Wednesday, April 13, 2011

FAQ ;)

Posted by nikct at 4/13/2011 05:43:00 PM
masa di awal perkenalan, banyak jugak soklan-soklan bernas ditanya kat incik sailor. nak tau sedikit sebanyak la pasal hal ehwal atas kapal ni.

antara soalan-soalan bernas yg saye tanya dan jawapan kemungkinan yang incik sailor bagi (sebab dah lame dah benda ni kan, so tendency untuk menjadi hearsay tu sangat tinggi hehe)

S (oleh saye) : kalau lanun hijack, macam mana? takde belajar martial art ke ape?
J (oleh incik sailor) : bagi je la apa dorang nak. ikut je la arahan dorang. insyaAllah takde pape kot.


S : kat atas kapal ada berapa orang?
J : tak tentu. kadang terlebih-lebih. dalam kapal ni ada 3 jenis orang, first, yang jadi deck officer, kira dorang ni pilot kapal la. keje duk kat deck je. second, engineer, yang duk kat bawah ni la. 3rd, (apakenamenye tah), dorang ni yang masak sume la.



S : atas kapal bole tepon tak?
J : mana ada line tepon atas kapal. tapi ada la tepon satellite. tu guna bila emergency je ke, hari raya ke. kena beli kad dia la. bape dolar tah untuk beberapa minit.


S : berapa kali makan kat atas kapal?
J : sehari yang dorang bg makan, 3 kali, breakfast, lunch ngan dinner.


S : cukup ke?
J : kalau tak cukup, bole masak or buat sendiri la. sini ada macam bilik sejuk beku, macam-macam ada kat situ.


S : kalau cedera ke, sakit ke, macam mana?
J : ada cip mate ni, dia ada medical certificate la, kira macam doktor atas kapal la. so apa-apa kalau sakit ke, cedera ke, dia akan tengok dulu.

S : kat atas kapal semayang macam mane?
J : semayang je la macam biasa. takde masalah.


S : abes tu kalau laut tengah gelora mcm mana? 
J : semayang duduk pun boleh.

S : macam mane nak tau waktu solat atas kapal? ye la time semayang kat KL ngan tempat-tempat lain dalam Malaysia pun lain, apelagi atas laut?
J : ade la dorang ni kira, macam mana tak tau la, tp dorang siapkan jadual waktu solat la.

S : semayang jumaat?
J : biasanya tak la sebab tak cukup orang pun kat sini.

ok lebih kurang macam tu la antara conversation kami. tapi bukan dalam 1 occasion je la. ni kira compilation of Q&A sessions antara kami, yang mana saye ingat saye tulih. kot-kot next time ingat lagi, maka list of soklan ni akan ditambah lagi la.

punya la takde keje harini. haisehman, gue rindu my man!

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea