Saturday, February 25, 2012

5th check up : hi baby!!!

Posted by nikct at 2/25/2012 09:06:00 AM

2 hari lepas 5th check up. lambat seminggu sbb doc nak perform scanning. yeah haritu scan ngan abah dia. kali ni scan sorang je la. xjd hal la since dah scan ngan abah dia haritu. ohh rindunyaaa kat abah kan baby kann.. huhu


berat naik agak byk dr previous check ups. 4kg!! whoaaa. menjadikan total weight gain skang 10.5kg!! hb normal. urine je positif lak.. sbb pg tu aku lapaaa, so makan mee goreng spinggan n habiskan stok kek batik yg buat utk abahnye tu laa. haa amek kau, positif terusss.. then dpt 2nd injection for kancing gigi. kali ni misi yg perform injection tu, bukan nyonya yg aku buat dgn dia mula2 haritu.


bila scan dgn abah 2 hari sblm tu, baby songsang, sama mcm masa scan dgn nenek dia haritu. tp bila pegi sorang ni, alhamdulillah kepala baby kat bawah. menunjukkan dia bergerak la jugak sampai kepala tu ke bawah dah. risau jugak la kan. uri elok di atas. nampak jantung. tulang paha dia. saiz baby mengikut perkembangan la. between 27-30 weeks punya saiz. n estimated weight 1.2kg. whoaaaaa..!! good2!! (^_^)


nurse suruh aku start kira pergerakan baby skang ni. dr jam 9pg ke 9mlm baby mesti bergerak cukup 10 kali. kalau tak cukup sila pegi hospital segera katanye. jgn tunggu2. mungkin tu la yg boleh jd kes meninggal dalam perut kot. aku xnak kira main2 la even ade org ckp xpenah kira, xpenah buat. coz mak aku ada history, kakak aku 2 org meninggal dlm perut. sbb apa? aku xsampai hati nak tanya. dah cukup bulan, cukup sifat tp bila keluar tak bernyawa. sedih la kan.. so aku nak kira betul2. biar la org nak rasa kelakar dan kolot dan skema pun. lagipun bukan susah pun nak buat kan. just tick n tulis pukul berapa baby siap bergerak 10 kali tu. nurse tak bg kira sekali dgn pergerakan yg minor2 tu. make sure dia bergerak kuat n banyak kali serentak baru dikira 1. nurse jugak ckp jugak kalo sampai pukul 2ptg kamu kata baby dah bergerak 10 kali tu tipu ah. ok nurse gua ingat punye. n alhamdulillah dah buat smlm, baby ok.


semalam pulak kena pegi klinik kesihatan lg skali utk minum gula pulak (MGTT). bukan sebab urine positif, tp sbb dah minggu ke 28. memang gitu la prosidurnya. minum gula masa awal preggy, then 28 week n 36 week pon kena minom lagi. aduhai. sedapp gile air gula tu. resultnya unknown lagi. tp nurse kata if dorang tak call petang semalam, means ok la. just dtg utk next appointment mcm biasa je la.


dan memandangkan dah masuk minggu ke 28, follow up akan diadakan 2 minggu skali. next week, appointment ngan doc kat hospital pulak. waa xsaba nak pegi spital plak. jumpa the "real" doc. doc kat klinik ckp kalo nak 100% sure jantina baby, tanya pakar kat hospital nanti. apedaa doc klinik ni. baik takyah jd doc kat klinik ibu dan anak camtu. ok xpe, we'll see what happens next week.


till then, daa!! :))


Published with Blogger-droid v2.0.2

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea