Sunday, October 30, 2011

tak lena

Posted by nikct at 10/30/2011 04:32:00 AM 0 comments
dgn keadaan skng ni, susah nak dpt tido yg lena. senang sgt teganggu esp bila laparrrrrr. ye saye lapa skang. susah nak tido bila lapa. lapa tahap super dewa. aduhai only few hours left bebeh. bertahannnnnn.

pindah dan lupa beli stok makanan. plus, ada tetamu dtg bertandang. bila nak tido baru teringat. acane? T.T

bila takleh tido kite blogging je lah. nak kaco incik sailor dia tgh lena plak. sian dia. hehuu
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, October 29, 2011

pindah

Posted by nikct at 10/29/2011 08:38:00 PM 0 comments
harini memandangkan xbalik kedah, n nak pegi mane2 pon konfem jem (sbb bola ns vs ganu), maka kami amek keputusan nak pindah brg secara besar-besaran. besar-besaran sbb seblom ni dah pindah sket2.

kenape xpindah terus lepas nikah?

gini, kan seminggu lepas nikah mak ayah aku pegi umrah, lepas tu puasa, lps tu raya, lepas tu kawen lagi, lepas tu preggy, lepas tu outstesen etc etc. xkan la pas makayah aku balik umrah aku terus blah dr umah dorang kan. sian jugak. lagipun bapak aku ckp "bila wan pegi umrah ni, jgn lupa jenguk2 rumah sana". means, dia nak aku tinggal rumah dia spjg dia pegi umrah, n jenguk2 rumah aku tu bila ada masa. not vice versa. hehehe

nak pindah bulan puasa, hari2 keje, weken balik kedah nak setel kenduri belah sana. lepas dah kawen dpt tau preggy mula la longlai.

mcm2 dugaan nak pindah yg buat kami tangguh dulu. rumah ni basic furniture dah ada. thanks to ex tuan rumah coz provide n kasi free. xpe la utk permulaan pakai je la yg seken hand pon. asal bole pakai sementara kumpul duit nak beli baru. hehuu. kipas dah pasang. yg xde cuma washing machine je. xpe nextweek jcard day kami dah aim satu. hehee

harini basically bawak hadiah2 kawen masuk umah ni, n serba sikit baju basahan ngan baju keje. umah ni dah bersihkan dulu. kena lap2 sket je nak buang habuk.

gambar2 dah masuk frame. yg belomnye lagi gantung2 kat dinding je.

n tong gas dah beli td. klip je xde lagi. oo gelak ye bila aku mention gas. aku xpandai la masak tp effort tu ada masa mak bapak aku pegi umrah haritu tau x!! haa ;D

ok nak sambung menyepah umah :P
Published with Blogger-droid v1.7.4

mengidam

Posted by nikct at 10/29/2011 09:38:00 AM 0 comments
2 je yg saye nak setakat ni :

1. saye mengidam nak berjogging (ok ni dikira mengidam x?)
2. saye mengidam nak air tebu.

malangnya setakat ni, dgn keadaan skang ni, saye masih tak bole nak teruskan ngan hasrat murni saye tu.

dulu mase stadi kat uitm, or mase cuti sem, lepas subuh je saye pegi stadium utk joging. best tau joging, lapang dada, hilang stress. terisi masa2 single mingle saye. biasanya pegi sorang je coz diri ni tak mampu nak joging laju2 mcm manusia normal lain. hehuu. lepas peluh keluar n dpt achieve target yg kite dah aim utk haritu, mmg puas hati sesangatt. rindunye masa tu.

pagi td bangun n tetiba teringat aktiviti rutin tu. even cuti sem kat rumah ni pun, still rutin tu dibuat jugak. skang bila dah xbole n xmampu ni la, duk teringat2. plus, saye tak penah jog ngan incik sailor. teringin jugak tu. lamanye lagi nak dpt peluang tu. at least utk senaman ringan2 tu, mayb sebulan dua lagi baru start kot. tak beran la skang. hmm.

dan,

air tebuuuu. im crazily craving for it for the last 2 weeks :( asal pegi pasar mlm, nmpak je air tebu, rase terliur gileeeeee. mujur xpreggy time bulan posa kalo x hari2 mau tebu cane? mak mertua kate tebu tajam. so, kena lupakan hasrat tu dgn sgt terpaksa. huhuhu :(

sabor la hati. sabor laaaaa~~~~~~ :(
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, October 25, 2011

correction!!!

Posted by nikct at 10/25/2011 10:41:00 AM 0 comments
bile guna application blogger droid ni susah nak edit or buat ape2 correction pd blog post sdri. nak kena guna lappy or pc utk betulkan. yg mane aku takde akses utk tu sume setakat ni. demmm. sakit mataaaaa!!!!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

minum gula

Posted by nikct at 10/25/2011 07:39:00 AM 0 comments
jumaat lepas klinik kesihatan salak set kan appointment utk aku minum gula, walaupun baru xsampai 2 minggu aku bukak buku merah. sume termasuk kwn2 kat tmpt keje, even abg aku sdri heran, minum gula tu ape? aku lg la xtau. dah lalui baru tau.

katenye dulu2 xde kaedah2 minum gula ni. mak mertua aku bgtau la. dia beranak 8 pun xpenah minum gula time ngandung. skali je dia penah minum, tu pun time kencing kotor.

sembang2 ngan org bpengalaman, minum gula (glukos) ni nak mengesahkan kite ade kencing manis ke x. tp kenape kena minun gula? ko tau x minum gula tu ape? haa. seblom minum gula tu, ko kena puasa drp jam 10 malam seblom appointment tu. ko takleh mkn n minum. air masak pon xleh. kalo dah darurat sgt, minum sket2. sbb pe? nak memastikan result tu tepat. tersiksa sungguh kalo ibu ngandung ni disuruh puasa. dah la at dis stage, gas byk sgt dlm bdn. kalo perut kosong lg laa.

seawal jam 8 pagi, ko kena check in kat klinik dah. darah ko akan diambik. byk la jugak. sampai bengkak la lengan aku nih (tu slh teknik misi tu sebenanye. huh).

lepas darah dah diambik, misi suruh minun gula. minum gula segula-gulanya. mmg blh mati kencing manis la kalo minum gula ni. pekat, likat. ko kena minum air gula yg org guna nak buat air sirap tu, ko tak rase nak loya? byk mane ko tau x? segelas penuh saiz gelas teh o ais mamak tu lah!! nasib baik dia buat suam.

masa aku kena minum tu ade 4 org akak tgh menung nak ngabiskan. siap ade yg ngelat bg anak minum pun ade. hahaha. tp aku pikir, dr aku duk termenung same2 ngan dorang, baik aku abeskan sementara air masih suam. sooner or later ko kena habiskan jugak kan. xgune dah nak menung menyesali. hahahaha. maka aku minum togok demi togok lalu berjaya aku pintas dorang. wahahaha.

lepas minum gula, ko kena rest 2 jam takleh pi memane. ko takleh muntah. kalo muntah misi suh bgtau dia. mungkin nak suh minum semula kot. ewww xnak. lepas 2 jam rest tu pun rase gula masih melekat dlm tekak aku ok? ewww. so aku berbaringan di surau sambil membunuh masa. mind you that i didnt was not allowed (yet) to consume any foods or drinks since last night. ohh this is meannnnn.

lepas 2 jam menunggu dgn penuh keboringan, ko kena derma darah skali lagik. ye 2 kali diambik darah dlm kuantiti yg bukan sikit tu sakit jugak la ye. tambah2 lagi kalo misi yg pertama tu dah salah cucukkkkk.

lepas tu, ko disuruh balik. xpatut betol. bancuh la teh ke, bg biskut kering ke utk aku yg dah nak pengsan ni. or at least, sediakan la kafe or vendor machine ke. sbb aku ni dah rase mcm nak pengsan!!!!

relevannya minum gula ni? nak tgk badan ko ni mampu proses gula x dlm tempoh 2 jam lepas ambik gula. kalo xmampu, maksudnya ko ade diabetes. mak2 buyong mmg slalu diserang diabetes mase ngandung. so dia nak detect awal2 la, ngikut pepatah jawe, "prevention is better than cure".

keputusannya kalo x ok dorang akan call. kalo xde pape, just pegi check up mcm biasa la bulan dpn.

tp mmg ramai org pelik kenape aku kena minum gula di awal kehamilan. biasanya 4 bulan ke atas. erkkk.

mungkin SOP KKM dah berubah, ade la KPI nak dicapainye kot? positif gilos!! hahaha
Published with Blogger-droid v1.7.4

this is life :)

Posted by nikct at 10/25/2011 03:13:00 AM 0 comments
kelakar jugak bila kite tgk perjalanan hidup kite dan melihat sendiri ke mana hala tujunya. begitu jugak dgn org lain. lebih2 lagi org tu yg kita kenal.

xpayah pikir jauh2, tgk org yg duk seblah kite skang, yg sedia hidup dgn kite ke akhir hayat ni, siape? ade yg end up dgn cinta pertamanya, that's good. ade yg end up dgn cinta kedua, ketiga, keempat. takpe, mencari yg terbaik. tp dlm mencari yg terbaik tu, mungkin dia org yg takkan disangka2 menjadi yg terbaik.

mungkin dulu dia kawan baik kite, mungkin dia klasmet, mungkin dia penah bersama dgn org lain yg kite kenal la jugak, kdg2 dulu dia kawan kite yg punye. haa. macam2 la kan. bole pi mai pi mai tang tu pulak. hehehe!

this happens to me, n also my frens. semenjak kebelakangan ni fenomena ni buat aku berpikir. takdir penentu segalanya. harini, tah esok atau lusa, ko mungkin jatuh cinta pd insan yg tak disangka2. dan dia berada di mane2 je, di tempat yg ko sendiri tak penah terpikir dia akan termuncul. selalunye, yg ade kat depan mata je. tp in special case, mungkin juga dia ade di lautan sane (ehem ehem!!!) ;)

lumrah manusia nak cari yg sempurna tp dlm nak mencari yg sempurna tu, byk cabaran, dugaan yg kena terima, lalui dulu. akhirnya, baru kite sedar, bukan kesempurnaan yg kite cari. tp kebahagiaan dlm ketidaksempurnaan kite dan dia melengkapi pasangan masing2.

so, xkesah la akhirnya kite ni ngan sape2, asalkan akhirnya kite mengerti dan menerima kebahagiaan yg tertulis utk kite. tak kira la siapa dia sebelum ni, bile kite dah terima dia, kena la terima seadanya. mungkin ambik masa, nak sesuaikan diri dgn si dia dan persekitaran.

heyp, this is life :)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 23, 2011

what say you?

Posted by nikct at 10/23/2011 12:58:00 AM 0 comments
"In your life, you meet people. Some you never think about again. Some, you wonder what happened to them. There are some that you wonder if they ever think about you. And then there are some you wish you never had to think about again. But you do."
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, October 18, 2011

air suam

Posted by nikct at 10/18/2011 10:37:00 PM 0 comments
hidup selama 23 tahun saye minum air sejuk. aisssss je pilihan minuman saye. sampai la satu ketika i was deprived from air sejuk. yep, deprived.

masa tu latihan utk perbarisan tamat latihan kor suksis semalaysia. 2 minggu. di USM, Penang. Penang belah pulau. ko bayangkan panas pulau camne. bayangkan kitorang kawad tgh padang time tgh2 hari terik tu. huhh.

pagi, air teh panas (of course, kalo air sejuk pagi2 mmg bebal la caterer tu kan). pastu, kawad. kawad. kawad. sampai mental calar. balik makan tghari, air oren. yeayyyyyyyyy.

tapi,

air oren yang PANAS. kalo bernasib baik, suam. boooo!!!! mlm pon same!!! hoyeahhh.

ohh no. kenape gini? jurulatih kate air sejuk tak elok. tak kaji lanjut la kenape tak elok. tp budak, ikut je la ckp jurulatih. so, no iced water for 2 weeks.

mula-mula derita. lama-lama air panas suam tu yg melegakan tekak, mmg lega rase tekak bila minum air tu. mungkin sbb darurat, aku rase air panas tu nikmat? mungkin jugak.

tp lepas tamat latihan, tah mane wahyu aku dpt, aku teruskan minum air panas, suam, or at least, air yg tak sejuk la. alhamdulillah, makin fit. 20 thn hidup aku tak suke acara lari2 sbb aku tau aku xfit, tp dah amalkan cara hidup camni, aku blh pegi jauh. 7km tadak hal lah. cecewahhh. skang dah semput balik la tp tu lain cite la kan.

nampak sgt perbezaan bila aku minum air sejuk, to be exact air buah gelas besor. kan penoh ais segelas besor tu, tol tak? bila abes segelas, aku rase sempot. tak penah sempot seumo hidup. so, nape aku sempot? sbb minum byk sgt air sejuk dan berais.

minum air suam mmg melancarkan sistem dlm badan. badan pun rase ringan. nak membuang pun senang. takde mslh angin terperam dlm bdn. yg penting, sebenanye, minum air suam ni lebih cepat menghilangkan dahaga. minum air sejuk byk2 mcm tak penah puas. kan?

cubalah minum air suam (kosong) setiap kali bangun pagi. sedikit sebanyak korang akan rasa perbezaannya. :)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, October 17, 2011

orang ni macam-macam

Posted by nikct at 10/17/2011 04:11:00 PM 0 comments
kadang-kadang ade orang malu nak tunjuk dia dlm kesusahan.
kadang-kadang ade orang sorokkan kesusahan tu. bila tanya tak pulak diiyakan. tak pulak dinafikan. mengelak utk menjawab, mungkin.

mungkin dia malu dgn kekurangan itu? mungkin.

mcm mana aku tau? hey heyy. dunia ni besar. tp sempit.
pi mai pi mai tang tuu jugak.

tapi,

bila dah senang, dah dpt kesenangan yg dia nak,
satu dunia dia nak canang.
satu dunia dia nak riak-riakkan dapatan dia tu.
ye la, skang lebih gah nak banding dulu, kan.

entah la. orang ni mmg macam-macam.

tapi,

tak baik riak tau.

esok lusa ko tak tau lagi ape nasibnya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 16, 2011

3rd wedding monthsary

Posted by nikct at 10/16/2011 06:10:00 PM 0 comments
pd hari ini, 3 bulan yg lalu sah la kami disatukan. bangun tido pg td saye tanye incik sailor harini bape haribulan, die jwb "16 kot". konfem harini 16 haribulan, saye pun kate "hepi 3rd monthsary!!!!"

teringat bulan lepas, masing2 lupe nak wish sbb sibuk balik kampung kat selama kedah nuu. lgpun mase tu baru bape minggu disahkan preggy, so keadaan pun tak berapa nak stabil, saye lupe, dia apetah lagi kan hehehe

yg tak bestnye, harini incik sailor terpaksa ke melaka keseorangan utk pegi kursus (ye, kali ketiga dah dia pegi kursus dlm tempoh spjg cuti kali ni). bezanya, kali ni kursus dia kat melaka, bkn di terengganu spt sblm ni. alhamdulillah. tak jauh. dan kursus 5 hari je, bukan 2 minggu mcm seblum2 ni. alhamdulillah xbape nak lama banding sblm ni.

so minggu dpn ni keje takde sape nak tlg anta. sighh. tah ade kekuatan x nak bangun pegi keje tiap hari? tgk je la nti.

maka ini dikira sbg latihan jarak jauh part 3. sepatutnya incik sailor punye cuti dah habis, standby anytime je nak naik kpl, tp dah org anta pegi kursus je manjang, pegi je la. ade hikmah sume ni. cuma, risau kalo xsempat dgn due date nak deliver nti la. saye doakan semoga sumenye dipermudahkan. semoga apa yg berlaku ni ada hikmah yg baik di penghujungnya.

cth mcm haritu, incik sailor naik kpl xsampai sebulan sakit teruk sampai kena hantar balik, cuti 1 bln jgk la before naik semula kpl lain. tgk2 kpl yg dia naik masa dia sakit tu blackout sampai lost navigation. lost navigation tgh laut bahaya kan?

kesimpulannya setiap yg berlaku ada hikmahnya. tuhan dah tentukan semuanya. tunggu dgn sabar je lah.

lagipun dgn adanye incik sailor ni, dia mampu tlg hantar saye ke mana saje time outstation, shah alam - seremban - melaka - putrajaya - cherating. sume dia ikut dgn sabar, xrungut. penat weyy menunggu org ni kan. duk dlm mahkamah bosan. tunggu je la spjg hari kat luar. petang kena gerak pegi tempat lain plak, ngikut je la dia. kesian sgt. apekan daya saye pun xberdaya. nak angkat beg tarik mcm dulu bkn boleh dah. kalo paksa boleh tp apa2 consequencesnya sape nak tanggung?

so mungkin jugak ni hikmahnya incik sailor masih di darat ni. mungkin.

terima kasih Allah. terima kasih utk cinta ini. terlalu terbaik ko berikan pdku.

utk cinta hati saye, saye mintak maaf banyak2 saye tak banyak membantu awak, sbg isteri saye tak sempurna sgt untuk awk. tp awk selalu pastikan yg terbaik utk saye. sakit pening tgh2 malam awak lah yg berjaga, memicitnya. saye mintak maaf byk2 sebanyak2nye sbb dah byk menyusahkan awak. :'(

pegi kursus leklok k. kita jumpa jumaat depan k. i love youuuu~~
Published with Blogger-droid v1.7.4

muka buku

Posted by nikct at 10/16/2011 12:37:00 AM 0 comments
byk yg jd lepas fb diwujudkan. fenomena la katekan. melalui fb org becinta, melalui fb org invite kawin n of kos melalui fb org share ape2 je yg dilalui dlm life. berita sedih ke gembira ke, benda kelakar ke benda bodoh sume org nak share. itulah tujuannye fb ni wujud kot. menghubungkan org, keep in touch dgn kwn, family jauh, keep frens n family updated.

tipulah kate hidup saye tak affected dgn fb ni. dah jodoh pun jumpe kat situ, apetah lagi benda2 lain?

tp dah lepas kawen saye x komited sgt dgn fb. xkomited dr segi nak share ape2 la, status jrg update, pic dah lame x uplod (dulu uplod sealbum, skang sekeping pun jarang). komited stalk org tu masih mencanak semangatnye. hahaha!!!

tah la, xde idea kot nak update diri ni. or rase xde benda yg menarik nak di updatekan. or, takde mood nak update. or terlalu letih nak update. mane2 satu terpakai dlm kes saye.

berita diri ni 'berisi' pun saye x khabarkan secara kediri di fb. pada sesape yg add incik sailor kat fb, dorang tau la perkembangan saye. bila dah konfem tu dia terus update, excited la katenye hehehe

tp bile kwn2 yg dah add dia di fb tu tau, habis sume wish tahniah. bila dah ramai2 wish tahniah kat wall, yg lain2 pun follow same. hahaa terharunye :') thanks sume. lap2 uols beri2 much!!!

kesimpulannya mmg fb kdg2 mampu mengupdatekan diri kite tanpa kite sdri yg mengupdatenye. saye hanya perlu mengiyakan je hehehehe

terima kasih teknologi!! :)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, October 15, 2011

tako tao

Posted by nikct at 10/15/2011 07:47:00 PM 0 comments

aku assume ia makanan jepun. terdapat di jusco. harini dpt ilham mkn tako tao ni. makan 1 set (3bijik) tak cukup ok? lgpun share ngan incik sailor (alasan) hehe

lepas dah pusing sunway pyramid ni sampai boring, saye mintak nak lagi. sedapppp gile tau. dulu ez yg perkenalkan mende alah ni. haihh kenangan zaman bujang. makan pun sorang satu jek. skang mkn sampai 2 kotak sorang. wahh gitu. bygkan la bdn aku nanti cane. hukhuk.

tp sebenanye pg td muntah sbb masuk angin. mkn lambat sgt. tp bile pegi makan, mihun sup stgh pinggan pun x abes. rupanya tako tao yg dicari. thanx jusco sbb ade jual menda alah ni. kalau x naya la incik sailor nak ke jepun plak hahahaaa ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, October 14, 2011

kembar?

Posted by nikct at 10/14/2011 11:15:00 PM 0 comments
kadang2 saye tak ok. kadang2 incik sailor tak ok. tak ok means takde la muntah ke ape (2-3 kali je stakat ni), mabuk pening lalat gitu la. tp bukan pening lalat biase tau. ni tahap xlarat nak bangun dr katil pon. huhhh.

kiranye bila saye tak ok, incik sailor insyaallah ok. bila incik sailor tak ok, saye alhamdulillah ok stakat ni.

petang ke malam ni turn incik sailor plak mabuk, xsedap badan, pening2, tak lalu makan dsb. tibe-tibe dia kate "tah2 kembar, kejap abg, kejap syg tak ok"

aku? aminnnn kan je. hahahahahaaa!!!! takyah beranak 3-4 tahun lg dah hahaha tp kite mampu merancang tuhan tentukan sume kan. kun fa ya kunnn.

tp haritu bace kat magazine ade sorang akak ni kate mase ngandung kembar, mase 6 minggu dah dpt tau. haritu aku 9 minggu scan doc rilek je xckp ape. so aku assume x la kot?

takpe ade rezki alhamdulillahhhhh. lgpun ramai yg doakan ni, aku aminnnn kan jeeee hehehehehe macehhhhh ;))

**asal sumenye selamat, sihat walafiat n sempurna tubuh badan, yg lain tu aku tak kesah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, October 13, 2011

bubur ayam mekdi

Posted by nikct at 10/13/2011 10:43:00 PM 2 comments
harini teringin nak makan bubur ayam mekdi. dr tghari, membawak ke petang, sampai ke malam. masuk je kete, incik sailor ajak pi alamanda, nak bawak pi makan mekdi. yahuuuuu!!! yabedabeduuuuuuuu!!!!!

sampai kat mekdi, beratur nak order. sedapnye makan bubur ayam large, dgn medium fries n air ribena. sedapnyeeeee. sedapnyeeeeee. biar la kena beli ala carte pun, asalkan hajat sampai. sedapnyeeeee, angan2ku lah konon. sampai giliran, saye pon order. akak tu ckp " bubur takde".

hancussss harapan. kelu seribu bahse akuh. nak tanye lebih tp kang kecewa lg. "mc chicken medium set 1, air ribena xnak ais, tq".
:(
Published with Blogger-droid v1.7.1

Wednesday, October 12, 2011

budu

Posted by nikct at 10/12/2011 09:49:00 PM 0 comments
harini selera kembali terbuka setelah pekena nasik dgn ikan bakar cicah budu lunch tadi. ye budu. dan kerabu mangga. sedapppppp gile.

alhamdulillah selera terbuka jugak harini. smlm mkn nasik ayam setengah pinggan x abes. sebelum tu x igt dah bape lame xmkn nasik.

risau gak. semalam (11.10.11, tarikh cantekkk), pegi bukak buku merah kat klinik dkt rumah. timbang2 berat menurun. aiyoo. nak wat camne, selera xde.

xpe alhamdulillah. dgn selera mcm harini, saye harap besok lusa tulat tubing tuhing tuling tunggeng nti saye dpt ilham utk mkn mknn yg mampu bukak selera saye.

tp, nasik ngan budu? kelantan sgt anak incik sailor ni hahahaha :D

ohh ye semalam check up, scan lg. baby dah 29.6 mm. subhanallah. alhamdulillah. sihat insyaAllah.

minggu dpn kena minum air gule ke hape tah. aiyo abende tu? kite tgk la ape jd nextweeknye.

hmm incik sailor masih bercuti. nextweek kena pegi kursus lagi. hepi jugak dia xnaik kpl lg. tp effect long termnya, lewat pegi, lewat la balik. kena pegi 6 bulan. kalo lambat pegi bile plak nak balik? mesti la nak deliver time bapaknye ade kan :(

keje pulak penat dan mcm2 lg. sabar la hati. tabah je la ye. esp dgn keadaan skang. hrp2 terus dipermudahkan. aminnnn
Published with Blogger-droid v1.7.1

Thursday, October 6, 2011

seminggu dua ni..

Posted by nikct at 10/06/2011 10:04:00 AM 0 comments
seminggu dua ni tak update blog. pegi Melaka atas urusan tugas, pegi interview, pastu pegi kursus kat Cherating sampai ahad lepas. Isnin terus ke Shah Alam pulak, untuk 3 hari. harini baru betul-betul duduk depan pc kat ofis ni. byk kerja nak setelkan. minggu depan sepanjang minggu outstation lagi. Shah Alam-Seremban. sepanjang minggu. harap-harap miracle terjadi. pikir pun penat. ngan keadaan skang ni, lagi la.

dan kemungkinan jugak ni minggu terakhir incik sailor akan berada di daratan (kat Semenanjung) untuk tahun ni. ohh sedihnya dengan hanya memikirkannya.

sepanjang cuti ni banyak betul masa yg dia habiskan untuk saye. dan jugak ofis saye. kesian dia huhu. haritu ke cherating, selain drp kursus dlm kelas, ada jugak team building activity. memandangkan dah jd OKU skang ni (hehe), maka incik sailor la yg kena ganti saye join activity tu. lari atas bricks la, passing belon air la, tenis kampung la, tarik tali la. sume dia commit dgn sportingnye. paling hebat dia main tenis kampung tu. sampai grup lain dgn jelesnye kate grup kami tak aci coz amek pemain import. memang padan la, 2 member grup dah jd OKU (ngandung). pastu sorang lg (bos) plak sakit jantung. so takleh main dah. tpakse la import sorang pemain luar untuk kasi balance sket grup kami tu. huhu.

mana-mana saye pegi skang mmg incik sailor je la yg ngantar nye. ke ofis, outstation, u name it. dah la kadang-kadang dia pun rasa tempias ibu ngandung ni (loya, tak sedap badan etc). tp still dia kena gagah layan saye. huhu ciannn.

bayangkanlah bila dia dah belayar nanti. i have to do it all by myself, alone. sedih ok? ;(

harap masa bersamanya berlalu perlahan. masa kecederaan dah kira ni. huhuhuuu...

ok nak sambung buat petisyen. bye!
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea