Monday, January 31, 2011

geram je tengok.

Posted by nikct at 1/31/2011 11:19:00 PM 1 comments
harini, nak sampai awal punya pasal, terpaksa naik flight yang boleh sampai Kuala Terengganu awal. flight yang biasa naik tu akan sampai lewat. so takut delay pulak ke apa, taknak amek risiko punya pasal, aku amek la flight lebih awal, ofkos la from different airlines jugak (taknak namakan tapi boleh teka la kot).

servis, memang berbeza. tak kisah la. tapi, yang aku sakit mata sangat ni, dengan FA dia tu. baju tu sampai ke tahap jahitan tu nak tertetas! terlalu pendek! terlalu ketat!! gerammm!!! hurmm. kat Malaysia pulak tu! tak sesuai!!! arrrgggghhhh!!!

sekadar gambar hiasan. thanks to Google!

warkah berlagu pilu.

Posted by nikct at 1/31/2011 01:11:00 AM 0 comments
(tak semestinya contentnya perlu pilu, cinta luka bagai. ianya pilu kerana saye rindukan incik sailor saye, sekian).

sayang, kite rindu awak. kite nak send emel kat awak tapi kite tau emel kite tu mesti kena tendang, mesti awak pun takkan dapat bace. so kita tulis la kat sini je. kite tak tau nak ngadu kat sape lagi, yang kite rindu sangat kat awak. kite hari-hari, tiap mase ingat kat awak. kite risaukan awak jugak. kite takut kalau awak tak sehat ke, awak tak oke ke, keje teruk ke. kalau seblom ni awak leh ngadu kat kite, tapi skang kite tak tau ape-ape pun yg jadi kat awak. kite nak tau, awak oke ke tak. benda ni je dah mengganggu hari-hari kite kat sini. hope benda seumpama ni tak mengganggu awak jugak, nanti effect performance keje awak, kite taknak la camtu nanti bahaye. walaupun kite tau awak pun mesti terganggu jugak, tapi kite taknak la benda same jd kat awak. hurmm. pastu, kite perlukan awak jugak. kite pun ade masalah kite kat sini. kite nak cite kat awak. tapi emel dah ting tong, kite dah hilang la tempat nak ngadu. kite hari-hari duk depan laptop, dalam tido pun termimpi-mimpi, awak send emel kat kite. tapi realitinya inbox kite kosong je. kite sedih. kite nak awak. kite rinduuuu awak. kite nak bagitau awak tiap-tiap mase, yg kite sayang awak. samat malam sayang, kite rinduuuuuu. :'(

Saturday, January 29, 2011

Short Message Service (SMS)

Posted by nikct at 1/29/2011 08:29:00 PM 0 comments
haha. saye tak pernah delete SMS incik sailor yang dolu-dolu. dari hari 1st dia SMS saye, sampai la 'pelayaran' kami bermula. tapi yang lepas pada tu terpaksa delete la. kalau tak full la inbox aku. bila full, hp jadi hang la, lembsss la, mesej takleh baca laa.

so harini, memandangkan emel incik sailor dah keparit, dan harini hari sabtu, takde keje punya pasal, saye baca SMS yang dari mulaaaaaaaa incik sailor send kat saye dolu. hee. incik sailor ni sangat sweet orangnye. manja. comel. mengada. menggedik. sume bagi kat dia la. hehe.

saye? cair semula la bila baca SMS incik sailor dolu-dolu tu v(^_^)v

truely said! :)

Posted by nikct at 1/29/2011 06:21:00 PM 0 comments

keparit lagi :(

Posted by nikct at 1/29/2011 09:37:00 AM 0 comments
saat-saat nak sampai klimaks nih, emel keparit pulak.. haishhh.. sabar je la.. kena tunggu sampai 2hb ni.. lame lagi tuuuu. dah la bulan ni 31 hari pulak. kenapa bulan ni tak 28 hari je mcm februari tu? hmmm :'(

tough chic?

Posted by nikct at 1/29/2011 02:27:00 AM 0 comments
aku ada sorang anak buah pompuan yang dah tua bangka, tingkatan 4. aku terbaca blog dia. dia panggil aku tough chic. huh. hantu punye budak. ade ke patut. huh. makang budok ni kang!! haha. tough nyeeeee aku di mata ko ye. hahahaha!!

Friday, January 28, 2011

1 tahun yang lalu (part 2) :)

Posted by nikct at 1/28/2011 08:07:00 PM 0 comments
oke harini sambung cerita 1 tahun yg lalu (mesti ada orang akan kata, tak habis-habis ini budak, muntah la). haha. nak tau baca. tak nak, click 'X' okes. muahaha.

28 Januari 2010 (keesokannya after 1st meet on 27th), incik sailor dan rakan-rakannya ke US Embassy, buat visa. selesai urusan kat sana (which dorang tak lepas nak buat visa pun, ada sorang dua je kot yg lepas), incik sailor ajak pegi jalan-jalan Times Square. kononnya, kawan-kawan dia nak pegi mengenal Times Square. oke la, bole la jadi pemandu pelancong (walaupun haku ni tak la pandai guna jalan KL ni sebenanye, buat-buat pandai je la).

maka sekali lagi aku pegi hambek incik sailor dan rakan-rakannya kat Legend Hotel nu. bergerak la kami ke Times Square. aku dengan kereta kebalku, dan incik sailor dan rerakan naik kuda putihnya. tengah-tengah jalan, tetibe dia call. "awak benti jap kat tepi". apehal pulak nak kena benti-benti ni. tinggal barang ke? tinggal orang ke? ape ke? benti je, incik sailor turun dari kuda putihnya, hala ke kereta kebal haku yg gagah perkasa ni. dia nak masuk. aku tak bagi. "alaaa bukak laaaa...". hahaha macam budak-budak :D oke la kesian punya pasal (kesian la sangat), aku pun bukak la. "nak ape?". "takde apa, jalan la". hooo dia nak naik kereta kebal haku rupenye. hee v(^_^)v

kereta kebal vs kuda putih v(^_^)v

sampai Times Square, kami berjambi jimba kat Cosmo World sampai mabuk laut. eh bukan. mabuk mesin. huh. tapi saye sangat SUKE! v(^_^)v

1st pic taken together v(^_^)v

konon-konon candid v(^_^)v

lepas pegi bersuka ria kat Times Square, kami ke medan selera kat Bandar Tun Razak, pastu pegi skating kat Sunway pulak!! fuhh.

kelakar bila teringat camne incik sailor skating. comel je hahaha! v(^_^)v


last skali, dinner kat Ampang. timur ke barat, selatan ke utara aku menjelajah haritu. tapi, saye sangat SUKE! v(^_^)v

paling suka, time incik sailor dan rerakan nak bertolak balik. ala bukan la suka. sedih la dah nak balik. tapi, saye SUKE v(^_^)v sebab dapat hadiah. kecik je, tapi sangat la bermakna!! weeee. mase tu konpem la dia pun rasa apa yang saye jugak rasa. weeeee v(^_^)v

small present from him v(^_^)v


rindunyeee time tu. rindu pulak kat incik sailor, soooo badly now. hurmm sabo, sabo. :(

Thursday, January 27, 2011

hee :)

Posted by nikct at 1/27/2011 12:00:00 PM 0 comments
saye sms tanya incik sailor, "sayang sayang, sayang ingat tak harini hari ape?". "hari ape? tak ingat. hari rabu eh? ke hari katil sampai? (mak aku baru beli katil, harini sampai). hehe. hari 1st kita jumpa? kan?" waaaaa dia ingat!!! :') pastu saye tanya lagi, "camne boleh ingat???". "mestila sayang ingat. sayang ni. bukan orang lain. heh." amboi riak plak mamat nih. luku kang. hehe. :')

"saya kenal sayang saya." :)

8.08am :)

Posted by nikct at 1/27/2011 08:03:00 AM 0 comments
Tenaga 5 dah sampai Sodegaura, Japan dengan selamatnya. Alhamdulillah. :)

bukan main-main okei

Posted by nikct at 1/27/2011 07:54:00 AM 0 comments
semalam dah pegi jumpa doc. doc cakap maybe ada kaitan dengan back bone. helo, back bone ok. bukan urat ke, muscle ke, sengal-sengal biasa. tapi back bone! taf macam mana pun, kalau back bone, takleh buat main laa. so, just rehat melayari tenet sambil baring je la harini..huhu

1 tahun yang lalu :)

Posted by nikct at 1/27/2011 12:09:00 AM 0 comments
27 Januari 2010 - the day where i first met incik sailor, face-to-face :) waa dah setahun, tak sangka. jongos je masa jumpa dia harituh :D masa mula-mula jumpa incik sailor, aku pergi amek dia kat Legend Hotel, kalau tak silap dia turun KL sebab nak buat visa US. pukul 7.30pm kalau tak silap aku sampai, amek dia. pergi mid, semayang maghrib. then jalan-jalan kat mid. kedai yang kami pegi : Pet Wonderland (yang sampai harini kami akan pegi setiap kali pegi mid valley. even sugar & arwah glider pun kami beli kat sana) :) then nak pegi makan, aku ingatkan nak bawak pegi makan kat murni, tapi tengok-tengok murni ramai giler orang!!! so kitorang patah balik and just lepak kat satu Old Town White Coffee kat SS mane tah. ahaha. kelaka bila ingat time tu. dia cakap aku macam mak datin coz, well, aku dari ofis kot, of kos la aku pakai ofis attire, hantu punya incik sailor!! :D then dia tanya lagi, kenapa muka bulat sangat niii? (obviously, camne nak jawab soklan nih???) dan, ape benda kat muka ni?? (jerawat yg teramatlaaaa subur time blind date ni la kannnn). haishhh.. aku kate dalam hati, "ohh, takde harapan la camni" :(

then hantar dia balik, terus balik sepang. otw balik sepang, incik sailor sms saye, inter alia, "sy gembira sgt mlm ni".. awwwww... dah gembira awat hang pi kutok chek kow-kow tuh??? ingat chek takdak harapan dahhhhhhh.. :') hehehe

tapi yang paling terkilan sampai harini, kami tak amek ape-ape pic pun on that day :(

Mohd Khairil Izham bin Khairul Azhari, kite memang kompem suke awak laa mase tu!! kite mahu tapi malu je :P

"I remember what u wore on our first day, u came into my life and I thought "hey, u know this could be something..." <--- faham tak perasaan ni? :)

Tuesday, January 25, 2011

sori awakkkkk :(

Posted by nikct at 1/25/2011 11:44:00 PM 0 comments
kesian incik sailor saye. pagi ni saye tak sempat emel, sebab pagi-pagi lagiiii dah bertolak ke melaka. nak sampai sana before 8. dan pagi ni menjadi-jadi pulak sakit pinggang/belakang nye. tak mampu nak duduk menaip (ni memang betol-betol punya sakit ni, silap-silap besok aku amek mc). so after reach home at 7pm tadi, tengok-tengok incik sailor ada emel. so, saye reply. pukul 11.20pm tadi dapat emel dia lagi, dan rupanya dia tak dapat emel saye lagi :( lagi teruk, emel saye tadi kena tendang coz dah exceed his daily limit. alaa.. dah la susah nak dapat emel, boleh emel dalam certain limited amount je. :( he's worried. dan jugak tensi. kesian diaaaa :( sori sayang. kalau la sempat emel pagi td :(

Monday, January 24, 2011

sakit pinggang dan Parameswara.

Posted by nikct at 1/24/2011 10:22:00 PM 0 comments
beberapa harini rasa sakit pinggang. nape tah? sebab aku tak minum susu anmum kah? eik, silap, anlene kah? berdenyut worr.. maybe sebab lama sangat duk mengadap laptop ni kot? ntah.

dan besok pagi-pagi nak pegi tempat yang ditemui oleh Parameswara. :)

tapi, atas urusan kerja :(

nasib baik besok gaji :)

love the way you love me :)

Posted by nikct at 1/24/2011 10:16:00 PM 2 comments
harini macam biasa, alhamdulillah, dapat emel dari incik sailor. macam-macam dia cerita. apa yang dia cerita? tentang hidup. melalui cerita dia tu, hati ni yakin, dialah orangnya (inshaAllah). keyakinan tu datang seiring dengan rasa terharu, bercampur gembira, sayu sume ade. he is the one i'm looking for. Alhamdulillah, i praise Allah for sending me you, my love :)

Sunday, January 23, 2011

tensi sampai gila

Posted by nikct at 1/23/2011 10:00:00 PM 1 comments
tensi nyaa. keje satu apa pun takleh buat oke. taktau ape yang ditensikan. yang merisaukan, tahap kecenderungan terhadap makanan meningkat mendadak ni. bangun pagi-pagi dah melantak nasik kerabu. takleh tolak la, air tangan mak kan? then bapak aku offer pau goreng, takleh tolak jugak sebab sedapppppp sangat. 4 bijik habis kat aku sorang. then pegi jusco. beli tako tao pulak, teringin, mengidam. before balik, makan ayam goreng spicy mcD. sampai kat umah, makan nasik kerabu lagi, dengan lebihan ayam goreng spicy tu lagi. mengapakahhhhhhhhhh. :(

submisi yang nak kena diskas besok tak buat lagi. T_T

Saturday, January 22, 2011

let bygone be bygone :)

Posted by nikct at 1/22/2011 09:29:00 PM 0 comments
"...tetapi,itulah kenyataan yg pasti n kena kta lalui...
walau seingat mana pn kt,
walau sedalam mana pn sayang kita,
tetapi yang pasti,semuanya sudah berlalu pergi...
pergi jauh meninggalkn kita tnpa kta sndri sedar akn kewujudan seorg insan lain....
insan yang blh mmberikan sinar dlm hdup kt...
berilah peluang dan ruang itu...
agar terisi dengan penuh kebahagiaan..."
22 Oktober 2009

terima kasih cinta untuk peluang yang diberikan!! :')

kebahagiaan dalam perpisahan.

Posted by nikct at 1/22/2011 09:07:00 PM 0 comments
ini tajuk lagu syahir. tapi abaikan content lagu tu oke. ia tak bermakna bagi entri kali ni. kebahagiaan dalam perpisahan dalam konteks ini adalah kebahagiaan apabila berjauhan dengan yang tersayang (gitewww). walaupun jauh tapi rasa bahagia sebab merindu dan perasaan menyayangi yang semakin mendalam. Alhamdulillah. harini tak dapat emel incik sailor lagi. biasanya dah macam kera kena belacan dah ni. tapi setakat ni wa cool kan diri dulu. mungkin dah terbiasa? mungkin. atau mungkin dah jadi sedikit positif dan kurang paranoid? mungkin jugak. entah la. apa yang aku boleh buat hanyalah tunggu dan lihat. :)

*menunggu emel dari laut dengan penuh kesabaran sambil baca blog Seharum Kasturi Seindah Pelangi (lagi dan lagi)* :)

kimia :)

Posted by nikct at 1/22/2011 07:20:00 PM 0 comments
walaupun jauh dipisah lautan, tapi kimia tu tetap ade :) semalam lebih kurang 10.46pm (waktu kat laut DAN aku dah tido masa tu, sebab terlalu bengang haha), incik sailor hantar emel. lassssttt skali, dia tanya, "b ada apa-apa nak luah ke? jangan pendam-pendam ok". eh eh incik ni, tau-tau je aku kebengangan sampai keluarkan post ni semalam :



hoho.. sungguh kimia. hanya kamu yang tau dan faham. lufyu incik sailor!! :')

aunt.

Posted by nikct at 1/22/2011 06:35:00 PM 0 comments
Nik Danial Fikri's

Nik Asyraf's


Nik Alya Batrisyia's


Nik Aiman's


wuuuu saye tau saye dah bergelar seorang makcik dah 20 tahun. tapi tadi tibe-tibe nampak diri sendiri terlist sebagai 'aunt' dorang, rase sungguh tuaaaaaaaa :'(

konfuse.

Posted by nikct at 1/22/2011 11:59:00 AM 1 comments
bila kat luar, aku ok je dgn semua orang. ikut je cakap orang, tak kesah. tapi bila kat 'sini', tak tau la. aku ke yang silap (kemungkinan besar), ataupun 'orang tu' yang memang 'tak kena'(mungkin jugak)? aku pikir-pikir balik, renung-renung, apa silapnya? mana kurangnya? apa yang tak kena? kenapa? macam mana boleh jadi camni? apa boleh buat dgn keadaan ni?

tah la. aku naik buntu. hari-hari benda sama je dengar. hari-hari benda tu berulang-ulang, tapi takde siapa boleh ubahnya. kenapa? apa yang susah sangat?

satu je, hormat. kalau kita tak hormat orang, jangan harap orang akan hormat kita. tak kira la siapa pun kita. tak kira la, tua ke, muda ke, saling hormat la. kalau yang tua tak mengamalkan hormat menghormati, camne yang muda nak ikut?

kalau dengan semua orang ade je benda tak kena, pikir-pikir la, there must be sumthing wrong with yourself. takkan semua orang sentiasa salah dan kau sentiasa betul? nobody's perfect!

p/s : tiada kaitan dengan kerjaya!

Friday, January 21, 2011

renew passport.

Posted by nikct at 1/21/2011 09:55:00 PM 0 comments
cerita ni dah agak lama berlaku. dalam 4-5 bulan lepas la kot. tiba-tiba harini teringat dan rasa nak cerita kat sini sebab rasa macam sangat kelakar dan comel. hahaha.

pada suatu pagi, ketika incik sailor berada di rumah sahabatnya di Cheras, dia nak pegi ofis MISC kat Dayabumi. sebelum pegi ofis, dia pegi brekpes dulu. dan renew pasport. saye tanye dia nak renew kat mana? "kat bawah ni je." ok la tu. org melayu kata "sambil nyelam minum air", org jawa kata "killing 2 birds with 1 stone". giteww.

tiba-tiba, incik sailor call (or sms eh? aku lupa hehee aku rasa call kot). lebih kurang camni la gaya dialog kami :

"b, katne bole renew pasport?"

"emm..kat Imigresen la. nape?"

"oo.. kat JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) tak bole renew pasport eh?"

"sayang, JPN tu untuk buat IC. renew pasport kat Imigresen laaaa. hahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha!!!"

puas aku gelakkan dia pagi tu. hahaha! yakin je la kan bole renew pasport kat JPN? hahahaha! takpe la. orang laut, jarang buat urusan kat darat ni. maapkan lah mereka ;)

sayang, nextime jangan pulak pegi Imigresen untuk buat IC, keh? :P

geram!

Posted by nikct at 1/21/2011 09:29:00 PM 0 comments
bengangnye bila kita cakap orang taknak dengar. rasa nak tumbuk2 je muka orang tu!!!

day 34 : lamanya nak sampai ke bulan Mei.

Posted by nikct at 1/21/2011 09:18:00 PM 0 comments
harini dah masuk hari ke 34 incik sailor membanting tulang empat kerat sebagai seorang 'nelayan laut dalam' nun. another 5 more months i suppose? uii lamanya lagi.

agak-agak la kan, muka dia berubah tak by the time aku jumpa dia nextime ni? kalau budak kecik ni, 6 bulan dah nampak perubahan ketara, daripada merah-merah baru lahir tu, kalau next 6 month, dah pandai merangkak dah kot?

kalau orang tua? jangan membesar dengan perut ke depan dulu sudah la eh incik sailor uii.. hehe tapi biasanya (biasa la sangat, baru sekali je jumpa dia sign off after 5month++ belayar haritu) dia akan sangat kurus dan tough bila pulang ke darat. ye la, *mencelan la katakan.

baru 34 hari. 5 bulan lagi? :'(

*mencelan = keje kuat (kot?). hee

gangster jalanan.

Posted by nikct at 1/21/2011 04:49:00 PM 0 comments
semalam otw pegi ke Pahang tu, ada redah sikit jem kat MRR2. jem tu disebabkan mereka-mereka daripada Pandan Indah (kot) nak exit dan join MRR2 ni.

dipendekkan cerita, kereta bapak aku yang aku drive tu berada di lane belah kiri. so, mereka-mereka yang exit daripada Pandan Indah (kot) tu, akan bertemu buku dan ruas dengan mereka-mereka yang se'lane' dengan aku. sesampai kat situ, ada 1 bijik kete satria kaler silver menikam masuk lane aku.

aku geram la, sikit je lagi nak kena tau tak. aku hon dia sepuas hati, tanda marah la dia buat camtu. tayar dah bunyik sreeeeeeeettttttt..... atas jalan tu, takkan nak diam je? aku bagi high beam kat dia jugak. memang geram habis la ni.

tibe-tibe,

dia berhenti kereta dia tengah-tengah jalan tu. gila! sah dia gila!! dia marah-marah, suruh aku langgar kereta dia. apa dia ingat aku segila dia ke? huh.. geram betol la akuh!!!

aku pun masuk lane sebelah kanan, bapak aku bukak tingkap, dan kami (aku, bapak aku & mak aku) semua jerit "takde otak ke??", pastu blah je dengan penuh bergaya. apekehal la aku nak layan orang macam tu? dia ingat dia berenti tengah jalan tu mampu membuat kami tergertak ke? dari layan orang tak betul macam kau tu, baik aku layan gajah, harmoni je rase.

drive pakai otak la. kalau agak-agak tak sempat nak masuk lane tu, jangan la aci tikam je masuk, tengok la jugak orang kat lane tu, kitorang ni kat main lane tau, kau tu nak masuk 'rumah' orang.

p/s bersopanlah di jalan raya, jika kau tak sopan dan buat perangai menggila, nescaya orang akan panggil kau gila.

yes, lepas geram aku akhirnya.

get a life pelis, nik!!!

Posted by nikct at 1/21/2011 02:55:00 PM 0 comments
pagi ni mencari rejeki kat PJ. aku ingatkan harini jalan akan lengang. ye la, semalam kan cuti. so aku bajet dorang akan sambung cuti sampai hujung minggu ni la. tapi aku keluar awal jugak daripada selalunya. tapi still aku reach PJ at 8.45am. nasib baik puan tak naik lagi. naik ape? naik ke bulan haha tak la.. yang tau, tau la. malas nak cerita panjang dan direct sangat.

sambil-samil drive dan dah perasan akan lambat, tiba-tiba,aku terpikir sendiri. ape benda la yang aku buat ni? terkejar-kejar hari-hari. kalau setakat nak terkejar-kejar untuk punch kad, tak pe lagi. tak la seberdebar ni tau tak. get a life la nik. cukup-cukup la hidup macam ni. dah la sia-sia je pulak tu.

tu perasaan pagi tadi la. petang ni nak beresolusi sikit. kita tunggu ape outcomenya. :)

Thursday, January 20, 2011

Trilogy of Kuala Gandah, Lanchang, Pahang.

Posted by nikct at 1/20/2011 07:18:00 PM 2 comments
dalam tempoh 4 bulan, aku dah ke Kuala Gandah ni 3 kali. ye aku tak salah taip. 3 kali ok.

1st, pegi dengan incik sailor.

2nd, pegi dgn incik sailor & family incik sailor (ehem ehem). hee.

dan harini, pegi dengan chek & wan pulak.

kalau rasa nak dekat dengan alam, silalah berkunjung ke tempat ni. free jek!! amek highway pantai timur, exit kat lanchang, then folo sign board Kuala Gandah Elephant Sanctuary (kot hehe). dekat-dekat tempat ni jugak ada 1 tempat "Deerland", macam mini zoo la. masuk RM6 kot, then bole beramah mesra dengan rusa, ular, bear dan beberapa haiwan lagi. kecik je, tapi rasa worth it sangat sebab bole pegi dekat dengan mereka. pekerja pun friendly, dorang akan explain la apa-apa yang berkaitan.



bear ni nama dia Muda, tapi dia dah 12 taun. tak la bape nak muda dah kot? hehe

ni la aktiviti beramah mesra dengan deer tu. ganas tau dorang ni bila nampak makanan. boleh ke tahap memanjat okei!

aku dah lupa apa nama ular ni. tapi syiok dapat pegang dia. sejukk je. hehe



aku prefer pegi Kuala Gandah daripada pegi Zoo Negara. kat Zoo, kau perlu bayar mahal. parking pun kena bayar. tempat panas pulak tu. besar pulak kawasan kau nak kena redah. haiwan nye pulak, jauhhhh di balik dawai besi berelektrik. tak bole nak sentuh pun. kalau boleh sentuh pun, dia tak datang dekat kat kau. sebab, dia dah boring jadi benda display ni dan kena tengok muka-muka manusia yang bagi mereka tak la berapa nak hensem or cun. haha. dah bayar mahal-mahal ni, ape kau dapat? hitam je. haha



so, pegi la Kuala Gandah. aku dah pegi 3 KALI oke. kegembiraan di wajah mereka yang tersayang buat aku puas oke. ahh tacing pulak di sinun.



p/s : oke aku rasa pihak Perhilitan Pahang kena bagi royalti kat aku. aku dah menambahkan perkembangan ekonomi tempatan dengan pegi sendiri tempat ni sebanyak 3 KALI, dan jugak dah buat promosi baek punye ni.

Wednesday, January 19, 2011

selamat hari thaipusam.

Posted by nikct at 1/19/2011 10:12:00 PM 0 comments
di hari thaipusam (atau cuti umum) ni, jika anda bangun pagi untuk bersiap-siap pergi dating, saye pulak bangun untuk say goodbye to incik sailor.

aii, cuti yang menyedihkan pulak. :'(

tenaga 5 akan keluar dari Bintulu harini. menuju ke Sodegaura (kalau tak silap macam ni la ejaannya), Japan. sampai balik ke Bintulu dalam tempoh 2 minggu lagi kot? hope incik sailor selamat dan sihat dalam pelayarannya. amiinnn. hope server emel tak keparit.

takpela nik. dia pegi cari rezeki. bukan pegi bersuka suki. bersyukur la nik, masih ada yang sayang, walaupun dia jauh dari mata. bersyukur la jugak dia masih sihat dalam setiap perjalanan dan masih mampu menyayangi kamu.

Alhamdulillah.

SO,

jangan sedih-sedih!!! harini nak bawak Chek & Wan jalan-jalan :)

bukan senang nak senang..

Posted by nikct at 1/19/2011 08:42:00 PM 0 comments
setiap orang ada kesusahan masing-masing.

mungkin kita tengok orang kaya tu macam senang. tapi korang rase la, hidup dia senang ke? ye la dari segi ongkos no problemo la. tapi dari segi keselamatan, hari-hari duk pikir hidup dia tu selamat ke tak. ade ke perompak mata satu nak pecah rumah lagi malam ni, kos nak meng'upgrade' sistem keselamatan sampai beribu riban. tu dari segi keselamatan je. dari segi kebahagiaan pulak, family or yang tersayang takde disisi saat memerlukan, ye la, sibuk cari rejeki kan. mengejar dunia sampai lupa anak bini, keluarga kat rumah. ada yang taktau perkembangan anak-anak sendiri. pathetic la pulak hidup macam ni.

dan yang tergolong dalam kategori sederhana ni, banyaknya mengalami konflik diri la. hidup tak la tersepit sangat tapi masalah-masalah yang mendatangkan dilema tu selalu je ade, mengisi ruang kekosongan masa terluang. chewahh haha. dari segi kewangan, ngam-ngam ho je tetiap bulan. ade yang terpaksa ikat perut demi penuhi keperluan hidup untuk sampai ke hujung bulan. kadang-kadang dah bajet cun-cun, tak sampai tengah bulan, beg kena snatch pulak. takpun, kereta kena servis la pulak ke, kereta rosak ke. or, tiba-tiba minyak kereta naik 0.20sen seliter pulak. kan dah lari bajet tu.

yang betol-betol papa ni pulak, tersepit dek kesempitan hidup. hidup bergantung pada kais-mengais dan kadang-kadang mengharapkan belas ehsan orang sekeliling. dorang ni ada yang masuk kategori "sudah jatuh ditimpa tangga." ada pulak yang jatuh ditimpa bertimpa-timpa pun ada! dah la papa, keperluan asas takde, makan pun tak menentu. then ada pulak family member yang cacat, sakit kronik, tak ke berlipat kali ganda lagi masalah dorang tu?

so, dalam hidup ni, bukan senang nak senang. kalau dah senang pun tak semestnya akan senang.

tapi, sebenarnya kita akan rasa susah masa kita melalui je. bila dah berjaya lepas, ok je.

dah macam-macam ragam hidup orang ni yang kita tengok. semua tak sempurna. yang menyempurnakan kita, hanyalah agama. betol tak? so, pulanglah ke pangkal jalan. sempat lagi tu :)

FB vs TV & radio

Posted by nikct at 1/19/2011 08:32:00 PM 0 comments
kalau dulu, aku selalu je tengok tv. tak pernah miss apa-apa rancangan kat tv tu tau. kalau tak tengok tv, aku layan radio. bunyi intro lagu je aku dah tau lagu ape. most of the songs aku ingat liriknya. kalau masuk Jangan Lupa Lirik boleh jadi juara RM 1 juta la. haha!

tapi sekarang, masa terluang yg ada, habiskan depan fb jeee. boring-boring, blogging. taktau ape yg ada dalam fb tu, tapi tu je la yg ditengok tiap-tiap hari. apa-apa berita semua tau melalui fb. bukan lagi melalui berita terkini hiburan sensasi. adeh laa. kadang-kadang rase berat jugak. macam aku dah me'narrow' skopkan pengetahuan am mengenai dunia pulak. tapi seriously aku takde minat nak pegi amek remote control tv dan pilih channel.

entah sampai bila la agaknya aku akan jadi camni? aku tau tak berapa baik ni. dunia kena ambik tau jugak kan? tah la, biar masa tentukan segalanya.

yeayy :)

Posted by nikct at 1/19/2011 08:20:00 PM 0 comments
Alhamdulillah. harini tak sesukar yang dibayangkan semalam :) dalam kesusahan tu, Allah permudahkan urusan saye pada harini. Alhamdulillah.

Alkisah, saye ada kerja sikit la kat PJ petang tadi. ditetapkan untuk didengar pada jam 2.30pm. pukul 12.30pm lagi saye dah bertolak ke PJ, dari Putrajaya. hati ni, toksah kate lagi la, dari semalam haru biru, gundah gulana, keluh kesah, susah hati segala bagai lagi.

masa drive tadi, tuhan je la tau betapa mengantuknya aku. tak pernah pulak aku mengantuk time drive tengah-tengahari ni. kalau drive malam, pernah la ngantuk camni. memang ngantuk tahap mata nak katup la. melayang-layang je bawak kete. adess.

Alhamdulillah, sampai jugak ke destinasi. aku tido dulu dalam kereta. pejam-pejam mata, kepala otak ni terpikir, "bukan ada orang pernah mati sebab tertido dalam kereta yg dipasang aircond ke?". tak tenang nak tido, 10 minit tutup mata tapi tak lena pun, tak rasa nak tido pulak. tadi mase drive beriya mata ni nak katup. hampeh betol.

Matikan enjin kereta. tarik beg. hala ke surau. ade port baik punye sini. landing dulu la before solat. landing pun, tak lena jugak. mata je tutup, tapi otak masih berfungsi. adakah ini tandanya insomnia? kita tengok malam ni.

then lepas solat, kaki ni melangkah malas menuju ke kamar yang ketiga. adui la, ape la nasib yg bakal aku terima petang ni? bertarung habis-habisan? lancar bergaya? wallahu'alam.

masuk-masuk, ada kes lain sedang didengar. ok, cun. boleh amek mood dulu. tunggu, punya tunggu, punya tunggu.. bulan tak timbul-timbul - dialog cerita p.ramlee tu la. tapi in reality, aku bukan tunggu bulan, tapi pakcik yang menyampahkan. huh.

sampai 3.30pm dia tak muncul-muncul. sampai mention, pun tak terpacul depan pintu lagi. aiseh. balik lambat dan meredah jem la gamaknye harini.

tibe-tibe (sungguh cliche part ni kan),

puan cakap "memandangkan dia takde, i reschedule balik la kes u, fix 31st January untuk mention."

Alhamdulillah. :)

pack barang, chow cepat-cepat sebelum dia muncul. hehe :P

"Awas Pemandu Cacat"

Posted by nikct at 1/19/2011 10:00:00 AM 0 comments
apa perasaan kalau ade orang drive kereta dan memotong kenderaan anda? biasa je la kan? tapi ape perasaan bila driver tu memotong dengan kereta yang tertera di bonetnya "Awas, Pemandu Cacat"? rasa sungguh kagum disitu. pemandu cacat pun boleh memandu dengan sangat laju okei? haha

Tuesday, January 18, 2011

esok

Posted by nikct at 1/18/2011 09:07:00 PM 0 comments
serius takde mood utk bertarung besok. haishhh..

hari-hari mengeluh boleh diserang penyakit pakej aku ni..

haishhh..

Monday, January 17, 2011

saye nak kegembiraan. itu saje. :)

Posted by nikct at 1/17/2011 09:53:00 PM 0 comments
dalam hidup semua manusia nak kegembiraan, takde siapa pun nak hidupnya sengsara. jika ada, orang itu gila. saye tak terkecuali. saye nak kegembiraan jugak. tapi kita kena terima bahawa tak semua yang kita nak kita akan dapat. dan tak semestinya kalau kita dapat apa yang kita nak kita akan bahagia.

tapi jugak, setiap manusia berhak akan kegembiraan masing-masing. kegembiraan ni sangat subjektif. mungkin di negara barat, kegembiraan adalah apabila golongan homoseksual diterima masyarakat, tapi di Timur Tengah, kegembiraan akan lahir bila segala kemelut politik tamat.

bagi saye, saye akan gembira bila hati ni senang, tak terbeban memikirkan masalah. saye pun tak tau masalah pe yg saye pikir ni. tapi yang penting, saye tak hepi skang ni. jika ditanya tak hepi mengenai apa, ia berkaitan dgn apa yg saye buat skang ni. buat skang ni tu bukanlah bermaksud secara lahiriahnya, tapi, job scope la pendek kata.

well, ada rezeki tempat lain, inshaallah la kan. hmm.

tak sangka :')

Posted by nikct at 1/17/2011 08:58:00 PM 0 comments
hari sabtu kena bangun pagi-pagi. mak aku kejut awal-awal suruh packing barang. then pegi kedai perabot sebab nak beli katil baru. yahuuuu. FYI, aku tido atas tilam je selama ni. dah tua bangka ni la mak aku baru nak hadiahkan katil kat aku :) then terus ke KLIA, destinasi : Kuala Terengganu. misi : boring la nak cerita pasal misi kali nih. huh

hari ahad kerja. sedih wor, kerja seharian, pagi ke petang pulak tu. pastu kena sambung ke hari isnin. aku ingat hari ahad je la. tak dapek den nak nolong la. terpaksa pack file, utk sambung balik besoknye.

balik dari court, tengok tv. minda ni dah set dari hari sabtu, "hope tenaga 5 sampai bintulu hari ahad. malam pun takpe la, asal sampai dengan selamat je."

sambil tengok tv, sambil jeling manja kat laptop. takde emel masuk lagi petang ni. hmmphh..

tibe-tibe,

ade sms masuk. sape la sms petang-petang murni ni. sebok je. heh.

"b,ktne?tpon no cel syg skng.urgent=("

aik,dah sampai???? tapi, urgent???? mengapakahhhhhh????

call. engage. call lagi. voicemail. call lagi. tak dengar apa-apa. call lagi...

"hellooo..."

"haa..dah sampai ke?? kate urgent, kenapa???"

"saje, rindu"

ehe. patutlaa 'hujan ribut' weken ni. rupanya ada 'pelangi' :')

na na na na naaa.. ganu kiteeee :)

Posted by nikct at 1/17/2011 08:50:00 PM 0 comments

Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu :)



"Allah peliharakanlah Terengganu" :)

air buah gelas besor :)

Saturday, January 15, 2011

Posted by nikct at 1/15/2011 10:50:00 PM 0 comments
Ya Allah Ya Tuhanku, berilah kekuatan pada dirinya dalam menempuhi hari-hari mendatang. jauhkanlah dia daripada malapetaka dan penyakit. tabahkan hatinya, cekalkan akalnya dalam melakukan tugas-tugas hariannya. permudahkanlah urusan hariannya, permudahkan segala kesulitan yang dia hadapi di sana ya Allah. sesungguhnya Kau Maha Penyayang dan Maha Mengasihani... :(

nasik 2 pinggan

Posted by nikct at 1/15/2011 10:41:00 PM 0 comments
dalam dunia ni, nasik goreng paling terbaik adalah....nasik goreng daging air tangan mak aku!!!! peghhh meleleh air liur even menaip pasal nasik goreng daging mak aku ni.

alkesah, pagi tadi mak aku ketuk pintu bilik, makan katanya. terus aku tengok, nasik goreng daging sepinggan dah terhidang atas meja. hualawehhhh.. terus masuk dapur amek pinggan dan sudu, senduk 3 kali. tabur bawang goreng. makan. dah habis, tengok ada lagi belen (balance) nasik goreng tu lagi. emm. bole masuk lagi ni. senduk 2 kali lagi. tengok-tengok tinggal sesenduk lagi. ala, sayangnye. habis kan je la.

5 suapan terakhir, aku dah penat mengunyah. ye la, daging kan. dah ghope macam karnivor dah bile mengunyah tak habis-habis nih. aiseh. kenyang dah ni. tapi, sape suruh aku amek sume kan. tamak sangat kannn. so, nak tak nak, kunyah jugak sampai habis.

kesudahannya, sampai skang ni (10.46pm), perut masih rasa tak selesa. patutkah ia digelar sebagai, perutku senak? ape-ape la. for sure memang tak selesa ok. huh.

p/s : makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang.

Friday, January 14, 2011

sabar je la sayang... :|

Posted by nikct at 1/14/2011 11:29:00 PM 0 comments
tadi incik sailor send emel. panjang berjela melampiaskan curahan nasibnya harini dalam perjalanan balik atas bahtera Tenaga 5 tu. kesian dia. dah la duty (macam kena alert dengan alarm 24 jam la) harini. lagi malang, kerja bertimpa-timpa. aku nak detailkan satu-satu keje yang dia buat pun, aku puntung kayu je! (sebab tak paham istilah-istilah kapal nih). so aku baca je la, dan buat-buat paham, lalu cuba secara serius utk memahami dan menghayati apa yang dilaluinya. walaupun aku tak tau ape yg dia cerita tu secara mendalam, tapi aku tau kerja sebagai seorang sailor bukan la mudah dan gah seperti yang diuar-uarkan.

sampai ke tahap makan pun tak sempat. terpaksa makan sambil buat keje. kesian. tu je la yg aku mampu cakap dari jauh ni. kalau ade depan mata boleh la jugak buat muka comel ke, kenyet-kenyet mata ke, hembus-hembus ke, buat cheerleading ke.. tapi apekan daya, di kejauhan ni, aku just bole kata, "sabar je la sayang".

kesian incik sailor saye. semoga dia tabah :'(

wan & keni rojes

Posted by nikct at 1/14/2011 09:02:00 PM 0 comments
wan (bapak aku) & keni rojes (Kenny Rogers) memang tak dapat dipisahkan lagi. pada masa terluang, dia mesti nak makan keni rojes. kadang-kadang aku rase best je jadi bapak aku nih. dah tak keje (pencen), guyang-guyang kaki, tiap-tiap bulan dapat income (pencen), pastu habiskan kat ape je benda yg selagi mampu dia nak la, contohnya keni rojes.



Alhamdulillah, tuhan kurniakan kesihatan yang baik & umur yang panjang untuk wan terus menikmati keni rojes ni. Alhamdulillah... :)

p/s : kadang-kadang wan breakfast kat mcD okei. dan hi-tea kat A&W, makan waffles & float.. peghhh. selera bukan main orang tua nih!! hehe

pindah

Posted by nikct at 1/14/2011 10:32:00 AM 0 comments
bukan pindah ke mane-mane pon. pindah masuk bilik je. selama ni duk kat kubikel je. skang dah ade bilik, baru la rasa mcm officer yg sebenar hahaha takde la, baru la ada rase privacy sket. ni sape-sape nak jumpa tu, main terjah je!! kadang-kadang terkantoi melayan muka buku :P hehe

bye2 kubikel!! helo bilikkkk!!! :)

Thursday, January 13, 2011

dan sebenarnya...

Posted by nikct at 1/13/2011 09:04:00 PM 2 comments
saye tak hepi dengan kerja saye, sekarang.. tensi mungkin. saye tak patut amek law pun. asek pikir macam mana nak selesai masalah orang je. masalah sendiri tak tersetel! arghhh...

Wednesday, January 12, 2011

kepala melayang

Posted by nikct at 1/12/2011 10:38:00 PM 0 comments
harini bangun awal-awal pagi lagi, meredah jem, kena marah dalam open court, kena pancung dan dimalukan habis-habisan, kena fight dengan degil sampai orang pandang sinis. peghhh.. agak tebal muka dan hati la harini.

akibatnye? kepala melayang-layang sambil drive balik tadi. dah la meredah jem lagi. apela nasib. tapi, muda-muda ni la nak guna kudrat.

sabo je la selagi terdaya. selagi tak langgar batas agama. redahkan saje!

Tuesday, January 11, 2011

bring him home to me, pelissss... :'(

Posted by nikct at 1/11/2011 10:22:00 PM 0 comments
Love is when you miss him even before he leaves,
when you could listen to him talk all night and never get tired of hearing his voice,
when the sound of his name sends chills down your spine,
and you see his smile the second you close your eyes.

I may not get to see you as often as I like, I may not get to hold you in my arms through the night,
but deep in my heart I truly know you’re the only one that I love.

The world carries on without him
But nothing remains the same
I'll be lost without him
Until his returning day.

I need him to be around me because right now I'm so alone,
When he is around, it feels like I'm coming home.

Bring him home to me, please..
And now, only his letters keep me going..

Feeling so blue..
When I'm without you :'(


sayu je tengok imej nih (crdt to google) :(

doaku.

Posted by nikct at 1/11/2011 08:59:00 PM 0 comments
"Ya Allah, aku memohon pilihan menurut pengetahuanMu dan penetapan dengan kekuasaanMu juga aku memohon kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan aku ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu"

amiiinnn...

Monday, January 10, 2011

terima kaseh kawan-kawan yg disayangi :)

Posted by nikct at 1/10/2011 09:24:00 PM 2 comments
..thanx meina, wong, kak sheelasheena, zaneella & aimi zahiah..

yahuuu!! finally saye dapat melepaskan gian terhadap ayam goreng mcD :)

emel dah tak keparit :)

Posted by nikct at 1/10/2011 07:56:00 PM 0 comments
Alhamdulillah. inilah yg dikatakan "dalam kesedihan, ada kegembiraan".

syukur sangat-sangat, disaat hati ni bercelaru dek perjalanan hidup, benda yang saye sangat nanti-nantikan dah kembali sempurna.

yey, emel dari laut masuk kul 5 petang tadi. maybe emel yg dia reply tengahari tadi? dunno. yang pasti, dia support saye.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. :)

hidup ibarat roda

Posted by nikct at 1/10/2011 07:46:00 PM 0 comments
orang selalu kata, hidup ni ibarat roda.
saye bole nampak keadaan tu akan terapplikasi ke atas saye pada tahun ni.

ye saye bole kata yg saye agak berjaya dalam hidup, dapat tamatkan pengajian ke peringkat di luar jangkaan, dapat anugerah yg tak tercapai dek akal saye utk saye capai sepanjang hidup saye, dapat kerja sejurus selepas dpt result, tak perlu menganggur pun, dan kerja pun agak okei. kawan-kawan, memang perfecto! dan finally, bertemu dgn cinta hati saye, yg bagi saye, sgtlah perfect. at one point, saye rasa hidup saye dah cukup sempurna dengan semua ni. Alhamdulillah.

tapi, bermula tahun ni, saye boleh nampak, yang roda akan berputar ke arah sebaliknya. saye harap saye tabah.

yang boleh menyangga hidup saye kini hanyalah cinta saye. kepada Tuhan, keluarga, rakan-rakan dan si dia. saye harap mereka mampu terus bagi kekuatan pada saye.

hilang harta, pangkat, wang ringgit, bukan masalah besar bagi saye. saye tak hadap tu sume. tapi, kalau hilang kasih syg (nauzubillah), mungkin saye akan lumpuh.

saye hanya berharap mendung ni akan berlalu. dan harap semuanya dipermudahkan. aminn.

Sunday, January 9, 2011

hobi baru.

Posted by nikct at 1/09/2011 05:23:00 PM 0 comments
saye dah jumpa hobi baru. untuk meredakan kerinduan terhadap incik sailor, saye harus membaca. ya, membaca. anda tak tersalah baca. sebenarnya, saye ada perjanjian dengan incik sailor, untuk habiskan buku bacaan yg dibeli dalam sebulan lepas. memandangkan dia tak dapat dihubungi, saye rasa inilah masa yg sesuai utk saye habiskan bacaan dan langsaikan perjanjian itu. hahaha. selain drp bahan bacaan yg dibeli dgn incik sailor ni, ada lagi 1 buku, well, novel sebenarnya. ala, yg wawa bagi tu. maka, saye harap tempoh seminggu ni boleh berlalu dengan sedikit reda, dengan ujudnya hobi baru ni.

saye harap. huhu

emel keparit.

Posted by nikct at 1/09/2011 03:22:00 PM 0 comments
saye tau emel yg saye hari-hari hantar ni takkan dibacanya incik sailor. tapi, saye perlu tempat nak mengadu. dan saye tau saye ada family dan rakan-rakan utk mengadu jugak. tapi, ini tak sama. ye la ada benda kita kongsi dgn si dia je, betul tak? so, inilah perihalnya. risiko yg perlu saye bersabar. hati yg celaru, sila la bersabar. hmm :'(

hmm :(

Posted by nikct at 1/09/2011 03:12:00 PM 0 comments
Tenaga 5 sampai jepun pada tengah hari semalam. dlm 12.45pm baru dapat sms incik sailor. pukul 5 pagi lagi dia dah turun untuk kerja, siap-siap kapal nak masuk port semalam.

then incik sailor turun ke darat menikmati keindahan alam dan salji yg buat pertama kalinya turun di depan bijik matanya. tambahan pulak dia kena beli beberapa barang keperluan diri sendiri dan krew kapal yg lain.

balik dari menikmati keindahan alam dan membeli belah, baru dia ada kesempatan nak sms saye lagi. dalam sejam je, then jam 7ptg waktu Malaysia (8malam waktu jepun) dia kena turun 'watch' sampai pukul 11malam (12malam waktu jepun).

bila dia naik, kepala dia dah pening. pastu dia tidur.

harini, jam 6.45am (7.45am waktu jepun) dia dah kembali turun utk kerja, siap-siap kapal nak keluar port pulak, menuju balik ke Malaysia.

kesimpulannya : saye tak sempat habis bercerita dan melepas rindu lagi. dah la emel 'keparit' (sistem rusak). maka, seminggu lagi la saye kena tunggu nak habiskan cerita DAN melepas rindu. :(

p/s : saye harap bila Tenaga 5 sampai nanti, ia 'anchor' dulu. tak terus masuk port & keluar balik. kalau tak saye bole jadi gila. dont do this to me. dont be too mean to me. im just an ordinary girl who misses my sayang soooo much! :'(

ayam goreng mcD

Posted by nikct at 1/09/2011 12:04:00 PM 2 comments

statement berani mati hari ini : saye seorang yg pemakan. di mana saja, tapi bukan apa saja! sbb saye pemilih jugak orangnye haha

tiba-tiba hari ni saye rasa tersentuh (tersentuh okei) sebab mcm dah lama je tak menjengah mcD dan makan set ayam goreng spicy nya. peghhh. rindu gila.

korang tengok la betapa menggodanya ayam goreng mcD ni. takde ayam goreng lain sehebatnya!

Saturday, January 8, 2011

soalan tak terjawab

Posted by nikct at 1/08/2011 08:49:00 PM 0 comments
untuk satu tempoh yg agak la lama (beberapa hari ni proses menunggu tu rasa sangat la lama okei), saye tunggu dgn penuh sabar. bila dah dapat, soalan masih tak berjawab. terpaksa tunggu lagi la jawabnye. sabo je la. hmm.

yahuuuuuuuuuuu!! ^^

Posted by nikct at 1/08/2011 07:56:00 PM 0 comments
setelah beberapa hari tak dapat apa-apa perkhabaran dari incik sailor, akhirnya harini jam 12.46pm saye dapat sms dr incik sailor. yahuuuuuuuuuuuu!! seronot tak terkata!!!! :)

i miss him so badly okei. so, pardon me for overexaggeratingly excited :D

dan lagi dan lagi...

Posted by nikct at 1/08/2011 07:53:00 PM 0 comments
semalam dah pegi reception alia.

harini wedding abg kepada seorang schoolmate.

esok wedding schoolmate.

dan adakah rutin ini akan berlarutan sepanjang minggu dalam tahun ni?

kita saksikan.

apepun, aku kenyang. Alhamdulillah, rezeki. :)

11 bulan sudaaaa.. :)

Posted by nikct at 1/08/2011 01:46:00 AM 0 comments
alahai dah masuk 1.52am.. tapi nak berblog jugak..

semalam (7 Januari 2011) adalah ulangbulan (monthsary) yang ke-11 antara saya dan incik sailor :)

walaupun entri ni saye tertaip lambat (lambat sebab urusan kerja & attend reception wedding orang okei), tapi saye tak lupa wish. walaupun saye tau wish saye tu tak sampai, tapi saya tetap wish jugak. saye wish 12.16am, 7 Januari 2011 thru sms okei. saye kekang mata ni dari tertido dan tunggu jam 12, then wish, pastu baru tido.

saye bajet kapal sampai jepun harini. sebab tu saye sms jek. tapi, saye tengok, sms delivery report still pending. dr pagi sampai malam saye tengok-tengok henpon. bateri henpon drp full, terus low. bukan sebab banyak guna, tapi kejap-kejap tengok. kejap-kejap usha. mane tak low nye?

hmmmm..sesungguhnya saye sangat laaaa rindu. alangkah bestnya kalau dapat sekelumit berita dari dia skang ni :(

ulang wish (sebab sms dah tak delivered dah) : happy 11th monthsary sayang. saye suke, jatuh hati, sayang & sangat cinteeeee kamu sepenoh hati & jiwa rage sayeeee. makin hari makin cinteeeeee. biar jauh berpuluh ribu batu, saye tetap cinte sedalam-dalam cinteeeee. dah 11 bulan dah, caye x? caye x? hee.. :P

2 down, what about 4 others? :P

Posted by nikct at 1/08/2011 12:48:00 AM 0 comments
masa belajar LLB kat UiTM, aku tergolong dalam satu firma, diberi nama "Fairuz & Partners".


from left : farahah, ewa, me, alia, apak & nasrul



apak dan alia dah selamat jadi laki bini orang.

in fact saye baru pulang dari reception alia. saye tak berkesempatan nak ke majlis nikah & sanding alia kat ipoh. tak sangka, alia jemput saye ke reception belah hubby dia kat Concorde Shah Alam pulak. thanx, rase teharu sangat sampai nak nanges :')

so, sekarang tinggal 4 lagi kuota belum terjual :D hahaha

yes, saye tau dari lepas raya taun lepas lagi, boleh kata tiap minggu ada je wedding member-member or sedara yang kena attend. sampai ada orang sound "ko ni asek pegi wedding je tak henti-henti".

apa boleh buat, rejeki :P

hoi alia, grand nak mati weh ko punye reception. semoga jodoh korang panjang & berkekalan hendaknya. amiinnn..

4 lagi kuota yang belum terjual ni, kita ambik turn masing-masing la eh. buat pekak je ape orang tanye :D


LLB macam baru habis semalam. haishh rindunya...

Thursday, January 6, 2011

dealova (dear love),

Posted by nikct at 1/06/2011 10:51:00 PM 0 comments
harini terdengar lagu fevret zaman-zaman single dolu-dolu, Dealova. Once kot penyanyi dia? tah tak ingat. masa tu dengar intro je dah meremang bulu roma i. huh. harini, terdapat satu bait dalam lagu ni yang betul-betul menusuk ke dalam. peghh ayat tak leh nak blah. bait tu berbunyi begini :

"tanpamu, sepinya waktu merantai hati.."


peghhh... memang. tanpa dia, rasa sepi sangat waktu ni. tak bole nak wat pape. bole buat, tapi fokus, HILANG!

hei hoi, jangan sedap je gelakkan saye eh, anda tak rasa apa saye rasa. incapable of doing anything, unless wait. wait and wait until suffocate! haha macam pantun dah pulak.

realitinya? saye masih merefresh inbox gmail saye tiap kali terjaga dari lena, tau? tengok-tengok takde. hmm. teknikal lagi la ni. naik mental haku jadinya. huh..

sabo je la labu...

='(

Posted by nikct at 1/06/2011 04:07:00 PM 0 comments
.
.
.
.
.
.
.
kembali sedih tak dapat emel incik sailor lagi ='(
.
.
.
.
.
.
.

Wednesday, January 5, 2011

baca novel (part 2)

Posted by nikct at 1/05/2011 08:48:00 PM 0 comments
malam ni semangat sket nak sambung baca novel. sebabnya, sila baca entri di bawah hehe :P

semalam? hanya mampu bertahan baca sampai 6 page je. setakat semalam aku berjaya menjiwai watak si Meg (heroin cerita ni la) yang selalu kena tinggal bf dia dan terpaksa jaga anak-anak sensorang je. bila laki dia balik, janji nak cuti seminggu, tapi alih-alih terpaksa pegi awal sebab ada kerja. isk isk.. persiapan awal nak menghadapi realiti nih.. T_T

ok aku nak gi baca kesinambungannye.

to be continued... :)

oh em geeee :')

Posted by nikct at 1/05/2011 08:26:00 PM 0 comments
gila rase nak nanges teharu.

alkisah, aku baru balik keje. macam-macam onar dah jadi dalam beberapa hari ni (mungkin beberapa minggu??). rase dah tak bersemangat. harini je dah berapa banyak entri aku ngomel, ngomplen pasal tak dapat-dapat emel dari laut. memang sangat tensi okey!!

ok, berbalik pada cerita aku baru balik keje. dari dalam kete duk buat kira-kira duit perbelanjaan bulan ni. nak tolak hutang piutang sume lagi. sesampai kat umah, terus angkut beg tarik masuk dalam bilik.

tiba-tiba,

aku ternampak sampul pink atas katil aku. "ai, kad kawen sape pulak ni?". atas sampul surat tu tertulis "AIR MAIL". peghak sket aku jadinye. tak penah dapat "AIR MAIL". so, aku tak amek berat sangat la.

aku pusing sampul tu. nak bukak. eik, org ni letak tape biru (yg selalu orang kedai potostat guna utk bind tape tu). apekah? mane ade orang kawen lekat sampul dia ngan tape, kaler biru pulak tu?? (masih tak dapat nak catch up lagi)

bukak-bukak, ada 2 helai kertas. bukan kad, seperti yg aku jangka. meleset sama sekali hokei. 2 helai kertas. dr yg amat aku rindukan. yg aku tak pernah putus nak ingat. subject matter yang aku bebelkan harini. yg aku ngomplen sangat harini.

"tuhan turunkan hujan, lenyapkan matahari, sebab nak bagi kita tengok pelangi"

inilah keadaannya.

saye tak dapat emel incik sailor dari semalam. saye fikirkan nasib dia seharian harini. saye tak dapat fokus langsung! saye susah hati. tiba-tiba, bila balik rumah, dapat air mail dr dia.

walaupun surat ni sebenarnya dia hantar dari minggu sudah lagi, tapi, ia dah cukup, sangat sangat sangat cukup utk mengukirkan senyuman lebar di bibir saye.

saye lupa semuaaaa masalah yg jadi dalam beberapa hari DAN minggu ni.

Alhamdulillah. inilah perkara terindah dalam cinta ini.

terima kasih incik sailor, u are my savior, after what i've gone through. i love u and will always do! :')

tensi tanpa kamu =(

Posted by nikct at 1/05/2011 06:53:00 PM 0 comments
ye saye tensi. harini dah berapa entri menyatakan ketensenan saye. YE SAYE TENSI. saye tensi sebab saye tak tahu. saye tensi sebab tak mampu nak buat pape. saye tensi sebab bila tgk inbox takde emel baru masuk. saye tensi tanpa perkhabarannya. saye tensi sebab saye paranoid dan pikir macam-macam. saye tensi sebab saye rindu. saye tensi sebab saye perlu kamuuuu :(

dah bengang -_-"

Posted by nikct at 1/05/2011 02:46:00 PM 2 comments
geram dengan sistem emel ke laut ni.
geram ke tahap bengang.

ade hal urgent ni. pelis la...

haishh..

cant take my eyes of my gmail

Posted by nikct at 1/05/2011 10:05:00 AM 0 comments
aku tau skang baru pukul 10:04am
aku tau takde emel akan masuk dalam inbox aku ni
aku tau emel hanya akan masuk selewat-lewat tengahari or petang ni

tapi,

kenapa mata ni tak boleh nak lepas pandang gmail aku nih????

*rindu sampai tensen.

p/s : abaikan ini budak.

Tuesday, January 4, 2011

baca novel (part 1)

Posted by nikct at 1/04/2011 10:47:00 PM 0 comments
seperti teman-teman saye sedia maklum, saye ni bukan la manusia yg suka membaca. baca komik rajin la. baca paper pun, saye baca tajuk je. bila title dalam paper tu tulis "artis xxx bercerai", barulah aku baca habis. kalau tak, memang tak ar. dalam 3 minit (macam masak mi megi plak) saye dah bleh habis baca paper.

kalau stadi pulak? anda boleh tanya sesiapa je yg pernah jadi ex-rumet saye. asasi ke, BLS ke, sampai LLB, pasti mereka memberi reaksi negatif terhadap saye. konfem dorang akan kata saye ni kaki tido!!

even klasmet BLS, LLB dan DLSA pun boleh mengesahkan saye tido dalam SETIAP kelas yg saye attend, TANPA GAGAL :D

ni, apetah lagi la novel?? ;)

TETAPI,

there must be an exception to the general rule kan?

begitu juga dengan habit! ;)

saya berjaya membaca novel yang diberi wawa ni semalam, sebelum tido, sehingga ke page 12!! *impressive*

kita tengok berapa page saye berjaya baca malam ni :)

i love u incik sailor!!! :)

Monday, January 3, 2011

tak berani nak view sebab saye RINDU :(

Posted by nikct at 1/03/2011 09:46:00 PM 0 comments
kat fb skang ni budak-budak (dan juga jurulatih) tgh hangat menguplod gambar-gambar aktiviti hujung tahun mereka.

saye nampak mereka ke Jakarta dan Bandung, Indonesia.
dan saye jugak nampak mereka camping.

perasaan melihat gambar-gambar tu sayup-sayup? tak sanggup nak gambarkan. nak tgk dekat-dekat pun tak berani. komen kat photo album je. sebab?

SUKSIS beri kesan yang paling mendalam dalam hidup aku.

pull stop.

pelan-pelan kayuh, terlalu pelan bole melepuh!!

Posted by nikct at 1/03/2011 09:11:00 PM 0 comments
adoiyai. susah jgk tau bila time2 mcm ni. time2 kritikal yg memerlukan perhatian dan cadangan incik sailor. susahnye, bila emel ke laut tu lmbat nak sampai huhu ade time tu, dah excited2 duk cite kat incik sailor ni, alih-alih besok pagi baru dia dapat emel tu. aishhh.. besok pagi, feeling excited tu dah HILANG!

harini 1 hari suntuk aku memberi sepenuh tumpuan dan konsentrasi depan laptop, sampai berinau-pinau mata ni dan terjojol-jojol terkuar, maybe menghampiri juling, aku pun tak tau. demi membuat 'penyelidikan'. bila bagitau outcomenye, berjela-jela, berkoyan-koyan emel aku bagi, tengok2 pukul 7ptg td dapat emel incik sailor yg dihantarnya jam 2ptg td, menyatakan dia tak dapat apa-apa emel dari pagi tadi. sadis betol. pukul berapa la 'research' aku tu nak cecah masuk ke inbox dia?

penat tau syok sendiri sorang-sorang. jahat sungguh sistem ni. isk T_T

ohh tibe-tibe ade 1 emel dari laut masuk :)

dapat idea :)

Posted by nikct at 1/03/2011 01:00:00 AM 0 comments
tadi dapat (postponed) birthday present drp wawa.. tq wawa!! dapat sebuah buku bertitle seperti di bawah :



alangkah terkejutnya wawa bagi hadiah novel. omputih pulak tu. so, aku start dgn baca sinopsis dulu... emm, menarik utk diexplore!! sbb novel ni ada kena mengena dengan sailor!! hehe (tu je la yg boleh menarik minat aku nak membaca eh, dasar *gelenya) hehe pasal life seorang perempuan yang berboyfrenkan sailor, dan follow bf dia sail selama 3 tahun!! wawawawa tak sabo nak tau ape endingnya (mula baca 1st page pun belum lagik!! haha)

so, wawa.. thanks again for the gift. inshaAllah, aku akan cuba habis baca buku ni :)

part yang paling best, aku dapat idea untuk tukar nama blog aku ni. tutup buku lama, bukak buku baru. no need to sedih2 due to past event.

inilah dia, "when the sailor are away... the girlfriend need to blog to fill up her day" :)

p/s : apelagi yg boleh seorang gf/tunang/bini seseorang sailor boleh buat jika dia sail away?? selain kawan2 & keluarga, blog lah tempat nak mencurah segala rasa.. ok jgn cuba nak sedih.. gudnite evrybody!! :)

oh ye! *gelenya = gatal :D

Sunday, January 2, 2011

setakat 2 Januari 2011 :)

Posted by nikct at 1/02/2011 11:00:00 AM 2 comments


thirah (kiri) dah selamat. harini turn tasha (kanan) pulak.



ini gambar budak2 pompuan grup E & F masa asasi. 2 dah selamat. 1 coming soon (kan awin kan?hehe) so, who's next? :)

Saturday, January 1, 2011

Empat golongan lelaki yang ditarik oleh wanita ke neraka

Posted by nikct at 1/01/2011 11:48:00 PM 0 comments
Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda... kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang

atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab. AMIN..... YA RABBALALAMIN.

copy from : http://www.facebook.com/niCk.the.IGP#!/note.php?note_id=135606003165732&id=100001653163954

to-do-list

Posted by nikct at 1/01/2011 10:29:00 PM 0 comments
harini new year. saye buat resolusi baru. saye buat to-do-list untuk tahun ni. boring bunyinye. tapi ade saye nak kesah? haha

to-do-list saye ni panjang. dan perlukan komitmen yg tinggi. juga ongkos. juga, bantuan. dan, masa.

saye harap semua berjalan dgn lancar di tahun 2011 ni. amiinn..

10.25pm

Posted by nikct at 1/01/2011 10:25:00 PM 0 comments
alhamdulillah, kenyang..

atas sebab tertentu, baru sekarang ni jumpa makanan dan saye makan sampai kenyang.

sambil tunggu emel dr laut, saye masih sdg mengunyah. inilah tabiat buruk saye. bila tak makan, sampai pukul 10 mlm saye boleh tak makan. bila dah jumpa makanan... huh.. bukan sebab memaksa diri untuk tidak makan. bukan. ade la sebabnya.

dan jika saye kenyang sekalipun, nafsu makan saye tetap akan sama. saye boleh makan large set mcd dengan mcflurry pulak lepas tu. tapi itu dulu la. kadang-kadang saye control la sekarang. kadang-kadang yg tak tercontrol tu, memang sampai tahap pecah perot haha.

prinsip saye : makan kena habis!

bye bye again =(

Posted by nikct at 1/01/2011 02:17:00 PM 0 comments
semalam incik sailor sampai port kat Bintulu, from Negishi.

harini kapal tu dah keluar balik, ke Nigata pulak.

rindu tak sempat nak lepas habis lagi... :'(

hope selamat pergi dan balik. amiinnn...

hadiah tahun baru =)

Posted by nikct at 1/01/2011 02:09:00 PM 0 comments
semalam pergi KLIA, amek wan dan family abg aa yang baru tiba dari suatu destinasi. tiba-tiba, wan tunjuk sesuatu, iaitu :


woooo..nokia C5 tu, kayanye bapak aku beli hp lagi satuuuuu.. tapi, kemudian aku dpt tau sebenanye bapak aku tak beli pun. ade laaa.. hehe

aku assume bapak aku tak reti nak pakai hp ni :D

so, aku amek dan guna :P

alaa, lagipun, hp sony E aku ni, uzur sgt dah. terhentak sket je pun, dah mati. isk2.. *hehe*

cuti 3 hari seminggu

Posted by nikct at 1/01/2011 12:52:00 PM 2 comments
PM umum cuti semalam, 31/12/2010 sempena kemenangan pasukan Malaysia dlm piala AFF Suzuki (betul ke camni nama piala dia?hehe), yang mana cuti tu jatuh hari Jumaat. then, harini sabtu, dan esok ahad..

saye rasa ramai yang bersetuju dengan saye jika hari bekerja ditetapkan dari hari Isnin ke Khamis, dan cuti hujung minggu dari hari Jumaat hingga Sabtu.. syiok nye kalau camtu kan? hehehe
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea