Assalamualaikum.
Lama tak berblog haha
Ok pendek cerita, tahun lepas pegi Umrah dengan Andalusia.
So berikut adalah prosedur nak apply Visa bagi tujuan Umrah yang aku sendiri lalui. Untuk yang pergi dengan bapa tiri, adik beradik etc, boleh refer www.andalusia2u.com untuk maklumat lanjut.
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Visa (wajib bawa dokumen asal masa submit permohonan) :
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU PENGESAHAN JABATAN/AGENSI BERKAITAN (wajib submit salinan yang telah disahkan sahaja) :
Kesimpulannya, untuk lelaki umur 18 tahun ke atas, dorang perlu submit dokumen wajib je (pasport, gambar ngan kad vaksin). Tp untuk perempuan ngan budak bawah 18 tahun, kena submit sekali dokumen sokongan (contohnya sijil kahwin, sijil lahir etc).
Ok pendek cerita, tahun lepas pegi Umrah dengan Andalusia.
So berikut adalah prosedur nak apply Visa bagi tujuan Umrah yang aku sendiri lalui. Untuk yang pergi dengan bapa tiri, adik beradik etc, boleh refer www.andalusia2u.com untuk maklumat lanjut.
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Visa (wajib bawa dokumen asal masa submit permohonan) :
- Passport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan berserta 6 muka surat kosong.
- 4 keping gambar berwarna berukuran 6 cm x 4 cm berlatar belakangkan warna putih. Bagi wanita wajib memakai tudung kepala (hitam atau gelap) manakala lelaki tidak digalakkan memakai songkok atau yang menutupkan kepala.
- Kad suntikan ACYW135 @ Surat pengesahan daripada doktor kerajaan atau swasta.
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU PENGESAHAN JABATAN/AGENSI BERKAITAN (wajib submit salinan yang telah disahkan sahaja) :
- Untuk wanita yang sudah berkahwin (dalam kes ni, aku) - Salinan sijil nikah (perlukan cop pengesahan JABATAN AGAMA NEGERI & WISMA PUTRA)
- Untuk wanita bawah 45 tahun & lelaki bawah 18 tahun bermahramkan bapa (dalam kes ni, Izni)- Salinan Sijil lahir (COP JPN & WISMA PUTRA)
So step dia mula2 bawa dokumen asal + photostat copy dan pegi dapatkan pengesahan Jabatan/Agensi berkaitan dulu (Jabatan Agama Negeri atau JPN), lepas tu baru ke Wisma Putra untuk dorang sahkan dokumen tu telah disahkan oleh Jabatan/Agensi berkaitan (dalam bahasa Arab pulak).
Pastu submit semua dokumen ni ke pihak Andalusia (Travel Agent) untuk dorang uruskan permohonan Visa. Dalam setengah hari semua urusan ni selesai. Lepas tu tunggu je la, kalau ada apa2 travel agent akan call maklumkan la (xcukup dokumen etc)
p/s : Agak efisyen juga Jabatan/Agensi Kerajaan skrg ni (baca : tahun lepas 2014)
0 comments:
Post a Comment