Wednesday, February 29, 2012

29 Februari 2012

Posted by nikct at 2/29/2012 10:37:00 PM 0 comments

entri yg takde makna sebab saje je nak update. next update utk tarikh yg sama adalah 4 tahun lagi, katanye kann. takde apa2 yg spesel pon berlaku harini. hanyalah macam hari2 yg lain yg membuatkan aku penat dengan donia dan bahagia dengan waktu rehat kat umah je.


sepatutnya kapal sampai 1hb, insyaAllah jika diizinkan tuhan. sepanjang hari aku bermonolog, "kalau la tahun ni bukan tahun lompat, kapal dah sampai bintulu dah" hahaha tp aku pikir logik balik. kalau tahun ni bukan tahun lompat, maknanya kapal sampai 2hb la..ngeng nik!!! :D


hanya berharap Allah melindungi si dia di mana saja dia berada. dan permudahkan urusan harian dia.


dia ngadu dah penat sgt dah keje. keje atas kapal bukan keje mcm kita kat darat ni. isnin sampai sabtu keje dr pg ke petang. ahad half day, depa panggil sunday routine. tertakluk kpd keadaan kapal pulak. kalau ade ape2 prob dorang kena setelkan, kalo amek masa berhari2 masuk keje ikut shift pulak. sedih dgr. dah la jauh ngan family n yg tersayang. bergadai nyawa pulak. keje mencelan, guna tenaga tulang 4 kerat tu la. enjin kapal bukannye kecik. dah kompem2 komponen dia gedabak, berat gile. kann..


dah PJJ (percintaan jarak jauh) ni, hanya mampu doa n terus bg nasihat n kata2 semangat je la.. tp berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul.


salute la to all seafearers out there. korang memang kuat n tabah n berani n cekal n gigih n kental n yg sewaktu dengannya!!!


ok ni memang dah menyimpang habisssss.. (-_-)"


saye doakan 4 tahun lg, pada tarikh yg sama ni, cinta kami makin utuh dan makin mendalam antara 1 sama lain, dan terus mekar bercambah hari2 seterusnya lepas tu, hingga ke syurga harap2nya. aminnn2..


tak sabar tunggu esok. pukul berapa la kapal nak sampai bintulu agaknye. harap2 pg besok dapat line nak cakap dgn abah. baby pun rindu abah. asyik bergerak je malam ni. Alhamdulillah. harap abah kuat, abah kan hero idola baby. hikhik


Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, February 25, 2012

ilebiu too :')

Posted by nikct at 2/25/2012 10:40:00 PM 1 comments

"syg.. ilebiu..wifi kat kedai..xsempat beli ape..hukhuk"


hehe tak sempat beli ape tp sempat post kat wall wife dia. hihi soooo cute, lovely, sweet, tomey-tomey sesangat2 dear laling :')


Published with Blogger-droid v2.0.2

6th Port : Yung An, Taiwan

Posted by nikct at 2/25/2012 08:33:00 PM 0 comments
kapal sedang mooring kat Port Yung An, Taiwan
harini kapal yg dilayari oleh my hubby incik sailor n frens telah tiba di Taiwan. yeah, akhirnya port lain daripada yg lain. selama ni asek port kat negara matahari terbit je kan. kali ni layar beralih sikit. haritu kapal meragam, kalau tak, dorang sepatutnya ke Senboku, Japan. 1st time jugak dgr nama port ni. takpe la, takde rezeki ke Senboku, Yung An pun jadilah.

saye hanya dapat kabar berita dr jauh je la. kalau keadaan mengizinkan dah lama aku ikot laki aku ni belayar. duk bergelumang dengan file, meeting, orang2 yg tak best watpe kan? baik aii folo cinta hati aii ni, jalan2 tgk negara org sampai muak. haha tp tu sume tinggal harapan je la kot. nak ade baby lak nih. takkan nak campak anak ke tepi semata2 nak melampiaskan nafsu suka berjalan aku nih?? hehe

Taiwan punya jam dan jugak cuaca sama je dgn Malaysia. so dorang tak perlu nak ubah or ejas jam dorang. harini my hubby incik sailor turun darat lagi. amboii.. haritu dpt turun darat jumpa bini, kali ni dapat turun lg. u are sooo lucky syg.. huh. jelos nih!! dengarnya nak pegi ke tempat barang2 elektronik. xtau la bukak lagi ke x memandangkan dah malam kan. xpe la asalkan dpt buang stress tu. ambik angin segar sket. hari2 bernyawa ngan ekon je kan. hehe

perjalanan ke Yung An ni pun tak selama perjalanan ke Jepun la. dalam 3-4 hari kapal dah sampai, dah dapat kontek my hubby incik sailor. kalau Japan, seminggu jugak nak kena tunggu. tu belum kapal prob lagik, kalo prob, dorang slowkan speed kapal, peghh.. stress aii..

Alhamdulillah. ya Allah Kau lindungilah suamiku walau di mana dia berada. permudahkan urusannya. aminnn...

5th check up : hi baby!!!

Posted by nikct at 2/25/2012 09:06:00 AM 0 comments

2 hari lepas 5th check up. lambat seminggu sbb doc nak perform scanning. yeah haritu scan ngan abah dia. kali ni scan sorang je la. xjd hal la since dah scan ngan abah dia haritu. ohh rindunyaaa kat abah kan baby kann.. huhu


berat naik agak byk dr previous check ups. 4kg!! whoaaa. menjadikan total weight gain skang 10.5kg!! hb normal. urine je positif lak.. sbb pg tu aku lapaaa, so makan mee goreng spinggan n habiskan stok kek batik yg buat utk abahnye tu laa. haa amek kau, positif terusss.. then dpt 2nd injection for kancing gigi. kali ni misi yg perform injection tu, bukan nyonya yg aku buat dgn dia mula2 haritu.


bila scan dgn abah 2 hari sblm tu, baby songsang, sama mcm masa scan dgn nenek dia haritu. tp bila pegi sorang ni, alhamdulillah kepala baby kat bawah. menunjukkan dia bergerak la jugak sampai kepala tu ke bawah dah. risau jugak la kan. uri elok di atas. nampak jantung. tulang paha dia. saiz baby mengikut perkembangan la. between 27-30 weeks punya saiz. n estimated weight 1.2kg. whoaaaaa..!! good2!! (^_^)


nurse suruh aku start kira pergerakan baby skang ni. dr jam 9pg ke 9mlm baby mesti bergerak cukup 10 kali. kalau tak cukup sila pegi hospital segera katanye. jgn tunggu2. mungkin tu la yg boleh jd kes meninggal dalam perut kot. aku xnak kira main2 la even ade org ckp xpenah kira, xpenah buat. coz mak aku ada history, kakak aku 2 org meninggal dlm perut. sbb apa? aku xsampai hati nak tanya. dah cukup bulan, cukup sifat tp bila keluar tak bernyawa. sedih la kan.. so aku nak kira betul2. biar la org nak rasa kelakar dan kolot dan skema pun. lagipun bukan susah pun nak buat kan. just tick n tulis pukul berapa baby siap bergerak 10 kali tu. nurse tak bg kira sekali dgn pergerakan yg minor2 tu. make sure dia bergerak kuat n banyak kali serentak baru dikira 1. nurse jugak ckp jugak kalo sampai pukul 2ptg kamu kata baby dah bergerak 10 kali tu tipu ah. ok nurse gua ingat punye. n alhamdulillah dah buat smlm, baby ok.


semalam pulak kena pegi klinik kesihatan lg skali utk minum gula pulak (MGTT). bukan sebab urine positif, tp sbb dah minggu ke 28. memang gitu la prosidurnya. minum gula masa awal preggy, then 28 week n 36 week pon kena minom lagi. aduhai. sedapp gile air gula tu. resultnya unknown lagi. tp nurse kata if dorang tak call petang semalam, means ok la. just dtg utk next appointment mcm biasa je la.


dan memandangkan dah masuk minggu ke 28, follow up akan diadakan 2 minggu skali. next week, appointment ngan doc kat hospital pulak. waa xsaba nak pegi spital plak. jumpa the "real" doc. doc kat klinik ckp kalo nak 100% sure jantina baby, tanya pakar kat hospital nanti. apedaa doc klinik ni. baik takyah jd doc kat klinik ibu dan anak camtu. ok xpe, we'll see what happens next week.


till then, daa!! :))


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, February 22, 2012

esplanad bintulu

Posted by nikct at 2/22/2012 10:53:00 PM 0 comments

last minute arrangement utk terbang ke bintulu. gamble je wei. xpenah jejak kaki ke sana. keseorangan. perhh. tempat asing, preggy dan travel alone. kombinasi terbaik der. tp memandangkan dah lama xjumpa, incik sailor pulak dah berapa hari mencelan, keje teruk, dr pagi ke malam, sambung malam ke pagi, kesian sgtt rasa. so kami decide utk berjumpa. mengurangkan beban yg masing2 tanggung. stress, rindu. 3 bulan beb. genap 3 bulan..


aku terbang dgn 1st flight. kapal masuk port xtau lg pukul berapa masa tu. sampai airport, ambik cab ke hotel kat bandar. gerun jugak. tp tawakal la. ni bukan teksi ulat. ambik dr booth kat airport, so mesti ok kot? tanya jugak partners geng kapal yg penah pegi sana. n they assured me that bintulu tu tempatnya ok. xla segerun yg aku bayangkan kot. hahaa


sampai hotel, bilik.xredi lg. awal sangat katanya. xpela, aku nak makan dulu lagipun. td nampak kfc tp mcm agak jauh gak tu nak menapak. tp aku xtau kedai mana yg bole makan. so aku menapak la jugak, dgn harapan dpt set brekpes kfc. ade la 1km jgk kot jaraknye aku menapak? entah. jarak pd pandangan aku la. hehe


lepas mam kfc, menapak balik hotel. check in. dan menunggu incik sailorku. dlm pkul 1.40 dia sampai, berseri2 aii tau :') 1st thing yg saye buat, bg dia present. mcm xpenah bg dia present yg dlm bentuk material kot? selain dlm dulang hantaran tu la hehe n bg dia rase kek batik. ni je idea yg dtg, dgn masa yg kekang nak membikin apa pun xsempat, baik buat kek batik. 15 minit dah siap haha alhamdulillah dia kata ok. huhu.. syukran2 :')


lama rasanye saye xcium tangan tu. lama xcium pipi dia. xpeluk. hukhuk. lepas solat, kami siap2 pegi klinik tdekat. abah nak skodeng baby katanye. plus, nak dptkan confirmation letter from doc, utk fly. masa dtg xsempat nak buat. nasib baik akak kat boarding gate tu bg lepas. alhamdulillah pejalanan dipemudahkan. so xnak banana fruit 2 times, saye buat jugak la.


alhamdulillah baby membesar dgn sihat. jantina masih xbole nak 100% konfem sbb dia sorok lg. sabar je la baby nih. dpt jumpa abah pun nak malu2 lg. isk. mungkin dia xbiasa dgn abahnye kot? huhu


lepas dah pegi klinik, kami pegi park city mall. taraf plaza alam sentral shah alam tp versi mini sikit. pegi makan dulu isi perut (lagi) pastu baru mula shopping. hehe. shopping ape? basic brg baby la. dah tu nak tunggu dia balik lambat sgt. takut tak sempat. at least dah beli yg basic, saye bole la beli yg lain2 tu. abahnye takde la akan rasa ralat xdpt beli sama2. tp harganya mahal sikit dr semenanjung. tp apela yg nak dikira sgt dengan uang ringgit, bebanding nikmat kebahagiaan n kegembiraan shopping brg baby sama2? hehe


dah malam, pegi jalan kat pasar malam pulak. beli sikit ikan terubuk masin sbg buah tgn utk family masing2. then pegi makan lg. haha makannn je.


balik hotel, packing brg utk balik harini dan main2 perot. tp baby ni sampai hati dia diam je masa tu. mungkin dia tgh rest sbb maknye dah bejalan total 3km jugak dah kot seharian tu? hehe abah dia pun bjalan sampai gantung kaki, ape celop? bahahaha :P


bila dah ngantuk sangattt, saye tetido. bila bangun pagi ni incik sailor ckp "smlm bila syg dah tidur, baby gerak aktif. xhenti2. abg nak tido jd postpone sbb eksaited dia gerak2" huiyoo. punye la aku ni penat sampai xsedar anak duk joget lambak dlm pewot hahaha oo baby nak privacy ngan abah ye? hehe "pastu abang ckp ape je ngan dia?" "xcakap ape pon, malu la hihi" sengal punye laki. dah nak jd bapak org, dgn anak sendiri nak segan. dah la baby dtg jauh2, boleh pulak dia ckp malu? haishhhh :D


dan aktiviti terakhir bersama seblum masing2 bawa haluan, ialah solat subuh secara bjemaah. rindu sgt masa ni... hmm bahagia gile rasa :)


even masa yg diluangkan kejappp sgt, xsampai sehari, tp perasaan gembira after 3 bulan xjumpa tu, sgt tak tergambar ngan kata2 :')


thanks a lot for da memories dear. ralat sgt x amek gambar pun masa tu. takpe la, let it remains in our heart. gitewww. dan kini, kapal sedang menuju ke taiwan dah. dapat emel td, incik sailor bgtau dia dpt keje dgn sgt semangat td. kawan2 lain pun perasan. even habis kerja lambat (7pm) tp still semangat masih xpudar gitu. alhamdulillah, kehadiran mak buyong ni membawa perot mampu menghepikan dia. suka sgt bila tgk dia hepi :))


xtau la berkesempatan nak buat lawatan lg pasni ke x. susah jugak nak arrange. keje kan. nak ejas cuti tu, susah. kapal plak xmenentu bila nak masuk port. org kata wife bole buat ship visit (jd visitor kapal dan stay kat sana selama kapal ada kat port). pengangkutan dr airport ke port sume diuruskan. kalau tau awal saye nak buat ship visit sbb xbuang masa byk sgt. tp xpe, pengalaman mengajar. incik sailor pon 1st time mintak permission nak bermalam kat luar, tu pun last minit baru tau prosidur. sian dia.


pasni kalau berkesempatan, buat ship visit, properly arrange d trip la. baru puashati menatap wajah kesayangan hamba tu :D


ohh manisnya, manisnya senyumanmuuuu~~ ;)


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, February 16, 2012

bukan mudah

Posted by nikct at 2/16/2012 08:58:00 PM 0 comments

preggy, keje dan berjauhan ngan my hubby incik sailor utk tempoh masa yg lama bukanlah satu benda yg mudah. bila datang angin positif, ok lah. kuat. tp bila datang sakit pening, letih dan rindu yg kian menebal tu.. hanya yg berada dalam situasi yg sama ni je lah yg paham ape rasanya. sape je yg boleh sabar kalau berbulan2 lamanya ditinggalkan? yep, isteri si pelaut je la yg sabar menanti kepulangan suami masing2 tu. semua cabaran sepanjang dia takde kena tanggung sendiri. ye la memang boleh foresee ni semua, patut dah boleh nampak dr dulu lagi. tp foreseability dan jugak melaluinya sendiri adalah 2 perkara berbeda. totally berbeda.. sangatt..


skang dah masuk 3 hari betis ni rasa sengal2, sakit2. badan pun dah cepat letih, lepas magrib dah rasa tak larat. kadang2 sakit pinggang. orang kata mintak la tlg suami sapukan minyak panas kat belakang badan. bg lega katanye. tp, saye xde suami sementara ni nak tlg sapukan minyak. huhu.. nak tidur pun dah susah n bila dah tidur, tak berapa nak lena pulak. check up dah berapa siri pegi sorang2 je. my hubby incik sailor pulak dah almost 3 bulan di sana.


bukan mudah ye. sabar je lah hati..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, February 13, 2012

noktah.

Posted by nikct at 2/13/2012 02:01:00 PM 3 comments
telah aku meletakkan noktah dalam hal itu. last sekali aku letak komen kat entri itu sendiri, tak perlu berkias lagi.
telah aku terangkan ketidakpuasan hati ni.
sebagai perempuan aku harap dia paham

(walaupun aku ragui tahap pemahaman dia dalam isu ni)

Sunday, February 12, 2012

Posted by nikct at 2/12/2012 10:22:00 PM 0 comments

Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, February 11, 2012

menghargai

Posted by nikct at 2/11/2012 11:10:00 PM 0 comments

saye lihat ade segelintir pasangan yg diberikan peluang duk dekat lebih cenderung bergaduh bertekak. sampai terbawa-bawa kat fb. tak dinafikan bila kita ni duk dekat ngan pasangan, kita senang cemuih (bosan kate org utara) dgn pasangan kita, mula la ade je yg tak kena selang beberapa ketika. mungkin ni eksesais yg bagus dlm merapatkan silaturrahim? ye la lepas gaduh nti bertambah erat eh? kalau x camne pulak?


pikir2kanlah, anda bertuah sbb dpt bonus, iaitu duk dekat ngan pasangan. bukan nak kata saye tak bertuah, saye bertuah jugak rasa bila duk jauh ngan hubby ni, jarang nak gaduh sebab tak sempat. cerita panas dah jd suam-suam kuku, kadang-kadang dah beku pun bila dapat becakap tu.


hargailah pasangan anda, dah dpt peluang duk dekat2 tu, jgn lah disia-siakan peluang tu. jgnla sampai nak kena berjauhan almost 3 bulan (dan lebih lg ni) mcm saye n hubby baru korang reti nak hargai pasangan. apedaaa...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, February 8, 2012

Ignorantia Juris Non Excusat

Posted by nikct at 2/08/2012 04:53:00 PM 0 comments
*bermaksud Ignorance of the Law Does Not EXCUSE!

ada sorang budak ni, budak law skool. menulis surat untuk dilepaskan daripada suatu pertuduhan ke atasnya. dia kerja part time, kedai game. ko tau la dia jual ape kan? kesalahan tak berat. tp.. hmm.. salah tetap salah. dia kata dia tak tau kedai tu jual barang salah. dia baru je kerja situ. dia nak cari extra money sbb ada masalah keluarga sikit.

kesian. I pity him.

tp,

salah tetap dah salah. budak ada bekgraun law pulak tu.. macam, sangat lah tak boleh dimaafkan dan 'berdosa' kesilapan ko ni dik...

aduhai dik, dalam banyak-banyak kerja kenape la ko kerja situ dik. banyak lagi tempat cari punca rezeki, restoran makanan segera ada, supermarket ada, petrol pump ada. kenape dik kenape?? jangan la cakap takde keje eh, setiap kali masuk fast food restaurant dorang letak iklan besar-besar, 80% kedai-kedai camtu mengiklankan kekosongan jawatan tau.

dilema betol duk kat tempat aku ni. satu keputusan bakal menggelapkan masa depan dia. dia budak bijak. result aku tgk cantik.

dan satu lagi keputusan, mendatangkan unfairness in legal system.

huii ini belum kes-kes macam keldai dadah tu lagi. tu lagi kesian. kadang-kadang keputusan di tangan kita ni menentukan hidup mati, gelap cerah hidup seseorang.

kadang-kadang terpikir kenapa orang kita senang sangat nak terjebak ngan benda-benda macam ni? sedih dengan nasib dorang. tp kita tak boleh nak menilai melebih-lebih. ye la hanya dorang je merasa apa yg dorang lalui tu. kita taktau camne dia boleh terjebak. mungkin kerna terpaksa, mungkin kerna termakan pujuk rayu, mungkin betol-betol taktau.

entah la. manusia mana ada yang perfect? sedangkan nabi pun buat silap jugak. hmm.

ya Allah lindungilah aku dan zuriat keturunanku daripada syaitan yg terkutuk itu. aminnn....

bye!!

Posted by nikct at 2/08/2012 11:55:00 AM 0 comments

kejap lagi kapal akan hilang daripada radar AIS (Automatic Identification System). jalan baik-baik ye kapal. tak sabar nak tunggu panggilan dari laut lagi. miss that person soooooo demmmmm much!!

see you again, Negishi

Posted by nikct at 2/08/2012 08:48:00 AM 0 comments
Sepatutnya semalam lagi kapal bergerak keluar sebab kapal sampai ke Port Negishi kelmarin lagi. tapi semalam dikhabarkan ada ribut kuat melanda perairan Jepun, maka kapal dalam keadaan standby je lah. my hubby incik sailor cakap selewat-lewatnya kapal kena keluar before 3-4pm. kalau tak, alamatnya bermalam seharian la. bila dah pukul 2.30pm tu, incik sailor bagitau kapal tak dapat keluar jugak semalam. kena delay sehari. makanya, keluar berjalan-jalan lah dorang (syioknyee!! part ni je paling best dalam keje kapal ni rasanya hahaha).

so, pagi ni kapal bergerak keluar daripada port Negishi sudey... seminggu lagi la nak kena tunggu gamaknye. sabar je lah..

Ya Allah permudahkanlah perjalanan kapal yg dinaiki oleh suamiku, lindungilah ia walau di mana sahaja ia berada. berikanlah mereka kesihatan yang baik, hati yang cekal dan tabah dalam mengharungi samudera. sesungguhnya mereka mencari rezeki pada jalanMu ya Allah. kasihanilah mereka dan jauhkanlah segala kesulitan dalam pelayaran mereka. amin ya Rabbal 'Alamin...

Tuesday, February 7, 2012

2 years of OUR love story v(^_^)v

Posted by nikct at 2/07/2012 01:54:00 AM 0 comments
daripada 1st date..

kita memang dah sangat serasi bersama... kimia sesangattt

selamber je together-gether. masa kuar deting pon, awak dgn baju pagoda, dan saye dgn tudung bawal hitam.. menjadi diri kita yg sebenar bila bersama..

demi saye awak yang tak makan sayur, makan daun pudina :D

dipisah lautan biru pun, kita tetap utuh bersama, alhamdulillah...

makin hari makin sayang kan sayang? v(^_^)v

biarla ape org nak kata asal awak dan saye hepi bersama v(^_^)v


saye nak awak hepi je, sampai bila-bila..


saye taknak miss every moment awak hepi bila dengan saye v(^_^)v

thanks coz dah pilih saye jadi suri hidup awak. takkan sia-siakan peluang yg awak bagi pada saye :')
kesimpulannya : 2 tahun bersama awak, hidup saye AWESOME!
semoga kekal mekar kebahagiaan ini sampai Jannah, insyaAllah.
happy 2nd anniversary of our love journey, sayang..

I love u much more in my every breath, Mohd Khairil Izham Kh.Azhari :)

5th port : Negishi (again)

Posted by nikct at 2/07/2012 12:56:00 AM 0 comments
pejam celik pejam celik, dah 5 kali port dah my hubby incik sailor sailing this time around.. congrats!!! *clap clap*
pagi ni kapal yg dinaiki incik sailor sampai ke destinasi, tidak seperti yang diberitahu sebelum ni. sepatutnya kapal ke Yung An, Taiwan. tapi, tu lah mcm yg saye kata sebelum ni, jadual bertukar. layar kapal dihalakan ke Negishi, Japan (again). rasanya incik sailor macam selalu ke Negishi je. eh ke Niigata? ai konfius sudaa.. haha..

anyway, harini (baca : semalam - sbb skang dah lebih 12am rupenya) kapal terlibat dengan vetting (inspection yg wajib dijalankan beberapa bulan sekali ke ape, aku pun taktau sangat). so, bila tengah hari, my dear laling sempat send 1 sms je. semalam (baca : kelmarin) dorang berhempas pulas pulun keje sampai malam, nak siap siagakan kapal untuk menghadapi vetting harini. last minit jugak dorang buat ni sebab baru confirm. so agak kelam kabut dan dia tak sempat nak send emel malam td. bila lunch hour tengah hari td, dpt 1 je sms, sedih. tapi kena la paham. bukan dia taknak call tp dia ada urusan. nak cari rezeki kan.....

so petang td tengah2 melepek dgn si kenit ni, tetiba satu private no. call. mesti dia.. dengan berbunga-bunganya hati ni menjawab tepon. sembang-sembang macam masa mula-mula bercinta *ohh bahagianyaaaa*

tetiba my hubby incik sailor ni ckp "tadi dorang masak toge, tp tak sama dengan yg syg masak la. lain sgt rasanya. yg syg masak punye lagi sedap"

*aku dah berbunga-bunga kembang semangkuk plus terharu nak mapuh dah niiii*

tetiba kebahagiaanku dicantas dengan ayat ni,

"tapi tak tau la kan mase syg masak tu abg betul-betul lapar, so makan ape pon jd sedap"

sampainye hati laki ai ni... dia bole jadi romentik, n dia bole jadi kejam dlm sekelip mata je... aihetyuuuuu!!! :(

"ye la, abg cakap mane la tau sebab masa tu abg lapar benda tu jd sedap. tp mungkin jugak syg masak sedap kot"

huh... tengs la abangggg, lebiuuu sangattttt -_-"

Sunday, February 5, 2012

bukan PINK -_-"

Posted by nikct at 2/05/2012 09:52:00 PM 0 comments
 rata-rata yg datang masa our wedding last year komen "congrats nik, ko nampak cute pakai pink. tak sangka dowhhh!!"

er okayy.. lemme make it clear seclear clear nya. ianya bukan pink sebenanya (sori dah kecewakan korang tp aku dah pakai pink dah masa tunang haritu cuma korang je tak sempat nak tgk dan komen haha). baju kawen ku adalah gabungan beberapa warna yg aku rase takde org beran nak buat (ececehh). kaler ape ko nak tau??? ok, liningnya kaler peach, lacenya punya net kaler purple sebenanye, dan bunga kat lace tu kaler purple pink. so ianya gabungan kaler yg rare la. bila buat veil, takde lace kaler purple, so kami amek kaler peach. bila nak beli tudung, kami diberi 2 pilihan. kalau nak sedondon, ambik peach. kalau nak nampak naik (akak kedai tudung tu yg kate bukan aku), amek la pink. ape-apela. amek je la pink. aku ni bukan reti nak bergaya nak matching2 mane nampak santek ni. hentam je lah..

sebenanye aku pun fenin bila org yg nak dtg kenduri tanya "ape warna tema majlis ko??". dengan kombinasi warna yg aku dah bg td, ko rase aku patut jawa pe? biasanya aku jawab "warna-warni" hah kan senang haha. tp aku tgk ramai yg pakai pepel kaler masa dtg majlis aku haritu. mungkin sebab terpedaya dengan tema kaler kad kawen aku kot? or mungkin kebetulan.

so, bila banyak sangat warna invlove dalam majlis aku nih, jadik la ia camni :
kalau tengok belah atas, ye mungkin orang akan kata tema baju aku kaler pink

haatapi bila tengok laki ai tu, kan ke peach baju dia tu. same la ngan lining aii. so bukan la PINK hokei... apedaa uols ni...
haaa yang bebetul pink hanyalah dorang ni haa.. disclaimer : bukan aku yg pilih warna tema untuk dorang ni.




5 Februari 2011 - 5 Februari 2012

Posted by nikct at 2/05/2012 05:04:00 PM 0 comments

hari ini, setahun yg lalu, rombongan meminang drp Selama, Kedah dtg bertandang ke Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. 1st n 2nd step kita sekali harungkan (senang sbb depa mai dr jauh nuuu). majlis tertutup utk sedara-mara je, atas permintaan family berlansung dlm suasana yg sangatlah sederhana, tp Alhamdulillah berjalan lancar. masa tu my hubby incik sailor on board, dlm perjalanan ke Taiwan kalo x silap.


setahun yg lalu, mcm2 jd. byk keputusan yg berkaitan hala tuju hidup. buntu xtau nak halakan layar hidup ni ke arah mana. istikharah, doa n tawakal pd Allah s.w.t je la masa tu. hari2 hati ni runsing memikirkan. di saat org lain sume siap siaga buat preparation nak capai cita2, aku stuck in the middle of nowhere. walhal itulah cita2 sejak azali aku jejak kaki ke UiTM dulu. tiba2 boleh ada second thought pulak. nape boleh jd gini?


setelah ditolak, ditambah, didarab, dibahagi, aku pilih jalan ini. er, kenapa? byk faktor aku timbang2kan.. aku dah keje, dalam sektor gomen, dah confirm pun. silap aku terus mula keje ngan gomen. patut aku chambering ke, tanam anggur ke. hahaa. bukan takleh nak quit je, boleh. tp, turun selangkah dan mula balik, mcm bukan langkah yg bijak. bg la peluang pada yg xde rezeki lg. jgn la tamak sgt.


last2, aku lupakan cita2 itu, teruskan dgn jalan sekarang. belum apa2 aku dah rasa tak senang hati, better aku retract myself. aku bertunang, menikah, berkahwin dan kini preggy anak my hubby incik sailor yg 1st dah. dan mereka pun baru je mulakan langkah dlm bidang tu. harap2 mereka berjaya menegakkan keadilan, demi agama, bangsa dan negara. aku, kdg2 terpikir gak ape agaknye jd kalau aku pegi sana? best x? akan menyesal x satu hari nanti?


entah. apa nak jd in future, aku takleh predict. but at d moment, im hepi. more peaceful with my life now. thank you Allah.


maka, hari ini genaplah setahun bukan sahaja our relationship became more serious, tp jugak setahun sudah aku menetapkan hati, nekad memilih hala tuju hidup.


semoga Allah s.w.t menetapkan hati ini dgn pilihan ini. aminnnn


Published with Blogger-droid v2.0.2

cinta seorang pelaut :)

Posted by nikct at 2/05/2012 08:12:00 AM 0 comments

Apabila seorang pelaut jatuh cinta,
Maknanya pasangan pelaut itu mesti seorang yang luar biasa.
Apabila seorang pelaut itu memilih pasangan,

Maknanya pasangan pelaut itu seorang yang tabah dan setia,
Apabila seorang pelaut itu ingin berkahwin,
Maknanya pasangan pelaut itu tahu apa yang bakal dihadapinya.

Ini kerana,
Apabila pelaut itu sudah belayar,
Pasangannya akan di tinggalkan di daratan.
Menjalani kehidupan tanpa suami atau isteri.
Membesarkan anak seorang diri.
Memikul tanggungjawab seorang diri.

Oleh itu,
jika pasangan anda seorang pelaut,
Dirinya mngambil keputusan untuk berpisah dengan anda,
Itu tandanya,
Dia menyayangi diri anda lebih dari pengetahuan anda.
Dia tidak mahu anda bersedih menunggu kepulangannya.
Dia tidak mahu anda menjalani kehidupan tanpanya.
Dia tidak mahu anda membesarkan anak seorang diri.
Dia tidak mahu anda menyelesaikan masalah tanpa dirinya.
Jika anda sanggup menjadi pasangan pelaut,
Maknanya,cinta anda begitu tinggi nilainya..

crdt to Malaysian Seafearer

Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, February 4, 2012

100 days to go :')

Posted by nikct at 2/04/2012 09:27:00 AM 0 comments

assalamualaikum n good morning :) tinggal 100 hari je lagi before our little kalifah born, insyaAllah.. saya dah melalui 25 minggu dan 5 hari dengan jayanya (Alhamdulillah) dan saye jugak berjaya melaluinya tanpa my hubby incik sailor disisi selama 2 bulan 1 minggu 6 hari. saye harap dia balik less than 100 days more.


at least 3 bulan la lg sy kena bertahan tanpa dia di sisi. tp kalo ngam2 3 bulan lagi baru dia balik, itu menjadikan 10 hari je lagi baby nak kuar. sempat ke nak shopping brg baby sama2? sempat ke? tgk la mid april lg, kalau xde jawapan utk dia sign off lg, I have to make a move. beli yg basic2 la at least.


mcm2 pikir skang ni. saye hanya mampu doa dia dapat pulang n ada disisi time saye bersalin nanti. 1st baby kot.. saye taktau ape2 n biarlah kami lalui sama2. cukup la jarak n masa yg dah pisahkan kami masa preggy ni. byk dugaannya, nak tempuh sorang2, saye ni manusia biasa je. bukan wonder woman ke, super woman ke, super mak ke.


camne pun kita hanya mampu merancang, Allah yg akan tentukan. kita mampu berdoa n tawakal je la. semoga Allah permudahkan urusan kami. permudahkan urusan incik sailor nak pulang nanti, supaya dia ada disisi masa bersalin nanti. permudahkan juga di sepanjang tempoh preggy ni n bersalin nanti. aminn..


p/s : kerdilnya manusia ini..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, February 1, 2012

setelah 6 bulan, 2 minggu dan 2 hari...

Posted by nikct at 2/01/2012 07:49:00 PM 0 comments

akhirnya kad perakuan nikah kami siap. dorang kate nak tepon bila siap. tp xtepon pon? kad dikeluarkan pada 7 Oktober 2011. bila my hubby incik sailor call haritu mase cuti dia nak habis, dorang kate xsiap lagik. and keep on promising to call once its ready. takde pon? last2 aku jugak yg call, sempena cuti wilayah xtau nak watpe ni kan, tergerak hati nak call. baru la dorang bgtau dah siap. kalo xtanye maunye diam sampai sudah? sampai kad dah makan dek bubuk kot? hmm kenape la aku rase no wonder sgt ngan perlakuan dorang tu? haihh. lantak la. kad dah siap dah pun. incik sailor dah belayar dan ai pun nak meletop dah. sampai hati uols tau. dah la mcm xlawa je uols scan. sabo je la. yg penting ai dah dapat kad perakuan nikah ni. huh.


Published with Blogger-droid v2.0.2
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea