Thursday, July 29, 2010

1st stage dah lepas :)

Posted by nikct at 7/29/2010 01:32:00 PM 0 comments
alhamdulillah. 1st stage dah lepas. setakat ni Allah s.w.t permudahkan. Alhamdulillah. syukur sgt2. selangkah demi selangkah menuju cita-cita. jika ini lah jalannya, Kau permudahkan lah ya Rabb. begitu juga dgn sahabat handai. amin.

mode : lapang dada, tenang. Alhamdulillah, syukur. :)

Wednesday, July 28, 2010

sayonara sayang

Posted by nikct at 7/28/2010 09:01:00 AM 2 comments
hari ni incik sailor keluar belayar semula. setelah beberapa hari je dapat mendengar suara dia dari kejauhan tu. destinasi : jepon. tempoh : tak tahu lagi. minimum 2 minggu. takkan dpt dengar suara incik sailor dlm 2 minggu ni. sedih. ='(

4 bulan, 3 minggu, 1 hari dan masih bertahan. i really miss u mr.sailor! safe sail onboard yup!

Tuesday, July 27, 2010

orang2 ni takkan faham..!!

Posted by nikct at 7/27/2010 10:04:00 PM 0 comments
tak tau nak cakap camne. tapi yg menanggungnya kami. hanya golongan seperti kami je yg akan faham apa rasanya dlm situasi mcm ni. orang2 ni takkan faham, sampai bila2 pun takkan! sedap la cakap mcm2, mulut boleh kata apa saja. tapi hati kami yg menanggungnya. selagi hati2 orang2 ni tak merasa apa yg kami rasa, tak pakai kasut kami, mereka takkan sekali2 akan faham. sesedap rasa semanis jus oren je eh cakap macam2. apa yg aku boleh ckp ini bukan benda mudah, benda senang. dan aku dah bertahan 4 bulan 3 minggu lamanya. still counting, up until when? dont know. kamu takpe la. senang. i dont give a damn to you. tapi, pelis la. be considerate. jgn main ckp ikut suka. i'm no desperado. we are just fine. and you will never get it!!

Sunday, July 25, 2010

from PCB with LOVE :)

Posted by nikct at 7/25/2010 09:56:00 AM 0 comments


hari khamis aritu aku balik kelantan. ada kerja sikit kat sana. alang2 dah balik, chek dan wan pun nak balik. so, takkan nak balik hari khamis je kan? maka aku mintak cuti hari jumaat. utk sambung berfoya2 di kampung halaman la konon. seronok balik KB ni. bukan ape, seronok makan. tak sempat lapar, makan lg. banyak sgt makanan kat kelantan ni. as i mentioned in my last entry la kan. tapi balik kali ni pergi PCB. dulu PCB dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi. kurang sopan sikit lah, memandangkan muda mudi lebih cenderung utk melakukan aktiviti luar tabie bila nama pantai nye gitu, kononnye lah. so depa tukaq ke Pantai Cahaya Bulan. PCB la jugak.

anyway, dulu aku tak semenggah sangat nak turun kat PCB ni. sbb pantai dia ade batu-batu yg dilonggokkan utk elak ombak menghakis pantai, so nanti makin lama makin dekat ke darat la kirenya pantai tu. memang pon, dulu aku pergi situ, sangat jauh ok jarak pantai ngan darat. sekarang, mujur ada batu tu la, 100 meter pun tak sampai dgn darat. so kesian jugak la tgk peniaga2 tepi pantai, org2 kampung yg berumah tepi pantai. so sbb tu dorang longgok batu tu. tapi jd tak berapa nak lawa la.

tapi hari tu wan ajak pegi jalan2 pantai. kesian pulak. last time dia dah pegi sorang2. takpe la aku teman kali ni. jalan-jalan-jalan-jalan-jalan. not bad la. bila jalan tepi pantai ni hati rasa tenang je dengar deruan ombak. gituuuu :P

maka, camwhoring session pun mengambil tempat. sbg kenangan la, bile tah lagi aku nak jejak PCB ni. kot nextime angin malas tu dtg balik ke ape ke. hehe

inilah PCB. Pantai Cahaya Bulan :)

wan semangat main air nih.

tapak sulaiman. one for u, one for me :)

chek tak pegi pantai. dia dtg bila kami nak minum2 je. cit.


pengalaman takleh nak lupa sepanjang trip ke kelantan ni : saye tertinggal flight. ahh taknak cerita, benci!


P/S :

ehem :)

Wednesday, July 21, 2010

emonya saye

Posted by nikct at 7/21/2010 09:32:00 AM 0 comments
ada sensitiviti la sikit. saye ni orang, bukan kucing. kalau kita marah kucing pun kucing akan buat muka kesian. kalau orang kena hina apatah lagi? sorry la kalau saye emo. tp saye rasa saye berhak utk emo. ramai orang suka cakap pasal isu ni. bagi orang macam aku, kami sensitif pasal isu ni. sedih. dah la, biarkan saye dengan labu-labu saye.. daa

Monday, July 19, 2010

kepada yg berkenaan

Posted by nikct at 7/19/2010 08:36:00 PM 0 comments
badan besar hati kecik nak watpe? ape org buat ke, ckp ke, sume tak kena, ko sorang lah yg betol. ko sorang je lah yg pandai. pegi duk dalam hutan idup sorang2 nak

kan dah tibe2 emo hahah

Sunday, July 18, 2010

hey, "Popeye"!! love, "Olive" =D

Posted by nikct at 7/18/2010 10:51:00 AM 2 comments

Missing A Friend

Posted by nikct at 7/18/2010 10:12:00 AM 0 comments

By Dana Hanon 2004

We were close friends
I believed you were sent from above
I knew I could count on you
For anything I needed
And when I needed you most
you were always there
till the day you found love
And had to move away
But I knew you still cared
For we still can be friends
Only from a distance
Through phones lines we'd talk
Did not make the difference
We were still friends
Even though long distance
I do miss our sleepovers
And the pranks you'd pull
And our long talks and
Our laughs we used to share
And how you made me feel better
Just by being there
I miss you my friend
And I know you still care
We are friends forever
You and I
Friends till the end
The day I die

Saturday, July 17, 2010

semester 3 dah mula

Posted by nikct at 7/17/2010 10:42:00 PM 0 comments
secara rasminya kelas DLSA dah mula pagi tadi. tirai dibuka oleh ustaz amin kegilaan ramai tuh. dia buka tirai dengan sabjek yang juga menjadi igauan rakan-rakan seperjuangan DLSA. haha ape lagi kalau bukan Usul Fiqh II (Islamic Jurisprudence II).

first day aku dah spoil habis. aku masuk pukul 9.00 pagi. ustaz masuk pukul 8.00pagi. even kelas mula 8.30 pagi jika ikut jadual. otai giler. haha. lepas kelas ustaz, opinion writing. tapi takde lecturer masuk. maka aku angkut aimi zahiah pergi melantak Mancongkam. lama tak pekena nasi goreng ayam garing. nyummmmeyhhh!

pukul 12.15 kami masuk balik ke kelas. tgk2 labu sayung dah masuk kelas daa. padahal kalau ikut jadual patutnya pukul 12.30 kelas mula. macam biasalah en.labu sayung tu memulakan mukadimah, ye mukadimah sahaja kelas hari ini, sampai pukul 2 mukadimahnye. cukup panjang. dan saye juga macam biasa saye tido. tiba2 si adlina kejut dan tunjuk en.labu. dan pabila ku pandang. mata ke mata, ke hati, hati ke hati ----> tepat en.labu sedang pandang saye dari mase saye tido tadi! terbaek lah hehe

skang tinggal lagi 1 kelas. faraid. tapi kelas mula pukul 5. pegi jalan2 kat tesco dulu. beli sebarang dua. balik kelas. tgk2 Yang Arif tuan hakim Mahkamah Tinggi Syarie tengah tunggu kat luar. eh, tuan ni dengar mock trial kami last sem. takkan ajar faraid. risik punye risik, rupa2nya kelas faraid dah tukar ke malam pulak. jenuh la kalau tiap2 minggu nak buat camni. dari pukul 2.00 ke pukul 8.00, nak buat ape lame2 sangat? aiyoo. suke suki je lecturer tuka2 jadual. tak pikir hati dan perasaan aku langsung! *haha*

haihh tapi ape2 pon first day kelas dah spoil sangat2! dtg lambat dan tido. terbaik sangat! haha saye harap dapat bertahan dan habiskan semester ni jugak. amin. hehe

just another day without u

Posted by nikct at 7/17/2010 10:34:00 PM 0 comments
today is just another day without u. feeling soooooo empty, day by day, yet i'm sooooooo full. full with our memories together. feeling sooooo awful, and sucks, yet its awsome! hey, i miss u. and i need u. do u hear me?

Wednesday, July 14, 2010

rindu ini membunuhku ='(

Posted by nikct at 7/14/2010 06:42:00 PM 0 comments
ye hakikatnya rindu ini teramatlah membunuh saye. sudah 2 hari kot tak dpt emel. saye sangat rindukan dia. sudah 4 bulan lebih saye tak jumpa dia. saye jeles tgk kapel lain keluar dating. saye nak keluar dating jugak. saye nak tengok muvie dgn boipren jugak. saye nak mkn ais krim dgn boipren jugak. saye sedih. saye nak boipren saye ='(

saye harap semua baik2 je. saye doakan dia sampai balik bintulu dengan selamatnya. hanya server down, or emel rosak je. hurmm.. cepatla jumaat ='(

Monday, July 12, 2010

='(

Posted by nikct at 7/12/2010 10:16:00 AM 1 comments
seorang sahabat bagitau saye yang kawan dia kematian suami. kemudian dia tunjukkan fb kawan dia tu. saye lihat perempuan itu dan arwah suaminya sgt loving doving. mereka baru 10 bulan kahwin. saye tersentuh. saye sedih. saye pikir camne kalau saye di tempat dia? mungkin saye takkan tgk fb sampai mati, atau mungkin saye akan bg password kepada org lain utk tolong deactivate akaun saye tu. saye sedih tgk profile picture dia. saye sedih baca wall post dia. saye sedih. apetah lagi dia. saye tak dpt bayangkan. kehilangan orang yang kita sayang secara tiba2. kehilangan orang yang kita selalu bercakap, bergurau senda, mahupun bertekak dan berteriak.

chek dan wan, saye bukan anak yang baik, tp saye sayang chek dan wan sgt2.
incik sailor, saye sayang awak juge.
tak dapat saye bayangkan hidup saye tanpa kamu semua.
ye, kita selalu gaduh, saye selalu spoil, tp hakikatnya saye sayang kalian.
saye sedih ='(

Sunday, July 11, 2010

saye ni tak penting ke?

Posted by nikct at 7/11/2010 04:54:00 PM 0 comments
hmm..saye rasa saye tak berapa penting bg sesetengah rakan-rakan..
kenyataan ni bukan ditujukan kepada semua kawan-kawan..
kisahnya begini..
saye ada seorang sahabat..
dia sudah tunang..
dia tak jemput saye..
saye tak kesah..
sbb tunang je pon..
bukan kawen..
tp bila tgk gambar2..
ade gambar kawan-kawan lain..
maka, saye berpikir..
"saye ni bukan kawan dia ke?"
perkara ini sedang berlegar2 di akal fikiran..
takpe la, kalau dah begitu gayanye..
saye kecik hati ='(

p/s : saye sayang kawan-kawan saye.. saye lah manusia plg jarang kontek kawan-kawan saye, tp ketahuilah kawan-kawan, bahawa saye sayang kamu semua ='(

Saturday, July 10, 2010

sabtu yang lapang :)

Posted by nikct at 7/10/2010 08:31:00 PM 0 comments
hari ni hari sabtu. sepatutnya ada kelas. bila dah sampai kelas saye tgk parking lot kosong. hanya ada Neo CPS kaler putih milik cik Balqish. rupanya kelas takde. hampeh. sbb takde letrik. lagi hampeh. lecturer kata dah inform semua org. tp saye tak dpt apa2 notification pun. lagi la hampeh. terus saye ke pejabat Kor SUKSIS UiTM Malaysia Shah Alam. jumpa kawan2 lama, jurulatih dan budak2 baru yang nak ambik physical test. tengok sampai tengah hari. balik bilik fauzani dan sembang sampai mengantuk. tidur kejap sblm solat zohor. kemudian ke Ole-Ole Sek.18. fauzani nak cari kasut untuk kelas mak datin mane tah. dengan aku sekali shopping sandal. haha. membazir. tatkala baru balik bercuti ni aku pegi shopping pulak. takpe, necessity =D haha lapangnya hari ni. kalau lah setiap weekend boleh menikmati waktu selapang ini. ye la dah cuti seminggu, sabtu ni rasa lapang la. kalau tak, hmm.. eh esok boipren saye nak sampai Taiwan! yeay!! saye harap incik sailor dan rakan2 dlm T5 akan selamat sampai, dan selamat juge pulang.

p/s : incik sailor, bila nak pulang? pulang ke darat. sbb.. saye rindu.. uhuk uhuk >.<"

Friday, July 9, 2010

perjalanan 2 budak perempuan

Posted by nikct at 7/09/2010 01:00:00 PM 0 comments



Alhamdulillah. tu je yang mampu saye rumuskan sepanjang perjalanan kami berdua ke KK. saye pegi dengan Balqish, 2 orang je. tapi, Alhamdulillah, gunung ke, laut ke, pantai ke, darat ke semua kami berjaya jejaki dengan selamatnya.

paling menarik dlm trip ni adalah ekspedisi menawan puncak Gunung Kinabalu. ye, 2 orang budak yang tak berapa nak cukup sifat ni berangan berbulan-bulan lamanya nak naik gunung tu. akhirnya masanya tiba la jugak. berbekalkan semangat yang kuat, nak bekalkan kebolehan fizikal yg kuat, tak boleh, sebab.. ye la kan, weekdays kerja, weekends kenduri kawen, so fizikal agak out la masa tu hehe

perjalanan bermula di Timpohon Gate pada 4 Julai 2010. James (mountain guide kami) kata Timpohon ni bermaksud pondok tempat org duduk2 dalam bahasa Kadazandusun, disebabkan ramai sangat orang yang duduk dulu kat situ sebelum mulakan perjalanan naik ke Gunung..dalam pukul 9.00pagi tu, kami mulakan perjalanan. perjalanan hari pertama melibatkan 6 KM perjalanan, menuju ke Laban Rata. mula2 agak laju la, ye la bukan nak laju mana pun, tapi mula2 kan, siapa yg tak excited? langkah demi langkah kami hayun, makin lama makin mengah la mak. mane tak, altitud (ke latitud ntah?) dah mula berubah. sbb oksigen dah mula kurang. tapi mengah sbb tak fit pun ye. hello, puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara kot.

perjalanan mula dengan trail bertangga. oke la lagi. tapi bg balqish, agak susah sbb tangga tu tinggi, ada lebih tinggi dari paras lutut dia pun ada. mmg sukar la bg dia. tapi, still dia teruskan sampai ke penghujungnya ok. mat-mat salleh pun ade yg baru sampai KM1 mintak nak patah balik. ini menunjukkan bahawa Malaysia Boleh! hehe tibe2.. bila sampai KM4, trail mula nak susah, mmg James pun kata KM4 ke KM5 adalah trail paling getir, sebab ia melibatkan trail berbatu, makin tinggi dan oksigen pun kurang. kat sini bukan takat fizikal, tapi mental kena asah tajam2. part yg paling best ialah sepanjang perjalanan ni, saye tak berpeluh. menjadikan perjalanan sangat selesa dan kekal bergaya haha

tiba di KM6, kami sampai di Laban Rata, tempat kami akan bermalam sebelum memulakan perjalanan ke puncak esok pg. Laban Rata penu, so kami ditempatkan di Gunting Lagadan, lebih kurang 0.7KM dari Laban Rata. takpe la janji ada tempat nak tidur. problemo : dinner will be served at Laban Rata. dan hari hampir malam. jalan pulak, mmg buat aku pikir 3-4 kali la nak turun ke Laban Rata semata-mata utk dinner je. maka, aku ambik keputusan utk stay kat dorm je, makan packed lunch tadi. roti + cheese, telur rebus. hmm roti + cheese, dan telur rebus. amatlah tak sedap dimakan begitu saje. berbekalkan sedikit ilmu komando (hahaha), saye belah telur tu dan selitkan dalam roti cheese tadi. ala2 scramble egg with cheese la jadinya. bedal je la, dharuriyyat =D haha

cuaca, sejuk yang amat. kebetulan masa kami sampai tu, hujan turun. saye rasa hujan la sbb bunyi mcm hujan. nak tengok keluar, kirim salam je la. nak cecah kaki ke lantai pun, ya ampun. walaupun anda berstokin 2 lapis, belum tentu kaki anda boleh tahan kesejukan lantai di dorm Gunting Lagadan itu. walaupun anda berjaket tebal, bersarung tangan, berselimut 2 lapis, belum tentu dapat menahan kesejukan di Gunting Lagadan. saye cilok selimut selapis lagi dari katil atas, memandangkan takda sape2 check in ke dorm tu lagi. baru la selesa sikit nak makan or nak tidur. ye semua saye buat dalam selimut berbondong-bondong itu. SUPER sejuk oke.

kepala belah kanan masa tu berdenyut2, taktau kenapa. saye makan 1 bijik paracetamol, dan tidur. pukul 1.30 am saye bangun, sbb James kata nak datang pukul 2. siap2 nak teruskan ekspedisi. bila saye keluar menghayunkan berus gigi, saye tengok orang lain dah siap pakai jaket tebal2, bermafla, berskaf dan berheadlight. juga sedang stretching. woww, semangat apam, kate saye. saye tak pedulik kan mereka. terus saye siap2. berjaketkan jaket bapak saye, yang saye guna masa final LLB dulu, yang sejuk air cond DSB pun ia boleh tahan sikit2 je la, dan bersarung tangan ice skating Sunway Pyramid. ye saye mmg gila. tp sebenarnya saye sgt tak jangka keadaan boleh jd SUPER sejuk di atas tu. sbb selama ni saye panjat gunung bertshirt SUKSIS pun dah cukup. tak perlu tongkat kayu, sarung tangan, head light jadah semua tu. tapi bila tgk org dress up macam tu, saye dah mula cuak. semua kelengkapan tu saye ada. tp, tak berapa nak sempurna. takpe, perjalanan mesti diteruskan. chaiyokk!!

tepat jam 2.30pg, gate di belakang dorm kami dibuka. maka mula la perjalanan. perlahan2 kami daki tangga. perjalanan lebih kurang 1km melibatkan tangga (lagi2 tangga), lepas tu baru trail berbatu dan bertali pulak. lebih kurang 3km jugak la kena daki pagi2 buta ni, sbb nak tengok matahari terbit, kalau sempat la kan. so kami daki la pelan2. sekali lagi saye ingin menyatakan bahawa cuaca adalah sangat SUPER sejukk. berkali2 angin datang menghembus kami. bila angin datang menyapa, saye tak gerak, sebab terlalu sejuk. dlm hati saye kata "kat mana nak menyorok ni, luas terbentang pulak batu2 ni. kalau boleh sorok pun belum tentu panas. sbb batu kan sejukk".

mental memang tercalar dah masa ni. sebab jalan tak habis2, bila nak sampai puncak ni? td James ckp lepas check point terakhir (Sayat-Sayat), makna dah dekat lah tu, dlm 1km lg. puncak2 lain dah nampak, Donkey Peak, ape peak tah lagi, tapi kami semua menuju ke Low's Peak, puncak tertinggi di Asia tenggara tuh. habis selawat dah pun tak sampai2 lagi. perasaan masa tu lah. snickers 2 bar aku rembat sepanjang perjalanan ke puncak pagi ni. sbb rasa mcm takde tenaga dah nak langkah kaki ni.

setelah mental dah calar, kaki dan betis terutamanya dah naik sakit, baru la kami hampir tiba ke destinasi. puncak tu cinonet je. puncak Mat Cincang lagi besar la. dah la berbatu je. tapi yang penting kami dah sampai la kan. berbondong-bondong lah orang (termasuk la warga mat salleh, korea, jepun, china dan MPKj) yang naik sekali ngan kami nak duduk kat puncak tu menikmati cahaya matahari yang dah terbit tu, ala kami terlambat beberapa minit je. so masa tu matahari dah keluar sikit je la hehe lepas ambik gambar segulung dua, saye mula menggegel pulak. angin makin sejuk. dan orang yg berbekalkan peralatan tak berapa nak sempurna ni kena la turun cepat.

sepanjang perjalanan turun saye jadi syiok sendiri. kebanyakan gambar yg saya ambil masa turun tu adalah self-timer. takpun, saye mintak tolong orang, tah sape2, tak kira bangsa dan kewarganegaraan utk ambikkan haha mana boleh lepas peluang ambik gambar kat tempat yg dah dicita-citakan utk ditawan sekian lama.

perjalanan turun juga sebenarnya lebih mencabar. terutama bila pakai kasut cap ayam je la kan hehe sakit kaki, sebab bila menurun, kaki kita akan ditekan ke depan. mmg sedap la sakitnye beb. so nasihat saye sapa2 nak panjat gunung, sila bawa sandal gladiator dan pakai masa turun, baru masyukk huhu

sampai di Gunting Lagadan, kami siap2 dan terus turun ke Laban Rata utk breakfast. hei, terlupa pulak, kami tawan puncak tu tanpa makan malam oke. huh. terbaikk. bila sampai Laban Rata, budak2 muda mountain guide semua tepuk tangan macam menanti2 ketibaan kami. tahniah bertalu2 la beb. hei, 2 budak perempuan boleh sampai puncak tertinggi di Asia Tenggara la weh.. Alhamdulillah la kan..

dan lepas breakfast, mula la perjalanan nak turun gunung pulak. mak aih, memang mencabar kepala lutut la weh. menggegel kepala lutut ni nak sampai ke bawah nu tau. sakitnya, sampai hari ni la (9 Julai 2010) masih terasa. mcm orang beranak jalan la saye boleh kata haha


CREDIT TO :


  1. BALQISH yang sangat2 gigih nak sampai ke puncak gunung dan berjaya turun dengan selamat. weh minah, we did it!!!! aku rasa nak tampar je kau sbb rasa mcm sangat bermimpi!!!!

  2. dan juga JAMES mountain guide yang cool gila dan sangat membantu bila mental dah calar :)

    dah turun gunung, kami ke pulau pulak. Manukan dan Sapi. saye suka Pulau Sapi. best snorkeling di sana. ikan2 byk, ada belang2, ade kecik, besar, menyerupai batu, mcm avatar pun ada! dan saye jumpa NEMO :) batu2 karang sangat la cantik, dan air sangat la jernih. tp yg menyakitkan mata bila ade jugak sampah dlm laut tu. ee, takde kesedaran sivik langsung ke? pantai situ sangat la cantik, sampai hati korang buang sampah kat situ dan mencacatkan pemandangan? huh.. geram!

    ada jugak pegi Monsopiad Cultural Village. Monsopiad ni bukan nama etnik ke apa, Monsopiad ni orang, pendekar pertama kaum Kadazandusun yang jd headhunter. seronok main2 je la kat sana. kalau nak banding dengan Sarawak Cultural Village, memang jauh lagi besar Sarawak punya la.

    kemudian kami pergi makan Lokan di Salut. saye dan Balqish dua2 tak berapa nak makan kategori siput ni. tapi org dah bawak la kan. maka kena je la makan. makan lokan ni buat saye teringat mamat theodore (in house guide dlm Monsopiad Culture Village td) masa dia makan ulat sagu tu..walaupun saye tak jamah pun ulat tu bila di offer, tp tetap terasa mcm saye sedang kunyah ulat tu bila makan lokan ni. hello, saye ni kerang pun tak makan la kan. tetiba nak suruh saye makan lokan. lokan tu apa at the first place pun saye tak tau hahahaha.

    tp trip kali ni merevolusikan saye di mana saye makan la seafood, termasuk lokan mase trip ni. hei tapi, ayam tetap jadi pujaan hati oke. seafood tetap tak sedap, kecuali sotong dan udang celup tepung. lain, saye boleh makan, tp kalau tak terdesak, mmg saye tak berapa nak makan. uhh.. selain lokan, kami pergi makan ikan bakar di Filipino Market. sangat2 sedap cicah kicap + bawang + cili api + mangga. peghhhh meleleh air liur bila teringat kesedapan kicap tuh huh

    hari terakhir baru la kami pergi shopping. beli kueh mueh tradisional je byk. sbb sblm ni dah dtg dan dah beli souvenir. maka saye rasa tak perlu kali ni. dengan kaki yg tak berapa nak pulih ni, malas saya nak beli byk2. huhu

    OVERALL : saye sangat suke trip ni, especially part naik gunung DAN sampai ke puncak, dan snorkeling di Pulau Sapi. sangat2 best. InsyaAllah, lain kali nak pergi lagi, kalau ada rezeki la :)

    terima kasih yang mendoakan keselamatan pergi dan balik kami :)

Thursday, July 1, 2010

Berubahnya dosa kecil menjadi dosa besar:

Posted by nikct at 7/01/2010 09:25:00 PM 0 comments

Berikut adalah beberapa perkara yang menjadikan sesuatu dosa kecil itu menjadi dosa besar. Ia dikongsi sekadar renungan kita bersama. Saye juga manusia yang tak pernah lepas dan selalu buat dosa. Maka, renung-renungkan dan selamat beramallll :)

1. Terus menerus dalam melakukannya
“Tak ada dosa kecil jika dilakukan terus menerus dan tak ada dosa besar jika diiringi istighfar.” Ucapan ini dinisbatkan kepada Ibnu Abbas Radhiallaahu ‘anhu berdasarkan atsar yang saling menguatkan satu dengan yang lain (ithaf as-sa’adah al-muttaqin 10/687).

2. Anggapan remeh atas dosa tersebut
Rasulullah saw telah bersabda: “Berhati-hatilah kalian terhadap dosa kecil, sebab jika ia berkumpul dalam diri seseorang akan dapat membinasakannya.” (HR ahmad dan Thabrani dalam Al Awsath)

3. Merasa senang dan bangga dengan dosa

4. Meremehkan “tutup dosa” dan kesantunan Allah
Yaitu ketika pelaku dosa kecil terbuai dengan kemurahan Allah dalam menutupi dosa. Ia tidak sadar bahwa itu adalah penangguhan dari Allah untuk-nya. Bahkan ia menyangka bahwa Allah sangat mengasihinya dan memberi perlakuan lain kepadanya.

5. Membongkar dan menceritakan dosa yang telah ditutupi oleh Allah
Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda: ” Seluruh umatku akan dimaafkan kecuali orang yang terang-terangan dalam dosa (al mujahirun), termasuk terang-terangan dalam dosa ialah seorang hamba yang melakukan dosa dimalam hari lalu Allah menutupinya ketika pagi, namun ia berkata: “Wahai fulan aku tadi malam telah melakukan perbuatan begini dan begini!” (HR Muslim, kitabuz zuhd)

6. Jika pelakunya adalah orang alim yang jadi panutan atau dikenal keshalihannya
Yang demikian apabila ia melakukan dosa itu dengan sengaja, disertai kesombongan atau dengan mempertentangkan antara nash yang satu dengan yang lain maka dosa kecilnya bisa berubah menjadi besar. Tetapi lain halnya jika melakukannya karena kesalahan dalam ijtihad, marah atau yang semisalnya maka tentunya itu dimaafkan. (Dari Al-’Ibadat Al-Qalbiyah,Dr. Muhammad bin Hasan bin Uqail Musa Asy-Syarif)

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea