Thursday, January 5, 2012

still in Japan?

Posted by nikct at 1/05/2012 03:06:00 PM 0 comments
baru bertolak?
semalam incik sailor bagitau kapal nak keluar awal. pagi ni pukul 2 pagi dia kena standby katanye. tapi bila saye search, saye tengok kapal tu xgerak2 lagi dari port. still moored. kenape? send SMS. delivered. tp sampai skang xde reply. emel pun takde. what happened?

semoga semuanya baik2 je. permudahkanlah urusan mereka dan lindungilah mereka sepanjang pelayaran ini. jauhkanlah mereka daripada segala malapetaka dan penyakit. aminnn.

risau seyhh..

wooo.. creepynyeeeeee~~~

Posted by nikct at 1/05/2012 11:20:00 AM 0 comments
isnin lepas, aku pegi kenduri kesyukuran mak sepupu aku, sempena kelahiran anak dia. balik drp majlis tu, pegi melawat org sakit. dekat nak maghrib baru sampai rumah. masuk bilik, kunci pintu.

so aku pun nak mandi. lagipun haritu rase panas sangat. so aku nak ambik towel la. towel mmg port yg aku salu letak tu kat blkg pintu jek. tetibe tgk takde. tgk kat kepala katil (kdg2 aku nak cepat aku letak kat kepala katil je). takde jugak. ok, mungkin mak aku ambik basuh. aku pun amek towel baru dalam almari. mandi. dah siap, gantung towel baru kat blkg pintu tu balik.

besok pagi, 1st day nak pegi keje di tahun 2012. walaupun new year tp aku tetap aku. masih malas. takde resolusi baru langsung. dengan malasnya bangun, capai towel n pegi mandi. mandi. dah siap, lap2. tengah aku lap2, aku tgk towel yg aku lap tu. "eh ni la towel lama yg aku cari smlm tu".

uuuuuuuuuu... rilek2.. kot salah pandang kot. nanti kuar aku nak tgk dulu ada towel baru tak kat luar. aku pun keluar dan tengok. fuhhhhh.. memang towel baru tu ada elok je kat blkg pintu tu.

er, dari mana datangnye towel lama ni? sape yg letak dia bertindih ngan towel baru tu?

aku tanya mak aku. dia kata dia takde amek towel pun. bila masa dia nak amek pun sbb smlm masa nak kuar pegi kenduri tu, aku mandi, siap2 terus pegi. balik terus tutup pintu, kunci senyap dalam bilik, then tido. bila masa mak aku nak amek towel tu? lagipun towel tu 2 kaler yg berbeza beb. saiz pun lain2.. aiyoooo~~

mak aku cakap "bila masuk bilik baca a'uzubillah banyak2, surah fatihah, ayat kursi, 3 qul..."

kalau towel lama tu duk kat belah bawah, aku paham, aku yg salah pandang, mungkin buta la jugak sbb tak nampak towel sebesar tu. tp ni dia kat belah atas. ohh my...

misteri seyhh!!

Wednesday, January 4, 2012

SILENCE doesnt mean an ACCEPTANCE

Posted by nikct at 1/04/2012 05:31:00 PM 3 comments
taktau la. even for my own sake, aku susah sgt nak ckp NO. sifat mcm ni bole makan diri dalam sedalam-dalamnya. tp kerna terpaksa, aku terpaksa berterus terang. nak berterus terang pun susah laa kan??? hmm

kisahnya gini, aku ambik housing loan. dengan satu Bank. pihak Bank advice pakai loyar yg sama (utk loan agreement n SPA), senang sikit katanya. walhal, mak n abang aku dah suggest sorang loyar kat umah ni je, since dia dah involve dlm 2 transaction jual beli ngan family aku. ofkos, diskaun tu dia bg la. harga kawan2 katanye. tp, dengan lembab dan dungunya aku ni, pegi ye kan je cadangan org Bank. bila aku tanya,
"berapa fee?"
"takpe, tu boleh kira2 ngan loyar nanti, call dia n nanti dia akan explen sume"
"owh, ok" <--- first dummy acceptance

then, aku call loyar. dia explen sket2. aku pun tanya lagi,
"berapa fee?"
"owh, tu jgn risau. nanti saye akan buat calculation dulu"
"anggaran???"
"SPA dlm 1.5k, then disbursement tu, nanti saye kira2, saye bagitau ok"
"owh, ok" <---- seken dummy moment.

beberapa hari selepas itu, saye terima call lagi,
"cik, saye dah siapkan SPA, bila nak dtg sign ye??"
"owh, ofis kat mana?"
"kat KL, dekat dataran merdeka tu"
"ok, jumaat ni saye pegi." <---- apehal aku kena pegi sana pulak?? dah la hire dia then dia bole suroh aku pegi sana pulak???? 3rd dummy acceptance
"cik kena bawa duit utk bayar fee ye masa tu"
"haa.. berapa fee tu???"
"nanti saye kira2, pagi esok saye bgtau"
"owh, ok" <---- tak bole keras siket ke nik oiii????

esoknya, saye terima SMS yg mengandungi msg, antara lain, mengandungi ini ----> "total legal fee yg perlu dibayar = RM4,482.00. nak datang sign pukul berapa?"

*gulp - adakah aku dah mengenterkan diriku into trouble?? ho yeah nik. ho yeahhh*

kau kate agreement 1.5k. apehal disbursement sampai 3 hibuuu??? kirim salam la aku nak pegi sign haritu, ko hingat duit 4.5k tu aku bole seluk dr bwh bantal ke?? (walaupun hakikatnya bole bayar by instalment, but still......)

so, after discussion mendalam dgn hubby n family, I decided NOT to proceed. I decided to VOICE OUT my opinion.

hoii susah ni. nik nak memvoiceoutkan pendapat dia? berdebar2 nak buat. berhari2 jugak aku tangguh. tangguh nak tepon menyatakan hasrat hati je pun.

n today, FINALLY tuhan bagi kekuatan untuk aku call jugak. aku ckp terus terang aku tak bole nak proceed, kalo aku proceed, aku sakit. aku nak ade anak. nak renovate umah. nak pakai duit. aku bole dapat lagi murah kat sini. aku mintak maap. ape2 je surat menyurat ke, phone call ke, land search yg ko dah buat ke, bg la bil kat aku, yg tu aku baya la.

lepas ckp tu, aku rase serba salah. tp part of me, rasa LEGA.

so, moral of d story, jgn la diam je. hati taknak, tp duk ikuttt je telunjuk org tu kenape? dah ade jalan pun, its a matter of choice je. ko silap pilih, pandai la ko cari  jalan nak fix semula.

*a friendly reminder just for me myself and I. :(

hasil blogwalking :P

Posted by nikct at 1/04/2012 12:35:00 PM 0 comments
tergelak sendiri bila terjumpa ini :D
sebenanye pemilik blog tu nak mempromotekan photographer yang kami "tetiba" "ter"hire (ohh entri photog yg mcm cilaks a.k.a PHOTOPHRENZY tu ai masih tak tulih ye. nanti2. soon.) masa wedding kat Sepang dulu. takde kena mengena nak puji memuji kami nih, jauh sekali mengagungi kami berdua ni. sekadar nak tunjuk hasil kerja, sentuhan seni bakal photographer yg akan mengangkat gambar di hari bahagianya.

walaupun begitu, saye tetap bangga :)) baru bagitau incik sailor tadi, n dia pun tumpang kembang jap hihihi time kaseh pemilik blog asfizashary.blogspot kerana turut memilih gambar kami sebagai hasil kerja Ikhwan Malik yg anda kagumi. teharu :')

3rd port : Yokohama, Japan

Posted by nikct at 1/04/2012 10:21:00 AM 0 comments
Ohio, Yokohama!! :))
harini kapal incik sailor (eh mcm kaya gile kapal dia, kapal yg dinaiki oleh incik sailor) tiba kat port Yokohama. bawah sikittt je dari Negishi haritu kalo tgk dlm peta (lama2 ai bole hafal map Jepun tak kalo camni? hihi)

incik sailor akan duty arini kat port *sigh* takpela, selamat sampai pon dah cukup bsyukur. Alhamdulillah :)

tak perlu :)

Posted by nikct at 1/04/2012 12:08:00 AM 0 comments

saye tak perlu jadi yg lain,
tak perlu lipstik,
lip balm pun tak habis pakai lagi,
tak perlu bedak kompak,
takkan penah pakainye,
tak perlu eye liner, eye shadow bagai,
tak perlu bergolok gadai sbb nak cantik,
botox ke, vitamin c ke, bleaching ke,
tak perlu gucci, LV,
polo time 70% diskaun masa Y.E.S je sudeyy,
tak perlu levi's,
tak perlu tudung ariani,
tak perlu perfume wangi sebatu,

tak perlu kontrol ayu,
tak perlu kelas modelling ke, protokol ke,
tak perlu praktis jalan,
tak perlu praktis cakap,
tak perlu praktis senyum,

tak perlu jadi sesempurna perempuan melayu terakhir

kerna,

dia cinta aku apa adanya diriku, seadanya. :)

(indahnya cinta ini. terima kasih, alhamdulillah. semoga kekal ke syurga. insyaAllah)

Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, January 1, 2012

2 tahun yg lalu hehe :P

Posted by nikct at 1/01/2012 12:47:00 AM 0 comments

bila tgk budak junior suksis update status fb dia yg berbunyi lebih kurang gini :


"dah 2 tahun sambut new year kat dlm hutan. tahun ni baru sambut kat shah alam"


tibe2 saye teringat. ye, saye pun penah sambut new year dlm hutan 2 tahun yg lalu. tak la literally masuk ke hutan nak menyambut new year tu, tp sbb ada suksis punya annual camping kat ulu dong, pahang. ala tempat datuk mazlan yg kena bunuh ngan mona fendi tuu.


yes, dan saye jugak teringat, pd hari ini, be it 31st dec 2009 or 1st january 2010 (dlm hutan kan mane concern sgt jam pukul brp masa tu), im having my 1st conversation with incik sailor via phone call.


hahaa cuak hanya Tuhan yg tau. pada sesapa yg kenal saye mesti tau kenape saye perlu cuak? yezzaaaa... its my voice dat really, truly, deeply freaking me out. helo 1st time nak bckp ngan org yg baru kenal ni mst la cuak. dah pulak ada 'kelebihan' dr segi suara. makanya, super extra cuak la!! disebabkan saye ni ada kelebihan dr segi vokal, awal2 lg saye warning "nak call bole tp suara saye ni unik sket. sgt kasar smpai mengelirukan org!!"


dah la malam tu ade plak peristiwa yg agak secret :P antara aku, kat n tuan zool yg mana tayar kete saye pancit masa otw ke ulu dong tu. sampai dah dkt nak tgh malam. tetiba sampai2 kena meting. tetiba dilantik jd emcee. tetiba si dia msg "bila boleh ckp ni? takut tertido, dah ngantok ni". aiyooo sumenye nak tetibe!!


well honestly saye dah lupa apa isi conversation tu. bila dah letak, dia sms balik "bole tahan kasar jugak suara awk tu. tak bole lembut lg ke?" hahaha!! kuang asamnye mamat ni.


alhamdulillah dia bole terima, terbukak pintu hatinya nak terima diri ni seadanya sampai kekal membawak ke jinjang pelamin la jugak :D semoga berkekalan ke akhir hayat aminnnn... hehehe


lepas dah kawen penah jgk tanye "kalo dulu mula2 dgr tkejut, skang camne?" "skang ok la, sbb dah biasa dgr" :D


thanks sebab terima syg apa seadanya :') love u deep deep!!


Published with Blogger-droid v2.0.2
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea