Friday, December 31, 2010

saye sayang blog lama saye :(

Posted by nikct at 12/31/2010 07:11:00 AM 4 comments
for a very unexplainable reason, i have to delete my old blog. sayang sgt. that's why im importing almost all of the entries made by me previously. takpe la. anggap la, takde rezeki. dan tak semua yg kita nak kita boleh dpt, kan.

so, bye2 sukasukitalikecapi.blogspot. R.I.P. I will miss you :(

Monday, December 27, 2010

mak aku kate..

Posted by nikct at 12/27/2010 09:24:00 PM 0 comments
"kahwin tak payah buat susah-susah.
tunang & nikah sekalikan je.
biar mak ayah & keluarga dia datang jumpa2 chek dgn wan ni je dah.
tak payah jemput-jemput orang ni.
orang sekarang ni belum ape-ape dah banyak habis duit kat majlis.
buat je majlis tu kat masjid tu terus, habiskan kat sana.
kita buat sekali harung je senang.
takde la chek penat.

kalau nak buat grand-grand, buat kat sebelah sane je lah.
chek bawak la cucu chek 7 orang tu.
cukup la 3 kete je pegi menghantar."

er.. woww.

lagi lagi rindu.. :(

Posted by nikct at 12/27/2010 09:15:00 PM 0 comments
tu je la yang mampu nak terucap tatkala menjauh ni. oke la, oke la. saye tuka..

Wo xiang ni (Mandarin)
Anata ga i naku te sabishii desu (Japanese)
Dangsin-ibogo sipseubnida (Korean)
Chan khidthung thex (Thai)
Muje tumhari yaadh aa rahi hai (Hindi)
Nangungulila ako sa iyo (Tagalog)
Tu me manques (French)
Te echo de menos (Spanish)

but above all, I just miss you :(

lamanya tak drive..

Posted by nikct at 12/27/2010 08:38:00 AM 0 comments
harini 1st day drive ke ofis dengan WPP 1853 tu. setelah seminggu lamanye dia terbiar kat umah. takde sape bawak. seminggu lamanye jugak aku tak drive. rindunye. rindu suasana pagi pergi kerja. good morning evrybody!

Sunday, December 26, 2010

rezeki masing-masing

Posted by nikct at 12/26/2010 11:10:00 PM 0 comments
kalau kita dah sukses, jangan lupa ucap nikmat syukur, kalau orang Islam, ucaplah Alhmdulillah. sebab semua kurnia Tuhan yang bagi.

jangan pulak pandai ucap nikmat syukur, TAPI hati tetap busuk, kutuk mengutuk pencapaian orang lain. rezeki masing-masing kan? harini hari awak. esok lusa rezeki orang tu pulak sampai, sape tau? lambat cepat je.

bersyukur lah, sementara awak masih menikmatinya :)

pandai, tapi...

Posted by nikct at 12/26/2010 07:21:00 PM 0 comments
semua orang dalam dunia masa kini terlalu teramat tersangat bijak. dunia makin moden, teknologi makin canggih, pemikiran manusia pun makin lama makin pesat. bila cakap mesti nak lebat, dengan hujahan nye, otoriti nye. cakap memang pandai. orang yang tak berapa nak cerdik macam saye ni, memang kalah kalau bercakap dengan orang-orang bijak pandai ni.

tapi,

berapa ramai antara mereka yang bijak pandai ni yang mendirikan solat?

masa sekolah, mungkin ramai la, sebab masa tu mungkin ade yg malu kalau tak semayang. kan? masuk universiti, jumlah agak ramai lagi, tapi dah boleh identify sape yang tak semayang tu. bila dah meningkat-ningkat peringkat umur ni, kita boleh tgk dengan jelas, berapa ramai orang lelaki yang melepak kat shopping complex time semayang jumaat tanpa segan silu skang ni? siap deting-deting ngan awek lagi. yang perempuan pulak, takkan sepanjang tahun period??

mungkin itu orang yang saya tak kenal latar belakang dia mcm mana. tapi, yg saya kenal? peghh.. sekolah agama tu duluuuu. skang? dia lagi moden daripada mat saleh.

tolong la. kita ni MELAYU, berbangsa ISLAM. orang putih, kaum cina, india, semua pun semayang. semua pegi church, pegi kuil. MELAYU yang tak semayang ni ape? dah macam orang takde agama. dah boleh masuk kategori ATHEIS tau tak? tapi budaya barat yang minum arak, clubbing, bersekedudukan, pandai pulak nak ngikut? budaya positif dorang yang semayang tu, tak pulak dipraktikkan? ape nak jadi ni..

renung-renungla. hidup kita ni, setiap kali bernafas, setiap nikmat yg kita kecapi, boleh melihat, mendengar, bercakap, berjalan, sape yg tentukan sume tu? sape yang bagi akal fikiran yang bijak pandai tu? sape yang bagi rezeki melimpah ruah tu?

bijak pandai mane pun kamu, banyak mana harta kamu, bahagia mana pun kamu, saye yakin, konfem ada lubang dalam hati kamu. pasti ada yang tak kena dlm hidup kamu. duit selalu tak cukup? rumah tangga goyah? hidup tak tenang? busuk hati, berprasangka buruk dengan orang lain?

hidup jadi tak tentu arah kan? sebab hidup macam rumah tak bertiang la kan? mungkin orang tak faham istilah "solat tiang agama"? oke, mungkin boleh tukar kepada, "kereta tanpa tayar"? "muka tanpa mekap"? kalau kita tak semayang, hidup tunggang langgang la. roboh la rumah kalau tak bertiang. tersadai tak berguna la kereta tanpa tayar dan hilang la seri muka tanpa mekap <--- bagi yg biasa mekap la, saye natural beauty je ;)

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Ar-Rahman)

rasa bersalah..

Posted by nikct at 12/26/2010 07:03:00 PM 0 comments
cuti-cuti haritu, berjalan-jalan makan angin naik flight. dah boring sampai naik kematu pungkoq ni, aku pasang la movie. kat sebelah aku ni, ada 1 family mat saleh. mak, bapak dan 2 orang anak. kecik je lagi. bawah 4 tahun kot. yang abang tu, duduk sebelah aku, main game. so aku tengok la movie, cite omputih. biasala, cite omputih ni, mengandungi unsur-unsur 18SX sket. bila tiba part tu, mesti aku rasa bersalah. sebab? ada budak kat sebelah aku, mungkin tengok-tengok jugak cerita yg aku tgh tgk, sape tau? tapi bila pikir-pikir balik, keturunan dorang gak yang buat cite-cite camni. sume cite-cite dorang mesti ada unsur-unsur camni, kan? so, kenape aku pulak nak rasa bersalah? hehe

Tuesday, December 21, 2010

cuti =)

Posted by nikct at 12/21/2010 05:54:00 PM 0 comments
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. lagi baik kalau cuti ni tak habis! hahahaha

sudah sudah lah

Posted by nikct at 12/21/2010 02:14:00 PM 0 comments
orang ni, ade yg mempunyai perangai yang agak meng'annoy'kan. ada orang jenis tak reti nak sudah-sudah. keep on repeating things, which already passed. sudah sudah lah. kita semua bukan budak kecik. dah tua dah pun.

apa dah jadi, let bygone be bygone. everybody deserved to their own happiness. when u have yours, please dont hurt others. sumpah tak baik tau?

and if u were hurts due to the past event, please dont beg the others to pity u. that would hurt others as well.

semua dah boleh jadi bapak org, mak org da pun sekarang. therefore, act like one. takkan esok lusa bila dah dapat anak, kita nak tunjuk kat anak perangai budak2 kita tu? silap2 anak akan kata "ee, mengada nye mak/ayah ni. matang la sikit". tak ke malu kalau anak sendiri tegur gitu?

Monday, December 20, 2010

jauh di mata, sentiasa dekat di hati :)

Posted by nikct at 12/20/2010 02:27:00 PM 0 comments
cinta jarak jauh, please describe the feeling? hmm.. cacamerba.

kdg2 sgt sedih,
kdg2 sgt merindu,
kdg2 rasa kekurangan,
kdg2 nak lari tinggalkan semua dan nekad hdup dgn dia je,
tp bole jd kdg2 sgt gembira!

sebab??

kdg2, rasa cinta ni tak semestinya perlukan kehadiran fizikal dia di sisi, cukup asal kita tau dia dalam keadaan baik, sihat dan merindui, menyayangi kita seadanya, even kita masing-masing berada nunnnnn jauh antara satu sama lain. when u noe the other party's feeling towards u, distance isn't the biggest obstacle that u need to face.

but,

how patient can u be, and how u handle it, is the challenges that u need to overcome with. at this point of time, im feeling sooooo great with this relationship. dan saye berharap ia kekal sebegini sepanjang hayat. amiiinnn :)

lagipun, mmg lumrah kot, org selalu menghargai sesuatu benda bila benda tu dah takde, kan? dan dgn cara mcm ni la, kita dpt muhasabah diri dan belajar menghargai sesuatu yg tak ternilai. :)

incik sailor, love u! :)

Saturday, December 18, 2010

bye2 office, hello holiday!

Posted by nikct at 12/18/2010 04:57:00 PM 0 comments
saye akan membawa diri ke tempat yg saye tak pernah terpikir akan terokai. muahahaha bye2 kerja-kerja yg menyerabutkan!! kite jumpe balik nexweek!!

p/s : i miss my sayang oledi. too much and badly! :(

day 1

Posted by nikct at 12/18/2010 06:15:00 AM 1 comments
back to normal routine. ke ofis. kena siapkan beberapa perkara sebelum cuti panjang. incik sailor dah pegi. semoga dapat dengar kabar berita A.S.A.P. tak sampai 5 jam dan saye dah merinduinya. nak dengar suara dia. nak dengar dia gelak. nak sakat dia. rindu nak tgk muka dia kena sakat. hmm. hope by new year, dpt dengar suara dia la. hope same-same tabah. disember sangat lah tough. haihh. be positive nik, kemon!!

1 minit 11 seken

Posted by nikct at 12/18/2010 05:46:00 AM 0 comments


sedih je, sempat cakap kejap je dgn incik sailor :(

hope selamat pegi dan balik.
hope selamat dalam setiap pelayaran.
hope dijauhkan daripada malapetaka dan penyakit.
hope incik sailor tabah.
hope hati ni sama-sama kuat.
hope masa ni cepat berlalu.
amiiinnnn..

Itulah Sayang..

Posted by nikct at 12/18/2010 05:32:00 AM 0 comments

Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Itulah sayang..

see u when i see u :(

Posted by nikct at 12/18/2010 05:11:00 AM 0 comments
baru je balik tak sampai sebulan lepas. tu pun balik sebab sakit. tapi, sakit-sakit pun, layan je kite ni.

sori dah banyak menyusahkan sepanjang tempoh kite together-gether ni :(

and thanx for the memories! really appreciate it!! huhu byk sangat kenangan sepanjang sayang sign off kali ni. this is 2nd time of u signing off (but within a very short period of time) but we manage to spent time together perfectly :) thanx sooooooo much for that, dear. love u!

hmm harini, pagini, 5.45am, incik sailor dah kena turun ke ECR (engine control room, kot?) sebab kapal nak gerak keluar awal-awal pagi ni. hurmm tak sangka seawal ni. semalam pun, dah la kejap je flight singgah KLIA, then terus ke Bintulu :(

takpe la, ade hikmah. makin cepat dia pergi, makin cepat la baliknye. 6 months from now, i hope, we were getting stronger!

jangan sakit-sakit lg eh sayang. i love u, gonna mishyu beriberi MUCH! take care!

Friday, December 17, 2010

R.I.P glider :(

Posted by nikct at 12/17/2010 05:01:00 PM 0 comments


tak sampai lagi sebulan. glider pergi.
sedih, sebab dia yg pertama pikat hati kami mase mula-mula nampak kat pet shop.
kami beli same-same.
kami pilih same-same.
sangat lebat bulu dia. sampai tutup mata.
dia jugak sangat lah lincah.
tapi, harini dia pergi tinggal kami sume.
pergi setelah beberapa hari menanggung sakit.
ada hikmah semua ni. :(

n incik sailor. do take care of urself keh. gonna mishyu. veryVERYvery MUCH!
love u, sooooo MUCH!
saye harap masa ni cepat berlalu.
saye harap segala kedukaan di bulan Disember ini akan berlalu dengan sangat cepat.
saye harap... segalanya dipermudahkan :(

Wednesday, December 15, 2010

10 Muharram

Posted by nikct at 12/15/2010 11:25:00 PM 0 comments
10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :

1.ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
2.ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6.Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
7.Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
8.Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
9.Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
11.Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram
13.Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram
14.Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
16.Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
17.Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
18.Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
22.Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.pada 10 Muharram

Peristiwa lain

1.Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
2.Diangkat Nabi Idris a.s. ke langit pada 10 Muharram
3.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
4.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
5.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
6.Allah menjadikan 'Arasy.
7.Allah menjadikan alam.
8.Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata;
"Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa'."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata;
"Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa', maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu. Sufyan berkata; Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya."

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata;
"Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa'; maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini". Maka sabda Nabi SAW.; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu". maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa."

p/s : saye dilahirkan pada 10 Muharram. Alhamdulillah. tak sangka dilahirkan pada hari yang penuh bermakna dan bersejarah dalam kalendar Islam ni huhu

too many things, too little time!

Posted by nikct at 12/15/2010 02:14:00 PM 0 comments
kena plan betul-betul. hope tak tertinggal apa-apa. hope dipermudahkan. amiiinnn.

Monday, December 13, 2010

11-12th Dec 2010 :)

Posted by nikct at 12/13/2010 04:46:00 PM 0 comments
pergi kursus weekend haritu :)
tak pernah se'excited' ni pergi kursus :)

mcm belajar Islamic Family Law dalam 2 hari. hee :)

Friday, December 10, 2010

TM (tamat)

Posted by nikct at 12/10/2010 07:24:00 AM 0 comments

Alhamdulillah. saye OFFICIALLY berjaya menamatkan Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan (DLSA) :)

so, taun depan boleh grad (kali ketiga). yeayyyyyyyy!!!!! yahoooooo!!! yabedabeduuuuuuuuuu!!! wuhuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!

pic mase 69th UiTM Convocation Ceremony, Bachelor of Legal Studies (Hons).
masa 1st time grad haritu mak aku kate, "tak sangka jadi orang".

2nd time grad, 71st UiTM Convocation Ceremony, Bachelor of Law (Hons) (LLB).

dah masuk kali ketiga ni, agaknye nak kata ape la pulak ye? ;)

Alhamdulillah... syukur sgt2....

Wednesday, December 8, 2010

"Sayang rabbit, rabbit comel"

Posted by nikct at 12/08/2010 07:32:00 PM 0 comments
it is our 10th monthsary yesterday :)

and we were able to spent time together, for the very first time :)

usually, we were only have a chance to wish it through phone calls (feeling sooooooo lucky if I'm able to wish him directly), SMSes, and even worse, only by email.

finally :)

happy 10th monthsary sayang.

i love u and will always do!

celebrate kat Rabbit Park pun, comel ape? kan sayang? haha

Monday, December 6, 2010

365 :)

Posted by nikct at 12/06/2010 08:59:00 PM 0 comments
"Kayriel E'izham sent you a message on Facebook..."
Monday, 7 December, 2009, 8:40 PM

7 Disember adalah esok. patut entri ni dibuat esok, skali dgn monthsary kami. tapi, nak entri ni masuk harini jugak.

jika dihitung-hitung, harini genap 365 hari kami berkenalan. dan harini selangkah lagi maju sikit ke depan. ehe.

Alhamdulillah, it went well :)

salam maal hijrah 1432

Posted by nikct at 12/06/2010 03:17:00 PM 0 comments


Sunday, December 5, 2010

cukup sekadar tukar profile pic kartun?

Posted by nikct at 12/05/2010 08:33:00 PM 0 comments

kita boleh tukar profile pic ke gambar kartun, boleh seru rakan-rakan fb di seluruh dunia berbuat demikian, tapi ape yg kita dah buat utk hentikan penderaan kanak-kanak, pembuangan bayi dan peperangan?

Thursday, December 2, 2010

ohh myeg!

Posted by nikct at 12/02/2010 09:00:00 PM 2 comments
sekarang ni semua urusan boleh dibuat di hujung jari je. shopping, topup, check saman, bayar saman, bayar bil air, bil telefon, even renew roadtax pun, semua boleh bikin secara online saje. bunyi sungguh mudah la kan?

baru-baru ni roadtax AGY 4686 milik incik sailor expired (expired ke? taktau proper wording utk roadtax hehe). so, dia nak renew. aku suggest MYEG, sebab officemate aku try renew dgn MYEG, cepat dan mudah je proses aku tengok?

maka, incik sailor pun mendengar nasihat buah hati pengarang jantung pisang dia ni dengan merenew roadtax dengan MYEG. yang mana, sebenarnya aku sendiri pun tak tau mcm mana nak buat hehehe

setelah berjaya, incik sailor puas hati la. sebab mmg mudah. dengan klik-klik je, urusan pe'renew'an roadtax berjaya. tunggu dalam 2 hari, katanya. nanti sampai la roadtax tu, dorang pos. ok.

tetapi malangnya, sehingga ke hari ni, roadtax tu masih tak kunjung tiba di tangannya. bukan sekadar masa terbuang, malah kereta pun tak boleh nak gerak!!

sekarang benda yang sepatutnya mudah, dah menyusahkan pulak.

p/s : sori sayang. kalau saye tau, saye tak rekomen :(

Terima Kasih Cinte =)

Posted by nikct at 12/02/2010 06:51:00 PM 0 comments
saye bersyukur, mempunyai cinte hati yang sangat la saye rasakan sempurna. sebagai manusia, dia memang tak sempurna. tapi, sebagai cinte saye, dia sempurna. dia melengkapi saye.

dia sabar je layan kerenah saye yang tak berapa nak matang lagi ni.

dia sentiasa ade (bila dia ade la of kos! hehe) bila saye perlukan dia.

dia selalu bagi khidmat nasihat bila saye perlukannya. macam dia pulak lawyer heheh

yang penting,

dia memaafkan saye, atas apa jua salah silap yang saye buat selama ni.

dia terima je saye yang serba kekurangan ni seadanya.

berkali-kali saye dah nyatakan ni, tapi memang saye sangat-sangat-sangat terharu dengan kewujudan orang seperti dia dalam hidup saye. syukur Alhamdulillah, tuhan menemukan saye dengan incik sailor.

saye sayanggggg sangat kat dia. takkan sia-siakan dia!
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea