Monday, September 2, 2013

Back to normal routine

Posted by nikct at 9/02/2013 02:41:00 PM 6 comments
Bila abah sign on semula (15 Ogos 2013), balik lah mama ke pangkal jalan. Kembali merewang meroyan tak tentu pasal kat blog huhuhu T_T

Sepanjang abah sign off yg lalu, selain drp puasa dan raya, sempat lagi kami mengembara Cuti-Cuti Malaysia anak beranak. Selain dr urusan kerja, mama memang ambik cuti khas untuk spent time ngan kesayangansss mama dua orang nih.

Macam biasa, picture speaks a thousand word.. hehe (walhal malas) muahaha (Sori tak tersusun coz dah lupa susunan rentetan peristiwa haha)

riadah pagi bawak izz jalan2 kenal dunia. haha

kami ke Kota Kinabalu, Sabah sebab mama ada conference kat sana. Lepas habis conference kami pecut pi Kundasang, merehat2kan minda yg seteres dek conference berupa torture tu haha


ke taman tasik titiwangsa. tiba-tiba jumpa kudaaa..
ke beach wedding kawan abah kat lumut, perak.

singgah menara condong, teluk intan. makan-makan angin je. haha

ke kuching, sarawak atas urusan kerja jugak. tp sebelum tu makan angin lg. ai kembung la perut asek makan angin jak hahaha alang-alang ke kuching, kami ke Pasar Serikin dekat Bau, Sarawak. rembatla sebidang tikar sarawak buat ole-ole hehe

balik kampung haritu opah n tokayah ajak berpicnic. maka berendamlah dalam sungai anak iols. hehe
mama amek cuti untuk ke Langkawi!! kami pegi island hopping, shopping, makan n jalan sepuas-puasnya!! lepas ke langkawi, kami singgah Wang Kelian & Padang Besar kat Perlis! Lepas tu sambung berjambi jimba kat Ipoh pula (sebab mama ada meeting kat sana).
Lepas Ipoh, kami naik cameron highlands untuk kali ke berapa taktau dah. sat bagi depa ni pikiaq dulu.. hahaha
ke melaka untuk wedding uncle faiq dan aunty fathin. sebelum tu lepas balik dr sabah kami terus ke melaka untuk wedding aunty fad & uncle faris
raya mega project : family portrait. sayang korang ketat-ketat, abah n izz :')

sesudah 5 hari raya, abah dapat panggilan dari laut. huhuhu T_T


kejap sangat rasanya 2 bulan abah cuti ni. baru 2 minggu abah pegi, dah rasa macam 20 tahun (hiperbola metafora). nak tunggu abah genapkan 2 bulan untuk off lagi skali, masyaAllah. dugaan sangat rasa.

Ya Allah, lindungilah ketua keluarga kami dalam mencari rezeki halal untuk kami. Aaminn....


Perkahwinan

Posted by nikct at 9/02/2013 02:01:00 PM 1 comments
Perkahwinan,
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua,
Bukan juga sampai tua
Ia perjanjian sampai mati.

Perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Jesteru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.

Perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Tika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.

Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman & takwa,
Untuk belajar meniti sabar & redha Allah SWT,
Kamu bukanlah Saidina Abu Bakar R.A,
Tidak setegas Saidina Umar R.A,
Tidak sewara' Saidina Uthman R.A,
Pun bukan segagah Saidina Ali R.A,
Jesteru, kamu adalah suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh.


semoga kasih ini mekar hingga syurga, insyaAllah. demi Allah aku sayangkanmu, suamiku.

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea