Saturday, November 24, 2012

sign off yang lalu..

Posted by nikct at 11/24/2012 11:23:00 AM
bapak lama tak sign in blogger thru laptop. tgk2 dah lain sungguh2 la rupanya. aku jadi nganga seketika, sebab taktau nak create new blog post kat mana. ohh sungguh ketinggalan. hohoo

skang incik sailor dah mula kembali bertugas. dan ai kembali solo (but not ebelebel okess) eheks.. maka bolehla aku kembali fokus berblog.. haha.. nak mula dari mana tah.. masa aku cuti rehat drp berblog, bila pegi mana-mana kadang-kadang idea nak berblog tu datang jugak tp tangan aku ada 2 je, aku isteri yang bekerja, mak yg berkerjaya dan pemalas tahap super gaban (point yg last tu sebenarnya hahaha) maka aku tangguhkan dulu niat suci murni aku tu.

hoho sebaik sahaja dimaklumkan bahawa incik sailor akan sign off pada 19 September 2012, kami dua beranak pegi la menyambut si dia yang tersayang, yang dirindui, yang intan payung, buah hati pengarang jantung tu kat Jeti. ouh ouh sungguh berdebar hati ini toksah nak kata la. travelling alone from sepang to melaka dengan si kecik Izni Abqary, rasa takut nak handle Izz tu tak terasa sangat dek kerana kemaruk duk verangan nak sambut incik suami yg dah lama tak jumpak gitew.

pose 1st time jumpa. weeee

masa ni Izz baru masuk 4 bulan. dia xcam kot abah dia.. masa abah pegi dia 1 bulan, skang abah balik dia dah 4 bulan. mana nak ingat kot.. huhu mujur la setakat ni Izz sangat tak kisah ngan orang. huhu

u see u see.. can u see d loveeee :D


bila abah dah balikkk, makanyaaaa.... macam-macam projek la mula, ada yang mencapai target, ada yang kelaut. haha tp saye rase sign off kali ni, walaupun masa yg ada tu singkat (2 bulan) tp sangat digunakan sepenuhnya (kalo tak berapa penuh pun, dalam 90% fully utilized) hehe happy sesangat. ye la sebelum ni masa awal kawen takleh nak plan apa sangat sebab sibuk dengan puasa, raya, persiapan majlis bertandang, lepas tu sibuk masuk rumah baru, preggy pulak tu, then incik sailor p belayar... bila dia balik lg skali, sama jugak, busy prepare nak sambut org baru, nak setelkan kerja-kerja tertunggak before maternity leave, bersalin, berpantang.. maka mmg takleh nak plan apa la.. kalo plan pon sakit hati je sbb kompem2 tak jalan haha

maka kali ni memang balas dendam la ke atas keterbatasan beraktiviti sejak setahun yg lalu.. hehe sebaik saje abahnya selesai urusan di jeti, kami ke Seri Costa Hotel, Melaka untuk apelagi kalo bukan berhoneymadu bercuti-cuti Malaysia

Izz belaja aliff baa taa dengan tab abahnye. seronok kau, besar kemain. salu mcm tak puas nengok kan.. hamekk

tido kepit bawah tiak asyem abah laa skang.. huh!! :D
saje nak bercuti-cuti kat Melaka ni. bukan nak berjalan sangat pon, just nak take a break. lama tak jumpa. dah jumpa, kasi can betol-betol laa kan, kasi rilek-rilek, santai-santai gitew..

wiken yang pertama lepas abah balik, we ols 'terbang' ke Penang untuk pulang ke kampung halaman di Selama, Kedah. 2nd flight bagi Izz dan yg 1st lengkap bertiga okeh. hepi!!!

tengok la budak tu, kemain lg dia ye

abah watpe tuu hahaha angsa tak kenal tuan dahh :D
lepas menghabiskan wiken di kampung halaman, tiba lah masanya untuk pulang semula ke tanah jajahan di sepang. tp sempat lg menyimpang terlebih dahulu. haha. ke cameron kita yuk!!

bharat tea plantation, strawberry park, mushroom park semua kami redah sajooo

 mama jalan sampai patah pinggang. haha literally ok. tetiba kena serangan sakit pinggang. huhu nak wat camne. Allah uji. sepatutnya lepas balik drp kampung ni, kami ada 1 trip ke KK, Sabah. tiket dah beli lamaa dah. masa abah atas kapal lagi. tp segalanya tuhan yg tentukan. mungkin ada hikmahnya sakit ni datang. doc suh baring rehat je 3-4 hari. hari yang ke 5 dah boleh bangun tu, apelagi.. sambung berjambi jimba la jawabnya hahaha

ala berjambi jimba kat taman awam Nilai je. bukan pi Zouk ke mana pon.. opps!

aktiviti kembara terus-terusan sampai abah sign on semula, antaranya ialah (taklarat nak cerita panjang-panjang, takde orang nak baca lagipon, plus dah lupa sequence event ni hahaha)

istiadat konvokesyen Ayah Chik di UUM, Sintok, Kedah. lepas tu apalagi, Padang Besaq laa!

ke Kuantan sbb mama outstesen.. boo mama!

seblom balik dari Kuantan kita berjambi jimba kat Teluk Cempedak secara sedondongggg terlebih dahulu. ewahh

1st time jejak Setia City Mall, Setia Alam

Alamanda, Putrajaya dengan Harimau Muda hahaha


garang seh harimau nih, tgk la muka nak cabut hood tu haha

makan-makan kat Restoran Ikan Bakar Wak Lan, Bagan Lalang

Penang bridge is falling down, falling down :D

preview Penang

Batu Feringhi Beach. Izz 1st time main air dan kenal laut, tempat abah cari rejeki kat siniii :D

selain jalan-jalan makan angin, kami p wedding kengkawan jugak. kalau incik sailor takde biasanya jarang dapat pegi (kalau kengkawan dia lagi la aku tak dapat p!!) sbb susah nak handle anak sorang-sorang. nak gi wedding sorang-sorang pun macam.... *bunyik cengkerik*

akad nikah sedara

reception sedara

reception sedara

wedding kawan abah

wedding kawan mama





wedding kawan mama

ouh ouh selain asek berjambi jimba je kan, makin lama mama tgk rambut izz ni dah ala-ala keperempuanan. bukan ape asal jumpa orang je mesti dorang tanya lelaki ke perempuan ni -,-" even dah bg pakai baju kelelakian, org masih tanya soklan yg sama. maka, sempena ulangbulan kelahiran yg ke 5, abah mencantas rambut izz.. masa ni baru la mama tau yg abah ni rupanya memang pemangkas rambut mase kat skolah dolu-dolu.. wahhhh!! *jatuh cinta 1000x lagikkk* v(*_*)v

Atas : sebelom, Bawah : selepas. peghhh baru la hensom anak mama abah sorang nihhh

bila mama pi keje, Izz duk ngan abah. abah la yg mengasuh Izz sepanjang abah sign off ni.. hehe berat jugak bila pikir2.. abah gajen tlg mama buat keje rumah, menukang. kadang2 Izz kena layan diri laa..

tu yg sampai gini jadinya hahaha janji Izz hepi hahaha

bila abah balik, dapat la peluang bawak Izz check up sama-sama.. mama teharu :')

dah besau panjang budak nih.. macam tak pecaya *_*

andddd... ada jugak masanya mama abah kuar detim berdua.. hehe tp bukan kuar saje2.. ade la kejenya.. Izz kena tinggal sebab balik lambat. sian kat Izz nak kuar lama-lama.. baik Izz duk rumah chillex-chillex gitew hehe

berdua lebih baik.. haha



Mencari nota jilid 2.. hehe

ke Broga. masa preggy rindu sangat nak hiking la, joging la.. hamek kau.. SEMPUT!! rasekan haha

berjaya ku paksa abahnya mengeluarkan peluh.. hehe

woi woi... ape cite pasal korang je nih.. boring aaahhh!!!! huaarrrgggghhhh!!

keces la kenit nonet nonet niii.... hehe btw kenit sihat (eh takde sapa tanya pon haha) masa abahnye sign off ni la kami ambik kesempatan buat studio n outdoor photoshoot. well, kami takde can nak raya sama, ambik gambar jarang dapat sama-sama.. nah kau, ambik.. siap studio n outdoor gitew.. kau hado?? hahaha

white studio photoshoot with eszhan photography

outdoor photoshoot @ Putrajaya with Eyecap Studio. Official photos xdpt lagi. teaser je lah kononnya dulu.
pastu dapat berita abah kena sign on semula, genap 2 bulan bercuti dan berjambi jimba.. sobs sobs.. sedih tp kena la redha. punca rejeki abah kat laut, maka ke laut la dia kena bertapa semula.. hukhuk.. sebelum sign on, kami balik kampung lagik.. minta restu ayah bonda nak p cari rejeki gitew.

Izz dah 6 bulan, dah mula explore macam2, termasuk la semut-semut kat lantai. nak explore sangat, haa nah. lembu, kambing, ayam, itik, angsa, arnabon sume ade. suke letteww!!

pagi 20 November 2012. Izz baru je menginjak 6 bulan, abah kena sahut seruan dari laut. huhu.. bye abah, jumpa lagi tahun depan ( beberapa puluh hari lagi tahun depan la kan - stetmen nyedapkan hati sobs sobs). Izz kena tinggal sebab dah lambat (tp sempat amek gambar haha)

mama hantar sampai jeti. berat nye hati nak biarkan dia pegi.

2 bulan cuti macam2 dah kita buat sesama, dah sonok, Allah duga dengan perpisahan sementara.  semoga Dia permudahkan urusan harian kita. Allah takkan duga kita ngan dugaan di luar kemampuan kita. harap2 nya kita mampu bersabar dan bertahan dengan dugaan ni.

dugaan duk jauh ni bukan semata-mata jarak je yg menduga kita. as a single (but not available) mother ni, kerja lagi, anak lagi, office matters, family matters, personal matters sume nak kena tanggung. mak jemah ni la abah, mama, government servant, daughter, sister, aunty n d list goes on as life goes on as well. macam mana sulit dan taktau nak selesaikan problem, kena jugak pikir dan buat-buat tau selesaikan. huhu...

ya Allah bantulah kami..

abah, sayang, take care tau. keje baik2.. set up nawaitu everytime turun p keje tau.. ingat kami dalam doamu. InsyaAllah, Dia duga utk kukuhkan lagi hubungan kita. (aamiinn). kami tunggu abah tau. jangan sombong2. ingat pesan mama yg last tuu (muahaha) we love u soooo much. gonna miss u.. sayang abah.. :'(

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea