Friday, August 19, 2011

geng kapal

Posted by nikct at 8/19/2011 11:45:00 AM
tengah malam tadi incik sailor (lame tak guna term incik sailor kan?) tunjuk wall post kat fb group yg dia follow, something yg ada kena ngena ngan komuniti orang kapal ni laa. ade sorang kawan dia post kat wall group tu tanya pendapat pengalaman seafearers (betoi ka eja lagu ni? lupa dah cheq haha) yang dah kahwin dlm melayari alam rumahtangga.

rata-rata komen suruh bawak bini naik kapal, merasa pengalaman sendiri tempat incik suami masing2 mencari rejeki. lagi terbuka luas minda dan lebih memahami katanye. dan jugak membuang -ve mind set yg mengatakan orang kapal ni kaki berfoya-foya bagai tu.

terus saye bagitau  incik sailor saye, bahawa sebenarnye saye lagi tak risau dan takkan persoalkan kesetiaan dia bila dia belayar. kenapa? sebab dah tau serba sikit rutin kerja dia atas kapal. keje rutin lagi, kena berjaga-jaga 24-7 lagi. turun darat pun, 4-5 jam je, tu pun kalau sempat nak turun. kalau turun pun nafsu nak beli barang je yg ade masa tu, sampai tak cukup masa dan duit la katanye :D so takde la nak buruk sangka pikir yg seafearer ni memang rutinnya berfoya-foya ngan pompuan bila naik darat. ye la lama tak jumpa org pompuan la katekan. tak dinafikan ade sesetengah nya begitu. tapi kalo pikir-pikir balik, bukan seafearer je gitu, yang keje kat darat ni pun banyak je yang kaki berfoya-foya. sbb tu lah dinamakan buaya darat :P

harap-harap tuhan menetapkan hati dia dan hati saye untuk cinta ini sekurang-kurangnya selama saye masih bernafas. aminnnn....

sebenanye nak cite benda lain tp termelalut benda lain pulak. takpe la dalam ruang lingkup yg sama jugak.

berbalik kepada wall post kawan incik sailor tadi, ade la kawan-kawan sailor yg lain komen wall post dia. dan ada yang suggest blog "Geng Kapal". blog si isteri kepada sailornya laa. berkongsi pengalaman as a seafearer's wife, pastu ade la komuniti-komuniti para isteri si pelaut ni, bertukar pandangan, fikiran n pendapat. wahhh terus bukak. excited nak baca la katekau!!

tibe incik sailor cakap "sayang, tidur laa dulu. banyak masa lagi nak baca tu. kang japgi nak sahur ngantuk plak".

hishh. potong stim :P

nanti bila incik sailor onboard saye dah tau aktiviti utama nak buat ape :))


0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea