Saturday, January 19, 2013

goaty goat

Posted by nikct at 1/19/2013 05:40:00 PM

susu kambing adalah terbaik antara semua susu selepas susu ibu. islam menggalakkan kita minum susu kambing utk kesihatan. so aku pun nak cuba la. cuma 1 je kekurangan yg aku takleh nak tolerate. rasa kambing dlm susu tu. so aku gugel. rata2 kata susu kambing hi goat sgt sedap dan tak rasa kambing. aku hampir2 nak beli sekotak. tp rasa takut tak minum tu ada. so aku decide nak rasa sepeket dulu.

aku p makan nasik beriyani kat 1 kedai area presint diplomatik di suatu hari jumaat. makan 1 set sekali ngan air fresh oren, so xyah pikir air dah. tp tiba-tiba aku nampak kedai tu ada jual air hi goat ni by peket la. so aku mintak kat mamak tu 1 peket. xnak bancuh lg since makanan aku dtg ngan air. end up, mamak tu kasi free. thank u macha.

harini baru ada kesempatan nak bancuh susu tu. kat peket tu ada tulih "no goat taste". yeah inilah yg aku cari. dgn lafaz bismillah, aku telan seteguk. emm.. ada rasa2 kambing la. aku teguk utk kali kedua, ketiga dan keempat. makin lama makin kuat lak rasa kambing tu. aku ambik coklat, utk hilangkan rasa tu sbb tekak dah makin kembang.

usaha aku gagal. makan ceklat pon rasa lg kekambingan tu. utk 2 teguk terakhir, aku memuhun bapak aku habiskan sbb mmg dah makin kembang dah tekak ni.

the end.

*sape yg bg testimoni takde rasa kambing tu?? tekak korang dah mati deria rasa ke.. huhhh

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea