Saturday, January 19, 2013

rimas

Posted by nikct at 1/19/2013 02:37:00 PM 0 comments

kat rumah ada jiran. jiran ni ada anak. anak dia, hari2 akan panggil izz nak main ngan izz. hari2 means dr pg sampai la maghrib pun duk panggil izz lg.. kadang2 terlepas masuk dlm rumah ni.. bila masuk dia pegi je mana2 tempat sukahati dia termasuk bilik2. pernah skali, dlm bulan puasa, time nak buka puasa, budak ni masuk, taknak balik. masa tu dah nak berbuka sangat2 dah. aku suruh balik, nak berbuka dah ni. dia jawab "tak, tak puasa". mmg la ko tak puasa, aku yg puasa ni nak bukak puasa.. blerghhhh

ok lah fine dia budak2.. yg mak bapak budak ni buat apa? kalau anak bising hari2 pg ptg siang mlm panggil anak org tiap2 masa, selagi tak jwb selagi tu dia panggil, then masuk je rumah org suka2 hati, lepak sampai taknak balik, mak bapak budak ni buat apa?? geram sbb SANGAT annoyed la. kalau dtg ptg2 je ke, dtg kejap pastu reti nak balik takpe la..

kenit masuk dlm kawasan pagar dia reti lak bising, kete calar katanya. ni anak kome masuk rumah sampai hati aku ni calar camne?? pls la, buat apa2 ada batasnya. ajar la dia.. kucing ni dah buat kete ko calar, ko nak suruh aku buat apa?? kucing takleh nak diajar sbb dia takde akal. plg2 pun aku leh kurung je dia. tp kalau anak org tu, boleh la nak diajar lg. tlg la ajar anak, at least kalo 3 kali panggil org xjwb tu, ckp kat dia sudah2 la.. ckp kat dia jgn masuk rumah org.. kalo nak masuk, jgn lama2.. dgr azan maghrib, balik la.. ni benda basic... sgt basic.. ironinya, budak ni anak no.4 dia, bukan anak sulung kalo nak kata takde ilmu keibubapaan pon...

tlg la...

Friday, January 18, 2013

no idea

Posted by nikct at 1/18/2013 03:46:00 PM 0 comments
dr bulan lepas pikir nak buat sesuatu utk seseorang. tp nampaknya tak jadi since idea tu ade orang lain dah buat. rase sedih lak. bukan salah dia pun, cumanya idea dia dan aku datang dalam masa yang sama tp dia bernasib baik sbb dapat melaksanakan idea dulu sebelum aku.

alahai. kena pikir jalan lain pulak.. dah la susah nak pikir ni... isk....

8 bulan

Posted by nikct at 1/18/2013 04:01:00 AM 0 comments

harini p check up kat klinik. nurse tanya brp bulan? aku jwb 8. dia tgk je izz, then ckp "cepat kan budak besar??" nurse pun mcm tak caya, apetah lg mama dia?? haha

makin aktif, skang dah meniti, imbang badan drp berdiri utk duduk smula, merangkak laju mcm berlari, boleh tunjukkan emosi bilamana dia pantang disekat nescaya protes kalo disekat2 perilakunya, suka tiru apa org buat (nak minum air guna cawan bila nampak org minum air, nak cuba tune volume radio kete lepas org tune jugak. mungkin x dia suka gigit muka org sbb tiru gaya org yg slalu overdose cium dia?? hahaa), dah tau tepuk tgn bila dgr lagu tepuk amai2.

dulu masa 4 bulan, abah balik. skang dah 8 bulan, abah xbalik lg.. huhuhu rindu abah. balik la sblm ketinggalan byk lg perkembangan izz ni... T_T


Thursday, January 17, 2013

tips pengurusan kewangan cara aku

Posted by nikct at 1/17/2013 11:07:00 AM 0 comments

disclaimer : aku bukan pakar perunding kewangan. saje je nak share. kot2 ada yg nak sort out kaedah menguruskan kewangan, ini salah 1 option yg uols ada.

aku penjawat awam yg tak berapa nak tinggi pangkatnya. gaji bulanan aku bawah 3k.

kaedahnya :

1. tolak siap2 hutang dan apa2 komitmen. cthnya kete, rumah, insuran dsb
2. kira perbelanjaan harian, iaitu : makan, minyak kereta, tol etc
3. bila gaji masuk, keluarkan amaun utk byr hutang piutang, plus perbelanjaan utk seminggu je
4. dinasihatkan mengasingkan akaun claim perjalanan dgn gaji. supaya bila gaji habis baru pegi cari kad atm akaun claim. hehe

so mcm aku, setakat ini :

1. hutang kereta rm405, insuran rm200, plus sedikit saguhati utk chek n wan
2. perbelanjaan harian masa keje rm10, minyak kete rm70 seminggu dan tol xde. alhamdulillah dpt keje dekat putrajaya. boleh menabung sikit. so aku keluarkan rm150 utk belanja 1 minggu
3. so bila gaji masuk, aku keluarkan rm405, plus saguhati chek n wan, plus rm150 utk belanja. yg ni kena disiplin. kena pandai2 belanja dlm tempoh seminggu. genap seminggu lepas gaji kua baru p dera (org kelantan maksudkan draw) duit kat atm. sebelum masuk gaji bulan depan, kalo ada lebih baru leh belanja extra2. hehe

dan setiap hujung bulan alhamdulillah ada extra. kadang bole cecah 1k extra tu. bila kita disiplinkan penggunaan duit, insyaallah ada rezeki lebih nti. nak xnak kena disiplin sbb org mcm aku takleh ada duit lebih dlm purse, nescaya boleh habis dan2 tu jugak, selagi ada duit lebih dlm purse.

so, selamat mencuba ;)

Tuesday, January 15, 2013

12.30am-5.30am

Posted by nikct at 1/15/2013 05:55:00 PM 0 comments
masih di ofis. baru habis meeting. mengantuk sepanjang meeting adalah norma. tapi mengantuk plus pening2 lalat adalah alien.

sebabnya, anak soleh budak bertuah tu mula pentingkan main dari tidur. gerammmmmmm nak gigitttttttttttttttt gigitttttttttttt gigiiiiiiiiiiiittttttttttttttt je diaaaaaa sebab taknak tido bila mana sume kanak-kanak lain dah tido. hahaha 12.30am baru dia tido, itupun jenuh paksa tido. buh dalam stroller taknak, buai taknak, dukung taknak. nak merataaa je keje dia skang.

ironinya, 5.30am dia dah bangun. budak ni makan maajun ape?? tepuk dahi bhaiii haha

budak baru nak up, kata incik sailor. haha hamboi. bila la laki aku ni nak balik, xsabaq2 nak pass baton kat dia hahaha

mungkinkah perangai ini ada kaitan dengan peralihan bulan?

apapun, syukur alhamdulillah :)

Sunday, January 13, 2013

menghitung hari

Posted by nikct at 1/13/2013 10:45:00 AM 0 comments

harini 13 januari, 7 hari lagi genap 2 bulan abah pegi. rinduuuu tak tergambar ngan kata2 dah weiii. mengharapkan si dia dpt pulang dlm masa terdekat. walaupun incik sailor udah bilang jgn mengharap tp sikit sebanyak nak jugak mengharap. 2 bulan xbersua muka mesti la rinduuu. hai lah kalo incik sailor kena belayar 6 bulan mcm dolu2 lg camne la. dulu boleh lak tahan, skang 2 bulan pon xtahan haha mungkin sbb dah tau, dah set mind yg incik sailor p 2 bulan je, so bila dah nak sampai masa, dgn sendiri perasaan tu jd xsabo2.. kalo dulu dah set mind 6 bulan, bila dah masuk bulan ke 5 baru xsabo2.. pendek kata lama ke xlama, asalkan dia nak balik, mesti la xsabo2.. sbb dah lama berjauhan maaa. huwaaa i miss u my lalingggg :')

Friday, January 4, 2013

entri #1 @ 2013

Posted by nikct at 1/04/2013 05:47:00 PM 0 comments
jyeahh alhamdulillah dipanjangkan umur untuk bertemu dengan tahun 2013. alhamdulillah masih bertahan walaupun hampir 2 bulan berjauhan dengan incik sailor. menghitung hari dah ni bila la incik somi nak balik. banyak perancangan dah buat tp mcm biasa la pelaksanaan masih ke laut sbb salah sorang pelaksana masih di laut. hahah!

apa pun mengharapkan semoga tahun ni lebih baik daripada tahun2 sebelumnya, aamiinn, insyaallah.

*saja je nak hapdet entri #1 di 2013 ni. hahaha

kbai!
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea