Thursday, February 16, 2012

bukan mudah

Posted by nikct at 2/16/2012 08:58:00 PM 0 comments

preggy, keje dan berjauhan ngan my hubby incik sailor utk tempoh masa yg lama bukanlah satu benda yg mudah. bila datang angin positif, ok lah. kuat. tp bila datang sakit pening, letih dan rindu yg kian menebal tu.. hanya yg berada dalam situasi yg sama ni je lah yg paham ape rasanya. sape je yg boleh sabar kalau berbulan2 lamanya ditinggalkan? yep, isteri si pelaut je la yg sabar menanti kepulangan suami masing2 tu. semua cabaran sepanjang dia takde kena tanggung sendiri. ye la memang boleh foresee ni semua, patut dah boleh nampak dr dulu lagi. tp foreseability dan jugak melaluinya sendiri adalah 2 perkara berbeda. totally berbeda.. sangatt..


skang dah masuk 3 hari betis ni rasa sengal2, sakit2. badan pun dah cepat letih, lepas magrib dah rasa tak larat. kadang2 sakit pinggang. orang kata mintak la tlg suami sapukan minyak panas kat belakang badan. bg lega katanye. tp, saye xde suami sementara ni nak tlg sapukan minyak. huhu.. nak tidur pun dah susah n bila dah tidur, tak berapa nak lena pulak. check up dah berapa siri pegi sorang2 je. my hubby incik sailor pulak dah almost 3 bulan di sana.


bukan mudah ye. sabar je lah hati..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, February 13, 2012

noktah.

Posted by nikct at 2/13/2012 02:01:00 PM 3 comments
telah aku meletakkan noktah dalam hal itu. last sekali aku letak komen kat entri itu sendiri, tak perlu berkias lagi.
telah aku terangkan ketidakpuasan hati ni.
sebagai perempuan aku harap dia paham

(walaupun aku ragui tahap pemahaman dia dalam isu ni)

Sunday, February 12, 2012

Posted by nikct at 2/12/2012 10:22:00 PM 0 comments

Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, February 11, 2012

menghargai

Posted by nikct at 2/11/2012 11:10:00 PM 0 comments

saye lihat ade segelintir pasangan yg diberikan peluang duk dekat lebih cenderung bergaduh bertekak. sampai terbawa-bawa kat fb. tak dinafikan bila kita ni duk dekat ngan pasangan, kita senang cemuih (bosan kate org utara) dgn pasangan kita, mula la ade je yg tak kena selang beberapa ketika. mungkin ni eksesais yg bagus dlm merapatkan silaturrahim? ye la lepas gaduh nti bertambah erat eh? kalau x camne pulak?


pikir2kanlah, anda bertuah sbb dpt bonus, iaitu duk dekat ngan pasangan. bukan nak kata saye tak bertuah, saye bertuah jugak rasa bila duk jauh ngan hubby ni, jarang nak gaduh sebab tak sempat. cerita panas dah jd suam-suam kuku, kadang-kadang dah beku pun bila dapat becakap tu.


hargailah pasangan anda, dah dpt peluang duk dekat2 tu, jgn lah disia-siakan peluang tu. jgnla sampai nak kena berjauhan almost 3 bulan (dan lebih lg ni) mcm saye n hubby baru korang reti nak hargai pasangan. apedaaa...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, February 8, 2012

Ignorantia Juris Non Excusat

Posted by nikct at 2/08/2012 04:53:00 PM 0 comments
*bermaksud Ignorance of the Law Does Not EXCUSE!

ada sorang budak ni, budak law skool. menulis surat untuk dilepaskan daripada suatu pertuduhan ke atasnya. dia kerja part time, kedai game. ko tau la dia jual ape kan? kesalahan tak berat. tp.. hmm.. salah tetap salah. dia kata dia tak tau kedai tu jual barang salah. dia baru je kerja situ. dia nak cari extra money sbb ada masalah keluarga sikit.

kesian. I pity him.

tp,

salah tetap dah salah. budak ada bekgraun law pulak tu.. macam, sangat lah tak boleh dimaafkan dan 'berdosa' kesilapan ko ni dik...

aduhai dik, dalam banyak-banyak kerja kenape la ko kerja situ dik. banyak lagi tempat cari punca rezeki, restoran makanan segera ada, supermarket ada, petrol pump ada. kenape dik kenape?? jangan la cakap takde keje eh, setiap kali masuk fast food restaurant dorang letak iklan besar-besar, 80% kedai-kedai camtu mengiklankan kekosongan jawatan tau.

dilema betol duk kat tempat aku ni. satu keputusan bakal menggelapkan masa depan dia. dia budak bijak. result aku tgk cantik.

dan satu lagi keputusan, mendatangkan unfairness in legal system.

huii ini belum kes-kes macam keldai dadah tu lagi. tu lagi kesian. kadang-kadang keputusan di tangan kita ni menentukan hidup mati, gelap cerah hidup seseorang.

kadang-kadang terpikir kenapa orang kita senang sangat nak terjebak ngan benda-benda macam ni? sedih dengan nasib dorang. tp kita tak boleh nak menilai melebih-lebih. ye la hanya dorang je merasa apa yg dorang lalui tu. kita taktau camne dia boleh terjebak. mungkin kerna terpaksa, mungkin kerna termakan pujuk rayu, mungkin betol-betol taktau.

entah la. manusia mana ada yang perfect? sedangkan nabi pun buat silap jugak. hmm.

ya Allah lindungilah aku dan zuriat keturunanku daripada syaitan yg terkutuk itu. aminnn....

bye!!

Posted by nikct at 2/08/2012 11:55:00 AM 0 comments

kejap lagi kapal akan hilang daripada radar AIS (Automatic Identification System). jalan baik-baik ye kapal. tak sabar nak tunggu panggilan dari laut lagi. miss that person soooooo demmmmm much!!

see you again, Negishi

Posted by nikct at 2/08/2012 08:48:00 AM 0 comments
Sepatutnya semalam lagi kapal bergerak keluar sebab kapal sampai ke Port Negishi kelmarin lagi. tapi semalam dikhabarkan ada ribut kuat melanda perairan Jepun, maka kapal dalam keadaan standby je lah. my hubby incik sailor cakap selewat-lewatnya kapal kena keluar before 3-4pm. kalau tak, alamatnya bermalam seharian la. bila dah pukul 2.30pm tu, incik sailor bagitau kapal tak dapat keluar jugak semalam. kena delay sehari. makanya, keluar berjalan-jalan lah dorang (syioknyee!! part ni je paling best dalam keje kapal ni rasanya hahaha).

so, pagi ni kapal bergerak keluar daripada port Negishi sudey... seminggu lagi la nak kena tunggu gamaknye. sabar je lah..

Ya Allah permudahkanlah perjalanan kapal yg dinaiki oleh suamiku, lindungilah ia walau di mana sahaja ia berada. berikanlah mereka kesihatan yang baik, hati yang cekal dan tabah dalam mengharungi samudera. sesungguhnya mereka mencari rezeki pada jalanMu ya Allah. kasihanilah mereka dan jauhkanlah segala kesulitan dalam pelayaran mereka. amin ya Rabbal 'Alamin...
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea