Wednesday, September 7, 2011

cuti panjang

Posted by nikct at 9/07/2011 03:30:00 PM
lama gile cuti. lebih seminggu tak masuk ofis. lemau sudaa. byk hal terjadi. dr hal kerjaya sampai la raye, pastu kenduri pulak. mcm2 hal jd, sampai byk plan tertangguh, tertunda, terpinda dsb.

lepas hal yg berlaku sebelum raya (kat ofis) haritu, aku betol2 balas dendam dgn add on 2 hari extra cuti. sebenanye dpt berita gembira yg membolehkan aku habiskan sume cuti. lepas habis keje, terus balik kampung. plan asalnye nak balik weekend je, then balik sini semula isnin untuk berhari raya kat sepang selasa tu (seperti yg dah dijelaskan dlm entri seblom ni), tp malangnya, persiapan majlis kawen kat Selama ni banyakkkk lg benda nak kena buat rupanya. ye la kenduri kat rumah, kejenye double la nak banding kat dewan. nak packing kerepek lg, nak cat umah, kemas umah, mane nak tolong main masak2 lg (hehe tolong je k, tu pun main masak2 je taw) hahahaha :D

maka cancel balik sepang, bermastautin kat Selama selama seminggu lebih sampai majlis selesai. haa amek kau. mak aku pun tak galakkan balik. katanye buat penat je habis masa atas jalan. masa kenduri kite jumpa la, katanye. so, tak balik la aku. jd la anak rantau, seraya bini dan menantu solehah pd tahun ni sebab tak balik beraya. huhuhuu. nasib baik ramai adik-adik, so takde la terasa sedih. pak mertua dah warning dah, nanti nanges cane? aku jawap selamber "takpe nanti org tu la kena pujok" :D hahaha!!


mak ayah mertua
hero
heroin
yg dah tak bujang ;P
kesebelasan utama :D
mintak hampun mintak mahap lah ye. lain kali buat lagik ;)
keluarga bahagia (plus anak express) :P
ragam riang ria raya

masa penghujung puasa tu, hari hari hujan kat selama wa cakap lu. hari hari ok. sampai lecak becak sume la jalan nak masuk umah ni. incik sailor udah risau kalau hujan berterusan sampai hari kenduri nanti. almaklum kenduri masa raya ke 5 la kan. nak dekat dah tu. tapi mak mertua cool je cakap "raya ni biasanya panas. insyaAllah tak hujan kot"

haa ambik kau dari 1st day raya sampaiiii la raya ke 6 tak hujan hujan!! hahaha masin mulut ibu-ibu ni kan. jangan main-main taw! alhamdulillah hari kenduri dilalui dengan sedikit kelam kabut (ye la sebab 1st time buat kenduri kawen kat umah ni) tp masih lancar, dipermudahkan dan yg lagi penting, cuaca amatlah baik. makanan cukup dan tetamu hadir. penting sume ni. takde salah satu dalam kombinasi pakej ni, nescaya cacat cela majlis taw.

make up n photographer, ok. make up tu tak ok sebenanye mula2. tp incik sailor n chek ckp ok. so ok la kot?? huhuhuu baju je melaut sket. aku kan tak suke kain seret-seret ni. tp dah katanye majlis bertandang, takkan nak pakai baju same lg kan. kena la sewa pulak. mane ade org buat baju kawen tak seret-seret?? maka, terpaksa la. -____-" ee rimas!! dlm hati ni membara nak bakor je (kite bakor je kite bakor, kate usop wilcha la bukan aku). rase sgt besalah n bedosa pun ade :'(

dah lepas kenduri tu, pegi outdoor pulak kat pondok tanjung. incik sailor dulu cerita kawasan tu agak keras sikit. isk dah tau keras nape nak buat kat siniiii. dah la dekat nak maghrib pulak tuuuuu hukhuk

nak dijadikan cerita kami berenti kat tepi jalan ni n mula shoot outdoor kat satu jalan lama tepi hutan ni. skang dorang guna jalan baru, straight je. jalan lama kat tepi hutan ni xpakai dah. jd khazanah la esp kepada pengantin2 n para photographer untuk shoot gambo. masa nak mula shoot kami nampak ada 1 myvi putih duk kat hujung jalan ke dalam nu. aku saspek ni mesti projek baikkk punye ni. tetibe, myvi tu undur 100meter ke blkg. tak lame pastu dia undur sampai hilang dr pandangan mata. dlm 5 minit lepas tu dia muncul balik, drive menghala kami, diiringi pakcik naik motor. pastu aku usha la tgk kete tu, ada sorang driver lelaki je. photographer tanye pakcik tu sumthing tp aku tak dengar. pastu kitorang pegi la dekat photog tu n tanye ape benda pakcik tu cakap? photog jwb "ala projek la tu."

isk isk hari baik bulan baik pun nak projek tepi hutan camtu. kena terkam ngan pontianak baru ko tau!! huh.. donia skang tak kira sape n kat mane sume main bedal je buat benda bukan2 ni. marilah kite sama2 berdoa agar kite n keturunan kite dilindungi :

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari akhlak yang tidak baik, begitu juga dari perbuatan dan keinginan yang mungkar.”

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekafiran, dari kemiskinan (yang menyedihkan) dan dari seksa kubur(yang membinasakan). Ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau.”

“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah untuk kami menerusi isteri dan zuriat kami, anak-anak yang baik dan jadikan kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.”

“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami menjadi orang-orang yang rugi.”   

“Ya Allah ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari godaan syaitan dan aku berlindung kepadaMu wahai Tuhanku dari kedatangan mereka(syaitan).”

habis je kenduri tu, memang pengsan la. buat yg wajib je, terus tidur. esok sambung, tu pun ala kadar je. sian family mertua la. memang bg all out, dr yg paling muda ke paling tua sume bg kerjasama tanpa rungutan. terbaikkk!!!

Alhamdulillahhhh. selesai sudah kenduri kedua-dua belah.

teaser kengkonon, padahal.... *yeahhhhh legaaaaaaaa!!!!* :))
so hari isnin haritu bertolak balik Sepang, setelah sekian lama tinggalkan tanah jajahan. sebelom tu singgah taiping hantar baju n aksesori sewa kat D'Ratu bridal boutique. singgah mam ayam goreng a&w 1 set LARGE, siap float n curly fries bagai. balas dendam la katanye. incik sailor kate "kate nak makan cendol bismillah??" saye jawap "takpe la pasni kite mam la cendol bismillah tu, nape??"

"laa kan dah bagitau kat cendol tu ade org jual laksa jugak"

errr... alamak!! hehe :P dengan yakinnye jawap "takpe kite bole abeskan sume tu" ;)

so makan a&w, pastu makan laksa, dan cendol. cendol tu memang sedappppp gile. lemakkkk sesangattttt. kalo tolak tu kira tolak rejeki la namenye. aku hirup sampai titisan terakhir okkkkkk!!!!

pastu aku kenyang nak mati sebenanye. tp kalo ckp kenyang ni maunye aku kena luku tak pasal. senyap je lah hehehe :P

dan harini masuk keje. bayangkan la. dah seminggu lebih duk menghadap suasana kampung, harini masuk keje? ohh nooooooo!!!!
 

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea