Monday, April 25, 2011

:')

Posted by nikct at 4/25/2011 08:45:00 PM 0 comments
sehari suntuk kerisauan. tertunggu-tunggu, ternanti-nanti. baru je mengadu kat sorang sahabat, risau tak terkata di mana kalanya incik sailor ku ini. tibe-tibe nombor pelik dan agak dikenali tepon.

"heluuuuu"

ya Allah, sumpah aku rindu suara tu. dah mcm lama gila tak dengar, padahal last week je baru mengomel ngan dia ni kot. macam tau-tau je kite tengah risau tak terkata kat dia.

Kondisi incik sailor dan T5 ok je. lega gila bila dapat tau dia ok. cuma T5 tak dapat masuk port sebab angin kuat. sebab tu kapal duk berpusing-pusing di luar kawasan. saye dah membayangkan perkara sama berlaku dlm trip yg lepas terjadi lagi. CHOYYYYY!!!! mintak dijauhkan la.

semoga perjalanan anda dipermudahkan dan sejahtera ye sayang. kite sayangggggg awak :)

Sunday, April 24, 2011

erkk..

Posted by nikct at 4/24/2011 10:47:00 PM 0 comments
81 hari lagi dan macam tak banyak je progress??? *stresssss*

ya allah permudahkanlah.... amiinnnn :|

busy!

Posted by nikct at 4/24/2011 10:20:00 PM 0 comments
lama tak update. (ye ke?)

busy la skang ni. macam-macam hal. hari cuti pun macam-macam benda nak kena buat tak pasal-pasal. sampai rasa masa ni tak penah nak cukup! takpe la nak wat cane.

minggu akan datang ni kena pegi BTN plak (mcm budak U plak nak kena berBTN nih). rase sedih sebab esok isnin tp dalam masa yg sama akan rasa seronok jugak weeeeee :))

ok la ok la nak tido. cinta hati, wherever u are, remember that i will always love u, in my every heartbeat ok? goodnight! :)

Friday, April 22, 2011

latest update 22 April 2011

Posted by nikct at 4/22/2011 09:46:00 PM 0 comments
first, saye dah kensel order kad kawen dgn kedai kawen tuttt tu. penat je. last-last apek tu kate takleh nak bagi ape yg dorang dah janji coz dah habis. nak buat baru tp saye tak diberi pilihan, apekah? lu pikir gua tak bijak ke? helo gua timbalan pendakwa raya kat Kementerian Perdagangan okkkk. gua tak heran ngan lu punye kedai! bagi balik duit gua sbb gua dah tak hingin nak tengok muka lu yg bongok tu lagiiii!!!! arggghhhh....

ok secondly, dah pegi confirmkan pelamin. kira dah pilih design, dah pilih kaler. tinggal nak bayar je bulan 6 ni nti. alhamdulillah setakat ni akak pelamin ni ok.

thirdly, akak MUA pulak kate boleh date ngan dia anytime on weekend, petang after dia habis job dia la. insyaAllah bila dah tak serabut saye akan pegi date ngan dia utk test make up.

yg tak setel dan menggeramkan saye ialah, KAD KAWEN. hampeh la. ape yg buat vendor jual mahal ni? padahal paper je pon, nape perlu mahal-mahal? tak paham la. teruk betol apek kedai kad semalam tu. tak leh nak ingat kekerekan dia. huh..urrgghhh!

Monday, April 18, 2011

kimia :')

Posted by nikct at 4/18/2011 08:34:00 AM 0 comments
tengah-tengah sembang dgn incik sailor semalam, saye tanya dia,

"pakai baju ape ni?"

"baju yang sayang bagi tu la.."
"yang mane??"

"yang biru tu. london"

"eh, kite pun pakai baju yg same!!!!"

~terasa ada kimia di antara kita~ bak kata melda ahmad kat seblah ni haa :P

4 bulan sudaaaaa :|

Posted by nikct at 4/18/2011 12:12:00 AM 0 comments
...bila incik sailor nak balik agak-agak ni? hmmmpphhhhhhhh~
dah masuk 4 bulan incik sailor belayar. semalam sampai ke port, harini pagi-pagi lagi kapal dah keluar. dah la semalam dia habis kerja pun petang. habis kerja terus turun ke darat, nak kejar van/bas yg datang amek dorang utk bawak dorang ke bandar. otw turun dr kapal tak bole guna hp pulak tu. sesampai kat bandar je, tak sempat sembang lama, dia kena jumpa dentist pulak. lepas jumpa dentist dia pegi beli barang-barang keperluan pulak. last-last pukul 10 malam baru dia call. tengah tunggu makanan. van/bas balik ke kapal pukul 11 malam. barang tak habis beli lg. then dia balik ke kapal, dalam pukul 12 malam baru dpt call dengan aman. cakap tak berapa lama, pg ni dah keluar. haihh saye tak paham nape kapal ni nak terkejar-kejar pegi sane. mcm la takde kapal lain yg bole pegi dulu? dah la haritu kapal ni problem, tak sedar-sedar lagi dorang ni haihh.

saye merungut panjang, incik sailor redha je dgr saye membebel. coz dia pun dah redha dgn keadaan tu. saye je yg masih tak putus-putus asa utk membebel tak sudah. kesian dia, dah la penat, kena layan kite bebel plak. sori dear, ilebiu muahx!

betapa kuatnya hati dia, menerima seadanya arahan atasan. rungut sikit-sikit biasala. tapi kalau aku 4 bulan tak jumpa rumah, tak jumpa family, tak jumpa org yg tersayang, aku dah meraung hentak kaki padu ke lantai dah kot? dia just boleh kate "dahtu, nak wat cane". patutnya saye yang bagi nasihat kat dia camtu kan? isk isk tak patut betol saye ni. sian my laling. again, sori dear, ilebiu muahx!

now dah masuk 4 bulan. sepatutnya nak kira-kira la bila incik sailor akan pulang. mungkinkah 3-4 trip lg? taktau. incik sailor pun tak pasti. tengok schedule kapal dan tengok ada orang nak ganti ke tak dulu. then baru boleh cerita bila mau pulang, katanye. tapi saye tak kira, saye nak kira-kira jugak. plis plis plis, pulang la after 2-3 trip lagi... :| ok la ok la, 3-4 trip pun takpe lagi. huu~

i miss my sailor, more than ever :(

Sunday, April 17, 2011

sakit?

Posted by nikct at 4/17/2011 07:48:00 PM 0 comments
akhirnya incik sailor selamat sampai ke Bintulu. Alhamdulillah. perjalanan yg sungguh la memenatkan bagi incik sailor dan rakan-rakan, tapi tak la dia merungut serungut-rungutnya. mungkin dah terbiasa, lali dengan kitaran hidup seorang pelaut.

sesampai di sini, kami sembang.

"japgi nak turun darat, nak pegi buat medical"

"hah, medical??? haritu kate sakit gigi je, nape kena buat medical plak??"

"sebab sakit ...."

"haaa?? sakit ape????"

"ingat ni astro ke nak ulang-ulang?"

"bgtau je la, sakit ape?? tak dengar tadi"

"sakit RINDUUU.."

"ooo. kalo sakit rindu, ubatnye balik la... hehehe"

suke bagi kite gegham tau awak ni!!! huhu tapi harapan la dia nak balik. T5 akan gerak keluar esok (hmmmpphh harini sampai esok dah kuar, sabo je la sobs sobss). takpe la, sampai dlm keadaan selamat, sihat walafiat pun, Alhamdulillah sesangat dah. :)

mishyu tuuuuu incik sailor! :)
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea