Monday, December 31, 2012

2012

Posted by nikct at 12/31/2012 03:10:00 PM 0 comments
tak banyak pencapaian dalam 2012. tp pencapaian SANGAT BESAR dicapai tahun ni. ya, melahirkan seorang kalifah kecil ke dunia ini. selain drp dugaan masa mengandungkan Izz (tumpah darah berkali-kali), alhamdulillah Allah makbulkan doa dengan mengurniakan kalifah kecil ni pada kami, yang benar, yang kuat, yang indah, yang bijak (itulah namanya Izni Abqary).. amiin insyaallah

Muhammad Izni Abqary @ Day 4
Muhammad Izni Abqary @ 6 months

sekarang kalifah kecil ni menginjak 7 bulan, dan akan genap 8 bulan 17 Januari 2013 ni.

kedua, menyambut ulangtahun perkahwinan yg pertama 16 Julai lepas. tapi sambut dengan ucapan je la since incik sailor tengah sign on kapal masa tu. harap2 tahun ni ada rezeki menyambut wedding anniversary bersama-sama.

ketiga, transaksi jual beli rumah dah 80% selesai yang mana urusan pindahmilik dah dibuat kat pejabat tanah sepang beberapa bulan lepas. lega la, sebelum ni pening dengan status rumah terawang2 sebab takde khabar berita lamaaa drp masa mengandung sampai la dah bersalin dah pun. lepas ni pening nak bayar hutang la pulak. 
 
apepon, cepat sangat masa ni dirasakan berlalu. sedar tak sedar hari demi hari dan skang tahun demi tahun meninggalkan kita.

semoga tahun baru ni menjadikan kita lebih baik dari tahun tahun sebelumnya. aamiinn.





Thursday, December 27, 2012

fakta manusia

Posted by nikct at 12/27/2012 10:57:00 PM 0 comments

bila kita dalam kesusahan, takkan ade org akan faham kesusahan yg kita alami melainkan diri kita sendiri. hanya bila orang tu alami kesusahan yg mcm kita alami, baru la org tu rasa apa yg kita rasa. tp masih org tu tak faham apa yg kita alami. bg dia apa yg dia rasa tu habis hebat punya susah la, takde org penah rasa susah camtu melainkan dia.

kan?

Tuesday, December 25, 2012

khatan

Posted by nikct at 12/25/2012 11:15:00 PM 0 comments

Izni Abqary telah dikhatankan pd usia 1 bulan. yezza anda tak silap baca. 1 bulan, iaitu hari ke 30. mengapa kami buat keputusan mengkhatankan izz pd usia terlalu muda?

1. sebab anak buah aku yang lelaki semuaaa (kecuali yg sulung, maka seramai 5 org) telah dikhatankan ketika masih bayi,
2. bila khatan pada usia masih kecik ni, senang nak jaga. takde pantang apa, takde nak bentan apa sbb dia tak makan dan takde kaki nak bergerak sana sini,
3. luka cepat baik (since dia tak banyak gerak dan minum susu je).

ada yg berhujah bahawa khatan masa kecik tak bagus, nanti dah besar, kena berkhatan semula sbb kulit tu tumbuh semula. err.. tak.. insyaAllah. kelima2 anak buah yg lain masih ok.

cuma ibubapa kena kaji dulu sebab ada jenis2 nya khatan ni. yg buat dgn tokmudim ni toksah kata la. yg moden ni ada berjenis2. kena hati2 pilih sebab ada jenis yg menggunakan titisan gam (kalau tak silap). aku hampir2 nak buat kat azzahra bangi, main reason sbb harganya jauh lg murah. tp bila abg aku call, dorang explen yg hari appointment nanti doc hanya akan explen pasal prosedur n suruh mak bapak decide dulu, before dia bagi date lain utk perform. prosedurnya yg guna gam tu la. dorang tak guna pisau, just drop beberapa titik gam n kulit tu mcm terhakis kot. yg ni, abg aku cakap, luka lambat baik dan ada possibility utk jahitan terbuka dsb.

aku tak ingat teknik apa yg dorang guna utk izz. tp kami buat kat KPJ Damansara, dengan doc bernama Razak. really nice n pro. prosedur tak sampai 10 minit kot. jahitan tak perlu dibuka semula, so takyah risau nak terbukak ke ape dah. yg penting lepas mandi, cuci bebird dia, doc bg krim utk sapu.

doc ckp budak2 kalo nak khatan, 2 hari lepas lahir pon boleh. sbb masa tu dia takde deria sakit lg. bukan takde, mungkin tak develop lg kot. lg senang nak jaga sbb tak nangis pon la. camne nak buat awal2, lepas bersalin, kena tahan wad, kuning plak lepas tu. then balik selama, balik sini semula, tgk2 abah kena naik kapal pulak. so lepas abah naik kapal tu baru dapat buat appointment tu. huhu. maka, bila dah lebih 1 bulan, deria sakit pun mula wujud la. masa khatan tu izz gelak2 je sbb kena bius. habis je ubat bius tu, sedihnya, tuhan yg tahu. tp sakitnya 1 hari je la. dia terkejut kot. esoknya, dia rilek je bila orang mandikan n tuka pampers bagai.

so ingatla, kalo nak berkhatan, pilih teknik yg betul n masa yg betul. adios!

Monday, December 24, 2012

pemakan

Posted by nikct at 12/24/2012 07:47:00 PM 0 comments

nafsu makan membuak2. mengalahkan org mengandung kempunan. smlm beli dominos set utk 6 org, add on twisty bread ke ape tah nama dia, 2 set. anak2 buah aku ni dah terbeliak bijik mata. woo biar betul makcik aku nih. "aku lapa weh". "ooo ok ok" terima dorang dengan paksarela. masih tak percaya. balik umah, balun sume. licin je sume mende alah tu, paan ckp "fuhh xmakan nasik laa malam ni". aku jawab "isk aku lapa lg nih".

pecaya atau tidak aku pi melaka haritu, frust nonggeng punya fasal xdapat jumpa incik sailor plus lapa tahap gaban, aku dah order (dan dah makan pon) 1 pinggan spegeti, 1 personal pizza, 1 set criss sut fries, 1 mangkuk sup n air. xcaya tgk gambar kt bawah.

haa masa p melaka yg fad tunang tu pun, aku suruh anak buah aku tapau nasik goreng kedai mamak n makan sampai licin sebelum sampai melaka sbb dah terlalu lapa. budak2 ni tgk semacam kat aku "bukan kita nak p makan kenduri ke skang ni". again, "aku lapaaaa". haha terima je la dorang seadanya makcik dorang yg syomel kuat makan nih haha

agaknya bila aku berenti menyusu izz, nescaya badan aku naik 3x ganda dr skrg??? ohh!!




Sunday, December 23, 2012

congrats fad!

Posted by nikct at 12/23/2012 01:36:00 PM 0 comments

yeah semalam ke melaka kita!! dgn paan n fikri sebagai bodyguard. banyak dugaan jugak trip smlm tu. apepon congrats fad on your engagement. finally, tunang sudaa. geng E&F asasi pon ade. fad, cun. tp mcm biasa, bukak je mulut... wahahahaha!!!!

*pics credit to wawa





Thursday, December 20, 2012

takde rezeki

Posted by nikct at 12/20/2012 03:27:00 PM 0 comments

susu merudum. pg td pam dpt 3oz je.. tak sempat nak buat sesi ke 2 lg, sbb tibe2 dpt tau incik sailor dpt trun darat sekejap. minta izin bos utk e.l.. pecut ke melaka. xsempat sampai lg incik sailor kena naik bot utk balik ke kapal semula. melaka jemm sgt harini xtau knapa. bila dia bgtau kena naik bot 2.45pm, airmata berjurai tak henti. ya allah aku rindu dia, tlg aku. tp rezeki tu takde. bot jalan jugak. aku masih stuck dlm traffic jem. sedihnya hanya allah tau. harini genap 1 bulan dia pegi. peluang ada tp rezeki tu xde. sedih sangat. n aku sampai kat jeti jam 3.10pm. masih mencari2 bot, mana tau masih ada kelibatnya. tp xde.. sedihnya.

kalau takde rezeki tu, takde la. allah tahu la tu hikmahnya.. tp, sedih sgt rasa..

syg i miss u...


3d & 4d scan

Posted by nikct at 12/20/2012 03:56:00 AM 0 comments

aku buat kat vision college, kelana jaya. masa tu dah masuk minggu ke 30 dah rasanya (kena buat sebaik2nya 26-30 weeks pregnancy, syukur ada rezki buat appointment last minute sbb ada org cancel appointment dia). kos rm90 je. scan dekat sejam. selagi tak nampak muka selagi tu sonographer tu suruh ejas kedudukan n siap suruh berjalan lagi, sbb nak bg nampak jugak muka baby tu. alhamdulillah izz bg kerjasama jgk.

masa tu niat nak scan nak surprisekan incik sailor. dia kat korea ke jepun tah masa tu. kebetulan haritu kapal masuk port. gatal je tangan ni nak sms tgh scan anak dia tp ku tahankan aje. agak rushing haritu sbb pg tu check up kat klinik, then ptg 3d scan, malam tu plak flight to penang. sume travel alone. no hubby at sisi made u strong u know. try it if u dont believe me haha fuhh so no wonder anak skang pun agak hyper jugak haha

lepas scan terus print kat kedai gambar area tu jugak. org kedai tu tanya ada ke teknologi camni sbb dia tak penah tgk imej 3d scan nih. dik nun, belakang kedai kau je haa. pi tanya budak2 vision college ni eh bila ko dah preggy nti hehe lepas dah print, pos kat abahnyeeee n bila abah sampai port, abah dpt parcel dia, abah bukak n abah tekejut teharu tehepi sampai tunjuk kat kwn2 dia sama.. yeayy mission accomplishedddd.

sebelom ni mcm penah cite dah kot tp kali ni nak share imej yg dah jd realiti pon (thank u Allah). nak share seblom ni takut terlalu awal, apa2 boleh jd selagi benda tak jd lg kan.. paham2 la. kalo xpaham buat2 paham sajok.

okei maka sesapa yg nak scan 3d & 4d scan (3d tu gambar, 4d tu video. konsepnya sama je cuma bila dia snap, jd 3d. bila dia record, jd 4d) dgn kos yg sangat mampu berbanding klinik lain boleh la google je vision college n call n buat appointment k. tak susah nak cari, dekat belakang giant kj je :)


hello my maxis

Posted by nikct at 12/20/2012 03:45:00 AM 0 comments

kelmarin pegi ambik wan (bapak) kat klia. depa pi beijing doooo. rugi rasanya tak ikut. kalo incik sailor ada dah lama kami ikut haha tp izz kecik sgt lg n suhu sana sejuk ya amat sampai -10 gitu. kesian kalo bawak dia. kalo tinggal, kesian kat mama dia plak hahaha

anyway, aku dah terminate celcom bodoh tu. 2x buat aduan tp servis sucks gile so nah, bye2 betol2 la kan. membazir duit aku bayar postpaid rate sama je tp servis, siput babi lg laju. alang2 p klia jemput wan tu, nampak celcom centre kat balai ketibaan tu, terus hulur ic n ckp nak terminate. hah bongok sangat xpandai jaga customer kan so bye2 lah!!

lepas terminate aku jd cacing kepanasan sbb xde intenet. seksa woo. so tghari td time lunch hour, terus aku pecut p alamandos n register maxis. rm48 sebulan. utk 10 bulan pertama, rebate rm10. hah jauh lg murah dr celcom yg teruk dr siput tu. tp servis camne taktau la lg. org kata maxis ni mcm ceti. just wait n see..

aku dgr celcom tu problem sbb dorg eliminate elaun pekerja dia. so depa pakat sabotaj laa. pikir2 balik betol gak. line tepon ok, berukband je teruk. ataupun, line berukband aku ni pakej lama, rm68 utk 5gb. kalo tgk website dorg, xde dah 5gb rm68 ni. 4gb je kot. so mungkin ni "cara halus" utk dorang eliminate unwanted clients??

wallahuallam..

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

Posted by nikct at 12/12/2012 09:28:00 AM 0 comments
beberapa tahun yg lalu saat aku masih single, aku penah katakan pada seorang sahabat,

"gua nak kawen 12.12.12" amboi statement....

" lu buat la, takde sapa nak datang wedding lu nanti sebab 12.12.12 tu hari rabu.. gila!"

aku tgk kalendar. haah rabu. "ala xpe la, nikah je la hari rabu pon", aku pikir.

but today, 12.12.12 menjelma...

aku dah kawen,
dah ade husband,
dah ade ANAK..

omg.

again, how time flies.

beberapa tahun lepas aku lah loser takde pakwe. tak deting di hari minggu sbb takde pakwe. keluar sorang-sorang sbb takde pakwe.

and today,

i have almost everything that i couldnt ask for more anymore.

ALHAMDULILLAH, praise to Allah..:')

Tuesday, December 11, 2012

terminate je lah celcom nih.. arghh

Posted by nikct at 12/11/2012 09:06:00 PM 0 comments

line celcom kat rumah aku dah mcm harommm.. dulu sangat purfecttt tp skang hampehhh.. bayangkan aku kena restart device aku xkurang 10x bila balik rumah, kalo x sampai 3x raya cina la line xde, lost. masalahnya bila sampai ofis n lain2 tmpt lg, ok je.. bila sampai rumah.. rasa nak hempuk je tab ni kat sape2. tp mengenangkan tab ni ada harga bukan je dr segi physical value, tp jugak sentimental value.. so alternatifnya, usha telco lain la pulok2.. goodbye celcom (soon)

Saturday, December 8, 2012

Izni Abqary : after 6 months 3 weeks 1 day

Posted by nikct at 12/08/2012 09:25:00 AM 0 comments

alhamdulillah. masa ni cepat je rasanya berlalu. rasa mcm baru je buat urine test, tgk2 positif. incik sailor peluk saye masa lepas tgk result sama2 tahun lepas. harini, cinta hati yg saye usung selama 9 bulan 11 hari tu dah nak masuk 7 bulan dah.

masa mula Izz lahir, dia sorang budak yg baik (harini pon masih baik, alhamdulillah aamiinn). malam yg pertama lepas dia tgk dunia, dia diam je. tido dengan nyenyak sekali. mama dapat rehat secukupnya lepas operate tu. alhamdulillah. bila masuk hari kedua, Izz mula merap (meragam). masa tu mama n abah yg cetek ilmu ni xtau nak buat apa. lama dipujuk, xberenti lagi, baru terpikir nak bagi susu. bila nangis lagi, baru terpikir nak tuka lampin dsb.

ilmu tu perlu sebenarnya. kelas mengandung tu perlu sebenarnya. tp kekangan kerja, xpergi2 sampai ke sudah. akhirnya, cetek ilmu keibubapaan. tp alhamdulillah, pengalaman mengajar. maafkan mama n abah eh Izz. sian Izz kena jd bahan eksperimen mama abah huhuhu

lepas dah balik rumah baru la mama surf internet, belajar sikit2 pasal penjagaan baby, keibubapaan, susu ibu dsb. kami tinggal rumah sendiri, berpantang sendiri. taknak nyusahkan mak aku la, dia dah tua tp mak aku datang hari2 bawak lauk. plus, incik sailor tgh cuti, bleh la dia jaga jugak. plus lg, mak aku dah 26 tahun xjaga budak. lauk pantang pun dia dah lupa. haha

ingat lagi hari mula2 balik tu, kami xtau nak mandikan izz camne. nurse yg dtg umah tu la tlg ajar incik sailor mandikan baby. drp taktau apa2, sampai jd expert dah skang ni. hehe

izz membesar dr hari ke hari. mama tak perasan bila izz besar sbb hari2 mama tgk izz.. tp bila tgk gambar, nampak jgk la perbezaan tu. betul la kata mak aku, budak membesar time dia tido. hurmm.. tentang itu, izz ni xberapa nak besar jgk la sbb dah dekat 7 bulan berat baru nak capai 7 kg kot. dia xbanyak tido. masa awal2 lahir dia byk tido siang, malam berjaga. lepas habis pantang, dia tido tengah mlm dlm kul 1 pg camtu, sampai pg. bila dah 3 bulan baru dia mula tido kul 11 mlm. skang kul 10 mlm pun dah tido.. tp siang, dia tdo 3 kali, setiap kali setengah jam je. kiranya org yg menjaganya mmg xsempat watpe la. dia tido tu sekadar bg can utk penjaganya masak, makan, p toilet n semayang. haha kijam sungguh ini budok.

perkembangan izz, alhamdulillah cargas jugak budok ni. mampu angkat kepala dlm tempoh 24jam dilahirkan, angkat kaki masa 2 bulan, meniarap sebelum 3 bulan, bergolek2 sebelum 4 bulan, mengengsot masa 5 bulan, merangkak masa 6 bulan, skang duk menonggeng, duduk, cuba berdiri (dengan bantuan meja n kerusi ofkos). sesapa yg jaga dia nescaya bepeluh jugak la nak layan kerenah dia. haha

alhamdulillah. cergas badan dan cerdas akal budok izz nih. sakit, setakat ni izz penah demam 2x (sekali lepas cucuk 5 bulan, sekali lg masa beralih bulan 6 bulan haritu). sore throat n sesema sekali (terjangkit dr org) tp alhamdulillah semuanya baik dlm sehari dua. tiap kali sakit mama abah risau gak, terpikir nak bawa p klinik n mkn ubat. tp kami tangguh dulu. bila tangguh, esoknya izz dah baik, maka xjd la p klinik. ubat pun xmkn la. mama xnak bg ubat kat izz n pantau je keadaan izz dulu. xnak sikit2 sakit terus bg ubat nti dah besar x imun ngan ubat lak.. mama yakin susu ibu mampu ubatkan izz.

bercakap pasal susu ibu ni, yes. izz masih menyusu secara eksklusif sampai harini (yeaayyyy mama dah dapat diplomaaaa weeee). mama harap dpt ebf izz sampai 2 thn. walaupun bunyinya mustahil dan gesaan org sekeliling kuat suruh izz mkn, tp mama yakin, dan abah pun sokong, susu ibu yg terbaik utk izz. niat aku nak ikut tuntutan syariat. tu je. semoga dipermudahkan la.

jd, selagi ada rezeki titisan mutiara ni, selagi tu izz akan disusukan secara ekslusif. melainkan, stok susu seharian xcukup utk menampung demand izz setelah segala usaha dibuat ataupun izz berkeinginan nak makan setelah ada gigi (kajian menunjukkan bila gigi tumbuh menunjukkan perut baby matang, wallahuallam), maka aku akan bagi. selagi mampu aku akan cuba nak bg eksklusif sbb aku nak tau jugak apa hikmahnya tuhan suruh kita susukan anak dgn sempurna selama 2 thn. walaupun tak paksa, tp nak tau gak kan apa hikmahnya galakan drp Allah swt ni. mudah mudahan Allah perkenan hajatku ini. aamiinn.

allahuakbar. kalifah kecil ni dah nak menganjak 7 bulan. ya allah, besarnya nikmat Mu ni. aku masih lagi leka, kadang2 alpa lagi. astaghfirullah. semoga Kau jdkan kalifah kecilku ini kalifah yg berguna utk agama dan negara. yg cerdas akal fikiran, cergas tubuh badan, yg petah tutur kata, fasih menghafaz quran dan sunnah. semoga kalifah kecil ini menjadi anak soleh yg mendoakanku dan suamiku saat kami telah kembali padaMu. permudahkanlah perjalanan mendidik kalifah kecilku ini. hanya padaMu mampu ku mohon pertolongan. ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Besar.


Tuesday, December 4, 2012

no more KFC!!

Posted by nikct at 12/04/2012 11:01:00 AM 0 comments

urghhhh annoyed sgt dgn byk branch KFC dah.

situasi 1 KFC shopping complex X bukan nama sebenar :
aku beratur nak order makanan. sampai je giliran aku, cashier tarik signboard "sorry, counter closed. please go to the next counter". aku macam "WHAAAAAATTTTTTT" terus belah masuk mekdi yg org duk boikot skang tu sbb depa bg servis wayyyyyyy better. mayb farrrrr farrrrrr awayyyyyyy better than KFC. dah la lembab. kuang asam lak tu. kalau dah tau nak tutup kaunter, takkan kau xde mulut nak cakap kat aku suruh proceed next counter? ko xnampak aku ke? halimunan ke aku ni sampai ko buat2 xnampak aku tu? soooo ?&#/$$@!!?+!@&* rudeeee!!!

situasi 2 KFC shopping complex Y bukan nama sebenar :
kami diarahkan ke KFC sempena makan2 kat opis. so nak order utk 18 pax. kena la keluar sblm pukul 1 kalau x alamatnya pukul 2 ko baru dapat order, pukul 3 baru dapat makan. so pukul 12 kami p order. KFC lengang sbb belum time lunch hour. org kaunter langsung xgreet kami. bila bgtau nak order for 18pax dorang obviously tak hepi (padahal nak bg rezki). n manager dia pun dgn muka sombong angkuhnya cakap dorg tak terima order last minit ni, at least sehari sebelum kena order. kalau nak jugak boleh tp kena tunggu  jam. eh helloooo.. haa mula la aku nak banding ngn mekdi yg org boikot tu kannnn.. kat mekdi tu kalo 5 order dorang boleh siapkan dlm 5 minit minimum, 10 minit max, xkan la 18 ko takleh siapkan dlm 30 minit?? tooo much sorg ni.. member opis yg deal ngn dorg ni. sbb bos suruh order kfc jugak la dia stick kat situ. tp kalo aku jd dia aku kol je bos balik bgtau dorg takleh nak accomodate order kita, apakata kita makan mekdi je. maka tunggula macam pak pandir. menghadap muka dorang yg kelat seolah2 berkata "apahal nak dtg order skang, belom kul 1 kot". ehh ko dah lupa tagline ko ape, dibuka 365 hari kannn. business hour dr 10pg ke 10mlm kan... kitorang bayar ko kannnn. buat je la nak pandang semacam apehal... bos yg nak buat makan2.. kalo taktau jgn prejudis!! hampeh..

dah la rata2 servis kfc lembab. cashier yg amek order jgk la runner. xmcm mekdi (againnn). dah tau lembab cari la alternatif lain. tiru la mekdi tu bab2 servis laju tu. agaknya tu yg jd kes gaduh kat kfc icity shah alam dulu tu.. mentang2 dorang tau seburuk mana servis dorang bg kat customer, still ada customer lain akn dtg. yg penting gaji dapat gak. kannn. tak kesah la gaji buta ke gaji tuli ke.. kannnn!!!

urghhh sgt annoyeddd!!!


Monday, December 3, 2012

longgaq baq hang

Posted by nikct at 12/03/2012 09:43:00 PM 0 comments

semenjak dua menjak ni makin longgar le cincin di jari ai ni.. bukan nak kata ai kurus, idak ye. ada lemak tersembunyi yg berjaya ku sembunyikan muahaha longgar dlm entri ni terpakai kat jari jemari yg comels2 ni dan jugak pergelangan tangan je k? hehe

tapiiii walaupun cincin melonggar, jam pulak mengetat!! :(

lalu disuruhnye oleh incik sailorku utk menguruskan kembali mana yg telah ketat tu. hukhuk camne nak kurus. nafsu makan tinggi serakah hahaha

semalam hari ahad chek bikin pulut durian n mihun sup. humang aii my peberet la tuuu. lepas mkn pulut, mkn mihun, lps mkn mihun, mkn pulut. begitu lah seterusnya sampai mata tutup. waduh2..

bila bgn nak pegi keje td, lapa yg amat seolah2 tak makan seminggu la pulak. rasa mcm nak pitam tak stabil gitu. brekpes kat umah xnyempat. maka bila sampai opis, tapau mihun n kuetiaw grg, telur mata siap. makan tak toleh kiri kanan dah.

lepas dah makan tu, tiba2, baru perasan yg jam yg mengetat tu dah melonggar mcm gelang gitu. wahhh seronok mak jemahhh!! :')

tapiiii, bak kata erra fazira, yg terindah hanya sementara gituuu..

menjelang lunch, aku bantai nasi ayam penyet + big mac medium set (haa kau mcm orang tak makan 3 hari kan) n semua tu habis. habis tauu. aku tak membazir amalan syaitan tp aku tamak haloba muahaha. pastu apelagi, jam mengetat semula laa. alahai!!

now, 9.32pm, setelah bantai nasik sepinggan lepas balik keje td, cincin masih melonggar.. melonggar yg boleh tercicir kalo tak hati2 haha tp jam, xtau la. jadah aku nak pakai jam memalam niii kan.

kesimpulan yg aku dpt, betapa banyak mana aku makan, tp kalo tak makan nasik (semalam kan makan pulut n mihun je), mmg boleh melonggar la. kalo hari2 makan nasik, saiz pergelangan tgn masih boleh menten.

ohh ye.. dgn syarat menyusu badan la utk dpt keajaiban melonggar dgn mudah ni. kalo tak, aku rasa saiz badan aku dah macam kontena kot?? ahahaha

breastfeeding is d best, both for baby n mummy :)

p/s incik sailor suruh simpan cincin sbb takut tercicir. ohh tergamak dia. mmg la niat dia baik. tp bg aku cincin risik, tunang, n hadiah ni, mana bole simpan gitu je?? kalo nak belit ngan benang, buruk plak. apekah kekdahnya utk menjauhkan kejadian keciciran?? hurmm.... :(

Friday, November 30, 2012

finally :))

Posted by nikct at 11/30/2012 03:09:00 PM 0 comments
Polaroid Z340
alhamdulillah akhirnya berjaya memiliki item #1 dalam wishlist. hehe lamaaa dah mencari. pegi kat kedai-kedai biasa takde. kamera polaroid biasa je ada jual. Polaroid Z340 ni yillek!! kalau tengok kat official website dorang jual RM1080 lebih kurang. tp colleague gua dpt harga RM999, plus extra gifts lagik, mesti la aku nak cari harga yg sama or lg rendah kan!!

setelah sabar menanti, pada suatu hari, aku jumpa fanpage LOMO-CREWZ kat fb. terus tanya. terus dpt harga yg diimpikan dan bayar. last unit pulak tu, berkobar-kobar pegi bayar. hohoo. terus dorang pos. terus sampai ke depan pintu rumah. terus bukak. terus hepi. haha (terus-terus, bukanlah bermakna aku dapat hari yang sama ye noks!!)

tak sabar nak balik explore sepanjang wiken ni. semalam, dah malam pon masa tengok mende alah ni. anak aku pon dah sebok nak explore sama-sama, maka adalah lebih baik aku simpan hasrat murni tu dan laksanakannya hujung minggu ni (ohh skemanya!)

tak sabanye :))

Saturday, November 24, 2012

sign off yang lalu..

Posted by nikct at 11/24/2012 11:23:00 AM 0 comments
bapak lama tak sign in blogger thru laptop. tgk2 dah lain sungguh2 la rupanya. aku jadi nganga seketika, sebab taktau nak create new blog post kat mana. ohh sungguh ketinggalan. hohoo

skang incik sailor dah mula kembali bertugas. dan ai kembali solo (but not ebelebel okess) eheks.. maka bolehla aku kembali fokus berblog.. haha.. nak mula dari mana tah.. masa aku cuti rehat drp berblog, bila pegi mana-mana kadang-kadang idea nak berblog tu datang jugak tp tangan aku ada 2 je, aku isteri yang bekerja, mak yg berkerjaya dan pemalas tahap super gaban (point yg last tu sebenarnya hahaha) maka aku tangguhkan dulu niat suci murni aku tu.

hoho sebaik sahaja dimaklumkan bahawa incik sailor akan sign off pada 19 September 2012, kami dua beranak pegi la menyambut si dia yang tersayang, yang dirindui, yang intan payung, buah hati pengarang jantung tu kat Jeti. ouh ouh sungguh berdebar hati ini toksah nak kata la. travelling alone from sepang to melaka dengan si kecik Izni Abqary, rasa takut nak handle Izz tu tak terasa sangat dek kerana kemaruk duk verangan nak sambut incik suami yg dah lama tak jumpak gitew.

pose 1st time jumpa. weeee

masa ni Izz baru masuk 4 bulan. dia xcam kot abah dia.. masa abah pegi dia 1 bulan, skang abah balik dia dah 4 bulan. mana nak ingat kot.. huhu mujur la setakat ni Izz sangat tak kisah ngan orang. huhu

u see u see.. can u see d loveeee :D


bila abah dah balikkk, makanyaaaa.... macam-macam projek la mula, ada yang mencapai target, ada yang kelaut. haha tp saye rase sign off kali ni, walaupun masa yg ada tu singkat (2 bulan) tp sangat digunakan sepenuhnya (kalo tak berapa penuh pun, dalam 90% fully utilized) hehe happy sesangat. ye la sebelum ni masa awal kawen takleh nak plan apa sangat sebab sibuk dengan puasa, raya, persiapan majlis bertandang, lepas tu sibuk masuk rumah baru, preggy pulak tu, then incik sailor p belayar... bila dia balik lg skali, sama jugak, busy prepare nak sambut org baru, nak setelkan kerja-kerja tertunggak before maternity leave, bersalin, berpantang.. maka mmg takleh nak plan apa la.. kalo plan pon sakit hati je sbb kompem2 tak jalan haha

maka kali ni memang balas dendam la ke atas keterbatasan beraktiviti sejak setahun yg lalu.. hehe sebaik saje abahnya selesai urusan di jeti, kami ke Seri Costa Hotel, Melaka untuk apelagi kalo bukan berhoneymadu bercuti-cuti Malaysia

Izz belaja aliff baa taa dengan tab abahnye. seronok kau, besar kemain. salu mcm tak puas nengok kan.. hamekk

tido kepit bawah tiak asyem abah laa skang.. huh!! :D
saje nak bercuti-cuti kat Melaka ni. bukan nak berjalan sangat pon, just nak take a break. lama tak jumpa. dah jumpa, kasi can betol-betol laa kan, kasi rilek-rilek, santai-santai gitew..

wiken yang pertama lepas abah balik, we ols 'terbang' ke Penang untuk pulang ke kampung halaman di Selama, Kedah. 2nd flight bagi Izz dan yg 1st lengkap bertiga okeh. hepi!!!

tengok la budak tu, kemain lg dia ye

abah watpe tuu hahaha angsa tak kenal tuan dahh :D
lepas menghabiskan wiken di kampung halaman, tiba lah masanya untuk pulang semula ke tanah jajahan di sepang. tp sempat lg menyimpang terlebih dahulu. haha. ke cameron kita yuk!!

bharat tea plantation, strawberry park, mushroom park semua kami redah sajooo

 mama jalan sampai patah pinggang. haha literally ok. tetiba kena serangan sakit pinggang. huhu nak wat camne. Allah uji. sepatutnya lepas balik drp kampung ni, kami ada 1 trip ke KK, Sabah. tiket dah beli lamaa dah. masa abah atas kapal lagi. tp segalanya tuhan yg tentukan. mungkin ada hikmahnya sakit ni datang. doc suh baring rehat je 3-4 hari. hari yang ke 5 dah boleh bangun tu, apelagi.. sambung berjambi jimba la jawabnya hahaha

ala berjambi jimba kat taman awam Nilai je. bukan pi Zouk ke mana pon.. opps!

aktiviti kembara terus-terusan sampai abah sign on semula, antaranya ialah (taklarat nak cerita panjang-panjang, takde orang nak baca lagipon, plus dah lupa sequence event ni hahaha)

istiadat konvokesyen Ayah Chik di UUM, Sintok, Kedah. lepas tu apalagi, Padang Besaq laa!

ke Kuantan sbb mama outstesen.. boo mama!

seblom balik dari Kuantan kita berjambi jimba kat Teluk Cempedak secara sedondongggg terlebih dahulu. ewahh

1st time jejak Setia City Mall, Setia Alam

Alamanda, Putrajaya dengan Harimau Muda hahaha


garang seh harimau nih, tgk la muka nak cabut hood tu haha

makan-makan kat Restoran Ikan Bakar Wak Lan, Bagan Lalang

Penang bridge is falling down, falling down :D

preview Penang

Batu Feringhi Beach. Izz 1st time main air dan kenal laut, tempat abah cari rejeki kat siniii :D

selain jalan-jalan makan angin, kami p wedding kengkawan jugak. kalau incik sailor takde biasanya jarang dapat pegi (kalau kengkawan dia lagi la aku tak dapat p!!) sbb susah nak handle anak sorang-sorang. nak gi wedding sorang-sorang pun macam.... *bunyik cengkerik*

akad nikah sedara

reception sedara

reception sedara

wedding kawan abah

wedding kawan mama





wedding kawan mama

ouh ouh selain asek berjambi jimba je kan, makin lama mama tgk rambut izz ni dah ala-ala keperempuanan. bukan ape asal jumpa orang je mesti dorang tanya lelaki ke perempuan ni -,-" even dah bg pakai baju kelelakian, org masih tanya soklan yg sama. maka, sempena ulangbulan kelahiran yg ke 5, abah mencantas rambut izz.. masa ni baru la mama tau yg abah ni rupanya memang pemangkas rambut mase kat skolah dolu-dolu.. wahhhh!! *jatuh cinta 1000x lagikkk* v(*_*)v

Atas : sebelom, Bawah : selepas. peghhh baru la hensom anak mama abah sorang nihhh

bila mama pi keje, Izz duk ngan abah. abah la yg mengasuh Izz sepanjang abah sign off ni.. hehe berat jugak bila pikir2.. abah gajen tlg mama buat keje rumah, menukang. kadang2 Izz kena layan diri laa..

tu yg sampai gini jadinya hahaha janji Izz hepi hahaha

bila abah balik, dapat la peluang bawak Izz check up sama-sama.. mama teharu :')

dah besau panjang budak nih.. macam tak pecaya *_*

andddd... ada jugak masanya mama abah kuar detim berdua.. hehe tp bukan kuar saje2.. ade la kejenya.. Izz kena tinggal sebab balik lambat. sian kat Izz nak kuar lama-lama.. baik Izz duk rumah chillex-chillex gitew hehe

berdua lebih baik.. haha



Mencari nota jilid 2.. hehe

ke Broga. masa preggy rindu sangat nak hiking la, joging la.. hamek kau.. SEMPUT!! rasekan haha

berjaya ku paksa abahnya mengeluarkan peluh.. hehe

woi woi... ape cite pasal korang je nih.. boring aaahhh!!!! huaarrrgggghhhh!!

keces la kenit nonet nonet niii.... hehe btw kenit sihat (eh takde sapa tanya pon haha) masa abahnye sign off ni la kami ambik kesempatan buat studio n outdoor photoshoot. well, kami takde can nak raya sama, ambik gambar jarang dapat sama-sama.. nah kau, ambik.. siap studio n outdoor gitew.. kau hado?? hahaha

white studio photoshoot with eszhan photography

outdoor photoshoot @ Putrajaya with Eyecap Studio. Official photos xdpt lagi. teaser je lah kononnya dulu.
pastu dapat berita abah kena sign on semula, genap 2 bulan bercuti dan berjambi jimba.. sobs sobs.. sedih tp kena la redha. punca rejeki abah kat laut, maka ke laut la dia kena bertapa semula.. hukhuk.. sebelum sign on, kami balik kampung lagik.. minta restu ayah bonda nak p cari rejeki gitew.

Izz dah 6 bulan, dah mula explore macam2, termasuk la semut-semut kat lantai. nak explore sangat, haa nah. lembu, kambing, ayam, itik, angsa, arnabon sume ade. suke letteww!!

pagi 20 November 2012. Izz baru je menginjak 6 bulan, abah kena sahut seruan dari laut. huhu.. bye abah, jumpa lagi tahun depan ( beberapa puluh hari lagi tahun depan la kan - stetmen nyedapkan hati sobs sobs). Izz kena tinggal sebab dah lambat (tp sempat amek gambar haha)

mama hantar sampai jeti. berat nye hati nak biarkan dia pegi.

2 bulan cuti macam2 dah kita buat sesama, dah sonok, Allah duga dengan perpisahan sementara.  semoga Dia permudahkan urusan harian kita. Allah takkan duga kita ngan dugaan di luar kemampuan kita. harap2 nya kita mampu bersabar dan bertahan dengan dugaan ni.

dugaan duk jauh ni bukan semata-mata jarak je yg menduga kita. as a single (but not available) mother ni, kerja lagi, anak lagi, office matters, family matters, personal matters sume nak kena tanggung. mak jemah ni la abah, mama, government servant, daughter, sister, aunty n d list goes on as life goes on as well. macam mana sulit dan taktau nak selesaikan problem, kena jugak pikir dan buat-buat tau selesaikan. huhu...

ya Allah bantulah kami..

abah, sayang, take care tau. keje baik2.. set up nawaitu everytime turun p keje tau.. ingat kami dalam doamu. InsyaAllah, Dia duga utk kukuhkan lagi hubungan kita. (aamiinn). kami tunggu abah tau. jangan sombong2. ingat pesan mama yg last tuu (muahaha) we love u soooo much. gonna miss u.. sayang abah.. :'(
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea