Sunday, April 3, 2011

Pameran Pengantin PWTC

Posted by nikct at 4/03/2011 11:32:00 PM
ok tadi dah pegi pameran pengantin kat PWTC. tak la besar mana dan tak la ramai orang mana pun. maybe sebab harini dah hari ahad, dah petang dah pun. maka, tak ramai sangat la orangnye. walaupun tak besar mana, tapi semua pun ada. misi saye dan rakan-rakan hanyalah kad kahwin. yang lain semua dah setel. pusing-pusing, ade la 4-5 booth utk kad kahwin. kami masuk satu-satu, bandingkan harga sume. akhirnya terpikat dengan 1 booth ni. apetah nama dia, kena bukak balik resit tadi hahaha

harga dia marveles antara semua kedai/booth yg kami dah survey dan pilihannya pun pelbagai, tak terhad kepada design-design yg sama je kat kedai/booth seblom ni. overall, setakat ni berpuas hati la. lupe nak ambik pic sample kad kawen pilihan tadi. sengal betol la.

harap-harap kedai ni tak meragam la. harap-harap dorang bagi apa yg dah dijanjikan tu. harap-harap semuanya dipermudahkan.

perasaan? tak sabar nak tengok kad kawen sendiri :) (biar pun borang maklumat peribadi dan butir-butir sume tak submit lg - gelojoh hahaha)

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea