Saturday, January 14, 2012

doa Siti Aminah ketika mengandungkan Rasulullah s.a.w

Posted by nikct at 1/14/2012 01:51:00 PM 0 comments

"Aku melindunginya dengan Tuhan yang Maha Esa yang menjadi tempat tumpuan segala makhluk daripada kejahatan tiap-tiap pendengki."


Published with Blogger-droid v2.0.2

Faedah Protein Soya Untuk Ibu Hamil

Posted by nikct at 1/14/2012 01:46:00 PM 0 comments

Menurut kajian dari Prof Dr Azizan Ismail, susu protein soya yang diperbuat dari bahan organik sangat bagus untuk ibu yang sedang hamil.


Susu protein soya dikatakan sangat bagus kerana ia mengandungi asid folat yang diperlukan oleh yang sedang ibu hamil. Secara umumnya, susu protein soya mengandungi vitamin B, E dan K serta niasin.


Jadi kepada ibu-ibu yang sedang hamil, jangan sesekali mengabaikan pengambilan susu protein soya. Selain dapat membantu dari segi kesihatan kita dan bayi yang bakal dilahirkan, ia juga mampu untuk membantu perkembangan minda bayi yang bakal kita lahirkan.


Mengikut kajian tersebut juga, susu protein soya amat sesuai digunakan untuk menggantikan susu formula yang ada dipasaran. Susu formula dikhuatiri mengandungi bakteria tidak baik yang mampu untuk membahayakan kesihatan penggunanya iaitu si ibu dan bayi.


Tulang yang kuat juga diperlukan bagi ibu-ibu yang mengandung. Jika tulang mereka tidak kuat, agak sukar bagi mereka untuk melakukan aktiviti seharian yang melibatkan pergerakan. Ini disebabkan, ibu yang mengandung perlu menampung berat mereka dan juga berat bayi yang ada didalam kandungan.


Saranan penganbilan susu protein soya buat ibu-ibu yang mengandung dapat membantu menguatkan tulang mereka kerana susu protein soya mengandungi kalsium. Kalsium adalah salah satu mikro mineral yang berguna untuk tubuh badan manusia dan 99% daripadanya ditemui dibahagian tulang kita.


Jika anda seorang ibu yang sedang hamil, sudahkah kita mengambil susu protein soya? Kepada kaum bapa, adakah isteri dan anak yang bakal dilahirkan sudah mendapat segala yang diperlukan mereka? Rasanya tidak salah melaburkan sedikit duit untuk kesejahteraan keluarga kita.


sumber : blogkesihatan.com


p/s : susu soya dlm kotak tak bagus. sebab dah ade pengawet bagai. biasa la dorang claim no additives bagai, tp kalo packed foods or drinks ni yg mane je xde tambah pape perisa kan? syukur alhamdulillah makayah mertua prihatin. dorang bg pinjam mesin buat air soya (pinjam time ngandung je la, nanti kaklong ke adik beradik lain pulak nak gune bila preggy hihi).


dlm masa yg sama, pngambilan susu soya melebih2 pun tak elok. org kate nanti kulit baby akan jd sensitip. seminggu dua bole la minum skali.


sekian info ibu ngandung yg dicopy paste dan perkongsi info dr saye. hihi xsabo nak minum soya nih. 2 ke 3 minggu gak dah xbuat nih..


Published with Blogger-droid v2.0.2

amalan dan doa semasa mengandung

Posted by nikct at 1/14/2012 11:29:00 AM 0 comments

* surah al-fatihah

* ayat kursi

* Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak

* Surah Luqman – untuk anak yang cerdik

* Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat

* Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin

* Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu

* dan sebagainya (seelok-eloknya bagi yg belum sempat khatam, mengkhatamkan quran pada peringkat ini dan mengamalkan surah2 di atas sebagai tambahan)


Doa semasa hamil –

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.


amalan genius yahudi

orang yahudi dikatakan memulakan pendidikan awal anak-anak sedari mereka di dalam kandungan lagi. baik dr segi pemakanan (pengambilan badam, susu, kurma, salad dan minyak ikan) dan juga amalan (menjauhi asap rokok, melakukan latihan matematik, bermain piano, violin), semuanya dimulakan pada peringkat awal kehamilan lagi. mereka percaya dgn melakukan semua ini, anak-anak dlm kandungan akan teransang mindanya dan akan menjadi bijak dan genius (perbuatan diteruskan sehingga anak dilahirkan, di mana pemakanan dan aktiviti anak-anak dikawal rapi).


* oleh itu, marilah kita mula mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat spt yg telah dituntut oleh syariat (bacaan ayat suci al quran dan berdoa utk bayi) dan melakukan perkara yg diamalkan oleh kaum yahudi (dr segi penjagaan makanan dan amalan seharian) untuk perkembangan positif anak-anak dari peringkat dalam rahim.


sumber - google


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, January 13, 2012

slipped disc

Posted by nikct at 1/13/2012 04:33:00 PM 0 comments

dah pegi refer pakar kat HPJ pg td. alih2 xjumpe pakar pun.. kena set appointment pulak snin ni. ya Allah sure kebah dah sakit aku time tu kot? sure doc kate "xde pape prob pon?" ye ar drp aku xleh jln smpai dah leh jln sdri duk ulang alik klinik - hosp. sume xleh bg kata putus yg baik.


last2 geram sgt aku pegi KPJ kjg for ntah-ke-berapa punye opinion.


after cite kat doc apa jd, doc dah plan nak buat m.r.i. aku kate, "doc, saye preggy"


"alamak..."


doc suspek slipped disc. dia plan nak m.r.i. physio etc tp dah preggy pulak, so kena postpone sampai lepas give birth, afte 2 ke 3 bulan tu la.. so ape yg dikatakan selama ni benar belaka? :'(


so kesimpulannya, aku dah bole agak ape pakar kat HPJ akan ckp snin ni. for sure, no action can be taken until delivery. period!


Published with Blogger-droid v2.0.2

sampai kebah

Posted by nikct at 1/13/2012 08:44:00 AM 0 comments

sabtu lepas mmg takleh lupa la. aku jatuh rebah tak dpt kontrol menahan sakit lg dah. dah la preggy, hubby takde disisi pulak. mujur duk ngan parents. alhamdulillah.


lepas aku solat subuh sambil berbaringan tu, aku nak panggil sape pun,rasenya mcm xguna. parents aku mcm xbalik dr masjid lg. so aku selesakan diri dan tidur.


bila sedar semula, aku konfem mmg sakit lama berulang balik tp kali ni teruk sbb sakit sgt sampai aku takleh bangun. dulu sakit jgk belakang ni, sampai aku jalan tbongkok2 tp xde la sampai xleh bangun. dgn susah payahnya aku bangun, melangkah turun dr katil. n guess what, I cant stand on my own. aku takleh lepas tgn aku dr lutut. aku xleh melangkah melainkan aku heret kaki aku melangkah ke depan. ya Allah beratnya dugaan ni. tuhan maha tahu betapa sakitnya nak melangkah kan kaki ke pintu tu.


bukak je pintu, aku jerit panggil makayah aku. bapak aku kat luar, mak aku tgh tidur. mujur la jugak ade org dlm rumah. aku trus melutut, mengerang menahan sakit sbb bertahan mengheret kaki nak bukak pintu bilik je pon!! ya allah...


mak aku suh aku baring ke lantai. dia call abg aku yg doc tu. nasib baik ade abg doc. rawatan kecemasan tu bole la diharapkan. mak aku nak bg pain killer. mujur dia call doc dulu. doc xbg. dia suruh mkn panadol dulu.


petang tu dah 2 kali mkn panadol 2bijik pun tak jalan, mak aku suruh pegi spital laa. azab pg td bersambung lg bila aku xdpt angkat bdn sdri utk bangun dr perbaringan tu. aku bole mengiring, tp nak twist punggung utk bangun, ya allah azabnyeeee kengiluan tu.. makayah tolong pun xbole. aku akan teriak sakit. mengalir air mate ni beb menahan sakit.. tp camne pun aku kena bangun. aku dah dkt 10jam xke toilet. mandi ke, solat ke, apetah lagi.. brp jam aku struggle nak bangun. mmg silap besar bila mak aku suruh aku baring atas lantai tu. bila sakit belakang ko jgn la baring atas lantai. baring la atas suatu tempat yg tinggi supaya ko bole pusing kaki n badan ko utk bangun nanti.


akhirnya aku dpt idea, aku,mintak mak aku tlg alihkan punggung ni utk pusing bdn aku n akhirnya aku bole duk merangkak. maka merangkak la aku pegi toilet. buang air, mandi, dlm posisi merangkak. mak aku tolong la ofkos. tgn still xleh lepas. dah siap mandi aku merangkak ke hujung katil. dgn hrpn nak melutut n bangun. tp sakitnyeee. bila abg aku sampai, aku kena pimpin pelan2 nak ke kereta. disbbkan hari sabtu, so pegi hospital putrajaya je la yg plg dkt n tau pon.


sampai emergency dept, dorang amek ngan wheelchair. mak aih wheelchair baru. bkn lg best. lg sakit ade la. dpebuat drp plastik yg sgt keras 100%, xpasal blkg aku ni lg sakit bile duk atas tu. tahan je la waaaaaa.


berejam gak nak jumpa doc. emergency ape ni? huh. dh dpt masuk jumpa doc, doc bole kate "saye hanya bole bg awak pain killer injection je, dun wori ianya selamat utk keadaan awak skang ni, pastu saye bg ubat tahan sakit ni, awak mkn bila perlu je lah ye. kite xbole nak check awak skang ni, xray xbole, ape pon xbole"


pastu balik.


hari isnin sakit menjadik2. dah la xdbagi mc. doc kate awal lg, sabtu kan. so harini la kena pegi mana2 klinik nak dptkan mc. pegi klinik berbayar kat umah. doc tgk buku merah n tanya "bila next check up?" "esok patutnya" aku jawab.


"kalo camtu, saye bg awak mc harini. awak continue je mkn ubat yg doc bg tu. esok masa check up awak bgtau sakit awak ni. nanti klinik akan refer pd hospital la perkara ni".


bila amek mc, kena byr rm10 (xpasallll)... dah la tunggu lama jugak. bila jumpa bole dia bg advice camtu je? susah sgt ke nak buat reference letter tu??? kena caj 10hengget lak tu.. huh!!!


aku xsedap ati. ape2 blh jd dlm 1 hari ni. kang kalo aku balik ttbe jatuh ke camne? sape nk jawab? mesti sume lepas tgn. so aku pegi klinik kesihatan salak terus utk jumpa doc. alhamdulillah kes aku direfer cepat pd doc since aku mmg xleh nak jln sgt dah ni.


"ok saye refer awak pd emergency dept, so dorang leh refer ke ortho etc". ok, lega..


pegi ED, tunggu lame jugak lg, dah setengah hari aku ke sana sini time ofis hour, masih xleh bjln n masih xdpt mc. bila jumpa doc, dia refer kes ni kat bilik seblah n bila masuk balik, dia bole ckp benda yg sama dgn doc dept yg sama sblm ni.


"doc, xleh refer ke pakar ke? saye sakit sgt ni. at least, physio ke"


"dgn keadaan skang mmg awak kena makan ubat tu je. kalo pegi ortho pun dorang xleh buat pe. pegi physio pon xmembantu"


"tp dah sakit sgt ni. jalan pun xbole. buang air pun sakit"


"memang kita xleh watpe. kalo sakit sgt awk dtg, kite bg injection lg je. skang sy bg awak mc, 3 hari"


"ok" «--- kecewa nak mati..


mc 3 hari aku ikut la disiplin doc tu. mkn ubat, even kat paket tu tulih "bila perlu" je, aku mkn je 3 kali sehari sbb.. mmg aku perlukannya. sakit. terbaring mcm ape je. sambil2 tu tkenang jugak nasib anak dlm perut ni. ok ke x dia?


habis je mc, aku masuk opis. jalan mmg bole jalan. tp mcm nenek2 si bongkok 3 la. aku kena masuk opis sbb kena submit hujahan haritu jugak. ayah aku drive, since sakit belakang kan, ape2 blh jd tgh jln nti. aku siapkan hujahan, then trus p klinik kesihatan dkt umah.


doc yg buat surat rujukan haritu mcm mrh. kenape ED xrefer benda ni kat ortho? at least physio? n doc kat klinik ni ckp xpatut dia suh aku bgantung kat ubat, sbb ubat tu x elok nak dimakan lama2. bayangkan aku dah telan dr hari sabtu. doc, saye dah ckp tu sume tp doc kat ED tu kate xmembantu.


"xpela saye buat surat rujuk terus ke ortho. saye bg mc lg 2 hari kat awak ok"


masa tu dah ptg. klinik pakar bukak time ofis hour je. kalo patah balik putrajaya kompem sesia. esok je la jawabnye.


so, pg ni plan nak pegi ortho tu la. tp mcm no poin. sakit ade lg tp dah nak kebah. dah bape hari kan. siap makan pain killer bagai dah. ape la pulak ortho tu nak kate japgi? mesti sesuatu yg mengecewakan.. hmm..


harap2 ape pun berlaku biarla aku je yg tanggung mudaratnye. bukan anak dlm kandungan ni. kasihanilah dia ya allah... :'(


Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, January 7, 2012

sakit dtg balik

Posted by nikct at 1/07/2012 08:59:00 AM 0 comments

di saat aku menaip entri ni, aku masih terbaring. pinggang rasa ngiluuu sgt bila aku gerak. sakitt sgt. sengalll sgt. ye sakit belakang aku dtg balik. adakah ianya penyakit lama yg dtg kembali or sakit sbb preggy? aku pun xtau. xtau nak buat camne lagi ni.

yg jd teruknya bila nak pakai kain smyg subuh td. bila angkat kaki tiba2 dia mencengkam tulang blkg ni. aduiyaii. teduduk melutut aku. merangkak nk bangun naik ke katil n perform solat subuh sambil baring je. bole emel incik sailor utk bgtau je la since tab ada kat tepi.

what shud I do? pegi klinik then mintak dia refer hosp or trus p hosp? biarla muscle ni rileks jap lagi. nak gerak kaki pon xbole ni.

I wish u were here :(

Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, January 6, 2012

jangan mainkan org susah

Posted by nikct at 1/06/2012 01:44:00 PM 0 comments
kita taktau level intelektual seseorang individu tu berada di tahap mana. pada kita yg ada degree dua tiga pat lima lapis ni, alhamdulillah la, Tuhan Maha Kaya, bagi kita akal yg cerdik, IQ yg tinggi nak tamatkan skola sampai menara gading. tp tak semua org bernasib baik mcm kita. ada yg tak habis skola, ada yg xskola pun. kenapa? family background dia la, mungkin dia susah, mungkin family dia ada masalah nak skola kan dia. macam2 lagi la. hidup kan.

tapi dah tuhan bagi IQ tinggi, pada tahap yg baik sampai ko boleh grad, dpt keje bagus2, jgn la ada sifat nak kondem, merendah-rendahkan org lain. mempermainkan tahap pengetahuan dia yg rendah. pegi canang kat org pulak tu. tah2 dia tersilap kata je, kita tak tau apa dia dah hadapi dalam hidup dia. mempermain-mainkan org camtu tak baik la. seolah-olah merendah-rendahkan martabat org tu. be professional la. buat kerja ko. kalo ko boleh tolong dia, tolong la. mungkin dia bodoh, tp tak bermakna ko yg bijak ni boleh terus mengiyakan kebodohan dia kan? at least ko ajar la dia, tunjuk dia jalan.

apa guna belajar tinggi2 tapi tak bole nak bimbing org dengan ilmu yg penuh di dada tu, katanye?

renung-renungkan dan selamat beramal.
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea