Tuesday, February 7, 2012

2 years of OUR love story v(^_^)v

Posted by nikct at 2/07/2012 01:54:00 AM 0 comments
daripada 1st date..

kita memang dah sangat serasi bersama... kimia sesangattt

selamber je together-gether. masa kuar deting pon, awak dgn baju pagoda, dan saye dgn tudung bawal hitam.. menjadi diri kita yg sebenar bila bersama..

demi saye awak yang tak makan sayur, makan daun pudina :D

dipisah lautan biru pun, kita tetap utuh bersama, alhamdulillah...

makin hari makin sayang kan sayang? v(^_^)v

biarla ape org nak kata asal awak dan saye hepi bersama v(^_^)v


saye nak awak hepi je, sampai bila-bila..


saye taknak miss every moment awak hepi bila dengan saye v(^_^)v

thanks coz dah pilih saye jadi suri hidup awak. takkan sia-siakan peluang yg awak bagi pada saye :')
kesimpulannya : 2 tahun bersama awak, hidup saye AWESOME!
semoga kekal mekar kebahagiaan ini sampai Jannah, insyaAllah.
happy 2nd anniversary of our love journey, sayang..

I love u much more in my every breath, Mohd Khairil Izham Kh.Azhari :)

5th port : Negishi (again)

Posted by nikct at 2/07/2012 12:56:00 AM 0 comments
pejam celik pejam celik, dah 5 kali port dah my hubby incik sailor sailing this time around.. congrats!!! *clap clap*
pagi ni kapal yg dinaiki incik sailor sampai ke destinasi, tidak seperti yang diberitahu sebelum ni. sepatutnya kapal ke Yung An, Taiwan. tapi, tu lah mcm yg saye kata sebelum ni, jadual bertukar. layar kapal dihalakan ke Negishi, Japan (again). rasanya incik sailor macam selalu ke Negishi je. eh ke Niigata? ai konfius sudaa.. haha..

anyway, harini (baca : semalam - sbb skang dah lebih 12am rupenya) kapal terlibat dengan vetting (inspection yg wajib dijalankan beberapa bulan sekali ke ape, aku pun taktau sangat). so, bila tengah hari, my dear laling sempat send 1 sms je. semalam (baca : kelmarin) dorang berhempas pulas pulun keje sampai malam, nak siap siagakan kapal untuk menghadapi vetting harini. last minit jugak dorang buat ni sebab baru confirm. so agak kelam kabut dan dia tak sempat nak send emel malam td. bila lunch hour tengah hari td, dpt 1 je sms, sedih. tapi kena la paham. bukan dia taknak call tp dia ada urusan. nak cari rezeki kan.....

so petang td tengah2 melepek dgn si kenit ni, tetiba satu private no. call. mesti dia.. dengan berbunga-bunganya hati ni menjawab tepon. sembang-sembang macam masa mula-mula bercinta *ohh bahagianyaaaa*

tetiba my hubby incik sailor ni ckp "tadi dorang masak toge, tp tak sama dengan yg syg masak la. lain sgt rasanya. yg syg masak punye lagi sedap"

*aku dah berbunga-bunga kembang semangkuk plus terharu nak mapuh dah niiii*

tetiba kebahagiaanku dicantas dengan ayat ni,

"tapi tak tau la kan mase syg masak tu abg betul-betul lapar, so makan ape pon jd sedap"

sampainye hati laki ai ni... dia bole jadi romentik, n dia bole jadi kejam dlm sekelip mata je... aihetyuuuuu!!! :(

"ye la, abg cakap mane la tau sebab masa tu abg lapar benda tu jd sedap. tp mungkin jugak syg masak sedap kot"

huh... tengs la abangggg, lebiuuu sangattttt -_-"

Sunday, February 5, 2012

bukan PINK -_-"

Posted by nikct at 2/05/2012 09:52:00 PM 0 comments
 rata-rata yg datang masa our wedding last year komen "congrats nik, ko nampak cute pakai pink. tak sangka dowhhh!!"

er okayy.. lemme make it clear seclear clear nya. ianya bukan pink sebenanya (sori dah kecewakan korang tp aku dah pakai pink dah masa tunang haritu cuma korang je tak sempat nak tgk dan komen haha). baju kawen ku adalah gabungan beberapa warna yg aku rase takde org beran nak buat (ececehh). kaler ape ko nak tau??? ok, liningnya kaler peach, lacenya punya net kaler purple sebenanye, dan bunga kat lace tu kaler purple pink. so ianya gabungan kaler yg rare la. bila buat veil, takde lace kaler purple, so kami amek kaler peach. bila nak beli tudung, kami diberi 2 pilihan. kalau nak sedondon, ambik peach. kalau nak nampak naik (akak kedai tudung tu yg kate bukan aku), amek la pink. ape-apela. amek je la pink. aku ni bukan reti nak bergaya nak matching2 mane nampak santek ni. hentam je lah..

sebenanye aku pun fenin bila org yg nak dtg kenduri tanya "ape warna tema majlis ko??". dengan kombinasi warna yg aku dah bg td, ko rase aku patut jawa pe? biasanya aku jawab "warna-warni" hah kan senang haha. tp aku tgk ramai yg pakai pepel kaler masa dtg majlis aku haritu. mungkin sebab terpedaya dengan tema kaler kad kawen aku kot? or mungkin kebetulan.

so, bila banyak sangat warna invlove dalam majlis aku nih, jadik la ia camni :
kalau tengok belah atas, ye mungkin orang akan kata tema baju aku kaler pink

haatapi bila tengok laki ai tu, kan ke peach baju dia tu. same la ngan lining aii. so bukan la PINK hokei... apedaa uols ni...
haaa yang bebetul pink hanyalah dorang ni haa.. disclaimer : bukan aku yg pilih warna tema untuk dorang ni.




5 Februari 2011 - 5 Februari 2012

Posted by nikct at 2/05/2012 05:04:00 PM 0 comments

hari ini, setahun yg lalu, rombongan meminang drp Selama, Kedah dtg bertandang ke Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. 1st n 2nd step kita sekali harungkan (senang sbb depa mai dr jauh nuuu). majlis tertutup utk sedara-mara je, atas permintaan family berlansung dlm suasana yg sangatlah sederhana, tp Alhamdulillah berjalan lancar. masa tu my hubby incik sailor on board, dlm perjalanan ke Taiwan kalo x silap.


setahun yg lalu, mcm2 jd. byk keputusan yg berkaitan hala tuju hidup. buntu xtau nak halakan layar hidup ni ke arah mana. istikharah, doa n tawakal pd Allah s.w.t je la masa tu. hari2 hati ni runsing memikirkan. di saat org lain sume siap siaga buat preparation nak capai cita2, aku stuck in the middle of nowhere. walhal itulah cita2 sejak azali aku jejak kaki ke UiTM dulu. tiba2 boleh ada second thought pulak. nape boleh jd gini?


setelah ditolak, ditambah, didarab, dibahagi, aku pilih jalan ini. er, kenapa? byk faktor aku timbang2kan.. aku dah keje, dalam sektor gomen, dah confirm pun. silap aku terus mula keje ngan gomen. patut aku chambering ke, tanam anggur ke. hahaa. bukan takleh nak quit je, boleh. tp, turun selangkah dan mula balik, mcm bukan langkah yg bijak. bg la peluang pada yg xde rezeki lg. jgn la tamak sgt.


last2, aku lupakan cita2 itu, teruskan dgn jalan sekarang. belum apa2 aku dah rasa tak senang hati, better aku retract myself. aku bertunang, menikah, berkahwin dan kini preggy anak my hubby incik sailor yg 1st dah. dan mereka pun baru je mulakan langkah dlm bidang tu. harap2 mereka berjaya menegakkan keadilan, demi agama, bangsa dan negara. aku, kdg2 terpikir gak ape agaknye jd kalau aku pegi sana? best x? akan menyesal x satu hari nanti?


entah. apa nak jd in future, aku takleh predict. but at d moment, im hepi. more peaceful with my life now. thank you Allah.


maka, hari ini genaplah setahun bukan sahaja our relationship became more serious, tp jugak setahun sudah aku menetapkan hati, nekad memilih hala tuju hidup.


semoga Allah s.w.t menetapkan hati ini dgn pilihan ini. aminnnn


Published with Blogger-droid v2.0.2

cinta seorang pelaut :)

Posted by nikct at 2/05/2012 08:12:00 AM 0 comments

Apabila seorang pelaut jatuh cinta,
Maknanya pasangan pelaut itu mesti seorang yang luar biasa.
Apabila seorang pelaut itu memilih pasangan,

Maknanya pasangan pelaut itu seorang yang tabah dan setia,
Apabila seorang pelaut itu ingin berkahwin,
Maknanya pasangan pelaut itu tahu apa yang bakal dihadapinya.

Ini kerana,
Apabila pelaut itu sudah belayar,
Pasangannya akan di tinggalkan di daratan.
Menjalani kehidupan tanpa suami atau isteri.
Membesarkan anak seorang diri.
Memikul tanggungjawab seorang diri.

Oleh itu,
jika pasangan anda seorang pelaut,
Dirinya mngambil keputusan untuk berpisah dengan anda,
Itu tandanya,
Dia menyayangi diri anda lebih dari pengetahuan anda.
Dia tidak mahu anda bersedih menunggu kepulangannya.
Dia tidak mahu anda menjalani kehidupan tanpanya.
Dia tidak mahu anda membesarkan anak seorang diri.
Dia tidak mahu anda menyelesaikan masalah tanpa dirinya.
Jika anda sanggup menjadi pasangan pelaut,
Maknanya,cinta anda begitu tinggi nilainya..

crdt to Malaysian Seafearer

Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, February 4, 2012

100 days to go :')

Posted by nikct at 2/04/2012 09:27:00 AM 0 comments

assalamualaikum n good morning :) tinggal 100 hari je lagi before our little kalifah born, insyaAllah.. saya dah melalui 25 minggu dan 5 hari dengan jayanya (Alhamdulillah) dan saye jugak berjaya melaluinya tanpa my hubby incik sailor disisi selama 2 bulan 1 minggu 6 hari. saye harap dia balik less than 100 days more.


at least 3 bulan la lg sy kena bertahan tanpa dia di sisi. tp kalo ngam2 3 bulan lagi baru dia balik, itu menjadikan 10 hari je lagi baby nak kuar. sempat ke nak shopping brg baby sama2? sempat ke? tgk la mid april lg, kalau xde jawapan utk dia sign off lg, I have to make a move. beli yg basic2 la at least.


mcm2 pikir skang ni. saye hanya mampu doa dia dapat pulang n ada disisi time saye bersalin nanti. 1st baby kot.. saye taktau ape2 n biarlah kami lalui sama2. cukup la jarak n masa yg dah pisahkan kami masa preggy ni. byk dugaannya, nak tempuh sorang2, saye ni manusia biasa je. bukan wonder woman ke, super woman ke, super mak ke.


camne pun kita hanya mampu merancang, Allah yg akan tentukan. kita mampu berdoa n tawakal je la. semoga Allah permudahkan urusan kami. permudahkan urusan incik sailor nak pulang nanti, supaya dia ada disisi masa bersalin nanti. permudahkan juga di sepanjang tempoh preggy ni n bersalin nanti. aminn..


p/s : kerdilnya manusia ini..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, February 1, 2012

setelah 6 bulan, 2 minggu dan 2 hari...

Posted by nikct at 2/01/2012 07:49:00 PM 0 comments

akhirnya kad perakuan nikah kami siap. dorang kate nak tepon bila siap. tp xtepon pon? kad dikeluarkan pada 7 Oktober 2011. bila my hubby incik sailor call haritu mase cuti dia nak habis, dorang kate xsiap lagik. and keep on promising to call once its ready. takde pon? last2 aku jugak yg call, sempena cuti wilayah xtau nak watpe ni kan, tergerak hati nak call. baru la dorang bgtau dah siap. kalo xtanye maunye diam sampai sudah? sampai kad dah makan dek bubuk kot? hmm kenape la aku rase no wonder sgt ngan perlakuan dorang tu? haihh. lantak la. kad dah siap dah pun. incik sailor dah belayar dan ai pun nak meletop dah. sampai hati uols tau. dah la mcm xlawa je uols scan. sabo je la. yg penting ai dah dapat kad perakuan nikah ni. huh.


Published with Blogger-droid v2.0.2
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea