya. dan dia perbaiki sebelum membina cinta bersama-sama saye.

saye pernah melalui situasi si gadis itu sebenarnya (tibe2), dan saye paham perasaan tak dapat memiliki itu. pedih. memang pedih. saye harap dia tabah melalui hari-harinya. ya Allah Kau berikanlah kekuatan padanya. temukanlah dia dengan insan bernama lelaki yang terbaik buatnya.

buat si gadis tersebut, percayalah. insyaAllah, tuhan akan mengurniakan 'pelangi' sebaik 'hujan' turun. saye dah melalui hari 'hujan' saye. dan Alhamdulillah, tuhan memberikan 'pelangi' terindah dan tercantik pd saye. Alhamdulillah, syukur sangat2.

ya Allah, semoga Kau permudahkanlah perjalanan cinta kami ni ya Allah. jauhkanlah daripada belenggu yang serba tak kena dalam hati ni, amiiinnn...

pagi yang gelap =')

Posted by nikct at 11/04/2010 09:30:00 AM 0 comments
34minit dan 42seken pada jam 5.13pagi tadi dah cukup membuatkan hari saye ceria dan senang! thanks incik sailor! untuk 5 hari akan datang saye akan tunggu kamu dengan hati yang lebih tenang! :)

Wednesday, November 3, 2010

to'ek punye boipren! =D

Posted by nikct at 11/03/2010 09:29:00 PM 0 comments
Alhamdulillah, saye sangat sangat sangat sangat lah lega. akhirnya, saye gagahkan diri menebalkan muka dan kulit-mulit saye untuk tanye jugak kpd seseorang, yang ade kaitan dengan krew Puteri Zamrud.

"Ika, nak tanye, Zaidi ade kat Zamrud jugak eh?"

"Ini Nik ke? sori Ika punye simkad hilang, so byk no.hilang jugak. GM mintak pesan kat Nik yg dia takde kredit, dia mintak tlg bagitau mak dia jugak"

hantu ghaye punye boipren! punye la haku ghisau!!! haku tunggu dikau pulang taun depan nak claim eskem mahal2 oke!!!! ku cekik cekikkkkkk jugak kesayangan haku nih!! ;)

Pertolongan dalam segala hal

Posted by nikct at 11/03/2010 07:16:00 PM 0 comments
“Ya Allah Tuhanku, bantulah aku dan janganlah Engkau membantu untuk menyulitakn aku tolonglah aku dan janganlah Engkau menolong untuk menyengsarakan aku, berilah aku siasat dan janganlah Engkau beri siasat untuk mengalahkan aku, mudahkanlah petunjuk bagiku, dan tolonglah aku terhadap orang yang menganiaya diriku. Ya Tuhanku, jadikanlah aku orang yang bersyukur pada-Mu, ingat pada- Mu, takut pada-Mu, taat pada-Mu, memenuhi perintah-Mu, dan kembali kepada-Mu, Ya Tuhanku, terimalah taubatku, cucilah dosaku, perkenankanlah doaku, tetapkanlah hujjahku, tujukilah hatiku, luruskanlah ucapanku, dan lenyapkanlah kedengkian hatiku.”

saye risau + panik

Posted by nikct at 11/03/2010 07:10:00 PM 0 comments
harini try send SMS kpd incik sailor. tibe-tibe, delivered! sampai tengah hari saye tunggu dia reply, tp sehingga ke entri ini ditaip, saye tak mendengar ape-ape khabar berita dari dia. saye risau, makin lama saye jadi makin panik! ini tak pernah berlaku kepada saye. selalunya dia akan reply, at least, selewat-lewatnye time dia lunch break. tapi, sehingga kini, inbox saye masih kosong! im freakingly worried bout him! saye tak tahu nak tanya siapa! tak tahu nak kontek siapa! I keep on sending emails and SMSes to him, but NO reply until now! sumthing wrong sumwhere dan saye makin risau dan panik mengenainya. sampaikan... saye... nangis... sbb... terlalu... teramat... tersangat.... risaukan dia dan perasaan risau tu sgt sgt sgt sgt sgt berbuku dalam hati saye dr hari minggu yg lalu.. tlg lah saye, sirius saye risau dan helpless!

Tuesday, November 2, 2010

tik tok tik tok tik tok tik tok...

Posted by nikct at 11/02/2010 07:22:00 PM 2 comments
hidup MESTI diteruskan, walau tiada satu pun emel yg masuk inbox! (you can do it!) :(

i wish u were here...

Posted by nikct at 11/02/2010 02:43:00 PM 0 comments
When I'm not there... do you think of me? When you're sad and something's bothering you... do you wish I were there to help comfort you? When you've had a long hard day... do you smile knowing that soon you'll be seeing me, and everything will seem better, even if it's just for a moment? When you lay down at night... do you look back and cherish the new memories you've made with me? And when you get up in the morning, does everything inside of you smile, knowing that this will be another day that we'll be together? because that's how I think of you...

no news

Posted by nikct at 11/02/2010 02:24:00 PM 0 comments
hari ini hari kedua saye ditinggalkan tanpa apa-apa khabar berita. agak panik di situ, lebih kepada risau sebenarnye. dan juge rindu :(

semoga Puteri Zamrud tak mengalami ape-ape masalah teknikal, semoga semua krew, terutama sekali incik sailor, sihat dan selamat. saye harap ianya hanyalah masalah teknikal sistem server emel semata-mata dan tidak lebih dari itu.

semoga selamat dalam pelayaran pergi dan balik, incik sailor! saye di sini menunggu sambil merindu :(

Monday, November 1, 2010

saye rindu!

Posted by nikct at 11/01/2010 04:15:00 PM 0 comments
senyuman dia,
gelagat dia,
ngomelan dia,
bau dia,
kepoyoan dia,
telatah dia,
nyanyian dia (yg sgt la 'merdu' tu hehe),
muka sirius dia,

nak tengok dia makan,
dia jalan,
dia tengok saye (hehehe!),
dia bawak kete,
dia amek gamba,
dia mengarut-ngarut,
dia majuk,
dia buat muke..

pendek kate, saye rindu lah kat dia! dan sume pasal dia! hee :)

Solat tiang agama!

Posted by nikct at 11/01/2010 03:31:00 PM 0 comments
Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan).

1-bilangan perkataan solat dlm quran....byk skali perkataan solat dlm quran ..ni brmakna ia adalah perkara penting..

2- islam terbina ats 5 dsr..semua tahu kan...

3-allah bg sdiri kewajipan solat pd nabi...tidak melalui jibril....semua amala...n lain dwahyukan melalui jibril..namun knp tdk solat?

4-tujuan utama israk mikraj nabi adalah untuk terima watikah kefardhuan solat..

friendly reminder to myself and all..
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea