Wednesday, August 29, 2012

buli :D

Posted by nikct at 8/29/2012 07:51:00 AM 0 comments
sejak akhir-akhir ni, Izz jadi budak baik. dah bole berdikari sikit la. kalo dulu, nak tido nak kena ada orang, bangun tido pon kena ada orang. tp skang mood dia baik. bangun2 je diam. bila org tegur, dia sengih macam kerang busuk hahaha alhamdulillah dah besar anak mama abah cayang mucuk sorang nih. 

bila nak tido, Izz akan isap jari sendiri. takde nak merengek2 lagi

xpuas isap belah sana, dia pusing belah sini lak. resah gelisah gak dia hahaha biarkan..

pusing balik. tak best gamaknya mengiring belah sana haha
akhirnya tido telentang gak best. ni dah mamai2 dah ni
tp last-last mama kesian. bg susu gak la kat dia. baru dia lena. puas hati tgk muka anak tido lena kekenyangan hehe

macam2 ragam Izz. kadang biarkan je dia explore dunia dgn cara dia sendiri. kalo sume nak harapkan kite nanti dah besar naik lemak la plak. contohnya macam meniarap tu kan, bila dia nak pusingkan badan dia, mak aku pesan "jangan tolong dia, biar dia buat sendiri". kejam bunyinya. jd macam buli anak sendiri haha tp betul jugak. kalo sume kita layankan je, kang dah besar xnak buat sendiri. dah la anak jantan! hohoo

mula-mula ingatkan izz nak cuba bukak stokin..
fokus gila muka dia. konsentret abes la hahaha
ces. rupa-rupanya nak masukkan ke dalam mulut -,-" apedaa izz.. huh

Saturday, August 18, 2012

marmet

Posted by nikct at 8/18/2012 02:16:00 AM 0 comments

bole pulak aku pegi tinggalkan aksesori pam kat opis -,-" dan bole pulak aku lupa mana aku letak aksesori pam manual -,-" last2 takde pilihan. terpaksa marmet la jugak, kalo dibiarkan maunye azab ni weh. tp sebenanye aku malas nak marmet ni sebab.. ye la.. cara tradisional kan, memerlukan kegigihan dan semangat apam yg tinggi la nak memarmetkan diri. dah la gegeh gak bangun kul 1 pagi nak memarmetkan diri. huhu

alhamdulillah utk rezki yg Allah bg utk Izz. semoga cita2 nak susukan dia sampai 2thn tercapai. aminn

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, August 14, 2012

akhirnya :')

Posted by nikct at 8/14/2012 01:56:00 PM 0 comments
 izz ditiarapkan seawal usia sehari. masa tu dia nangis, nurse telangkupkan dia terus senyap. pastu dia angkat kepala. orang kata tak elok tolong dia meniarapkan badan. tp kajian baru kata, utk kuatkan tulang leher dia, bg dia boleh kontrol kepala dia, elok la bagi dia tiarap awal2. tp under full supervision laaa...

latihan meniarap. letak atas badan lagi baik. dia bole dengar heartbeat kita, mesra ngan kita. so dia takde la rasa tak secure bagai tu..

cubaan nak meniarap. kesian pon ada tengok. ni bukan cubaan mendera anak eh. kasi la dia berdikari sket.
tp kalo dah meraung tu angkat laa. dia dah penat tu hahaha




ele jebek jebek. ngade ah izz. be tough bole takkk.. hahaha
makin lama dia bole la angkat badan dia sendiri. siap bole masukkan tangan dalam mulut time meniarap lagi budak ni!
akhirnya semalam, 13 Ogos 2012, Izz bejaya meniarapkan badan dia dgn sendirinya. tp ni bukan gmbr semalam. xdan nak amek gmbr la weyy. anak bejaya meniarap haruss le hepiiii tak kiraaaa. xsempat nak ingat kamera katne dah hahaha

lapang dada hilang penat tengok progress anak. hari2 ada je benda yg dia buat.



mungkin bagi orang lain, eleh, benda kecik nak heboh. or, ala, anak org lain awal lagi pon ade laa. tp sbg mak dia, yg duk kendong dia selama 9 bulan 11 hari (telebeh sudaa), yang bertarung nyawa (bertarung ke?) melahirkan dia yg masa tu hampir2 lemas dah, melihatkan perkembangan anak sendiri ni buat aku rasa sungguh sejukkkk hati ni. tiap2 hari balik nak tengok apa lagi la perkembangan yg dia dah buat lagi harini.

masa ni check up 2 bulan. izz dah mula main ngan kaki..

minggu ni, izz dah angkat kaki sampai ke muka. nak tengok kaki lg dekat gamaknya ye. hahaha

ni yg buat mama gerammm sangat. pandai je taknak baring, nak suruh org dudukkan dia. bila duduk terus senyum. kalau awak tu ringan takpe gak. dah makin berat, dah lenguh, letak je la atas stroller. still izz hepi dapat duduk. sambil isap2 tangan sampai meleleh2 gitu. syomottt naa kau ni anak bujang oiiii hahaha

izz, i know u are struggling, each and everyday. i know u can do it. even mama takde utk izz 24 jam sehari, tp izz sentiasa dalam doa mama. be strong my dear. be bright. be healthy. be yourself. insyaAllah. no matter how small people think you are, for me u are my BIGGEST blessing. i love u, abah also love u. veryyyy the stronggg haha

khas untukmu yg suka makan cili

Posted by nikct at 8/14/2012 07:51:00 AM 0 comments
boo sama dia.. hahaha

ooooooo balik kamponggggggggg :D

Posted by nikct at 8/14/2012 07:47:00 AM 0 comments

1st raya balik kampong. ehh 2nd sebenanye. tp tahun lepas tak merasa raya sangat pasal sibuk nak kenuri so tak sempat nak merasa packing barang nak balik kampung, tak feeling balik kampung nak raya tu. baju raya pon beli last menet sbb ingatkan nak balik sini dulu, siap beli baju raya sume baru balik sana balik. tp kita hanya mampu merancang dan tuhan yg menentukan segalanya hahaha

selama ni mana balik kampung utk raya. rumah aku la kampungnya. boring toksah nak kata la pasal kiri kanan sume org takde, balik kampung. kali ni nak merasa packing baju bajan utk berhari raya di kampung. giteww.

yg speselnya, ini 1st raya utk Izz :)

oooooo balikkk kamponggggggggg (nampaknya mama yg oberrrr hahaha)

Saturday, August 11, 2012

song of d day T_T

Posted by nikct at 8/11/2012 11:04:00 AM 0 comments

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

*part of Jangan Lupa Namaku by Pompa Bensin

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, August 8, 2012

sentap rupanya..

Posted by nikct at 8/08/2012 01:48:00 PM 0 comments
mungkin bg kita setiap kali bergurau tu, sekadar gurauan kecil. bagi orang lain it's a big deal. fine. tp itu tak menjadikan dia berhak nak kutuk ciptaan tuhan pulak. badan besar otak pon kasi besar la. jangan sempit kan minda. orang gurau sikit dah sentap. haih. kalo perempuan takpe la jugak -_-"

Alhamdulillah tuhan bagi aku bentuk fizikal, rupa, suara yg sebegini. Allah sayang, family sayang n incik sailor pon sayang. tak rugi sesen pun kalo tak kawan dengan dia, nik...

agama vs orang tua

Posted by nikct at 8/08/2012 08:20:00 AM 0 comments
orang tua-tua kata, tak elok potong kuku malam-malam. bila aku tanya, kenapa? dia jawab "entah. tapi orang tua2 memang marah kalau potong kuku malam2."

fine, aku tanya en.google.

"Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur. "
"Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial. "
"Jangan potong kuku malam, nanti kuku jadi hijau"

is this the reason why orang tua2 marah?? kemon la. apa ke rasional nya nak pendek umur, datang sial n kuku jadi hijau (this one is a BIG WTH???) kalau potong kuku malam???? panjang umur ke, pendek umur ke, hidup kita ni Allah yang tentukan. bukan masa pemotongan kuku kita tu yang menentukan jangka hayat hidup dan nasib kita. semuanya Allah yang aturkan.

orang tua2 ni pun. padahal rasional 'fatwa' ni dikeluarkan sebab taknak budak2 potong kuku malam2, dulu kan takde letrik, gelap. takut terpotong benda2 tak patut, sakit pulak kan.  mungkin kalau bagitau rasionalnya anak-anak taknak dengar kot. tp masyarakat mengambilnya as 'taboo' kalau dibuat jugak. seharusnya kita bila dah besar panjang ni kaji selidik la  rasionalnya.

ni aku nak share sikit...

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

maka, potong la kuku pada hari yang diboldkan dan diwarnakan merah fontnya yea :)

this is SUPER cute! :D

Posted by nikct at 8/08/2012 07:52:00 AM 0 comments
*sharing from my colleague, En.Faizul

A GLIMPSE OF GOOD OLD DAYS

How I wish we could rewind the clock....

Dedicated To All those Born in 1940's, 50's , 60's


Without any maids, our mothers cooked, cleaned and took care of the whole family. They still had time to chat with neighbours.

Everyone had candy floss, fizzy drinks and shaved ice with syrups. Diabetes was rare and aspirin/panadol cured all illness.

We rode adult bicycles to school, the richer ones had their own mini-bikes. Ironically, we all had problems with our brakes, and after running into the bushes a few times, we learned how to solve the problem.

Prefects were a fearful lot ...more fearful than the teachers. Detention class was like going to prison for a day. We had "public caning" in schools.

NO ONE ever won the big prizes on "Tikam". It was a scam but it did not stop us coming back for more.

Motorbikes were riden without helmets. It was rare to ride a private taxi. Taking a bus was luxury - we either cycled or walked everywhere.

We drank water from the tap and NOT from bottles.

We spent hours in fields under the sun, playing football or flying kites, without worrying about UV rays. It did not affect us.

We roamed free catching spiders and did not worry about Aedes mosquitoes. We kept our spiders in match boxes and ready for a fight anytime.

With a mere 5 pebbles, girls played endless games and with a tennis ball, boys ran like crazy for hours.

When it rained, we swam the drains & canals to catch "ikan keli", none of us were dissolved in rain.

We shared one bottle of soft drink with friends, NO ONE actually worried about catching anything.

We ate salty, sweet & oily foods, bread had real butter and sometimes condensed milk. We enjoyed very sweet coffee, tea, and "ice kacang" but we were not obese because....... WE WERE OUT PLAYING ALL THE TIME!!

We left home in the morning and played all day till hunger drove us back home. When needed, our parents knew how to find us. NO ONE actually watched over us and WE ALWAYS WERE SAFE.

WE DID NOT HAVE HANDPHONES BUGGING US. We rode bikes or walked over to a friend's house and just yelled for them!

We did not have Playstations, X-boxes, Nintendo's, multiple channels on cable TV, DVD movies, no surround sound, no phones, no personal computers, no Internet. WE HAD FRIENDS and we went outside and found them! Our TV was black and white.

We fell out of trees, got cut, broke bones and teeth and we still continued the stunts.

We did not have birthday parties till we were 21, which is when we started to take notice of girls.

We had not heard of the word "Bumiputra". We only knew our friends by names. Their parents were Pak Cik and Mak Cik or Uncle and Aunty.


In Badminton, we did not change the shuttle as long as it was in flight. Regardless of how many feathers were left in the shuttle, our game continued... but still Wong Peng Soon and Punch Gunalan made us proud in Badminton.

Match-boxes were always "chilly" or "king kong" brand...to own a box of matches from a hotel was something great.
Regardless of whether we could afford one, we always knew Maths tuition was $10.00 a month.

All parties were held in the Town hall.
We felt please to see a policeman and we were always edger to tell police everything we saw.

Morris Minor and Volkswagen beetle were on our roads...driven alongside Kingswood , Vauxhall, Opel and Chrysler. Executives of companies drove Peugeot 504's. Japanese cars were considered "inferior". There were no traffic lights only roundabouts.

The whole kampung came together during kenduris and all took turns to "kacau dodol". Chinese, Indians and Malays were all part of kenduris and all of us spoke Malay.

Our favourite local performer was Rose Chan and the Beatles were the most popular band. John Wayne's westerns on Sunday, cheap Matinees were 25 cent per show.


Malay weddings had joget sessions at night, it was the only time to ask the Malay ladies for a dance.

Ketupat were NEVER plastic wrapped.

Football was played barefooted in thorn-filled "padangs", rain or shine... but still Santokh Singh, Soh Chin Ann and Mokhtar Dahari made us proud, we actually beat South Korea in football.

JPJ testers instill fear and were highly respected ...

Susu lembu was delivered to our house by our big, friendly and strong "Bayi" on his bicycle. All "jagas" were "Bayi" and no place got robbed.
"Laksa" and "Putu Mayam" man came peddling. "Kacang Puteh" man walked balancing on his head top, 6 compartments of different type of murukus.
We played "gasing", made our own kites & had kite fighting with glass glued threads and made wooden guns & used seeds from plants for bullets.
Kang Kong was free…easily harvested by the riverside. "Kembong" was 30 cents a "kati" and nobody wanted "ikan pari".
When the Circus came to town, everybody went to see it. It was the best LIVE show I ever saw.
Usually we did not have to BUY fruits; they were self planted or given by neighbours or friends.
The idea of parents bailing us out if we broke the law was unheard of. Our parents actually sided with the law ! Nobody knew about child psychology !
Yet this generation has produced some of the best risk-takers, problem solvers and inventors ever!

The past 40 years have been an explosion of innovation and new ideas.

We had freedom, failure, success and responsibility, and we learned ......HOW TO DEAL WITH IT ALL!

And YOU are one of them!

CONGRATULATIONS!

You might want to share this with others who have had the luck to grow up as kid before the government 'regulated' our lives for good !!

And while you are at it, forward it to your kids so they will know how brave their parents were.

P/S: -The big font used is because of Long-sightedness or hyperopia at our age.

Tuesday, August 7, 2012

L(K)

Posted by nikct at 8/07/2012 04:09:00 PM 0 comments

alhamdulillah. lulus jugak. macam-macam cabaran nak attend kursus ni. pregnancy di ilkap (yang struktur berbukit bukau bergunung ganang macam uitm jugak), false alarm sampai dapat m.c tp terpaksa jugak attend kursus ni sebab taknak attend sorang-sorang next time around n palingggg besar cabaran nak sit for d exam ni sebab banyakkk sangat nak kena stadi tp limited time (plus malas bermaharajalela). asal baca sepotong ayat je, tido. hahaa

tp alhamdulillah rezeki baby Izz la ni kot. hehe tuhan maha kaya. walaupun lambat confirmation, tp rezeki tu tetap ada. kena sabar la..

chek mesti suka dengar berita ni. mak aku nak anak dia kerja gomen. senang katanya, hujung minggu cuti, public holidays pun cuti, kemudahan hospital. yg penting dah tua nanti ada pencen. biar gaji tak besar tp terjamin masa depan katanya. nampaknya doa dia utk anak dia ni kerja gomen termakbul la akhirnya (since abg2 aku sume keje private/own company).

alhamdulillah, syukur :)

Monday, August 6, 2012

raya bertiga lah sangat..

Posted by nikct at 8/06/2012 09:49:00 AM 0 comments

skang ni rutin harian masa kerja adalah, masuk2 opis je terus letak beg dan terus menapak ke toilet. almaklumle, sahur je minum air berbondong-bondong, mane tak nak tekucil je kejenye haha lepas dah menunaikan hajat, terserempak la ngan sorang ahkak ni kat toilet tu. lama gak sembang. antaranya :


ahkak : lama xnampak?

aku : cuti lama kak. hehe

ahkak : cuti bersalin ke?

aku : haah.

ahkak : anak laki ke pempuan?

aku : anak laki kak.

ahkak : oo best la ye raya tahun ni. bertiga

aku : :)


panjang lagi sebenanye tp ni je yg aku rajin nak taip. haha.. bertiga pun bertiga lah kak. mana tau doa akak tu dimakbulkan, insyaAllah. tp xnak berharap sangat. lebih baik aku prepare for da worst drp aku mengharap dan mengharap.


senyum je lah.. hanya aku dan tuhan je yg tau :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, August 5, 2012

I love u, but I hate you :P

Posted by nikct at 8/05/2012 01:54:00 PM 0 comments

masa preggy kan si izz, aku benci nasik lemak. benci ke tahap, membayangkan rasa nasik lemak pon boleh terasa kembang tekak ni. haa bayangkan je baru tu. belom ada depan mata. hahaha


tp dah lepas besalin ni, nak pulak bulan posa ni, terasa mengidam nak makan nasik lemak lah pulak. haih... sodap nye kalo dapat sebungkus nih. lauk rendang ayam ke, paru berlado ke. huiiii meleleh ayer liyor teman ni weiiii T_T


(stress wat keje hujung2 minggu ni jadi camni la)


tu je nak bagitau. okbai.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, August 3, 2012

aduh :(

Posted by nikct at 8/03/2012 01:50:00 PM 0 comments
sakit lama datang kembaliiiiiii... adoiyai.. dugaan sungguh posa2 nih... huhu nape ye? hmmm... mungkin ke sebab....


angkat barang berat?? semalam benda paling berat di angkat adalah 2 bijik kamus je... mungkin berat2 beban yang penah diangkat sebelum2 ni kot??

atau....


duk terlalu lama depan p.c.. emm ni mungkin jugak....

or...

excessive physical activities. mungkin jugak.. lari dekat 6km setiap hari zaman muda mudi.. kurusnya idak gak. dapat sakit pulak T_T tp dah lama x bersenam.. mungkin jugak long term effect baru nak dirasai la ni kot???
and finally....

faktor ni baru masuk list. sebab seblom preggy lagi penah sakit teruk belakang aku ni..
nak pegi klinik, hospital, dah muak dgr explanation dorang. "xray xde pape so sy bagi ubat tahan sakit n ubat sapu je lah". dah la aku bf izz. takut nak makan ubat.

alternatif? kena survey dulu. sementara tu.. rabbi yassir wala tu'assir..

;(

Thursday, August 2, 2012

hidup rempits! :D

Posted by nikct at 8/02/2012 02:33:00 PM 0 comments
sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dah namanya pon 'menara' gading kan, nak nak plak uitm, mcm2 bukit nak kena daki, bukit tonggek la, tangga batu caves laa, so aku kena banyak menapak la nak ke kelas dan keluar berjambi-jimba (bukan ke library ye.. library akan dijejak bila nak potostat, nak pinjam buku n bila kawan2 ajak stadi sesama dekat nak exam hahaha bajet pandai la sangat). puas jugak merayu mak bapak aku bg bawak motor ni. sama macam aku mintak nak amek lesen moto la jugak payahnya huhu almaklumle aku ni sorang je anak pompuan dorang. bongsu lak tu. sebagai seorang ibu (ececeh skang dah jd ibu la kau hahaha) aku paham la jugak sikit2 perasaan dorang (sbb anak aku kecik lagi, mana nak paham perasaan dorang 100% lagi hehe)

last last dorang bagi la jugak aku bawak motor kriss warisan bapakku tu ke uitm.....

setelah berpenat lelah aku buat muka kesian camni (tp opkos la aku lg comey kottt hahaha)
maka bermulalah episod aku merempitkan diri ke mana sahaja muahahaha tp aku anak yg baik, mak bapak aku pesan jgn merempit keluar shah alam. penggunaan motor terhad dalam shah alam SAHAJA. tp ada la jugak kadang2 langgar perintah berkurung tu n pi jusco bukit raja klang tu. bukan apa, blaja ni stress weyyy. kadang2 kita perlu mencari liburan, tgk wayang ke kan. kat shah alam pulak takde cinema. so, nak buat cane, demi memaintainkan result exam setiap sem, tepaksa la aku tgk muvie (terbaekkk alasan haha). tp bukit raja klang tu dekat je ngan shah alam. kiranya dia border shah alam - klang la hehehe

eksiden? penah la kan.. tak rempit la kalo xpenah eksiden hahahah ehh tp masa tu bukan aku yg bawak.. kalo aku bawak kompem x eksiden kot :P haha benda nak jadi. yg bawak moto tu p buat u-turn kat tempat tak sepatutnya, rupanya ada lori nak p terus kat belakang kami. maka, terempuh la lori tu ngan side mirror moto aku. punyala aku nak menyelamatkan keadaan, aku pegang gak motor ni taknak bg jatuh.. mmg la motor tak jatuh. aku pun tak jatuh. tp lutut aku lebam n betis aku sedikit terobek la. haha tak la robek. terhiris je. tp heran gak, aku taktau camne leh dpt kecederaan tu. tak kesahla janji aku masih bernapas harini. alhamdulillah.

pada suatu hari, tiba-tiba je mak aku kol tanya aku nak kereta apa. ahh sudah.. biarla betol???? mak aku ni, jenis aku mintak telepon pon sampai ke sudah dia tak penah beli utk aku, last2 aku beli sendiri, ni pulak tiba2 nak bagi kete? ape celop toqqqq???

"guna kereta la. selamat sikit. naik motor tu, eksiden la apa la.. balik naik tren pun selalu lambat. sampai 3 jam nak sampai drp shah alam je pun. malam2 pulak. risau chek"

alhamdulillah. pucuk dicita kereta yg datang hahahaha aku cakap, angkat kancil cukup laa chek. aku kira2 jugak, dorang tak penah bg hadiah sebesar ni, kiranya aku antara pecaya ngan tak lagi la masa tu. n aku pikir gak bapak aku tu pesara polis je, mak aku lak surirumah je, mana nak mampu bagi aku bmw merc bagai kan (ewahh ada niat gak tu). tetiba mak aku cakap lak,

"chek rasa xselamat la kete kancil ni. lagipun kancil kecik. xmuat nak letak barang"

loh, nak letak barang ape? aku taktau nak letak apa dalam kete. bila dah keje ni baru la aku letak kasut utk pakai ke opis ngan blazer. n macam2 lagi la yg mana aku tak rasa relevant nak pakai, aku bawak masuk dlm kete, sampai kesudah tak kuar2 hahahaha

maka akhirnya,
tadaaaaaa.....
inilah kereta pertamaku (ada yg kedua ke??? memang ni satu-satunya ponnn.. buat masa ni la hahaha). sebenanya aku order kete kaler hitam. tp sampai je hari nak mengambiknya, cina tu pegi eksidenkan kete tu. peghh dah siap reg. JPJ dah wey. plat no.WPN1841. bapak aku cukup kenan ngan no. ni sbb ni no.badan dia dulu. kami pon tunggu dia sampai kat kedai tu n serah kunci je. tiba-tiba dapat tau eksiden lak. inilah yg dinamakan kalo dah jodoh tak ke mana. kalo xjodoh tu, memang tah kemana-mana la jawabnya huhuhu

masa tu aku masih baru dalam dunia perundangan. budak hingusan tak habis belajar lagi. mula2 cina tu pujuk nak betulkan mana yg kemek tu je la kan.. aku macam hampir2 nak terima.. bila balik tu, Allah bukak mata bukak hati ni seluas-luasnya, logiknya la kan.. kalo kita beli roti, roti tu kena makan tikus masa kat kedai tu lagi, mesti kita dapat ganti roti yg baru or dapat duit balik kan? apelagi kalo dah dia langgar kete tu sampai kemek camtu, mestila aku layak dapat yg baru kan?? aku kol lecturer sana sini tanya. memang kompem boleh dpt yg baru.

bila kita mintak yg baru, mula la dorang pun panas punggung la. tp kami buat keras je. camne pon kami tetap ngan pendirian kami. kami nak yg baru!! itu hak kami!! last2 dapat jugak. tp kaler orenggg sebab hitam out of stock dah. dgn new registration no. WPP 1853.

alhamdulillah sampai ke harini masih elok, masih rock n roll sbb bunyi ekzos dia.. peghh mengaum!! rata2 org naik kete aku sume tanya aku modified ke kete tu. jawapannya memang tak laaa.. aku nak korek duit celah bedah mana.. baik aku makan drp menghabiskan duit menyolekkan kete. haha asalkan ada rupa kete cukup la kan hehehe

...ok sambung balik cite masa kat uitm tu. maka berakhirlah dunia rempitku. dan bermula la dunia drift plak hahaha mula2 dapat kete ni, motor kena tarik laa.. sedih. kalau dulu kelas kul 8.30 pagi, aku bangun kul 8, 8.25 betolak p klas, parking kat depan kelas betol2. bila abes klas pon aku la org petama kuar, capai motor n terus balik hostel, aku rasa aku la antara yg pertama jumpa katil berbanding kengkawan len kat klas tu hohoho tetapi, kini bila dah ada kete, lepas subuh dah siap nak gi kelas 8.30 tu, parking tudiaaaaaa jauh nok mapuh sbb parking yg dekat2 ramai org dah amek awal2. lagipun kete kan, sedekat mana je pun kau mampu nak park ye dak? berpeluh2 nak sampai kelas. waktu rehat tak cukup sbb sampai bilik lambat (padahal org lain tak balik pon. aku je ngengada lebih nak tido gak tghari tu ahaha).

maka, aku merayu lagi sekali kat mak bapak aku utk bawak semula motor ke uitm. kali ni, motor pon ada (utk p kelas), kete pon ada (utk balik rumah or ke destinasi luar drp shah alam). kelassssss kau nik. dua2 pon hado. bajet anak jutawan apa?? hahaha adala dlm 2-3 tahun jugak aku hidup ala-ala anak raja brunei hehehe dulu boleh la.. skang aku dgr sapa2 duk asrama mmg langsung takleh bwk masuk kete dah. siap kena clamp pepagi buta bila pak gad buat projek mega. prosidur apply sticker pon dah strict. ohoho selamatttt.. syukur sangat masa aku belaja dulu tak sekejam itu muahahaha (mungkin wujudnya org macam aku yg menyukarkan mereka di kemudian harini?? haha sori la ye adeks adeks muahahaha)

i really miss my uni life. sumenya manis dan indah.. dan mudah.. huhuu
skang dah 3 tahun aku tak guna motor sepenuhnya. lepas habis belajar la kiranya. rindu zaman bawak motor kat uitm. rindu meredah hujan nak p kelas. rindu beli makanan kat kengkawan time lunch or dinner, kuar potostat bahan2 ilmiah. sumenya dengan motor berjasa tu. huhuu rindunyaaa nak merempit!!!

*sori gambar moto byk jasa tu xpenah diambik huhuhu.. dan skang abg aku amek guna plak. menyesal lak rasanya!!

df in da house!! :))

Posted by nikct at 8/02/2012 01:39:00 PM 0 comments

setelah ditambah tolak didarab dan bahagi, kami ambik keputusan utk angkat sejibik deep freezer. yg kat rumah mak aku ni dah penuh. bukan ngan susu je, penuh dgn brg basah dia la jugak. peti ais kat rumah kami lak 1 pintu je, xmampu simpan susu lama2. makanya lama-kelamaan kena jugak beli.

tenkiu incik sailor bagi sokongan sepenuhnya utk bf! lebiuuu :')

semoga dipermudahkan perjalanan bf baby Izz. permurahkanlah rezki anakku tu ya Allah :)

Published with Blogger-droid v2.0.4
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea