Friday, March 30, 2012

9th check up : GREEN

Posted by nikct at 3/30/2012 08:55:00 AM 0 comments
hari last MC haritu (selasa baru ni) aku kena pegi jumpa doc kat spital. buat normal rutin la. appointment pukul 2.30 petang. pagi tu aku ada matter kat shah alam. even dalam MC, tp apa salahnya pegi kejap kan (dengan harapan tahun depan gaji aku naik 70% or naik pangkat.. tp harapan je la kannnn.. esp part 70% tu hahaha)

lepas balik dari shah alam, saye dan incik sailor (ohh sejak incik sailor balik keje full time dia adalah menjadi supir berhemah, since mak aku xbg aku drive dah sobs sobss) pegi makan lunch kat ayam penyet dulu, baru pegi spital. ye la ko bayangkanla last time aku tunggu sampai dekat 4 jam kot baru dapat jumpe doc. lgpun masa tu baru pukul 12, appointment pukul 2.30. so mmg tepat utk makan lunch laa.

bila dah register sume, memandangkan awal, maka doc panggil aku awal. aik awal pulak harini. ok. tetiba nurse cuak. "alamak doc dah panggil ke? puan meh sini timbang. pastu puan xyah kencing dulu, dah jumpa doc, baru puan kencing." erk... ok. aku pun naik atas timbang yg sangatlah sofistikated tu.. sofistikated sbb digital. aku dah lupa camne nak guna hahaha ala ni pun 2nd time baru dtg sini. so dimaafkanlah kalo terkial-kial lg tu..

aku berdiri ade la 5 seken, timbang xtunjuk apa-apa nombor. ape nak buat ni?? nombor aku plak dah byk kali kena panggil. nurse pun ckp "puan masuk la dulu. japgi kita buat sume ni". pulak dah..

masuk dalam, doc cakap "haa dtg pun. kalo awak lambat lg td sy ingat nak gi semayang dulu". hehe sori doc. bukan saye yg lambat. nurse yg x amek berat, tekanan bagai lagi, doc dah panggil.

check ngan doc sume ok. scan pun ok. baby's estimated weight 2.1 kg. whoaaaa. awal bulan haritu xsampai 2 kg lg. cepatnye!! doc tunjuk kepala, perut, tulang paha, jantung, uri, semua ok. alhamdulillah. then doc bg next appointment date. pastu baru dia perasan aku xditimang2 oleh nurse lagi. maka, dia suruh aku pegi amek tekanan darah n kencing. yg tu dia nak tau. kalo xlepas, kena jumpa dia balik.

so aku pegi la menimang2kan diri kat nurse. berat, tekanan normal. yg xnormal, urine. stick tu menunjukkan kaler ijo bila kena celup. aku xtau la apa maksud tp nurse ckp kencing manis. so, tunggu la doc semula. doc kan ckp nak gi semayang td. so nak sejam la jgk tunggu doc tu balik. sambil tunggu doc balik, kena ceramah free dgn incik sailor. "haa pasni jgn mengada minum pepsi ke, coke ke.. bla bla bla"

"tp syg minum malam semalam. pagi td dah kuar kot??"

"ahh xde, sbb pepsi tu la jd kencing manis ni"

"ape pulak, pg td minum melo kat umah, fresh oren kat court, limau suam kat ayam penyet, yg tu xkira ke?"

"takk... ni mesti sebab pepsi smlm tu. pasni takde dah eh"

"ala tp kite haus...."

"pikir haus dia je. pikir la diri sendiri ngan baby tu. pasni haus minum air lain"

hukhuk gaghang nye laki ai nii.... : (

bila doc balik, bagitau dia result urine. dia suruh buat appointment minum gula. alamak. gula lagi.... "eh tp awak dah minum kan? masa bila?"

"awal2 pregnancy n 28 weeks"

"result camne"

"sume pas doc"

"awak lunch ke tadi?"

"haah"

"ok la. sbb lunch td la ni. so jumpa next appointment k"

"ok"

penat tunggu sejam. huwawawawaaaaa T_T

haaaaaaa bukan pepsi yg jd penyebab urine detect kencing manis tu okkkk. sbb appointment ni dibuat petang dan mcm2 saye dah consume pagi sampai lunch tuuuu. ala, lagipun bukannye minom hari2... tehehehe :P

next check up kat klinik kesihatan, next week pulak. daa~

Saturday, March 24, 2012

ular sawa

Posted by nikct at 3/24/2012 09:12:00 PM 2 comments

fakta yg aku baru tau pasal ular sawa ni aku dapat masa pegi ke deerland, kuala gandah, pahang. dengan incik sailor. alkisah, pakcik tu sua ular sawa yg kat atas ni pada aku. aku tak bape nak kompiden la amek ular sawa tu, sebab aku takut dia patuk.


"jangan risau dik. ular sawa tak berbisa, so dia tak mematuk, dia belit org je"


incik sailor dah gelakkan aku tebahak2.. "taktau ke ular sawa takde bisa? hahahaha" ciss. mane aku tau. dah nama pun ular, normal la kalo aku xtau ular sawa ni xmematuk sebab xde bisa.. huh..


ketiadaan bisa pada ular sawa ni ada kaitan ngan cite dongeng rasanya. tp tak ingat la cite tu. nanti dah ingat saye cite eh.. byeee!!


Published with Blogger-droid v2.0.2

bye2 inai

Posted by nikct at 3/24/2012 03:09:00 PM 0 comments

selepas 8 bulan 8 hari dah kawen, akhirnya garisan inai yg terakhir kat ibu jari kaki ni dipotong, dah panjang kan. yg lain2 dah lame bye2 dah.


ala xpe, inai tu sekadar penanda "just married". chenta di hati xpenah pudar, makin tebal n kuat ade la. lagipun esok my hubby incik sailor pulang, jd perantin baru balik la :D


Published with Blogger-droid v2.0.2

whoaaaaaa... cepatnyeeeee!!!

Posted by nikct at 3/24/2012 10:47:00 AM 0 comments

*yg saye penah soping secara online*


semalam kan saye menghabiskan masa beronline soping kan? saye soping dgn 2 vendor utk barang baby. last skali transaction petang dalam pukul 5.


ape yg mengejutkan saye sume barang2 tu sampai umah pagi ni. via pos laju. masa tgh brekpes. nak tecekik nasik impit n lontong sbb tekejut bonar la kononnya barang2 tu sampai pg ni (ok tu hyperbola, metafora bagai k).


bagus gak online soping ni. tp kena yakin n tawakal la. alhamdulillah setakat ni sume transaksi saye dgn mcm2 jenis online vendor, drp tudung, baju, jubah, sume ok. yg berkaitan keje kawen je xbrape best. sbb jual mahal n buat hal. sombong (emo pulak bila terkenang). eh kecuali yg buat kad kawen. yg tu best. best sesangat!! tp ditipu, alhamdulillah belom penah lg. mintak dijauhkan la. huhu


baju2 n beberape brg yg dapat pg ni, saye rase hepi sangat2!! xsaba nak tunjuk kat abah dia barang2 ni weeeeeeee :))


tenkiu vendors n poslaju. keep up d good works!! pasni bleh beli lagiiii hahahaha


Published with Blogger-droid v2.0.2

kepulangan yg dinanti :')

Posted by nikct at 3/24/2012 10:15:00 AM 4 comments

ahad pelis come quick.. KE 758, KE 641 & MI 332 pelis be nice to my hubby. jgn delay2 semenet pon ok!!!


yessss.. my hubby incik sailor dah sign off. yeahhh!! due to emergency event yg melanda isteri dia ni, maka incik sailor mintak saye hapdet ke opis n maklumkan kat dorang saye bleeding haritu. siap attach gambar kena tahan wad ok. haha so ofis pon bg green light utk release hubby saye drp Chita Port, Japan. bg tiket flight from Nagoya-Korea-Singapore-KUL. peghh pejalanan merentasi beberapa negara nak sampai balik ok!!


though I might be fine oredi within this period, tp katanya nak tangguh2 request ni nanti maybe akan membuat dia rasa ralat di kemudian hari (in case sumthing happen to me). betul jugak. saye dah nak masuk 33 minggu (ala2 lampu kuning dah ni). dan saye dah la dinasihatkan utk xdrive. camne saye nak pegi keje?


tu la pengorbanan seorang suami. melebihkan kepentingan isteri drp kepentingan diri sendiri.. alhamdulillah. terima kasih Allah, kurniakan suami sepenyayang ni. aku bersyukur sangat2 ya Allah. alhamdulillah.. terima kasih sayang atas pengorbanan ni. ilebiu beary much!! :')


cuma, bila balik awal ni, kemungkinan utk pegi belayar awal tu pun tinggi jugak. silap2 xhabis pantang lg. xpela, bila dah bersalin tu, pandai2 la jaga diri macam biasa. cuma extra careful sbb dlm pantang, n ada baby. tu je (tu je? biar betul ni hahaha) saye berharap dia ada di sisi saat2 kelahiran our little caliph. insyaAllah.


ya Allah lindungilah perjalanan balik suamiku. semoga dia selamat sampai ke KLIA esok. aminnn...


tak saba nak polok ceom my hubby incik sailor!!! 1st time sign off as husband n wife kan, pe salahnye over sket :P


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, March 23, 2012

mc 10 hari

Posted by nikct at 3/23/2012 06:44:00 PM 0 comments

dapat mc 10 hari lepas kejadian bleeding haritu. konon nak bg aku betol2 rest kat rumah. tp aku xleh duk diam dan pantang duit ade dlm m2u. ape bikin? apelagi, online soping la!!


lama la jugak x online soping ni. last skali... hmm.. last month. oppsss... baru jugak tu. demm. beli 2 dress custom made. harini, beli lg 1. pastu beli brg baby. homaigod. incik suami tanya "untuk abg xde ke?"


sori la bang, bukan xnak beli kat kamu, tp men's wear jarang dijual online. nanti awak balik kite soping eh. eh tp awak bayar ar hehehe :P


sepanjang hari dah survey itu ini, grab itu ini. bila nak berenti ni? jgn kata bila duit habis.


nik, semalam baru gaji woi!!!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, March 22, 2012

8th check up : Alhamdulillah :)

Posted by nikct at 3/22/2012 11:31:00 PM 0 comments

harini check up yg ke 8. rutin biasa. alhamdulillah sume normal. timbang, aku tak sure berat naik ke turun tp overall 12kg dah naik drp berat asal. peghh jenuh la nak turun balik nanti. aku pulak mmg masuk kategori berat naik tak turun2. takpe la anak punye pasal. huhu


bp rendah sikit tp katanye normal sbb mmg org ngandung punya bp lower than pompuan normal. sebab saintifiknya aku dah lupa hahaha silalah google kalo nak tau :P


dan kali ni kena tap darah :( ee xsuke. nasib baik hb ok, urine pon pas. pastu jumpa nurse, interview sikit n check heartbeat baby (yg hilang masa last check up tu) alhamdulillah kali ni baby xbreech dah, n heartbeat senang nak cari. 156/minit. bole tahan nih. alhamdulillah. asalkan normal, rasa bersyukur sangat2 :')


next check up kat klinik kesihatan, 2 minggu lagik. ngan hospital, next week. sbb ada kes haritu kan. so far, so good. xde bleeding dah. alhamdulillah...


aku harap m.c yg doc bagi ni mampu merehatkan aku secukup2nya n sumenye kembali mcm biasa. harap2 baby terus sihat sampai la masanya tiba utk baby kuar. aminn..


harini dpt good news. insyaAllah ada masa akan share :)


till then, daa~


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, March 21, 2012

SPM : 9 tahun yg lalu...

Posted by nikct at 3/21/2012 05:36:00 PM 0 comments

menyoroti kisah amek result SPM 9 tahun lepas, sebenanye aku pon dah lupa camne result tu di ambik n apa perasaan aku time tu. almaklumla, nak sedekad dah kan. tp apa yg pasti, result nya yg aku takleh lupa sampai la ni. camne nak lupa, asalkan isi borang UPU, biasiswa, sambung blaja, nak keje, sume nak tau result SPM.


result SPM ni mmg penting la. tp pada adik2 yg xberjaya dpt keputusan yg diimpikan, jgn la sedeh. SPM bukan penentu segala2nya dalam hidup. SPM ni sekadar batu loncatan utk uols masuk ke peringkat pengajian seterusnya.


aku bukanlah student straight A, sbb tu beran cakap stetmen mcm kat atas ni. aku xpenah dpt straight A dlm hidup aku. selama ni anak2 buah tanya result exam aku masa skolah xpenah nak jawab. malu wei. nak pulak dorang punya A lagi banyak dr aku (sobs sobs) tp harini spesel kes, rasa malu yg menebal tu menipis skejap. so aku sanggup share la.


UPSR : 2A, 3B (A - BM penulisan, pemahaman)

PMR : 5A, 3B (B - geografi, english n agama)

SPM : 4A, 2B, 3C (B - bio n sejarah, C add math, kimia n fizik)


sedeh kan result aku? espeseli result SPM aku? subjek core sume kelaut!! haha apepon mase tu aku besyukur gila sbb kredit sume subjek. mmg aku bajet subjek core aku hancus sbb aku sgtlah xpaham ape aku blaja slama 2 tahun, form 4 n 5 tu.


tp dgn kuasa Allah, Dia bukakan jalan aku di menara gading. aku xdapat offer matrik langsung sbb, ye la, subjek core dah cukup makan je kan. aku dapat 3 offer lain,


1. diploma in business management kat MMU

2. diploma in public admin kat UiTM Melaka

3. program asasi undang-undang kat UiTM Shah Alam


diploma ambik masa 2 tahun, then baru sambung degree. asasi, 1 tahun, terus sambung degree. so aku pilih asasi. xkesah la course ape pon dah, yg penting, niat aku nak menggenggam segulung ijazah tu. bukan senang aku nak berniat camtu. hahaha


alhamdulillah, aku bukanlah pelajar cemerlang yg dapat anugerah dekan tiap2 sem tp aku berjaya grad 2nd Class Upper dengan kepujian. bukan je untuk ijazah pertama, tp jugak untuk ijazah kedua dan jugak advanced diploma. mak aku pon setiap kali konvo, x abes2 akan ulang cakap "chek xsangka nik nini ni akhirnya jadi orang jugak". hah, xke sedeh n sayu dgr mak ckp camtu?


keje pon, alhamdulillah. habis je exam terus fac hantar nama ke Jabatan Peguam Negara, terus dapat keje. lapor diri after 2 bulan abes exam.


"maka nikmat tuhanmu yg mana lagi yg engkau dustakan?"


so, xdapat straight A tu bukan menjadikan ko loser. tp fighter. pecayala, yg dpt straight A tu belom tentu survive kat U, sbb masing2 ada cara masing2 masa kat skolah dulu. kat U, lecturer treat ko sama je. budak skolah asrama penuh ke, harian ke, integrasi ke, sama je. pandai2 la nak survive sendiri. nanti dah jejak kaki ke tertiary level, tau la ko ape makna sume ni.


so, kesimpulannya masih belum terlambat utk ukir kejayaan. di,mana ada kemahuan di situ ada hiway, bak kata adnan sempit :D


good luck uols!! :)


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, March 20, 2012

"saye pon tak tau, kak"

Posted by nikct at 3/20/2012 09:06:00 PM 0 comments

jumaat lepas, stress punye hal, lepas habih je aku pulun hujahan tu *dalam kul 7 gak la baru setel* aku gerak ke alamanda. sampai dah maghrib, setelkan apa2 yg patut, baru mulakan misi hilangkan stres. apekah misi tu? shopping d remaining basic baby's needs, pampers n toiletteries je pun. xpela asal ada kaitan ngan baby, aku bahagia. haha..


lepas dah shopping kat carrefour tu, aku pegi kedai jual barang baby lak. nak cari barut baby tu. haritu dah beli tp mak aku ckp beli lagi 4, banyak2 xpe. so sebagai anak yg taat (lah kononnya hahaha), aku pon p la anakku nak beli barut tu.. eh barut ke bengkung haa? ke bedung? alaa yg ikat2 baby tu la.. ikut la yg mane pon, harap2 sape yg baca ni, buat2 paham je lah :P


pusing punya pusing, xde. habis stok kot. so, aku pusing tgk stroller n cat seat lak. x beli lagi, tunggu pak dia la balik baru pikiaq tu sume. biar dia pikiaq la pulok yg mana nak beli hehe


tengah pusing2, tetiba ade sorang kakak ni (kakak ke adik tah, tp aku mmg salu refer or panggil perempuan yg xdiketahui umurnya sbg "kak"), datang dekat aku. dia tanya "awak, saye nak tanya boleh?"


"ok, boleh. apa dia?"


"saye nak beli hadiah utk anak kawan saya. dia baru bersalin. anak kembar. boleh tak saye bagi ini? (sambil tunjuk set botol susu)"


"erk... (aku ke yg perlu pilih ape ko nak bg?) saye pon xtau la kak. yg saye tau kalo akak nak bg botol susu, akak tgk la botol tu ade tulih BPA free (sila google kalo nak tau ape), kalo ade, means ok la"


"so yg ni ok x?"


"yg ni saye tgk xde tulih. akak try tgk yg lain (sambil tunjuk botol BPA free kat dia"


"selain ni, hadiah ape lagi eh sesuai?"


"erkk.. (akak ni, xkan aku nak decide ape yg dia nak bg kot?) saye pon xtau kak, saye pon 1st time pregnant ni"


bila pikir-pikir balik, ade kaitan ke 1st time pregnant ngan hadiah ape nak bagi? hahaha tu je la alasan paling baik utk elak soklan betubi2 akak tu.


pd akak tu, sori kak. bukan xnak tolong. tp sirius, barang baby banyak, saye nak suggest pon, saye xtau nak mula dr mana? n saye xtau kemampuan kewangan akak. so, so sori eh kak? ampunnn sesangat!!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, March 19, 2012

bleeding

Posted by nikct at 3/19/2012 08:46:00 AM 2 comments

*makanan hospital, adat la kan*


aku dah 32 weeks preggy dan kemarin aku admit hospital sbb bleeding.


mula2 pegi ER, brader tu tanya, "apa masalah?"


"saya mengandung n ada keluar darah"


"dah berapa minggu?"


"dekat 32 minggu"


"ok duk dulu. nanti kami panggil"


tetiba xsempat duduk brader tu panggil balik. "berapa minggu puan cakap td?"


"32"


"eh ni kena terus pegi dewan bersalin ni"


"tp saye baru 7 bulan"


"7 bulan pon ade org bersalin skang ni"


"erk.."


cuaknye hanya tuhan je tau. nak bersalin dah ke? beg hospital xbawak niii.... erkkkk!!


tp lepas check up, doc kata kalo pendarahan yg dialami tu bersekali dgn rasa sakit (contraction), or pergerakan baby kurang drp 10, or pendarahan tu bersekali dgn cecair (ketuban), or uri ke bawah, maka boleh jd tanda-tanda nak bersalin tu dah datang.


utk kes aku, belum lagi (setakat ni). alhamdulillah. dah la kapal incik sailor baru gerak keluar pg kemarin jugak. sempat sms dia n msg delivered. at least dia tau berita ni segera la. kalo emel, silap2 xsampai langsung. lagi aku sedeh. kalo dia tau, even dia xleh balik lagi, n xde disisi, at least dia boleh sama2 tlg doakan.


tapi, pengalaman yg xleh lupa sepanjang duk kat wad bersalin tu, adelah prosidur speculum (xtau camne eja) yg boleh tahan sakitnya. dan jugak dengar kekecohan kat labor room, dgn nurse jerit "push push push!!!". dan jugak pengalaman tgk newborn baby dibersihkan. dibawak kuar. alahai. geram nak cubit. nurse situ selambe je cubit. macam cubit cekodok. isk3 suka suki je. xberani aku nak cubit, sbb nampak fragile sgt. nurse dah biasa, bole la nak buat mcm cekodok pon. huhu


doc bg 2 pilihan, admit 1 malam, kalo xde pape boleh balik, or balik, kalo ade pape, dtg balik. aku pilih balik, sbb, mcm2 hal nak setel ni. so doc discharge as soon as doc sahkan xde pape yg serius setakat ni. tp doc discharge dgn pesanan penaja yg berkali2 diulang dengar, "kalau sakit terus dtg balik ok". ok doc. noted that..


tp semalam bleeding balik.. risau la.. 1st baby... terus ke dewan bersalin balik n terus kena tahan wad. dorang nak observe dulu. sakit, still nil. baby still ok. ape yg xkena ni? stakat ni dah 2 kali kena cucuk ubat matangkan peparu baby. pedihnya bila fluid tu dicucuk masuk, aduiyaaiii. sodap gile!! stakat ni xde pape lg.


keje kat opis, komitmen ngan court n kursus sume tbengkalai. ok la, better drp benda ni jd masa aku kat luar, lagi aku panik. xtau nak watpe. alhamdulillah still got parents yg sgt helpful.


semoga baby kuar bila dia betul2 ready. semoga Allah melindungi anak dalam kandungan ni daripada segala jenis penyakit. dan sembuhkanlah dia, tiada penyembuhan yg lebih baik drp penyembuhanMu. ya Allah bagi la kami suami isteri kekuatan menghadapi dugaan dan cabaran ini. aminn..


pada yg membaca entri ni, tolong doakan kami selamat n dipermudahkan semua. terima kasih!!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, March 18, 2012

8th monthsary : surprise!! :D

Posted by nikct at 3/18/2012 09:47:00 AM 1 comments

plan mensurprisekan incik on our 8th wedding monthsary mmg xdirancang pada awalnya. apekah ia? hahaa. surprise berupa imej 3D/4D of our baby!!! :D


apekah rancangan yg xdirancang tu? last 2 weeks aku call vision college, tempat yg bloggers rekomen utk buat scan 3D/4D sbb murah n details la dorang buat. terus call n girl tu ckp kena buat scan between 26 ke 30 minggu preggy.


"erk, minggu ni la saye ngandung 30 minggu. camne?"


"kalo buat khamis ni bole? 2.15pm. sbb ada org kensel ni"


"ok!!" terus jwb je ok. haha. pg tu check up kat klinik kesihatan, petang tu nak fly ke penang utk kenduri kaklong. so, amek cuti je lah.


aku sembang ngan officemate, zan. patut ke aku bgtau incik sailor aku nak buat 3D scan ni? kalo buat surprise cane? ok x? zan kate okeeeeee sangatttt!! "ko rase kan, laki aku marah x kalo dia tau pasal ni?" zan jawab "apsal lak dia nak marah? kalo aku, aku hepi dowhh". so, eksaited gile la nak meneruskan niat murni nih hehe :P


maka pegi la check up hari khamis tu. lepas check up, balik rumah jap, makan2, gerak ke kelana jaya plak, ke vision college. xtau kat mane tp dorang kate belakang giant KJ. redah saje la. dan kebetulan pulak incik sailor baru sampai ke korea mase tu (ohh em gee LUPA nak update kapal incik sailor masuk port korea tu sbb telalu busy!!!! lupe lupe lupe!!!) T_T


bila incik sailor sms, nak je telepas ckp pasal plan ni. tp kena tahannnn jugak. lagipun bukannye bole mms pic ke ape, kalo bgtau skang pon, dia xleh tgk pon. kannn.. so aku diamkan je la hehehe


scan baby tu, baby pemalu. tutup muka dgn tgn silang2 lg. dah kena tonyoh2 pon dia diam je lg. time dia tido rasanya masa tu. mmg biasanya pon dia gerak pg, tghari n lewat petang. sampai akak sonografer tu suruh aku pi jalan2 dulu la 10 minit, pastu baru scan balik. aduhai.. sabor je la baby nih.


aku pi toilet, usap2 perot (nak usap dpn org malu haha). pastu pegi jalan2, nasib la kat situ kawasan kedai2. so xde la boring sgt. lepas dah jalan2 tu, scan balik. baby meniarap pulak!!!! ya ampun. apekah kamu ni baby.... xkesian ke kat abah, plan nak surprisekan abah nihh T_T


tp xlama pastu dia mula bg kerjasama :) alahai mulut dia, hidung dia. xtau la ikut sape. tp geram je tgk mulut dia yg nyonyet2 tu. kejap muncung, kejap senyum, kejap nganga. apela agaknye baby bebelkan tu? dgn dagu dia jelas tebentuk tu, comeyyyyy sangattt hehe sayanggggg dia. mmmuuaahhx!!


lepas dpt je cd scan tu, terus cuci 3 set. 1 for my parents. 1 for in laws n another 1 for abah. hehe sori abah, abah jd last person to know.


then terus gerak balik, siap2 ke airport nak catch flight 7pm ke Penang. semput makkk haritu!! tp xpe, usaha mendatangkan hasil yg berbaloi2, lebih daripada keuntungan wang ringgit, ape salahnye penat sekejap? kan? :D


yg menjadikannya lebih bermakna adelah apabila pics n cd imej 3D ni sampai ke tgn incik sailor pada 16 Mac 2012, wedding monthsary kami yg ke 8. ni memang di luar perancangan. tp nak wat cane, rezeki la bila kapal masuk port on 16th kan? imej yg bermakna buat sumone ni sampai ke tgn dia di hari yg bermakna jugak la kan. alhamdulillah. incik sailor sgt hepi dgn surprise ini. kecil tp sangat bermakna.


"sayang, dah dapat pics. tq sayang. xbgtau pon. wat surprise eh. waa. da nampak muka sume. hepinye tgk. banyak kali bukak tgk. dorang pon tgk. bestnya. macam real dah. xtau mcm rupa sapa lagi. nampak besar n bam bam. pandai mak dia bg khasiat secukupnya. weee dpt gak tgk baby abah. hepi sgt. xsabar nak tunggu tgk dia dpn mata. lebiu sayang. muahx2" :')


being far away from home n loved ones, syukur hadiah kecil ni mampu menguatkan semangat dia untuk redah lautan samudera tu, nak2 pulak peluang untuk balik mid april ni masih 50-50 :(


camne pon alhamdulillah rancangan mensurprisekan abah dgn imej 3D baby berjaya!!! gembira nyeeee!!! :')


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, March 15, 2012

keseriusan keterlupaan

Posted by nikct at 3/15/2012 12:05:00 AM 2 comments

orang kate time preggy ni lah sindrom pelupa tu kuat gila. sejauh mana kebenarannya, wallahualam la. tp sikit sebanyak benda tu makin menjadi semenjak dua menjak ni. awal2 haritu macam ok je.


lepas balik daripada kenduri haritu, awal pagi selasa tu, dgn konfidennya aku bersiap nak pegi opis. masa bersiap, nampak planner atas laptop. "eh kenape aku bawak balik planner ni? ermmm.... saje je kot. takpela japgi bawak la p opis"


bila dah bertolak sekangkang kera, barulah teringat, aku tertinggal planner tu kat rumah. ok. "takpela, harini pegi opis je pon, bukan court. so xguna pon la planner tu".


tiba-tiba,


dgn kuasa Allah, tetiba aku teringat, bos suruh aku pegi workshop kat glenmarie, shah alam hari selasa n rabu, sehari lepas balik drp kenduri kaklong. sebab tu la aku bawak balik planner tu. sbb kat dlm tu aku letak details workshop tu, map ke workshop tu, yg paling penting, akta yg nak dibincangkan dlm workshop tu.


sebab tu la aku bawak balik planner tu. T_T kenapa aku boleh lupa? selalunya benda2 yg boleh melarikan diri aku dari opis, aku takkan lupa. tp kali ni aku dah lupa. lupa selupa-lupanya.


so aku kena jugak patah balik ambik planner tu. aku xtau event tu kat mana. xingat pukul brp mula. yg paling penting xdak langsung material, xkan nak pegi lenggang pungkoq je kan?


dah patah balik, isi minyak dulu. dah tinggal 1 bar dah. aku lupa nak topup minyak coz aku ingat ada lagi. bila bapak aku kata kena tambah, aku heran. aku rasa banyak lagi. pastu baru teringat, haritu masa nak pegi airport pon bapak aku cakap dah blink blink. alahai... isi minyak. balik rumah. ambik planner. nak gerak dah, tetiba teringat, lesen dah mati seminggu lepas!!! T_T nak je gamble pegi je workshop tu dulu tp takot kena tahan, kena saman. aku ni jenis kalo dah ingat, baik buat. kalo x, betol2 la ape benda buruk yg aku terpikir tu akan betol2 jd. huh. jam dah dekat 8.30am. event mula 9.30am. sepang ke shah alam tu. kat mana glenmarie aku pon xtau lagi ni. jemm betol lah. huh


dah setel renew lesen kat pejabat pos, baru ingat touch n go xtopup lagik. alaa, tadi kan pegi petrol pump isi minyak. camne ko blh lupa nak topup touch n go skali? T_T


rase penat sgt dah nak berenti banyak2 kali ni. dah pukul 9lebih dah mase tu. tp nanti kang jem kat tol, lagi penat kan. so nak xnak kena jugak berenti lg.


aku sampai ke tempat tu pukul 10.30am. parking sikit punya jauh dgn tempat workshop. sbb xtau tempat tu kat mane kan.


bila aku pegi tempat tu, aku tgk nama event ni tak tersenarai pon dalam list bilik2 meting tu. aku tanya staf, dia kata cuba check kat ballroom. pegi ballroom, org tu kata event ni dah tukar hari. harini (rabu) dgn jumaat.


ya Allah. sakitnya hati ni. aku call ofis, tanya dorang hantar emel time aku cuti tu ke? p.a bos aku cakap dia hantar emel hari isnin, yg mana aku cuti. ok fine, sape suruh aku cuti kan. "eh tapi dia hantar emel ni pukul 5.44pm" kate p.a bos aku.


-_-" kalo aku kerja pon, tu dah memang time aku balik keje dah kot? marahnyeeeeeeee tak terkata. balik sesia je. geram punya pasal aku makan xmeal kfc, add on cheesy wedges lagi. hamek kau. geram tau!!!


so harini aku pegi la workshop yg telah ditangguhkan dan dimaklumkan lewat kat aku tu kan. end up, aku tengok org yg hantar emel kat aku tu pon rupanya preggy jugakkkk!! terus aku rasa, ok, org ngandung memang camni. mungkin dia lupa nak send emel tu awal2.


so, boleh x nak kate yg memang org ngandung ni ada sindrom pelupa gila tahap dewa? T_T


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, March 12, 2012

7th check up : HILANG!!

Posted by nikct at 3/12/2012 09:44:00 PM 0 comments

khamis lepas pegi check up kat klinik kesihatan salak utk kali ke 7. mcm biasa pegi sorang lagi. hukhuk.. tp haritu spesel sket. sbb aku amek cuti. utk ape? utk balik penang petang tu, kenduri kaklong. hahaa dan jugak ade surpriseeeee. bila surprise dah disampaikan, baru bgtau sini. muehehehe.


check up macam biasa. timbang berat (maintain drp previous week), hb (normal), urine (ok). kali ni xde amek2 darah dah. pheww selamat. xsuke la menda alah yg tap jari tetibe tu. baik dia cucuk jarum amik darah untuk derma darah drp terkejutkan aku dgn blade tap tu yg tibe2 cucuk jari. tak suke tekejut2 ni tau. sbb tu aku xtgk cite hantu. eh kesitu plak.


lepas dah siap tu sume, jumpa nurse. nurse buat rutin biasa je. tambahan, kena detect heartbeat baby. so aku pon baring. kepala baby kat atas, dipanggil "breech" (kalo silap eja sori, xsilap aku camni la eja dia) bermaksud songsang. nurse pon tonyoh2 la device dia tu. pusing sana sini nak cari heartbeat baby. tengah dia cari2, baby bagi respon, bergerak. xtau la bersilat ke ape. nurse terberenti jap, tengok aku sambil senyum. aku gelak je la tanda paham pe yg dia nak sampaikan. pencarian diteruskan.


finally nurse fed up. dia mintak kawan dia pulak buat. dia cakap "anak dia gerak2 tp xdpt detect heartbeat". nurse yg ke 2 pulak suruh nurse td ambik alat yg lain kat bilik seblah. dah ambik tu pun, xdapat jugak. berkali2 gel mcm gam tu disapu kat perot. sampai bau gam perot aku haritu. isk3.. last2 nurse kate, awak jumpa doc la. biar dia scan n tgk."


haiyak. noty eh baby. kamu duk camne la sampai 2 org nurse yg dah guna 2 device xleh nak cari heartbeat kamu.. isk3..


jumpa doc, doc scan. ade je heartbeat baby. 146 heartbeat per minute. alhamdulillah..


next appointment : 2 minggu lagik. jangan laa hilang2 lagi syg oii.. hahaa


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, March 6, 2012

tahniah kaklong!!! :))

Posted by nikct at 3/06/2012 08:58:00 PM 0 comments

4.3.2012 jam 12.00 tengah hari, sah sudaa kaklong menjadi isteri kepada abg meor mohamed farhan. majlis nikah simple dan sederhana style aku suke, sempoi je xyah nak susah2 kan diri sbb kaklong mmg jenis sempoi n simple habis. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. incik sailor xde sobs sobs. nak wat cane, keje. hukhuk. hujung minggu ni kenduri pulak, bersanding n bertandang. xsabo nak tgk kaklong pakai baju perantin lagik hehe tunggu kepulangan daku (dan baby dlm perotku) wahai selama!! insyaallah panjang umor kite jumpe nanti!! semoga diizinkanNya untuk pulang kenduri ni. aminnnn :)


Published with Blogger-droid v2.0.2

gelojoh

Posted by nikct at 3/06/2012 07:59:00 PM 0 comments

semalam masa kat airport nak naik flight from penang ke KL, singgah solat kat surau airport dulu. lepas ambik air semayang, tgh pakai telekung, datang la 1 minah menyerupai bangsa cina (xtau la cina malaysia ke, cina mainland ke, mongolia mcm altantuya ke, hong kong ke, taiwan ke), pakai singlet, suar pendek dgn boot masuk surau. aku assume dia ingat tu toilet. padahal terang2 kat luar tulis prayer room. mungkin dia bukan cina malaysia sbb dia xpaham bahasa inggeris kot.


dia tgk aku kat dlm, dia tgk sign board kat luar. tp dia terus masuk. aku xtau la dia cari apa. aku terkesima terpaku kat situ sambil pegang kain telekung. dia masuk kat tenpat amek wudhu then letak beg then bukak paip then blah. dia masuk td pun ngan boot2 dia tu la. bila pikir2 balik kurang ajar gila minah ni. tp aku masih terpaku kat situ. duk pikir apa minah ni dah buat kat tmpt ambik air semayang td? hmm


pastu aku naik flight. sampai kat terminal lcc, aku jalan la ikut laluan yg dorang dah tetapkan menuju ke terminal untuk kuar. masa turun tangga flight aku nampak brader2 yg abgkat beg tu jerit2 kat minah ni. aku tengok la kenape. hek eleh, minah td lagi. nak tau dia watpe? dia slumber je jalan terus ke terminal xguna laluan kat bay tu. dia guna jalan short cut la, lalu kat tempat parking flight yg lain. kalo kosong xpe la. kalo japgi tetiba ade flight dtg parking n sondol bontot dia tu? xke padan kat muka tu? masa tu aku pikir, dia ni jenis hidup xsuka ikut rules. uncivilized langsung!!


dah kena sound tu, dia masuk la jalan ikut laluan sepatutnya. laju2. nak kejar ape aku pon xtau. panas kot. bila dah nak sampai, kat main building, kena lintas jalan drp bay ke main building tu. dah ada jalan, lorong cantik2 org buat kan (xla cantik, lcct kan, paham2 je la. maksud aku cantik tu, kira org dah buat laluan siap la untuk passenger yg nak masuk or keluar dr main building tu). minah ni boleh pulak melencong drp kawasan lg!! dia nak amek shortcutttt je dr td. ikut jalan yg trak2 angkut beg tu. then dia kena sound lagi tp kali ni dia buat xtau je. ape jenis org ni aku pun xbole nak kategorikan dia. sangat xbertamadun!!!


last2 bila keluar aku tengok dia tunggu je kat tempat teksi tu. last2 aku jugak yg balik dulu drp dia. hampeh. keces. puntis. nak laju2 sampai langgar peraturan watpe? ingat bapak dia punya airport ke? kalo kena langgar flight nak parking tu ke, kena langgar trak bawak beg cargo tu ke, xke sesia mati katak kamu tu?


xpaham dgn orang yg gelojoh xkena tempat camtu. bukannya bawak ko sampai ke rumah dulu pun. keces je. huh


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, March 1, 2012

6th check up : lamanya....

Posted by nikct at 3/01/2012 10:18:00 PM 0 comments

mana xlama. ni 1st time pegi appointment kat hospital pulak. after 28 minggu kan. so kena say hii to doc la. biarpun baru minggu lepas jek jumpa doc kat klinik kesihatan.


dah namanye hospital, memang ramaiiiii gile orang. yg tak best, bab parking. parking ada tp pak guard kontrol, xnak bg org sembarang la masuk. puas aku pusing2. appointment pukul 10 pg nih. 9.50 duk berpusing. yg xpatutnya dia suruh aku parking luar n naik shuttle bus masuk dalam? hantar sampai depan lobi, katanye. setakat aku berpusing situ, aku xde nampak kelibat bas pon kat kawasan hospital. lagi satu, muat ke bas nak masuk area hospital tu? kiri kanan jalan orang parking. nampak naa tipunye kau ni bro.


lepas 3 kali pusing, aku berenti kat gate masuk parking yg dia tutup tu. "bang, tolong la. saye sarat dah ni. tak larat nak jalan jauh. dari tadi xde 1 bas pon masuk sini. kesian la kat saye". dia pun kate "akak pusing la kat dlm ni kalau ade parking". dia angkat kon n aku pon masuk. xsampai 1 pusingan aku dah jumpa parking. 2 lot, seblah menyeblah plak tu. mangkuk tingkat tol. liaise la ngan pak guard yg jaga pintu kuar. if ada org kuar, bg la masuk. ko jaga pintu masuk pastu x amek tau org yg dah kuar, pastu duk kate parking xde. eii gerammmm je!!


so pegi la masuk, register. tunggu. sampai la nurse panggil. timbang berat, hb, then urine. berat naik 1 kg dr last week. tp hb masih normal. urine pass.


tunggu pulak nak jumpa doc. time ni la line tenet xde pulak. main je la maths attack, sudoku n word search sampai boring. last2 pukul 1 jugak baru dia panggil. tak banyak jugak yg doc nak check. sbb sume on surface nampak normal kot. so doc suruh baring untuk ultrasound. kat hospital ni kepala mak2 xperlu teleng nak tengok screen ultrasound machine tu. dia bagi 1 screen khas kat atas, bahagian depan. kan senang. tak la rase nak terkehel leher aku nih nak tengok anak sendirik hehe


baby mcm makin besau. saiz between 30-32w 6d!! berat naik 0.5kg dr last week!! mak aii. lek lek luu baby. ni baru minggu ke 29. EDD pun jadi awal ke hujung april. ape celop?? hehe tp tu sume mesen punye kira2. tah betol tah idak.. doc xcakap ape pon pasal tu. dia cakap sume ok je. ikut perkembangan. so aku dengar cakap pakar je la. hehe kebetulan abah sampai port harini, sukaaaa abahnye dengar perkembangan baby ni :')


apepon Alhamdulillah atas kelancaran ini. semoga Allah terus permudahkan proses kehamilan ni, langsung sampai melahirkan dan kemudian sampai laa ke akhir hayat anak kami ni. harap2 dia terus sihat, panjang umur. murah rejeki. aminnn..


next week appointment ngan klinik kesihatan balik. rutin 2 minggu skali bermula balik di klinik. ni dah jd macam every week pulak check up. padahal nak pegi say hii je kat doc. appointment dengan doc kat spital, next month pulak.


till then, daa~~


Published with Blogger-droid v2.0.2

guest book

Posted by nikct at 3/01/2012 09:45:00 PM 1 comments

*gamba xbape elok sbb guna kamera xpro


ohh rasanya dulu dah bagitau yg aku bikin guest book kat serdang, dekat ngan UPM. x ingat nama kedai, sori. hasilnya, seperti di atas pada kos yg sangat lah murah banding ngan guest book yg dijual. dan ianya customized, so lebih spesel la kan. sampai ke harini kalo selak2 guest book ni saye akan senyum sampai telinga membaca corat coret para tetamu hehe tp saye ni pemalu (lah sangattt) so utk guest book saye ni saye hanya letak gambo lengan jek hahaha


kaklong (kakak incik sailor) nak kawen cuti skola nih. being preggy, dan duduk jauh pulak tu, aku hanya mampu bantu dr segi benda2 alah mcm guest book ni je lah. huhu maap kaklong, makayah sume. xbanyak yg saye leh bantu utk kenduri ni. mase kenduri kami haritu sume bg all out tp bila turn kaklong, xdpt tlg ape pon. sori sesangat :'(


berbalik hal guest book ni, since dah penah tempah ngan apek tu, so aku pegi la kedai yg sama. mmg mase aku nak kawen aritu aku dah survey, dia paling murah n dia buat pun ok la.


sampai kat kedai tu, yg jaga kaunter tu nyonya. xtau la anak dia ke, bini dia ke. aku tanya la nak buat book binding, hard cover dengan photo print, depan belakang, bape hengget? dia kata "RM25". ooo. harga ketas dah naik kot aku pikir. "takleh kasi kurang ke?". "tak dapat la". "ok... so nak bagi gambar ni mcm mana? sy simpan dlm memory card ni". dia tunjuk PC kat dalam kedai, so aku pegi la ke PC tu, nak transfer gambo utk dijadikan cover.


PC dia xde memory card punye slot. so aku dah be prepared, aku bawak card reader sendirik. dah cuba kat 3 PC dia sume xdetect lah pulok!!! hohoo camne ni? aku tanya nyonya tu mane CC? dia tunjuk seblah. aku pegi kete, amek pendrive yg digunakan utk simpan lagu dan dimainkan kat USB MP3 player tu. nasib baik ade. phewww.


brader CC dengan baik hati tolong transferkan gambo2 tu kat pendrive. card reader aku prob. cap ayam betoi. huh. lepas dah transfer tu, aku pegi kedai tu balik. tengok2 nyonya dah xde. yg ade apek yg aku deal dulu. kachingggg!!! otak aku geligat berpikir n terus serbu apek tu cepat2.


"kalau nak book binding hard cover, photo print depan belakang, berapa?" apek tu jawab "RM20". cantek!!!! terus aku transfer gambo2 tu ke PC. terus bayar HABIS. siap mintak resit!!! haha mane la tau kan, japgi xmintak resit kang nyonya tu mintak belen lg pulak kang. mane boleeee hahahaha


moral of the story : sabar. setiap yg berlaku ada hikmahnya. setiap kesusahan yg Allah duga kita, insyaAllah Dia bagi kita kesusahan tu utk menyenangkan hati kita jugak.


kesimpulannya : aku puas hati walaupun penat sikit. Alhamdulillah. :)


tak sabar nak balik selama wiken ni, nak tengok kaklong nikah. semoga Allah permudahkan urusan dan perjalanan majlis kaklong. aminnnn :')


Published with Blogger-droid v2.0.2

1 Mac 2012

Posted by nikct at 3/01/2012 08:07:00 AM 1 comments

1. benda yg menghantui hidup aku selama ni akan diwartakan hari ni. bye2 tayar!! bye2 helmet!! pening aku pasal korang ni makan tahun korang tau x?? harap2 korang xdtg balik dan memeningkan kepala aku lagikkk!!


2. bila kapal incik sailor nak sampai? dah terputus hubungan nih. I miss my sailor T_T


semoga Allah permudahkan urusan kita harini. aminnn...


Published with Blogger-droid v2.0.2
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea