Thursday, January 5, 2012

wooo.. creepynyeeeeee~~~

Posted by nikct at 1/05/2012 11:20:00 AM
isnin lepas, aku pegi kenduri kesyukuran mak sepupu aku, sempena kelahiran anak dia. balik drp majlis tu, pegi melawat org sakit. dekat nak maghrib baru sampai rumah. masuk bilik, kunci pintu.

so aku pun nak mandi. lagipun haritu rase panas sangat. so aku nak ambik towel la. towel mmg port yg aku salu letak tu kat blkg pintu jek. tetibe tgk takde. tgk kat kepala katil (kdg2 aku nak cepat aku letak kat kepala katil je). takde jugak. ok, mungkin mak aku ambik basuh. aku pun amek towel baru dalam almari. mandi. dah siap, gantung towel baru kat blkg pintu tu balik.

besok pagi, 1st day nak pegi keje di tahun 2012. walaupun new year tp aku tetap aku. masih malas. takde resolusi baru langsung. dengan malasnya bangun, capai towel n pegi mandi. mandi. dah siap, lap2. tengah aku lap2, aku tgk towel yg aku lap tu. "eh ni la towel lama yg aku cari smlm tu".

uuuuuuuuuu... rilek2.. kot salah pandang kot. nanti kuar aku nak tgk dulu ada towel baru tak kat luar. aku pun keluar dan tengok. fuhhhhh.. memang towel baru tu ada elok je kat blkg pintu tu.

er, dari mana datangnye towel lama ni? sape yg letak dia bertindih ngan towel baru tu?

aku tanya mak aku. dia kata dia takde amek towel pun. bila masa dia nak amek pun sbb smlm masa nak kuar pegi kenduri tu, aku mandi, siap2 terus pegi. balik terus tutup pintu, kunci senyap dalam bilik, then tido. bila masa mak aku nak amek towel tu? lagipun towel tu 2 kaler yg berbeza beb. saiz pun lain2.. aiyoooo~~

mak aku cakap "bila masuk bilik baca a'uzubillah banyak2, surah fatihah, ayat kursi, 3 qul..."

kalau towel lama tu duk kat belah bawah, aku paham, aku yg salah pandang, mungkin buta la jugak sbb tak nampak towel sebesar tu. tp ni dia kat belah atas. ohh my...

misteri seyhh!!

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea