Tuesday, April 5, 2011

2 bulan sudaaa :)

Posted by nikct at 4/05/2011 12:29:00 AM 0 comments
alhamdulillah, pada peringkat ini, fasa ini, dah mencapai 2 bulan. happy 2nd monthsary for our engagement, sayang. cepat jugak masa ni berlalu. rasanya macam baru semalam (tipu la semalam, rasa mcm 2-3minggu lepas la jugak) rombongan incik sailor datang meminang. sampai ke saat ni pun saye still rasa "bermimpikah aku???" sebab terlalu tak percaya diri yg serba kekurangan ni akhirnya dipinang orang. serius weh.

semoga ditetapkan perasaan kasih ini hingga ke akhir hayat, dunia akhirat. dan semoga dipermudahkan segala urusan, kekalutan dan kekusutan. amiiinnn.

kite sayang awak incik sailor, tak syak lagiii!! :P

ok pagi-pagi ni nak pegi penang. nik, sila tido!

ohh seblom tu, gudnite cinte! mmmmuuuuaaahxx! ;)

Monday, April 4, 2011

masih ade yg sayang :')

Posted by nikct at 4/04/2011 01:03:00 AM 0 comments
ramai kawan-kawan tanya kenapa tak pegi dinner SUKSIS tadi. sori kawan-kawan. bukan taknak pegi. hati nak sangat pegi, tapi.. kalau hari sabtu aku pegi weh. kalo takde aral memang pegi. tapi ni buat hari ahad, memang tak kenan betol ngan harinya.

terima kasih pada kawan-kawan yg bertanya dan mengambil kisah. rasa diri ini lebih dihargai. masih ada yg sayang rupanya. walaupun dah bertahun-tahun pencen, masih ade yg sayang. :')

sesungguhnya rasa kasih dan rindu pada SUKSIS tak pernah calar, pudar dan padam. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. :)
dinner tahun 2006. wow, pantas masa berlalu. miss u guys very2 much!

Sunday, April 3, 2011

Pameran Pengantin PWTC

Posted by nikct at 4/03/2011 11:32:00 PM 0 comments
ok tadi dah pegi pameran pengantin kat PWTC. tak la besar mana dan tak la ramai orang mana pun. maybe sebab harini dah hari ahad, dah petang dah pun. maka, tak ramai sangat la orangnye. walaupun tak besar mana, tapi semua pun ada. misi saye dan rakan-rakan hanyalah kad kahwin. yang lain semua dah setel. pusing-pusing, ade la 4-5 booth utk kad kahwin. kami masuk satu-satu, bandingkan harga sume. akhirnya terpikat dengan 1 booth ni. apetah nama dia, kena bukak balik resit tadi hahaha

harga dia marveles antara semua kedai/booth yg kami dah survey dan pilihannya pun pelbagai, tak terhad kepada design-design yg sama je kat kedai/booth seblom ni. overall, setakat ni berpuas hati la. lupe nak ambik pic sample kad kawen pilihan tadi. sengal betol la.

harap-harap kedai ni tak meragam la. harap-harap dorang bagi apa yg dah dijanjikan tu. harap-harap semuanya dipermudahkan.

perasaan? tak sabar nak tengok kad kawen sendiri :) (biar pun borang maklumat peribadi dan butir-butir sume tak submit lg - gelojoh hahaha)

kad kahwin lagi

Posted by nikct at 4/03/2011 09:51:00 AM 0 comments
misi mencari kad kahwin dah bermula giat dalam 2-3 hari ni. tengok-tengok kat area umah, mahal. yang biasa-biasa pun nak mahal. apetah lagi yang tak biasa? then pegi perluaskan kawasan survey ke bangi. pun mahal tak hengat. apekah? haritu masa pegi pameran pengantin kat mines, harga boleh kata separuh harga la, even lebih lagi murah pun ade! tak boleh jadi ni. tiba-tiba ternampak banner pameran pengantin kat PWTC berlangsung SEKARANG. dan harini hari last. ok kena pegi. kalau dapat harga yg lagi murah aku mau book! tak kire! huahua mari tunggu wawa, bidan terjun wedding planner ku. kalau tak ajak emo pulak minah tu. weeeeee :)

TQ En.Posmen? :D

Posted by nikct at 4/03/2011 08:51:00 AM 0 comments
beberapa hari yang lepas, saye terima satu parcel dari kejauhan. from incik sailor. rase teruja setelah sekian lama hehe apa yg buat saye rasa nak gelak guling-guling ialah ini :
sengal punye incik sailor! :D
thanks buat saye hepi dengan ini. dan thanks jugak buat saye sangat-sangat-sangat-sangat hepi dengan contentnya. even awak jauh, awak still buat kite senyum, dalam suke dan duka. :')

love u to the bits! tak syak lagi! hehe :) 

Saturday, April 2, 2011

Aprilllll sudaaa... :)

Posted by nikct at 4/02/2011 03:26:00 AM 0 comments
waaaa pejam celik pejam celik dah masuk April bro. apepun tak redi lagi ni beb. hmm. 3 bulan dan 2 minggu lagi. semoga dipermudahkan. aminnnn. :)

Friday, April 1, 2011

mimpi ngeri :(

Posted by nikct at 4/01/2011 08:32:00 AM 0 comments
pagi tadi mimpi ngeri. saye dan incik sailor nikah pada hari jumaat, dan majlis pada hari ahad. pada hari sabtu, lepas nikah, baru saye teringat yg kad kahwin tak print lagi, photographer tak bayar lagi, pelamin tak decide lagi, dewan tak bayar habis lagi, dan tetamu tak dijemput lagi!!!

cuaknya hanya tuhan yg tahu. semoga dipermudahkan segala urusan. amiinnnn :(
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea