Wednesday, February 8, 2012

see you again, Negishi

Posted by nikct at 2/08/2012 08:48:00 AM
Sepatutnya semalam lagi kapal bergerak keluar sebab kapal sampai ke Port Negishi kelmarin lagi. tapi semalam dikhabarkan ada ribut kuat melanda perairan Jepun, maka kapal dalam keadaan standby je lah. my hubby incik sailor cakap selewat-lewatnya kapal kena keluar before 3-4pm. kalau tak, alamatnya bermalam seharian la. bila dah pukul 2.30pm tu, incik sailor bagitau kapal tak dapat keluar jugak semalam. kena delay sehari. makanya, keluar berjalan-jalan lah dorang (syioknyee!! part ni je paling best dalam keje kapal ni rasanya hahaha).

so, pagi ni kapal bergerak keluar daripada port Negishi sudey... seminggu lagi la nak kena tunggu gamaknye. sabar je lah..

Ya Allah permudahkanlah perjalanan kapal yg dinaiki oleh suamiku, lindungilah ia walau di mana sahaja ia berada. berikanlah mereka kesihatan yang baik, hati yang cekal dan tabah dalam mengharungi samudera. sesungguhnya mereka mencari rezeki pada jalanMu ya Allah. kasihanilah mereka dan jauhkanlah segala kesulitan dalam pelayaran mereka. amin ya Rabbal 'Alamin...

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea