Sunday, October 31, 2010

pukul 3 pagi

Posted by nikct at 10/31/2010 10:01:00 AM
setiap kali incik sailor belayar, saye ada 1 habit yg taktau la nak digambarkan sama ada ianya kategori habit atau ape. tp yg pasti setiap kali incik sailor belayar, saye mesti akan terjaga pukul 3 pagi. tak la tepat-tepat 3 pagi saye terjaga. kadang-kadang 2.30, 2.50, 3.10, 3.30, around that time lah! saye heran jugak kenape? ini bukan festime, tp sedari duluuuuu lagi, time incik sailor mula-mula meninggalkan saye.. hurmm

dulu time incik sailor di darat pulak, saye mesti tetido awal, pukul 9 pun penah tetido! mula-mula dia sedikit kecewa, tapi lame-lame dah lali hahaha! sian incik sailor. tp, dikala dia takde ni la pulak aku baru terbenyit-benyit nak tercongok-congok macam pungguk rindukan bulan tu, duk tunggu je dia. haih.. sadis sungguh!

buat masa ni, incik sailor byk kena buat paper work, selain keje hakiki atas kapal sbg seorang 'pomen'. kesian dia. setakat ni, baru 2 emel saye dapat dari dia. tu pun, yg 2nd emel tu, dia komplen tak dapat emel-emel saye. kesian dia. mengharapkan sesuatu yg tak pasti.

sistem emel mereka lain. sukar saye nak gambarkan di sini. tapi, kalian boleh fikir logik kot, emel yg dihantar ke laut, mesti la lain sikit konsep dia dgn yg kite hantar kat darat ni kan? kat darat ni, kite klik send je, terus sampai! di laut, lain. kite send, belum tentu sampai harini jugak. dari laut pun same la.. maka setiap kali mata ni tercelik je, tangan meraba cari laptop, refresh balik inbox emel, yahoo ke, gmail ke. dan setakat ni, banyak kali menghampakan.. huhuhu :(

dan selagi incik sailor tak pulang, masa tidur saye akan jadi abnormal.. harap saye mampu bertahan. sebagaimana incik sailor yg juga bertahan dengan gelora laut dalam nu.

Ya Rabb, Kau berilah kekuatan padanya, tabahkan hatinya, cekalkan mentalnya, kukuhkan iman dalam sanubarinya. semoga dia dijauhkan dari segala jenis penyakit, dan juga jauhkanlah apa jua malapetaka ke atasnya, dan juga sahabat handainya di atas bahtera Puteri Zamrud tu.

aminnn ya rabbal'alaminnnn..

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea