Sunday, March 13, 2011

setakat ini part 2.

Posted by nikct at 3/13/2011 11:27:00 AM 0 comments
kapal dan incik sailor alhamdulillah setakat malam tadi ok. tapi ada beberapa orang krew yg tak berapa ok, after insiden tersepit dek mesin seberat 1 tan! ada sorang krew ni, hujung jarinya dan kuku macam dah tergantung (macam nak tercabut kot?), nampak tulang. ya Allah. kesian budak tu. speed kapal dah naik, means kapal akan sampai awal sehari, seperti yg dijadualkan sebelum ni. sampai sini, budak tu akan dihantar utk undergo medical treatment. meanwhile sementara nak sampai, kena la dia tahan sakit tu, yg saye boleh bayangkan teramat lah sakit. kalau kulit kita ni tersiat biasa pun, kita dah melepuh kepedihan, ape lagi la yg sampai tahap isi tergantung tu?? membayangkan pun dah ngeri. apa lagi merasanya sendiri. semoga luka tu dijauhkan daripada sebarang jangkitan. semoga dia mampu bertahan. kesian sangat kat dia. semoga mereka kuat! amiiinnnn.. harap-harap semua berjalan lancar, dan hari ni lebih baik dari hari-hari sebelumnya. amiiinnnn...

Saturday, March 12, 2011

setakat ini.

Posted by nikct at 3/12/2011 09:34:00 PM 0 comments
setakat ini, Alhamdulillah, semua masih dalam keadaan yang baik. semoga semuanya baik-baik je, incik sailor ke, krew ke, or kapal ke, harap-harap semuanya baik-baik je, bukan je dalam perjalanan nak sampai sini, tapi jugak dalam setiap perjalanan pegi dan balik ke semua destinasi pada bila-bila masa pun!! insyaAllah, dengan izinMu ya Allah..

mendidik diri.

Posted by nikct at 3/12/2011 08:42:00 AM 0 comments
dulu saye suka meminta-minta. maka saye perlu mengajar diri untuk tidak meminta-minta, bersyukur saja dgn apa yang ada. "tangan yg memberi lebih mulia dari tangan yg menerima." oleh itu, belajarlah untuk memberi lebih daripada meminta-minta. seorang kawan pernah berkongsi, bahawa apabila kita memberi dengan ikhlas, Tuhan akan beri ganjaran yg berlipat kali ganda lagi dari apa yg kita dah beri. jadi, jangan mengharapkan apa-apa pemberian org. tolong jangan. bersyukur dengan apa yg dah diberi. sekurang-kurang, masih ada rezeki. Alhamdulillah...

dulu saye suka lebih dari orang lain. kini saye sedar, manusia dijadikan tuhan berbeza-beza, maka kemampuan juga berbeza. maka saye perlu belajar utk bersyukur dengan apa yg ada, apa yg mampu saye sendiri capai. perasaan akan jadi tak tenang bila kita fikir kita ni kurang dari orang lain. setiap masa takkan cukup.

dulu saye suka minta simpati. saye perlu belajar utk buang tabiat buruk ini dan berdiri atas kaki sendiri. susah mana pun hidup, jangan harapkan simpati orang lain. selagi boleh berdikari, boleh ikhtiar sendiri, maka berusahalah!

dulu saye ALPA. TERLALU ALPA. saye perlu bangkit dan sedar, siapa pemilik hakiki. saye perlu banyak belajar memperbaiki diri. banyak sangat kelemahan yg tak terzahir oleh kata-kata. hanya Tuhan tahu betapa berdosanya diri ini. setiap hari, setiap masa melakukan dosa. saye perlu belajar dan terus belajar, utk menjadi manusia terbaik utk agama, family dan orang-orang yg saye kasihi.

saye taknak dgn kekurangan, ketaksempurnaan, kejahilan, kealpaan, dan dosa saye ni membuat Tuhan dan juga orang-orang di sekeliling saye kecewa dgn saye.

ya Allah, bantulah aku. berikanlah aku petunjukMu. tanpa Mu, aku akan sesat. dan terus hanyut dalam keindahan duniawi. T_T

Golongan yang mendapat naungan.

Posted by nikct at 3/12/2011 08:31:00 AM 0 comments
Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri (yakni hari kiamat), iaitu :

1) imam (kepala atau pemimpin) yang adil.

2) Pemuda yang membesar (sejak kecilnya) dalam beribadat kepada Allah.

3) Orang yang hatinya tergantung (sangat memerhatikan) kepada masjid-masjid.

4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula.

5) Orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas)

6) juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya.

7) dan orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."

Friday, March 11, 2011

risau makin risau :|

Posted by nikct at 3/11/2011 07:27:00 PM 0 comments
tsunami alert ke atas lebih kurang 19 negara, after Japan bergegar sekali lagi (8.9 skala richter kali ni) dan mencetuskan tsunami hingga memutuskan talian telefon di beberapa daerah di Jepun. T5 sedang dalam perjalanan balik ke Malaysia. hati ni risau yg tak terhingga. ya Allah. jauhkanlah segala malapetaka dan bala bencana yang buruk ke atas krew T5. kasihanilah mereka, Kau yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. ya Allah risaunya... tenangkan dan redhakanlah hatiku dengan ketentuan ini ya Allah...

lamanya masa ni berlalu. T5, be home safely please... :'(

Thursday, March 10, 2011

hinanya aku :'(

Posted by nikct at 3/10/2011 10:09:00 PM 0 comments
Di saat aku ditimpa bencana, aku seringkali memohon kepadaMu.. Ketika bencana itu hilang, aku melupakanMu. Telah terlalu banyak janji- janji manis ku tabur padaMu.

Aku sering memungkiri janji-janjiku padaMu. Betapa hinanya aku disisiMu…

Ku akui aku seringkali membiarkan diri ini tewas pada pautan nafsu. Aku biarkan diri ini tertipu dengan benda yang dipanggil fitrah.. Aku biarkan diri ini tenggelam dan alpa dalam nikmat dunia yang palsu.. Aku telah jadikan semua itu sebagai puncak dan matlamat pencarianku.. betapa hinanya aku disisiMu.

Aku telah menjadi semakin berani. Berani meletakkan nasib ditangan ku sendiri..Berani meletakkan diriku dalam golongan yang rugi. Mengorbankan segalanya untuk benda yang tidak pasti.. Betapa hinanya aku disisi Ilahi.

Ya ALLAH…janganlah Kau condongkan hatiku kepada kesesatan setelah Kau beri hidayah..Kau penuhi permohonanku dan mudahkanlah perlaksanaan keperluanku. Kau bantulah aku dalam memperbaiki amal ibadahku padaMu.. Kau bersihkanlah hatiku dari noda dan dosa..janganlah Kau tolak untuk memenuhinya sedangkan Engkau telah memberiku jaminan untuk itu. Janganlah Kau tutup pintuMu sedangkan Engkau telah memerintahkan aku mengetuknya.

Anugerahkanlah aku segala sesuatu yang mendatangkan kebaikan di dunia dan di akhiratku dan masukkanlah aku ke dalam golongan yang berbuat baik kerana permohonan yang ku pohon dariMu dan yang mendapat hasilnya dari memohonnya dariMu, yang mendapatkan Kurnia dariMu kerana bertawakal kepadaMu dan yang mendapat perlindungan kerana melindungkan diri di bawah naunganMu.

Wednesday, March 9, 2011

semoga baik-baik sayang :|

Posted by nikct at 3/09/2011 09:28:00 PM 0 comments
no news since this afternoon. lepas tengok berita TV3, bertambah kerisauan saye. tak mampu nak dizahirkan terlalu nyata, ada hati yg perlu dijaga. hanya mampu berdoa, semoga semuanya baik-baik saja. insyaAllah.. amiiiinnnn :|
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea