Wednesday, January 18, 2012

indahnye penantian ini

Posted by nikct at 1/18/2012 10:17:00 PM 0 comments

orang kata penantian suatu penyiksaan. yep, memang betol. kadang2 ia menyiksakan. bila berjauhan dgn my hubby incik sailor, medium pengantara bila kapal mula belayar hanyalah amos (emel). indahnya penantian bila saye tunggu emel dr dia masuk ke peti inbox ni. mcm mula2 becinta la, perasaan menunggu org yg kite suka tu balas sms kite, cane rasanye? mcm org angau cinta baru berputik la jadiknye. bdebar2, xsabar2, excited semacam. baca emel pun bole gelak sensorang!!


pecaya atau tidak, sehingga ke harini, walaupun dah hampir 2 tahun besama, tiap kali ade emel masuk (bila dia belayar la), bdebar2 sgt nak tau sape sendernya. bila tau sendernya my hubby,incik sailor, mula la excited gilos nak membacanye!! tak penah kurang perasaan "org angau cinta baru berputik" ni.


ni la kemanisan cinta jarak jauh. semoga perasaan "org angau cinta baru berputik" ni kekal sampai bila2. hingga ke jannah, katanye.


disclaimer : tp, kalau sampai berhari2 emel xmasuk, hilang la manisnya. betukar jd risau lah pulak.. huhu


Published with Blogger-droid v2.0.2

4th check up : kancing gigi

Posted by nikct at 1/18/2012 12:57:00 PM 0 comments

harini check up yg ke 4. ambik blood pressure n timbang berat je since minggu lepas dah amek air kencing ngan darah (masa sakit lame dtg mjengah tu). alhamdulillah normal sume. berat naik 0.5kg drp minggu lepas. b.p normal. rutin mcm biasa la, except kena inject kancing gigi.


masa org tu nak inject, dia tanya "tau x kenapa kena inject kancing gigi?"


honestly, aku taktau. haha


"kita inject kancing gigi sebab nak elak u n baby kena kancing gigi in case masa u nak bersalin, husband takde, panggil teksi pun takde, terpaksa panggil bidan. bidan kampung biasa dia punya gunting n alat lain tak sterilized. so kalo u x inject ni, kemungkinan kena jangkitan tu tinggi. ini utk elak u n baby dari terkena itu jangkitan la. tp biasanya most developed country dah xde dah ni smua. kita buat ni utk cegah je la. biasa kalau u penah pijak paku u kena cucuk ini jugak. utk 1st pregnancy, 2kali cucuk. for next baby, 1 kali saje lor"


"ooooo. ade pape effect tak, pening ke ape ke"


"oo takdak. cuma u akan sakit la 2-3hari"


"hah sakit???"


"takla. u sakit lenguh la. tgn tak bole angkat sbb lenguh saja. paham aa?"


"oooo. paham2"


bagus la nyonya tu. panjang naa explaination dia. masuk sampai developed countries tu haha


Published with Blogger-droid v2.0.2

langau

Posted by nikct at 1/18/2012 12:22:00 AM 0 comments

dlm menjalani hidup ni, kita xlari dr menempuh dugaan. ade je halangan. sbg cthnya bila nak mkn, ade je langau dtg mengganggu gugat kebahagiaan kita menikmati selera makan. kalau kita fokus kat langau tu je, nescaya kita akan stress ke tahap gila sbb memberikan tumpuan sepenuhnya pd si langau tu. mcm mane nak handle permasalahan ni?


adalah dgn berpikiran the other way around. anggap la langau tu pemangkin utk kita bersiap siaga sentiasa berwaspada. berusaha sembur serai wangi ke, letak daun pandan kat meja makan ke, sembur shieldtox ke, pon bole la kan..


so berbalik pada dugaan dan halangan dalam hidup tadi. bila ade masalah kita xperlu fokus pd masalah tu tp cuba pikir positive dan cari solution utk berusaha mengurangkan or mengelakkan drp dugaan n halangan tu terus mengganggu konsentrasi.


*sdg cuba utk berpikiran positive habis utk langau yg dah lama ganggu gugat hidup ni. sabar sgt lah wahai hati. mana ade ceritera sempurna dlm perjalanan hidup semua org. dan kau sendiri penah melaluinya. beri lah masa padanya, moga Allah beri hidayah pada diri ini dan jugak langau tersebut (ya tuhan tlg lah bukakan pintu hati si langau ni agar dia xmengganggu gugat kebahagiaan menikmati nikmat ini).


ya Allah, semua yg terjadi ni mengikut takdirMu. permudahkanlah sekiranya ianya baik utkku. sekiranya ia mendatangkan mudharat padaku, maka permudahkanlah utk ia pergi dan redhakanlah hati ini menerimanya. permudahkan kesulitan dan kerunsingan yg dihadapi ni. ya Allah lindungilah kami drp tiap2 perkara yg mendatangkan kemusnahan dan kerosakan. sesungguhnya Kau Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani. amin ya Rabbal 'Alamin...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, January 15, 2012

inilah sayyidul istighfar (penghulu istighfar)

Posted by nikct at 1/15/2012 09:07:00 AM 0 comments

Ertinya ""Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkau telah menjadikanku dan aku adalah hambaMu, dan aku di atas perintah dan perjanjianMU sekadar keupayaanku. Aku berlindung denganMu daripada segala kejahatan yang aku lakukan, Aku mengakui nikmatMU ke atasku dan aku mengaku akan dosaku. Ampunilah dosaku, sesungguhnya tiada yang mengampunkan segala dosa melainkan Engkau"


 " Sayyidul Itighfar, sesiapa yang membacanya dengan penuh keyakinan ketika petang, kemudian dia mati pada malamnya, dia akan dapat masuk syurga.Demikian juga kalau dia membacanya pada waktu pagi " (HR Albukhari)


semoga perkongsian ni membawa manfaat kpd diri sendiri n kwn2 lain. insyaAllah..


peringatan utk diri sendiri : dengan syarat kena amalkan la kan... rajin2 ye nik.. jgn malas2 lg...


Published with Blogger-droid v2.0.2

10 surah al-Quran yg mujarab

Posted by nikct at 1/15/2012 08:42:00 AM 0 comments

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.


3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


4. SURAH AL-WAQI’AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.


5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.


6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.


7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..


8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”


9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.


10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.


hasil perkongsian google. ya Allah kuatkan dan tabahkan hati ini dalam mengerjakan ibadah kpdMu.. aminnn


Published with Blogger-droid v2.0.2

skype-ing :)

Posted by nikct at 1/15/2012 02:06:00 AM 0 comments

saye dah berjauhan dengan my hubby incik sailor hampir 2 bulan (since 22.11.11). dari tarikh tu saye melalui pregnancy process sorang2. my hubby incik sailor hanya dgr khabar dr jauh je. check ups, baby's development.


dia takde ketika 3rd checkup yg mana nurse detect baby's heartbeat masa tu, dia takde masa baby mula 'berdenyut' pada minggu ke 18, dia takde masa baby mula bergerak2 dlm perut ni dan dia jugak takde menyaksikan tumbesaran baby dlm perut nih.


dan sampai harini saye tak pegi scan even kandungan dah cecah 5 bulan lebih. kate org dah bole tau jantina. saye excited sgt nak tau. tp, xkan saye nak excited sorang2? mcm xbest je pegi scan hubby xde. kang patut jd hepi, tetibe sedih lak. camne? hahaa..


dgn keadaan camni, sedih tu, sedih la jugak.. nak buat cane dah dia pegi cari rezki. ye, saye tau. dats d most advice given to me, even to all seafearer's wife. berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul.. saye manusia biasa. berjauhan dgn suami time preggy bukanlah perkara indah utk dilalui, dan bukannya senang. everythg on my own. kdg2 sedih dgn view sinis org2 yg xtau nak hormat hati n perasaan org lain. takpe la, tu dah masuk topik lain dah tu..


orait.. harini kapal masuk port bintulu. bila kat port sume jenis line ade la. temasuk la line tenet. so, skype la menjadik medium yg 'mendekatkan' kami di kejauhan ni.


sdg kami bersembang, tetiba baby gerak. apelagi saye terus halakan kamera ke perut la. "nampak x baby gerak?" saye tanya dia.


"xnampak la"


"ala tgk la betul2.. ni tgh tahan napas ni tau. tgk.."


"haah... ye la... atas pusat tu ke? nampak ade gerak2 kat atas pusat tu!!"


dgn keadaan yg x mengizinkan skang ni saye memang xmampu nak bawa kegembiraan ni secara live kat dia. ini je la kaedahnye. saye teharu dapat menghubungkan seorang ayah dgn anaknya yg masih dlm perut. betul kata iklan TM tu, jauh di mata, dekat dihati. terima kasih teknologi. Alhamdulillah :')


* gunakan medium elektronik sebaiknya. ketahui batas2nya ye adik2. dah kawen nak main tunjuk2 perut xpe sbb dah halal. make sure setting pun x diglobalisasikan ;)


Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, January 14, 2012

terdengkot-dengkot

Posted by nikct at 1/14/2012 03:00:00 PM 0 comments

disebabkan keadaan sekarang, saye mcm dikuarantin. takleh nak ke mana2. takleh gi kerja (ini aku hepi), takleh jalan2 (boo), takleh p kenduri kawan n sedara mara (boo kuasa dua), takleh angkat benda berat (normal la kan), takleh naik kereta (waddafishhh????). paling bole pun, pegi hospital jek... erkkk!


ape nak buat sanpai rabu depan nih?


membaca artikel pasal pregnancy kat laman sesawang - done

copy paste to my own blog (xmalu) - done

adapting n applying - mostly done

facebooking, blogging etc-ing - dah dah dah. sampai muak...


well, sumthing missing.. u know what. jangan tanya lagi :(


Published with Blogger-droid v2.0.2
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea