Tolong beritahu si dia,
CINTA Agung adalah Cinta-NYA...
Tolong beritahu si dia,
Cinta manusia bakal membuatnya Alpa...
Tolong nasihati si dia,
Jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa...
Tolong nasihati si dia,
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...
Tolong nasihati si dia,
Jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan Ibu Bapanya...
Tolong katakan pada si dia,
Dahulukan Allah kerana di situ ada Syurga..
Tolong katakan pada si dia,
dahulukan Ibu Bapanya kerana di telapak itu syurganya...
Tolong ingatkan si dia,
Aku terpikat kerana Imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia,
aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia,
Aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia,
Bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia,
Bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia,
Andai nafsu mengawal fikirannya...
Tolong sedarkan si dia,
Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia,
Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia,
Tanggungjawabnya besar pada keluarganya..
Tolong sedarkan si dia,
Andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia,
Bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya,
R.I.N.D.U itu kurniaan dari Allah...
Tolong pesan padanya,
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya,
Aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya,
Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia,
Aku tidak mahu melekakan si dia..
Tolong khabarkan pada si dia,
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia,
Jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia,
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,
Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia,
Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Ya Allah Ya Tuhanku.. telah datang seorang hamba mengetuk pintu hati ini.. sekiranya dia adalah jodohku yang terbaik, yang telah engkau tetapkan buatku sejak dari kandungan ibuku lagi.. maka permudahkanlah urusanku... permudahkan urusan dia.. permudahkan urusan kami berdua..
Ya Allah Ya Rahman,Ya Allah Ya Rahim..
Lindungilah iman ku Ya Allah..lindungilah iman dia Ya Allah..Lindungilah iman kami berdua..
aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..
cinta sebenarnya tidak buta, cinta adalah sesuatu yg murni, luhur, dan diperlukan. Yang buta adalah apabila cinta menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan. CINTA, MENCINTAI atau DICINTAI adalah LUMRAH sifat KEJADIAN MANUSIA.. hak untuk bercinta dan menerima bergantung kpd individu itu sendiri, pilihan adalah terpulang kpd kita, jika pilihan berlandaskan agama, pasti hasilnya diberkati, dan sekiranya berlandaskan nafsu, pasti terhumban ke lembah kehinaan.. jgn tertarik dgn seseorg kerana parasnya, krn keelokan paras dpt menyesatkan; jgn pula krn kekayaan krn kekayaan dpt musnah; tertariklah kpd sesorg yg mampu membuatmu tersenyum, kerana hanya senyuman dpt membuat hari2 yg gelap mencari cerah, insyaAllah.
Saturday, April 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment