Friday, September 23, 2011

ok la sikit

Posted by nikct at 9/23/2011 01:35:00 PM 0 comments
seperti yg dah dibebelkan sebelum ni, minggu ni sangatlah dahsyat selera makan saye. makan dah xmacam dulu. dulu makan berselera. skang makan dah xtau nak makan ape. dah ade depan mate pun belum tentu ada selera. tp perut lapa. xkenyang pun. kena makan sikit, sampai tekak kate "tak bole nak masuk dah ni".

tp semalam, alhamdulillah. pegi makan ngan fad n wawa kat alamanda, seblom jumpe dorang saye makan buah jambu asam dulu sebekas. pastu makan kat johnnys. alhamdulillah 3 mangkuk tomyam aku cedok. hahaa. pastu lepas makan jalan-jalan sikit, letih lesu tu ade tp takde la ke tahap nak pengsan, senak dada, pening kepala tu takde. cume ting tong sikit tu biasa la.

tadi lunch dah bole makan nasik, byk la jugak, setengah pinggan aku habiskan. tinggal sesuap dua je lagi, pastu tekak dah cannot go on dah. takpe la. alhamdulillah selera makan better than awal minggu lepas. bila selera makan oke, bole la bertahan lame sikit since ade energy kan.

tp energy ni cepat abes jugak. setiap jam kena kunyah sumthing untuk bagi tenaga. kalo tak mule la makin lame makin ting tong. isk isk. bak kata fad n wawa, anak aku tengah kawad kot kat dalam perot ni dats why guna banyak energy n aku pun cepat letih lesu bagai.

macam-macam. ni belum start morning sickness lg. pastu perut pun tak membesau lg. huhuu.

harap2 dipermudahkan sampai la lepas kelahiran. insyaAllah. amiinnnn.

p/s : incik sailor dah sampai umah!! yeayyy xsaba nak balik keje petang ni. rindunyeeeeeeeeee....!!!! :))

Wednesday, September 21, 2011

serba tak kena

Posted by nikct at 9/21/2011 10:30:00 AM 0 comments
saye tak bole fokus buat keje sebab badan saye sangat tak selesa. nak muntah tp tak pon. nak pitam tp tak jugak. pening pening pening. bau minyak cap kapak pon tak best. makan pun still tak membantu. ape yg perlu saye buat nih????? tolonggggg. takkan nak baringggg je. keje camne pulak?? argghhhhh.... sungguh tak larat n tak bermaya...

saye harap incik sailor ade disisi.. hukhukhuk... lusa baru dia habis kursus.

camne la minggu depan ni agaknye? isnin nak kena pegi melaka. rabu sampai ahad kena pegi cherating. isnin sampai rabu next next week shah alam pulak. pikir pun rase nak pengsan *-*

Tuesday, September 20, 2011

1 pinggan, 3 kali makan

Posted by nikct at 9/20/2011 05:21:00 PM 0 comments
kalau time xberisi dulu, 1 pinggan ayam penyet makan skali hadap je. skang 2 kali makan pun xhabis2 lagi. round yg ke 3 mungkin baru berjaya habiskan 1 hidangan ayam penyet ni. sedihhh. bukan kenyang, tp xlalu. kalo paksa masuk lg akan rase nak munttt.

ya Allah permudahkanlah. kurniakan kami kesihatan yg baik spjg tempoh ni, sepanjang hayatnye. aminnn.
Published with Blogger-droid v1.7.1

m.c

Posted by nikct at 9/20/2011 03:49:00 PM 0 comments
hari kedua latihan jarak jauh, saye m.c. doc kate mmg tahap ni normal la mula rasa letih, xlarat bagai. kena spare makanan dlm beg, bila rase lemah kena paksa diri makan, pesan doc.

huhuu camne agaknye bila incik sailor mula belayar nti? nooo :((
Published with Blogger-droid v1.7.1

Monday, September 19, 2011

latihan jarak jauh part 2

Posted by nikct at 9/19/2011 12:52:00 PM 0 comments
haritu berlatih utk jarak jauh masa hari ke 2 puasa. skang ni dah masuk fasa berjaga-jaga, bila-bila masa incik sailor nak naik kapal skang ni. maka hari ni, incik sailor ke terengganu sekali lagi sampai la khamis ni untuk berworkshop pulak.

haritu dia kursus 2 minggu dan tinggalkan saye pada awal bulan ramadhan tatkala chek n wan pegi menunaikan umrah.

skang dia pegi workshop pd awal pregnancy pulak, yg mane badan ni dah mula tak stabil dah. tak larat nak bangun, tak larat nak makan etc. yg lagi bestnye incik sailor tu pun bukan la stabil sgt jugak tu. teruk jugak kena alahan. siap mengidam bagai. lg la runsing hati ni memikirkan nasib dia dan diri sendiri lagi.

tp alhamdulillah setakat ni tak kena alahan teruk. no morning sickness lagi. loya2 tu adatlah kan. tak sedap mulut. makan ape sume tak habis. sume tak sedap. tp kalau tak makan nak pengsan pitam pulak rasenye! tidur pun tak lena. asyik berjaga je. kejap panas. kejap sejuk. kejap itu, kejap ini. sabor je lah huhuhuu

pendek kate, sume serba tak kena la.. huhuu

ya Allah Kau permudahkanlahhhhh... T.T

semoga hati ini kuat menghadapi dugaanMu ya Allahhhh.... huhuhuuu

Wednesday, September 14, 2011

alhamdulillahhhhhhhhhhhhh :))

Posted by nikct at 9/14/2011 10:51:00 AM 0 comments

syukur sgt2. mmg betol rezeki kawen ni melimpah ruah. salah satunye rezeki mcm kat atas ni. rezeki yg tak terhitung dgn uang ringgit ke, dolar amerika ke, dolar singapore ke. hehee.

alhamdulillah syukur.

thanks soooo much pd semua yg wish!!!! :))
Published with Blogger-droid v1.7.1

Wednesday, September 7, 2011

alhamdulillah :))

Posted by nikct at 9/07/2011 03:49:00 PM 0 comments
:)

cuti panjang

Posted by nikct at 9/07/2011 03:30:00 PM 0 comments
lama gile cuti. lebih seminggu tak masuk ofis. lemau sudaa. byk hal terjadi. dr hal kerjaya sampai la raye, pastu kenduri pulak. mcm2 hal jd, sampai byk plan tertangguh, tertunda, terpinda dsb.

lepas hal yg berlaku sebelum raya (kat ofis) haritu, aku betol2 balas dendam dgn add on 2 hari extra cuti. sebenanye dpt berita gembira yg membolehkan aku habiskan sume cuti. lepas habis keje, terus balik kampung. plan asalnye nak balik weekend je, then balik sini semula isnin untuk berhari raya kat sepang selasa tu (seperti yg dah dijelaskan dlm entri seblom ni), tp malangnya, persiapan majlis kawen kat Selama ni banyakkkk lg benda nak kena buat rupanya. ye la kenduri kat rumah, kejenye double la nak banding kat dewan. nak packing kerepek lg, nak cat umah, kemas umah, mane nak tolong main masak2 lg (hehe tolong je k, tu pun main masak2 je taw) hahahaha :D

maka cancel balik sepang, bermastautin kat Selama selama seminggu lebih sampai majlis selesai. haa amek kau. mak aku pun tak galakkan balik. katanye buat penat je habis masa atas jalan. masa kenduri kite jumpa la, katanye. so, tak balik la aku. jd la anak rantau, seraya bini dan menantu solehah pd tahun ni sebab tak balik beraya. huhuhuu. nasib baik ramai adik-adik, so takde la terasa sedih. pak mertua dah warning dah, nanti nanges cane? aku jawap selamber "takpe nanti org tu la kena pujok" :D hahaha!!


mak ayah mertua
hero
heroin
yg dah tak bujang ;P
kesebelasan utama :D
mintak hampun mintak mahap lah ye. lain kali buat lagik ;)
keluarga bahagia (plus anak express) :P
ragam riang ria raya

masa penghujung puasa tu, hari hari hujan kat selama wa cakap lu. hari hari ok. sampai lecak becak sume la jalan nak masuk umah ni. incik sailor udah risau kalau hujan berterusan sampai hari kenduri nanti. almaklum kenduri masa raya ke 5 la kan. nak dekat dah tu. tapi mak mertua cool je cakap "raya ni biasanya panas. insyaAllah tak hujan kot"

haa ambik kau dari 1st day raya sampaiiii la raya ke 6 tak hujan hujan!! hahaha masin mulut ibu-ibu ni kan. jangan main-main taw! alhamdulillah hari kenduri dilalui dengan sedikit kelam kabut (ye la sebab 1st time buat kenduri kawen kat umah ni) tp masih lancar, dipermudahkan dan yg lagi penting, cuaca amatlah baik. makanan cukup dan tetamu hadir. penting sume ni. takde salah satu dalam kombinasi pakej ni, nescaya cacat cela majlis taw.

make up n photographer, ok. make up tu tak ok sebenanye mula2. tp incik sailor n chek ckp ok. so ok la kot?? huhuhuu baju je melaut sket. aku kan tak suke kain seret-seret ni. tp dah katanye majlis bertandang, takkan nak pakai baju same lg kan. kena la sewa pulak. mane ade org buat baju kawen tak seret-seret?? maka, terpaksa la. -____-" ee rimas!! dlm hati ni membara nak bakor je (kite bakor je kite bakor, kate usop wilcha la bukan aku). rase sgt besalah n bedosa pun ade :'(

dah lepas kenduri tu, pegi outdoor pulak kat pondok tanjung. incik sailor dulu cerita kawasan tu agak keras sikit. isk dah tau keras nape nak buat kat siniiii. dah la dekat nak maghrib pulak tuuuuu hukhuk

nak dijadikan cerita kami berenti kat tepi jalan ni n mula shoot outdoor kat satu jalan lama tepi hutan ni. skang dorang guna jalan baru, straight je. jalan lama kat tepi hutan ni xpakai dah. jd khazanah la esp kepada pengantin2 n para photographer untuk shoot gambo. masa nak mula shoot kami nampak ada 1 myvi putih duk kat hujung jalan ke dalam nu. aku saspek ni mesti projek baikkk punye ni. tetibe, myvi tu undur 100meter ke blkg. tak lame pastu dia undur sampai hilang dr pandangan mata. dlm 5 minit lepas tu dia muncul balik, drive menghala kami, diiringi pakcik naik motor. pastu aku usha la tgk kete tu, ada sorang driver lelaki je. photographer tanye pakcik tu sumthing tp aku tak dengar. pastu kitorang pegi la dekat photog tu n tanye ape benda pakcik tu cakap? photog jwb "ala projek la tu."

isk isk hari baik bulan baik pun nak projek tepi hutan camtu. kena terkam ngan pontianak baru ko tau!! huh.. donia skang tak kira sape n kat mane sume main bedal je buat benda bukan2 ni. marilah kite sama2 berdoa agar kite n keturunan kite dilindungi :

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari akhlak yang tidak baik, begitu juga dari perbuatan dan keinginan yang mungkar.”

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekafiran, dari kemiskinan (yang menyedihkan) dan dari seksa kubur(yang membinasakan). Ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau.”

“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah untuk kami menerusi isteri dan zuriat kami, anak-anak yang baik dan jadikan kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.”

“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami menjadi orang-orang yang rugi.”   

“Ya Allah ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari godaan syaitan dan aku berlindung kepadaMu wahai Tuhanku dari kedatangan mereka(syaitan).”

habis je kenduri tu, memang pengsan la. buat yg wajib je, terus tidur. esok sambung, tu pun ala kadar je. sian family mertua la. memang bg all out, dr yg paling muda ke paling tua sume bg kerjasama tanpa rungutan. terbaikkk!!!

Alhamdulillahhhh. selesai sudah kenduri kedua-dua belah.

teaser kengkonon, padahal.... *yeahhhhh legaaaaaaaa!!!!* :))
so hari isnin haritu bertolak balik Sepang, setelah sekian lama tinggalkan tanah jajahan. sebelom tu singgah taiping hantar baju n aksesori sewa kat D'Ratu bridal boutique. singgah mam ayam goreng a&w 1 set LARGE, siap float n curly fries bagai. balas dendam la katanye. incik sailor kate "kate nak makan cendol bismillah??" saye jawap "takpe la pasni kite mam la cendol bismillah tu, nape??"

"laa kan dah bagitau kat cendol tu ade org jual laksa jugak"

errr... alamak!! hehe :P dengan yakinnye jawap "takpe kite bole abeskan sume tu" ;)

so makan a&w, pastu makan laksa, dan cendol. cendol tu memang sedappppp gile. lemakkkk sesangattttt. kalo tolak tu kira tolak rejeki la namenye. aku hirup sampai titisan terakhir okkkkkk!!!!

pastu aku kenyang nak mati sebenanye. tp kalo ckp kenyang ni maunye aku kena luku tak pasal. senyap je lah hehehe :P

dan harini masuk keje. bayangkan la. dah seminggu lebih duk menghadap suasana kampung, harini masuk keje? ohh nooooooo!!!!
 
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea