Tuesday, October 25, 2011

minum gula

Posted by nikct at 10/25/2011 07:39:00 AM
jumaat lepas klinik kesihatan salak set kan appointment utk aku minum gula, walaupun baru xsampai 2 minggu aku bukak buku merah. sume termasuk kwn2 kat tmpt keje, even abg aku sdri heran, minum gula tu ape? aku lg la xtau. dah lalui baru tau.

katenye dulu2 xde kaedah2 minum gula ni. mak mertua aku bgtau la. dia beranak 8 pun xpenah minum gula time ngandung. skali je dia penah minum, tu pun time kencing kotor.

sembang2 ngan org bpengalaman, minum gula (glukos) ni nak mengesahkan kite ade kencing manis ke x. tp kenape kena minun gula? ko tau x minum gula tu ape? haa. seblom minum gula tu, ko kena puasa drp jam 10 malam seblom appointment tu. ko takleh mkn n minum. air masak pon xleh. kalo dah darurat sgt, minum sket2. sbb pe? nak memastikan result tu tepat. tersiksa sungguh kalo ibu ngandung ni disuruh puasa. dah la at dis stage, gas byk sgt dlm bdn. kalo perut kosong lg laa.

seawal jam 8 pagi, ko kena check in kat klinik dah. darah ko akan diambik. byk la jugak. sampai bengkak la lengan aku nih (tu slh teknik misi tu sebenanye. huh).

lepas darah dah diambik, misi suruh minun gula. minum gula segula-gulanya. mmg blh mati kencing manis la kalo minum gula ni. pekat, likat. ko kena minum air gula yg org guna nak buat air sirap tu, ko tak rase nak loya? byk mane ko tau x? segelas penuh saiz gelas teh o ais mamak tu lah!! nasib baik dia buat suam.

masa aku kena minum tu ade 4 org akak tgh menung nak ngabiskan. siap ade yg ngelat bg anak minum pun ade. hahaha. tp aku pikir, dr aku duk termenung same2 ngan dorang, baik aku abeskan sementara air masih suam. sooner or later ko kena habiskan jugak kan. xgune dah nak menung menyesali. hahahaha. maka aku minum togok demi togok lalu berjaya aku pintas dorang. wahahaha.

lepas minum gula, ko kena rest 2 jam takleh pi memane. ko takleh muntah. kalo muntah misi suh bgtau dia. mungkin nak suh minum semula kot. ewww xnak. lepas 2 jam rest tu pun rase gula masih melekat dlm tekak aku ok? ewww. so aku berbaringan di surau sambil membunuh masa. mind you that i didnt was not allowed (yet) to consume any foods or drinks since last night. ohh this is meannnnn.

lepas 2 jam menunggu dgn penuh keboringan, ko kena derma darah skali lagik. ye 2 kali diambik darah dlm kuantiti yg bukan sikit tu sakit jugak la ye. tambah2 lagi kalo misi yg pertama tu dah salah cucukkkkk.

lepas tu, ko disuruh balik. xpatut betol. bancuh la teh ke, bg biskut kering ke utk aku yg dah nak pengsan ni. or at least, sediakan la kafe or vendor machine ke. sbb aku ni dah rase mcm nak pengsan!!!!

relevannya minum gula ni? nak tgk badan ko ni mampu proses gula x dlm tempoh 2 jam lepas ambik gula. kalo xmampu, maksudnya ko ade diabetes. mak2 buyong mmg slalu diserang diabetes mase ngandung. so dia nak detect awal2 la, ngikut pepatah jawe, "prevention is better than cure".

keputusannya kalo x ok dorang akan call. kalo xde pape, just pegi check up mcm biasa la bulan dpn.

tp mmg ramai org pelik kenape aku kena minum gula di awal kehamilan. biasanya 4 bulan ke atas. erkkk.

mungkin SOP KKM dah berubah, ade la KPI nak dicapainye kot? positif gilos!! hahaha
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea