Friday, April 27, 2012

free ALL channel?

Posted by nikct at 4/27/2012 04:27:00 AM 0 comments

terbaca kat fb, depa pakat share astro bukak sume channel dia kpd sume customer semata2 utk menghargai customer lepas dorang menang jenama pilihan rakyat Malaysia.


betul ke x wallahu'allam. skang 4.30 pg agak ngeri la nak turun bawah n test kebenaran khabar angin tu.


kalo betol, jom pakat layan. ohh, sehingga 6 Mei tau!! :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 26, 2012

12th check up : ok :)

Posted by nikct at 4/26/2012 09:00:00 AM 2 comments
hiyeayyy semalam check up yg ke doblas!! rutin mingguan dah mula drp last week lagi. bagus la klinik gomen ni, dah la free, bagi follow up kaw2 punye. puashati pulak dgn servis depa. xde la rasa janggal as newbie (newbie ke??? dah nak meletop dah weh toksah perasan hahaha)

belah pagi masuk opis. petang pegi check up. tengahari tak berani nak makan banyak sangat n minum air manis sbb nanti air kencing tak pas, tak pasal2 aku kena tunggu lagi. padahal kalo dapat balik awal, opkos la aku seronot beronot-ronot kan.. so makan mihun sup n air kosong je.

alhamdulillah sume ok. berat dah naik sampai 18kg bro. peghh.... bp, hb n urine ok. phewww. bole balik awal yeayyy hahaha

tp semalam kena jumpa doc. prosidurnya memang 36-37 weeks kena jumpa doc kot. doc intebiu sket2, sume ok. then doc scan. sume biasa je sampai la part yg paling best iaitu jantina baby. doc tanya "dah tau jantina baby??"

"doc sebelum ni ada bagitau"

"ok, so memang nampak jelas kat sini jantina baby. selalunya dah 37 weeks susah nak nampak dah sebab saiz baby dah besar tp kali ni your baby show off pulak"

amboi.. show off ye.. hahaha nak tegelak tengok. dah agak dah doc mesti tanya soklan pasal jantina tu sbb masa tu skrin menunjukkan sesuatu yang sangatlahhh obvious. hahaha hepi dia dapat tayang eh.. isk3 anak sapa la ni :P

minggu depan check up hospital la pulak. 3rd May. fenin makkk, jap hospital jap klinik. ape-ape la labu, asal baby sihat n selamat. Alhamdulillah, cukup la tu :)

masa nak balik mintak doc surat pengesahan EDD*, plan nak cuti dah next week. nak habiskan masa berjimba ngan laki ai. bye2 opis!! muahahaha!!! :D

*EDD - estimated date of delivery

Tuesday, April 24, 2012

deting ;)

Posted by nikct at 4/24/2012 01:25:00 AM 0 comments
ohh my... penat gilessss rasanya skang ni. semalam baru balik dari melaka then harini masuk opis. touch up submission. petang ke seremban pulak, part heard case. esok pagi ke shah alam untuk submission tu. petang ke seremban semula. dan kalau tgk ticker seblah tu, lebih kurang doploh hari je lagi bhai. mcm banyak keje opis tak tersetel lagi. dan baru tadi bos emel (jam 12.20 AM ye dia emel), suruh pegi meeting lagi, dikala sume orang kat opis tu pegi conference kat lumut, perak nu pulak. ohh my.. bila la nak cuti ni. ai tak sabau okkk

ok sebenanya bukan nak merungut pot pet pot pet pasal apa aku buat ke mana aku pegi pada hari ini yang pastinya sangattttlahhh membosankan tu. boringggg~~ yea i knoe.

semalam after dah abes kursus (sebenanye kemarin lagi habis, semalam check out je muahaha), lepas dah kemas barang, check out bagai, kami pon simpan barang-barang dalam kete. then kami mengambil keputusan agak gila la jugak dengan berjalan kaki daripada hotel tu untuk menyusuri beberapa tempat-tempat tarikan pelancong. wahh gitu. kami pulak jadi pelancong di negara sendiri haritu. coti-coti malaysia la kate kau...

melaka street map :)
  • kami mulakan dengan bismillah (ecececewaahhhh hahaha)
  • pastu daripada hotel (Mahkota Hotel) berhadapan Mahkota Parade (bertanda L dalam map atas nih) kami bergerak menuju ke Menara Taming Sari yang terletak seberang jalan tuh. menara tu tinggi 80 kaki kot. yg tak best bila duk dalam tu, takbleh nak berdiri nak amek gambar. memang kena dukkk je. boringgggg!!!
  • lepas dah melawat menara tu, kami gerak menuju ke kawasan Muzium Samudera, dalam 500 meter kot jaraknya.. takde la pulak dalam map ni. apa punya map. tak user frenly langsung... huh.. singgah shopping jap kat pasar depan muzium tu. kami dah macam pelancong daripada jepun since sume barang yang ada kat jepun incik sailor borong kat sini. lagi murah katanye. hahaha apedaaa... kalo tau awal2 xyah beli ape pon kat jepun tu, beli kat melaka je. dekat dan murah. huh..
  • lepas tu kami bercadang nak pegi stadthyus yg bertanda 1 dalam map tp tetiba incik polis kat balai yg bertanda D tu pulak panggil2 kami suruh makan cendol. mula-mula tolak sbb takut termakan kat kenduri kawen org tanpa dijemput tp pakcik tu kata "meh la, cendol ni untuk semua. sambutan hari polis ni". aku bilang "oo bole la jugak, bole hilang haus". incik polis tu cakap "haa minum cendol kompem hilang haus dikk" hahaha ada-ada je pakcik polis nih..
  • lepas dah pekena cendol, kami ubah hala tuju menuju ke A Famosa yg bertanda 5 dalam map. dah sampai situ, kami panjat Bukit St.Paul kot namanya (bertanda 4). ala yg kat belakang atas bukit dekat A Famosa tu laa. naik semput mak jemah tp ku gagahkan jua. rindu hiking n joking sangat kan.. haa amekkk kauuu!!
  • turun daripada bukit tu kami menuju ke Stadthuys, pastu pekena air kelapa n goreng pisang sattt kasi isi perot n hilangkan haus. almaklum la melaka sangat la pemes dgn cuaca panasnya.
  • dah puas bergambar kat situ kami tuju ke Jonker Street (yg bertanda 9 dalam map). pekena pulak cendol Jonker 88 kat situ. mak aii gula melaka dia memang pure terasa ke tekak ok!!
  • balik tu kami lalu kat jalan belakang jonker street, ada nampak la nyonya baba house (bertanda 10).
  • pastu kami ke jeti pelabuhan melaka tu, dekat2 la ngan tempat bertanda B dalam map.
  • then kami lalu semula balai polis tadi untuk pulang ke hotel, terserempak dgn incik polis FRU yang jaga sekor kuda nama Lasso kot. sempoi gila pakcik tu jalan ngan kuda takyah pegang tali pon. kuda tu ikut je arahan dia. mungkin dia babysit kuda ni dari tecik kot?? sempat la amek gambor skeping dua ngan Lasso..
  • lalu semula dataran pahlawan, mahkota parade dan kemudian, tadaaaaaa... sampai semula kat parking lot hotel.
masuk2 kete terus flat rasanya hahaha tp best la dapat kuar peluh camtu. tp yang tak best muka burn daa... aiyakkk. cair mekap makkkk hahahaha :D

best gila dapat deting. pasni taktau la sempat lagi ke tak nak berdeting ngan incik sailor. insyaAllah masa tu deting bertiga la pulak. kalo zaman bujang org kata yang ketiga tu adalah syaitonirrojimmmmm tp skang tidak lagi. ape tunggu lagi sila la kawen cepat2 :P

dalam kepenatan ada kehepian. hehehe

Friday, April 20, 2012

bulan kursus

Posted by nikct at 4/20/2012 08:39:00 AM 5 comments

april adalah bulan kursus sepanjang bulan. masuk opis 2-3 hari je. gila x? dah terlebeh2 dah kursus ni. sepatutnya setahun kena attend kursus 7 hari, tp KSU tetapkan 10 hari kursus (macam... blerghhh). tp walau apa pun jua, kursus utk 2012 dah terlebih2 cukup.


dimulakan dgn induksi umum & khusus early sampai mid april haritu. now kursus bahagian undang-undang sampai hujung wiken ni. then sepatutnya kena pegi conference pendakwaan minggu depan kat lumut, perak tp skang dah nak masuk zon merah (most preggers beranak between 37-40 weeks) maka aku mintak exemption. kalo x jadi anak lumut la anak aku hahahaha


dgn kes2 masih berjalan lg kat court. sooo tired tp nak wat camne. kena kuat semangat n diri ni so boleh setel mana yg patut sebelum maternity leave.


tik tok tik tok....

dup dap dup dap...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, April 19, 2012

11th check up : engaged! :)

Posted by nikct at 4/19/2012 10:57:00 AM 0 comments
semalam pegi check up kat spital. lama gila nak tunggu, biasa la, hospital gomen. apepon aku akan tegar dan redha kat sini jugak since ni je yg paling dekat dengan sepang yang takde hospital, tp ada F1 circuit, airport terbesar bagai tu. huh.

pegi pukul 8.30, doc panggil pukul 11.15. naik letih pinggang, lenguh kaki sume. penat menunggu bukan penat berdiri ke ape. berat naik 1.4 kg drp last check up. total naik berat badan aku dah 16.4 kg nih. waduh waduh. habis la.. boleh ke nak turunkan balik ni? adoiyai. bp n urine ok, normal. kaki dah mula bengkak tp doc kata kalo takde hbp tu, means normal la tu. im gaining weight ok, kalo xbengkak tu mcm xnormal la pulak.

then doc suruh baring. dia pegang perut n bagitau yg kepala baby dah engaged (engaged bermaksud dah masuk ke laluan yang sepatutnya la, bukan bertunang ye) dan insyaAllah tidak akan bertuka posisi lagi. memang patut 36 weeks ni kepala baby dah engaged pon. alhamdulillah setakat ni baik2 je.

bila doc scan, tgk2 saiz baby dah menjangkau 38 weeks. advance 2 weeks nampaknye. hepi tgk dia membesar dengan sangat pesat dlm perot hehe doc bgtau estimated weight dia 3.2kg. gulp!! last 3 weeks kot check up, dia hanya 2.1kg n now in 3 weeks time dia berjaya gain 1.1kg? huh.. dah tau dah ikot baka sapa ni hahahaha

next check up kat hospital 3rd May. next week follow up check up kat KK Salak. waa dah start weekly antenatal check up nih. tgk ticker pon kata 25 hari je lagi. macam tak percaya je sume ni sedang terjadi...

(AMAIGADDDDDDDD!!!)

asalkan semuanya ok, im hepi. Alhamdulillah :)

Tuesday, April 17, 2012

last monthsary berdua ;)

Posted by nikct at 4/17/2012 09:13:00 AM 0 comments

semalam monthsary yg ke 9 wedding kami. aik dah 9 bulan kawen? ok minus incik suami p belayar, jd 5 bulan. hahaha bole pulak kira mcm tu.


anyway, kami xpenah sambut monthsary. anniversary couple pon xpenah sempat nak sambut sbb incik sailor duk atas kapal mase tu. monthsary, selalunya kami wish2 je. birthday pun, xpenah sambut kat luar berdua. sama ada celebration dah belated (sbb masa tu xkawen lg so susah nak jumpa sbb incik sailor org utara nun jauh di kedah sana), ataupun mase tu dah telalu penat (masa bday aku lepas kawen tu baru dapat tau preggy, so baru nak mula alahan2 tu). so secara teknikalnya kami xpenah sambut apa2 tepat pada masanye, melainkan hari raya je la. hehe


tetiba semalam diri ni gatal2 lepas wish monthsary, p ajak incik suami deting2 pulak. maklum le, bulan depan insyaAllah dah bertiga. masa berdua ni tak penah nak sempat untuk merasa celebrate apa2 pd tarikh hari kejadian secara berdua. so, semalam je la masanye. so mcm mana pon plan kena jadi jugak. gituu..


ye semalam hari kerja. ye saye memang penat lg. baca entri bawah ni anda akan tau saye masih penat. tp demi spesel day ni ku gagahkan jua. plannya simple je. kua makan2 n tgk wayang. balik. dah.


tapiii... tetiba teringat janji ngan chek (mak aku) nak pegi umah dia jap. dia mcm rindu aku. tak habis2 suruh pegi rumah dia, tandanya rindu la tu kan? tp dia xngaku secara terang2an la hehehe so pegi kejap. sempat lg dia goreng mee. kenyang xpasal dah kat situ. siap2, pegi alamanda pulak (alamanda je terdekat memandangkan kami sama2 nak flat dah ni).


dah siap beli online tiket ni senang. pegi2 amek tiket je, terus masuk nonton cite battleship. katanye best gile, wajib tgk. tp.. ok la, out of 5 star, aku bg 3 1/2 ke 4 star la. xseperti yg dihebohkan.


habis pukul 11.15 dah memang ngantuk tahap gaban. tetido dlm kete. sampai umah pon mamai je. haha.


incik sailor kate "waa malam ni baru la rasa mcm bebas merdeka sket". mungkin sbb lepas kawen, lagi2 lepas preggy kami xbyk kuar sgt. kuar jugak tp bukan melakukan aktiviti sosial la, lebih fokus kpd komitmen gitu.


haa pada yg suka kua2 bersosial tu sila la buat persiapan awal. hang igt senang ke nak kawen? byk komitmen nak kena buat tau lepas kawen. xsempat nak bersosial sgt. haha. sian my laling. bukan nak kate laki aku ni kaki sosial. kaki sosial yg aku maksudkan kat sini pon bukanla yg pegi clubbing cucuk2 langit tu. dan laki aku bukan jenis suka kua bersosial sgt pon tp kita manusia bese ni kadang2 nak take a break jugak. kann.


wow.. pasni monthsary bertiga pulak insyaAllah. hehe


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, April 16, 2012

impak maksima

Posted by nikct at 4/16/2012 09:57:00 AM 0 comments

setelah hampir 2 minggu x masuk opis, akhirnya bila masuk opis otak jadi tepu. kosong, kosong, kosong.. bak kata najwa latif. impaknya, aku langsung tak ingat ada lg ke x keje2 pending yg ditinggalkan seblom pegi kursus haritu. er, mcm takde. tp betol ke aku da habiskan? hurmm... musykil kuasa kuda kat situ..


setakat ni skrin PC ni dah tembus dah aku tenung dr td. blurrrrnye. mcm mamai pon ade. betol ke aku kat opis ni? isk. kronik naa ni. mungkin kepenatan balik kampung xhilang lg. ditambah plak dgn ketepuan otak yg dah karat sbb lama xmasuk opis, tu yg blurrr nak mati tu..


ya Allah. sabar nik sabar. japgi sampai la apa2 seru tu. buat masa ni, hibernate jap. hihi


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, April 12, 2012

meatballs

Posted by nikct at 4/12/2012 02:03:00 PM 1 comments

yeah. sana sini asek mention pasal meatball je kan. teringin la nak rasa. takdan nak amek gambor awal2. masa sampai tu dah lepas lunch hour. bayangkan betapa kebulurnya aku. hahaha amek gambor dgn last meatball pon jd la.


overall : meatball biasa je, daim cake sedap la jugak, air soft drink xde ais, xsejuk, xbyk choice sbb habissss, tmpat makan panassss mungkin sbb ramai org.


so ape specialnya meatball ni? mungkin salah satu sbb ianya di Ikea Mutiara,Damansara. macam... cool dowh meatball Ikea ni. padahal mcm daging burger mcd je, bak kata adik ipaq n laki aku la.


apapun aku kenyang. hajat tertunai. makan dgn flag2 sweden ni skalik (ok tu tipu).


alhamdulillah. tq incik suami banje mam kat Ikea Mutiara Damansara. cool x? hahahaha!!


Published with Blogger-droid v2.0.2

sivik

Posted by nikct at 4/12/2012 09:59:00 AM 1 comments

kecewa dgn org kita sendiri, maka lahirlah entri ini. org kita ni refer to malaysian, not only malay, but including any other race as well. meh aku share ape beberapa experience yg aku sendirik alami.


1. ATM


aku rasa ramai penah alami benda ni. uols dah bole agak kot insiden TAK sivik yg terjadi kat ATM ni. bilamana org depan dah tau mesin takleh guna, dia terus blah je n biarkan org kat belakang ni jd charlie chaplin dan terus beratur dan cuba keluarkan duit yg mana transaksi tersebut takkan berjaya dan thanks la pada org depan yg langsung TAK sivik langsung tu yg x inform apa2 bila dah tau mesin rusak. mungkin dia berpegang teguh pd prinsip "lu, lu punya hal. wa, wa punya hal".


kalo lu matik sok lusa wa nak cakap benda sama kat jenazah lu. lu urus la pengebumian lu sendirik, bole? huh....


2. tempat duduk shopping complex.


pada 1 hari ada jusco sale (skang jusco dah tuka nama baru, AEON. sape2 yg xtuka JCard lagi adalah dinasihatkan tuka dlm bulan ni jugak sbb replacement fee will be waived. n kalo korang renew terus 3 tahun, fee rm24 je. hanya dlm bulan ni ok!!!!). ehh melalut lak. bila jusco sale, org ramai, barang yg nak dishoppingkan tu banyak. nak plak preggy. so bila sampai masanya, mesti la nak duduk.


pada 1 hari yg aku pegi shopping on JCard day tu, kat depan surau jusco tu ada 1 tempat duduk. panjang. muat la 3 org. ada 1 mak budak tgh susukan anak dia. dan ade sorang minah ni bejalan lajuuu je drp aku semata2 nak merebut tempat duduk selebihnya seblah mak budak tu. bila dia duk situ, dgn mak budak yg tgh menyusu anak tu, mcm xpatut la aku yg memboyot ni nak mencelah kat tgh2 kan. so aku berdiri je la kat tepi kerusi tu. incik suami pi smyg dulu. aku tunggu barang n berdiri je la situ.


minah tu masih buat derkkk je. harem sungguh. mak budak tu pulak yg rasa besalah. siap beganjak2 mengimpit diri nak bg space utk aku duk. aku kesian nak himpit dia. kalo aku single, xdouble mcm skang, aku duk je sbb kaki mcm nak tecabut dah ni. sampai laa laki aku abes semayang, minah tu masih duk tersebek kat situ.


bila aku dah habis smyg, aku sembang ngan laki aku "xpatut betol minah tu". laki aku cakap "tu la pasal. dia xrasa lagi mengandung tu camne kot".


semoga Allah bg petunjuk dan hidayah pada minah tu.


3. tempat makan


haa ni lagi satu. yg ni selalu jd. espeseli kat food court. or kat tempat2 yg ramai org makan la.. penah kena kat alamanda, dan semalam kat ikea.


yg kat alamanda tu, "makcik2 gebu" tu tau kitorang ni perlukan tempat duduk sbb kitorang dah bediri seblah meja dorang. dorang mmg nampak. apa yg mengejutkan makcik2 gebu ni buat xtau je. duk terus besembang seolah2 tiada hari esok utk mereka sembang.


kat ikea smlm, public holiday kan. sume nak makan meatballs yg katanye sedap. tp bak kata adik ipaq n laki aku, rasa mcm daging burger mcd je. apakan daya, aku teringin gak nak rasa. so pasni xrasa dah pon xpe la. tp xtau la kalo preggy lagi di mase hadapan, akh ngidam benda yg sama. masa tu, tepaksa la uols layankan lagi miahahaha!!


haa tgh2 beratur, kami usha sama tmpat duduk nak makan. ada la nampak 1 table ni, dah habis makan. mcm nak blah dah la. aku suh adik ipaq aku cop tempat tu. 2 drp 4 org kat table tu dah angkat pungkoq. tanda nak blah la. so aku assume mangkuk lg 2 tu pun akan blah la lepas habiskan air ke ape ke kan. tgk2 dorang bole kuarkan bb n ipad masing2, sorang main fon, sorang main game kat ipad.


gaban sungguh. nak je aku senduk kepala sensorang. ko nak main fon, nak main game, buat tepi jalan pon bole. harem jadah ko duk kat meja yg 4 org bole duk tu watpe? xnampak ke que panjang nak mati ni? adik ipaq aku bilang dorang mcm tunggu org lain la, mcm lambat lg nak duk situ.


sehingga kami habis makan, 2 mangkuk hayun jamban tu masih duk main bb n ipad tu lg. tanpa menghiraukan org disekeliling yg tgh tebenyit2 cari tempat nak mentedarah. tanpa rasa besalah sekelumit hati cacing pun.


Allah. sabar je la...


4. kerusi wayang/auditorium


haa. ni lagi la.. uols mesti penah gi tgk wayang kan. paham xperasaan bila org kat belakang kita sepak2 seat kita? tu yg aku rasa sampai semalam.


aku kursus, kelas kat auditorium. mcm wayang la seat dia. cuma xde tempat nak letak paper cup air coke tu je. alkisah, dua hari lepas, sampai semalam, ada la hamba Allah yg educated tp xberapa bijak duk kat belakang aku ni, dia ngan kawan dia lagi sorang, duk tegedik2 kaki kat seat aku ngan kawan seblah aku. annoying nak mati weyyyy. nak sound, sama2 servis. kang sok lusa dia jd bos aku, mampuih la aku kena balik.


almaklum la servis kami ni dah diingatkan dari awal jgn cari pasal even sesama sendiri sbb kita xtau bila roda kita akan berputar ke bawah. so aku pendam. tp makin lama makin menjadi "happy feet" pulak kaki dia.


yg lg syiok, nak tunjukkan betapa happynya feet dia tu, bila dah boring tegedik2, dia bole tanggalkan kasut dan selitkan kedua2 belah kakinya ke celah kerusi kami kat depan ni. yg kat tempat letak lengan kita tu. kantoi masa aku nak ejas siku aku ni, aju rase mcm ade benda asing bgerak2 mcm mesin urut ogawa gitu kat kaki aku.


HAREMMMMM. kaki orang!!! tanjat makkkk. aku terus pandang depan dgn hati yg sangat bengkak dan tak selesa yg amat. membe bagitau kaki dia ada hitam2 lg kat celah kuku tu. bole bayangkan betapa jijiknya?????? terpelajar la sangatt kannnn...


semalam, berbekalkan hati yg bengkak yg amat tu, bila minah kat belakang ni menggedik2kan kakinya, aku nekad pusing belakang dan sound "BOLEH TOLONG JANGAN SEPAK KUSI DEPAN TAKKK". terus pusing depan. member2 seblah terdiam.


japgi dorang saling whatsapp. camne nada aku sound dia? member aku cakap "mcm nak sepak org"


whoaaa garang jugak aku. hahaha. tp paham2 la kan. bengkerkkk weyyy diperlakukan sejijik tuuuu. blaja tinggi2 tp sivik xde. mcm.... puiiiiii habis!!!


so nampak x betapa TAK siviknya org kita ni? kerajaan perkenalkan subjek sivik kat skolah, kempen mcm nak rak dlm iklan2 TV, tp kalo org tu dah xde sivik, mmg TAKKAN sivik la dorang. buat beban bahu budak skolah je bawak buku teks sivik sampai osteoporosis. buat pengeluar susu anlene tu kaya je uols ni.


bagi aku, semuanya bermula dari rumah. environment org2 kita dibesarkan. kalo yg mencorakkan tu dah gagal, sampai bongkok 3 pon org kita ni TAKkan sivik.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, April 11, 2012

unexplainable.

Posted by nikct at 4/11/2012 11:50:00 AM 0 comments

sejak incik sailor balik kami duk umah sendiri. setakat hari ini, rumah ni takde pape masalah, selain masalah penyelenggaraan je la. biasa la tu. rumah, memang la kena maintain selalu kan.


kami ada sekor kucing nama kenit. kenit tido dgn kami setiap hari. kenit tak penah tido sorang2... eh sekor2 kalo saye dan/atau incik suami ade. sbb kenit jenis tak bole hidup takde org. dia xleh hidup keseekoran (keseorangan kalau utk manusia la).


semalam bila nak tido, mcm biasa rutin kami ajak kenit naik skali. incik suami tutup pintu bilik lain2 dan masuk dan kunci pintu bilik kami. kenit dah ada dalam bilik masa tu. dia tgh tgk aku gosok gigi kat toilet. ohh ye, maklumat tambahan, kami tido dlm master bedroom. so toilet pun dlm master bedroom la. ada 2 bilik lain lg menghadap master bedroom dan seperti yg telah dimaklumkan tadi, ianya telah dipastikan tutup oleh incik sailor.


biasanya masa kami nak tido, kenit tido kat bawah katil or elsewhere dulu. bila dah pukul 2-3 pagi baru kenit naik katil bermanja2 dgn aku (aku ni bantal busuk dia, dia akan urut n nyonyot leher aku utk lena). malam td, incik sailor main2 ngan kenit kat bawah katil dulu before tido.


harini, aku terjaga pukul 5 pagi. cari kenit atas katil, xde. aku kejut laki aku, mane kenit? dia bangun mamai2 cari. dlm seminit dua pencarian dia gagal. aku assume sbb bilik gelap dan laki aku mamai. walaupun kenit tu putih. dia dah check bawah katil, atas almari, dalam almari, dalam drawer, dalam toilet, belakang tv. takde. panggil2 si kenit tak menyahut langsung. biasanya kalo panggil dia tgh2 mlm ni mesti dia menyahut. sbb dia nak bermanja. tp ni, senyap.


pastu aku pulak bangun, cari. tempat yg sama tp kali ni dgn lampu terbukak. takde. incik sailor tgk tingkap, sume bertutup. tingkap yg kat toilet je ada, tp xmuat.


aku bukak pintu bilik. takde jugak. aku bukak pintu bilik yg menghadap bilik kami, masyaAllah... kenit terus kuar dan mengiau dr bilik tu. manja semacam, macam dah lama dia dah tunggu kt pintu bilik tu utk dikuarkan.


persoalannya,


camne kenit boleh kuar drp master bedroom yg pintu dan tingkapnya sume berkunci? even xde apa pon yg boleh akses melalui siling.


camne kenit boleh masuk bilik depan yg bertutup rapat dan tingkap pun tertutup?


kalaupun kenit mampu keluar drp bilik tu melalui tingkap toilet, dia xkan mampu utk masuk ke bilik depan sbb bilik tu langsung xconnect dgn master bedroom. dia kena lompat turun ke tingkat bawah dan panjat semula ke tingkat atas melalui pintu belakang rumah. yg mana, mustahil utk si kenit ni buat since dia pun kecik dan dia pun bersih halus mulus je. xde nampak apa2 kesan calar balar ke ape.


yg penting lepas keluar dr bilik tu, kenit mcm cuak n jd extra manja. tak henti2 ngiau. mcm takut. kalau la aku paham apa yg dia nak sampaikan, mesti aku tau ape yg menimpa kenit malam td.


so, ape dah jd sebenanye malam td? seriyau kami. makin pikir makin misteri jdnya. terus tido bepelok2 dgn kenit skali.


hanya Allah dan kenit je tau apa yg jd malam td.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, April 8, 2012

bila aaron tak menang ABPBH 2012

Posted by nikct at 4/08/2012 10:43:00 PM 4 comments
sangkaan majoriti orang bahawa aaron akan menang utk kategori Artis TV Lelaki Popular meleset sama sekali. kecoh la kat timeline fb ni semua sebab tak sangka kan. seblom pemenang diumumkan pon ade yg dah update status "kompem la aaron yang menang... kannnnnn".

tiba-tiba umum, fiz fairuz pulak. hah!!

nak tau mane silapnye? korang-korang yg kompiden tahap gaban bahawa aaron akan menang tu TERLUPA nak undi aaron kot? bahahaha!!

aku minat jugak aaron tp idak le ke tahap nak kecoh meratapi kekalahan beliau dalam kategori ni. mane la tau utk kategori lain pasni dia menang? gudluck abe mat haron! :D

Saturday, April 7, 2012

cuak yg dejavu

Posted by nikct at 4/07/2012 11:36:00 PM 0 comments

drp zaman skolah, sampai masuk u, sampai la dah keje. 1 benda ni memang aku cuak. sangat sangat sangat cuak. apa?


aku cuak PUBLIC SPEAKING / PENGUCAPAN AWAM / PRESENTATION depan CROWD.


kelemahan ni semestinya aku memang takleh nak banteras mahupun diperangi sejak dari azali. aku takut nak menghadap crowd. actually dalam court aku cuak n cungap gak tp better drp public speaking or presentation sbb ko tak perlu hadap crowd (tp gegel2 jugak nak ckp depan judge). kalo ade audience pon, depa duk blkg. satu perkara yg sangat lah benefit bagi aku bila dorang duk belakang, yg mana aku takde mata kat belah belakang, maka aku tak nampak dorang, oleh itu aku tak cuak sgt banding dgn menghadap crowd ni :P


kursus ni kami kena buat public speaking / pengucapan awam. opkos aku pilih nak buat dlm bahsa melayu. nak martabatkan bangsa la katekan (sebenanye xreti nak beromputih ni, lagipun warga international division ada dlm tu. drp kena kutuk english teruk baik aku cakap bahasa ibunda je la. paling2 pon depa kondem sbb aku ckp guna bahasa ibunda yg mana merupakan perkara,asing bg mereka. depa lupa kot nak mak pak depa pon beranak sama2 kat hospital je. bukan kayangan pon.  kentut sama busuk jugak haha)


aku pilih tajuk selamat memandangkan penilai bgtau, boleh cakap pasal apa saja dlm 5 minit. peghh 5 minit bg aku mcm 5 jam ok nak abeskan. huh... so aku pilih tajuk berkenaan mengkasikan, memandulkan binatang. harap2 berjaya meluluskan aku la tajuk ni hahahaha cakap gagap2 gegel2 ade hati nak mengharap hahaha


mcm biasa bila nama kena panggil, kaki naik ke pentas, mula la napas mcm tak cukup, tercungap2 mungkin sebab aku preggy kot (alasan). bila cakap, habis sume poin beterabur, tak ingat sume ada. haih dah pilih bahasa ibunda pun sama jgk ke. alahai...


bila la dapat overcome prob ni...haiyer


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, April 6, 2012

10th check up : misteri

Posted by nikct at 4/06/2012 05:51:00 PM 2 comments

4 April 2012 baby dah 34 weeks. harini check up kat KK Salak di seblah petang. dengan kursusnya lagi. tp yg leganya, incik sailor ada di sisi. dia baru pulang drp selama malam tadinya.


pagi tu nak besiap solat subuh dan ke kursus. bila bangun dr katil, tetiba rasa ada air keluar kat bawah tu. eh air apa ni. pegi toilet check. bukan kepalang punya air. menitik sampai ke tumit. alamak. air ape ni? ketuban ke? baru 34weeks, xkan la kot? dah sampai masa ke? bgtau incik sailor, dia suruh siap2 dulu. nak pegi hospital. erkk...


mandi, solat, besiap, bekpes bagai dulu, baru gerak pi hospital. inform member kursus nak pegi hospital.


sampai hospital dorang buat speculum, check jantung baby, urine, bp sume. ok. pastu depa interview aku mcm pesalah kena interrogate. haha xde la tu dahsyat sgt. tp banyak sgt soalnye. dah la 1st baby aku xtau ape2. "cecair banyak mana? ada pakai pad? kalo pakai pad, agak2 penuh mcm mana? pukul berapa? ada lg x skrg? warna apa? bau apa? sakit x? perut keras? ada contraction x?"


adoiii... bau ape? xpenah tau pulak bila tgk air keluar tu aku kena amek bau dulu. aku main agak je la banyak mana air yg kuar tu. bg aku ia cukup banyak lsampai buat aku cuak la. plus, perut mmg keras je skang ni. kawan2 pon cakap perut ni keras. n 1st time preggy, mane aku tau contraction tu rasanya camne. camne aku nak jawab soklan2 tu?


bila dah perform speculum, doc test cecair yg dikatakan pecah tu, -ve for ketuban. n jalan langsung xbukak lg. so air ape yg pecah n meleleh pg td? bila scan, tgk cecair still adequate. baby ok lg. adoiyai. peristiwa unspecified bleeding mcm haritu berulang lg.


last2 doc speculate discharge. tp, aku still xpuas hati. tp sehingga ke harini, xde pape lg jadi. n baby gerak ok.


whatever it is I hope for smooth pregnancy throughout this 3rd trimester n I hope baby sihat, selamat sepanjang dalam perut sampai dilahirkan. aminnnn...


yg abahnya pulak dah bikin suspen, dia check in masuk dewan bersalin, habis sume kawan2 pun cuak sama. sana sini call dia, xmenang tangan menjawabnya :D saye dgr dr dlm laa. hp dia xhenti2 bunyik. amboi belom pape lg dah heboh ni. femes baby xpasal hahaha


dalam pejalanan balik, boleh pulak abah dia ckp "ok jugak kalo baby kuar harini. ye la, 4hb april kan. abg nye beday 4hb jun". saye saja sambung "kalo baby kuar 6hb april lg abg suka kan? 6.04.12". "haah ok jugak kan. tebalik dgn beday abg". amboi. kira dia punya beday je. xkira dah yg lain2. huh


dapat mc 1 hari tp memandangkan penyelaras kursus yg skema ni kata saye kena ulang kursus pada masa depan, dan memikirkan bahawa saye dah mensia2kan seharian duduk mendengar ceramah (sambil tido) membesarkan pungkoq, saye pon pegi la dewan kuliah, sambung kursus.


bila melangkah masuk dewan, kawan2 dah tekejut. ada yg tanya "bukan dah besalin ke" hahaha haiyer. terpaksa explen. kalo dah besalin xdtg kursus dah kan. hihihi fenomena tercetus pulak. ni sume abahnye punye pasal ni. haha!!


disebelah petang lepas kursus siri 1 habis, saye pegi KK Salak utk antenatal check up biasa. utk folo up je. nurse situ tau pg td dah pegi hospital. dia cakap "kenapa dtg lg? pg dah pegi hospital. hospital lg besar drp kita. lain kali kol je bgtau"


pulak dahhhh. servis gomen ni salunya kalo bab nak ejas date appointment tu yg shushah tu. tu sbb la aku pegi jugak. last2 camtu pulakkkkk. haiyer T_T


apepon, air pg td tetap misteri. ya Allah aku mohon perlindunganMu terhadap anak yg dikandung ini ya Allah. sihatkanlah tubuh badan, akal fikirannya. panjangkan usianya, permudahkan urusannya. aminnn...


bersyukur sangat incik sailor dah pulang. :')


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, April 3, 2012

hai lah kasut...

Posted by nikct at 4/03/2012 08:49:00 PM 4 comments

disebabkan aku kursus, incik sailor pulak balik kampung jumpa family yg tercinta, aku dilarang drive, maka aku duk rumah parents aku. bapak aku dilantik jd supir sementara. walaupun hanya sementara tp dia menjalankan tanggungjawab dia dengan sungguh dedikasi. walau tugas hanya untuk menghantar aku ke tempat kursus, tp pemanduan dia kalah schumi, wa cakap sama lu. kat jalan bersimpang siur mcm ular kena palu pon dia boleh motong. pada usia 69 tahun, ko hado? hahaha


ok disebabkan aku duk rumah parents, aku bekemas ala kadar je la. aku lupa bawak balik kasut. selalunya kasut tu aku pakai bila dah sampai destinasi (court, opis etc) dari dalam kete. so aku lupa nak keluarkan kasut drp kete utk dibawak ke umah parents dan dipakai utk menghadiri kursus.


tp aku bijak jugak. mak aku punya kaki sama besar ngan aku. jgn nak komen apa2 berkenaan perkara ini ok. aku laknat korang 7 keturunan nanti hahaha so aku pun pinjam la kasut mak aku. sebat je yg mana dia bg. asal aku pegi kursus dgn pakai kasut sudeh. bukan slipar jepun ke, slipar jamban ke. kann...


maka aku pun pakai la ke auditorium smlm tu. seharian aku gunakan khidmat kasut mak aku ni sebaiknya. walaupun ianya mengelupas dimamah usia, ah pedulik hape aku. janji aku berkasut.


sampai la dekat pukul 5. kursus dah habis utk harini. aku pon jalan dgn cool la nak turun tangga auditorium yg mcm panggung wayang tu. masa nak langkah turun, rasa mcm xkena je kasut ni. xsempat nak letak kaki kanan yg tgh melangkah turun anak tangga tu, aku rase kaki jd ringan.


tengok-tengok,


tapak kasut belah kanan dah bergolek-golek jatuh. aiyakkk!!! kengkawan aku dah tebahak2 gelak. aku terus amek tapak kasut yg dah tegolek tu n cover dgn blazer cepat2. dengan kepantasan tahap kuasa kuda n keyakinan tinggi tahap dewa langit ke 7 petala cinta yg ada pd diri aku ni, org lain xsedar dgn insiden ni. pheww... lega seyh!!


esok nak pakai kasut ape pulak ni? arrrggghhh!!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, April 2, 2012

kau je la AGC

Posted by nikct at 4/02/2012 07:47:00 PM 4 comments

harini aku kena daftar kursus kat ILKAP (institut latihan kehakiman dan perundangan). kursus induksi untuk pegawai kehakiman dan perundangan under judiciary (kehakiman) dan AG's Chambers (Jabatan Peguam Negara). most participants are from AGC. kwn2 sebatch.


pendaftaran n taklimat kursus dibuat di auditorium dlm ilkap tu. aku pon bejalan dgn penuh kompiden ke dewan auditorium tu. xtau kat mana tp member2 roger seblom tu, tempat ni kena turun tangga menghala kafe drp lobi.


bila aku turun tangga tu aku nampak sorang pompuan, bejalan xbape nak kompiden, xmcm aku la kan. dia dtg dekat aku n tanya "tumpang tanya, auditorium kat mana?"


aku jawap "oo. saya rasa depan ni haa" sambil beranggapan yg dia ni sama2 kursus ngan aku la. so dgn ramah tamahnya aku mulakan conversation kononnya nak networking (blurghhh hahaha), "drp mana ye?"


"AGC" dgn muka sombong belagak sampai ego tu meninggi ke langit petala 7!!


sentap makkkkkk. ok, ko sorang la drp AGC tu kennnn. aku ni cap ayam drp kementerian "sume sapu mari", anak angkat AGC jerrr... thanks la for your reminderrrr!!! huh..


.........ke dia bajet aku ni majistret? hewhewhew :P


Published with Blogger-droid v2.0.2

hospital kerajaan kan ade?

Posted by nikct at 4/02/2012 01:51:00 AM 0 comments

aku heran, tiap kali tgk drama melayu mesti nak ade kaitan ngan pepatah "dah jatuh ditimpa tangga (bertimpa-timpa)". miskin, keluarga porak peranda, n elemen paling penting, mesti nak sakit kronik.


bukan nak marah pasal sakit tu, xbaik lawan takdir, dah tuhan bg, aku ni sape la nak persoalkan sakit kronik yg org miskin ke, kaya ke, dapat tu. yg aku persoalkan, hospital kerajaan kan ade? dah kate bayor cukai, mcm2 jenis cukai kan. nape xguna facilities tu?


memang la hospital gomen ni terkenal dgn fi'il staff2 yg cengeng dan servis yg teruk, lembab mcm siput sedot. sedot siput sedot masak lomak pon xselombab servis hospital kerajaan. tu boleh dikatakan 70% betol dan aku setuju gak la.


TAPIIIII,


kalo sakit tu dah kronik takkan pulak dia nak letak ko bawah tangga? kalo dah teruk mmg kompem warded. paling tidak pon, dia bg next date yg terdekat utk appointment. sbb benda teruk dah kan. kalo xkronik, dia bg date lambat2. standard la tu. tahan je la kalo nak dapat servis benda murah kan. bayaran pon xla mahal. RM1 utk register. kalo takde guarantee letter, paling mahal pun ratus la kos perubatan termasuk surgeri, kos stay kat spital n ubat2 sume. idak le sampai berpuluh or ratusan ribu riban tahap xmampu nak mampos.


lagipun skang zaman KPI-KPI nih, dorang punya SOP keje sume pun dah standardized. fi'il2 staff tu masih ada tp yg ok pun ada. lambat mmg lambat. tp better la drp ko biar penyakit ko kronik tahap ulat sampah dah hurung. geli gila derr!!


so pengarah2 muvie ke drama ke, tlg la jgn tunjuk yg malaysia ni negara langsung tak membangun okkk. setiap daerah ada klinik kesihatan. kalo kronik dorang refer hospital, siap hantar naik ambulans lagi. malaysia tak 'batak' sgt lg weyy.. tolong la jgn tanamkan dalam minda rakyat kita sendiri bahawa hospital kerajaan tu kuno, even org miskin pun xnak pegi!!


Published with Blogger-droid v2.0.2
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea