last minute arrangement utk terbang ke bintulu. gamble je wei. xpenah jejak kaki ke sana. keseorangan. perhh. tempat asing, preggy dan travel alone. kombinasi terbaik der. tp memandangkan dah lama xjumpa, incik sailor pulak dah berapa hari mencelan, keje teruk, dr pagi ke malam, sambung malam ke pagi, kesian sgtt rasa. so kami decide utk berjumpa. mengurangkan beban yg masing2 tanggung. stress, rindu. 3 bulan beb. genap 3 bulan..
aku terbang dgn 1st flight. kapal masuk port xtau lg pukul berapa masa tu. sampai airport, ambik cab ke hotel kat bandar. gerun jugak. tp tawakal la. ni bukan teksi ulat. ambik dr booth kat airport, so mesti ok kot? tanya jugak partners geng kapal yg penah pegi sana. n they assured me that bintulu tu tempatnya ok. xla segerun yg aku bayangkan kot. hahaa
sampai hotel, bilik.xredi lg. awal sangat katanya. xpela, aku nak makan dulu lagipun. td nampak kfc tp mcm agak jauh gak tu nak menapak. tp aku xtau kedai mana yg bole makan. so aku menapak la jugak, dgn harapan dpt set brekpes kfc. ade la 1km jgk kot jaraknye aku menapak? entah. jarak pd pandangan aku la. hehe
lepas mam kfc, menapak balik hotel. check in. dan menunggu incik sailorku. dlm pkul 1.40 dia sampai, berseri2 aii tau :') 1st thing yg saye buat, bg dia present. mcm xpenah bg dia present yg dlm bentuk material kot? selain dlm dulang hantaran tu la hehe n bg dia rase kek batik. ni je idea yg dtg, dgn masa yg kekang nak membikin apa pun xsempat, baik buat kek batik. 15 minit dah siap haha alhamdulillah dia kata ok. huhu.. syukran2 :')
lama rasanye saye xcium tangan tu. lama xcium pipi dia. xpeluk. hukhuk. lepas solat, kami siap2 pegi klinik tdekat. abah nak skodeng baby katanye. plus, nak dptkan confirmation letter from doc, utk fly. masa dtg xsempat nak buat. nasib baik akak kat boarding gate tu bg lepas. alhamdulillah pejalanan dipemudahkan. so xnak banana fruit 2 times, saye buat jugak la.
alhamdulillah baby membesar dgn sihat. jantina masih xbole nak 100% konfem sbb dia sorok lg. sabar je la baby nih. dpt jumpa abah pun nak malu2 lg. isk. mungkin dia xbiasa dgn abahnye kot? huhu
lepas dah pegi klinik, kami pegi park city mall. taraf plaza alam sentral shah alam tp versi mini sikit. pegi makan dulu isi perut (lagi) pastu baru mula shopping. hehe. shopping ape? basic brg baby la. dah tu nak tunggu dia balik lambat sgt. takut tak sempat. at least dah beli yg basic, saye bole la beli yg lain2 tu. abahnye takde la akan rasa ralat xdpt beli sama2. tp harganya mahal sikit dr semenanjung. tp apela yg nak dikira sgt dengan uang ringgit, bebanding nikmat kebahagiaan n kegembiraan shopping brg baby sama2? hehe
dah malam, pegi jalan kat pasar malam pulak. beli sikit ikan terubuk masin sbg buah tgn utk family masing2. then pegi makan lg. haha makannn je.
balik hotel, packing brg utk balik harini dan main2 perot. tp baby ni sampai hati dia diam je masa tu. mungkin dia tgh rest sbb maknye dah bejalan total 3km jugak dah kot seharian tu? hehe abah dia pun bjalan sampai gantung kaki, ape celop? bahahaha :P
bila dah ngantuk sangattt, saye tetido. bila bangun pagi ni incik sailor ckp "smlm bila syg dah tidur, baby gerak aktif. xhenti2. abg nak tido jd postpone sbb eksaited dia gerak2" huiyoo. punye la aku ni penat sampai xsedar anak duk joget lambak dlm pewot hahaha oo baby nak privacy ngan abah ye? hehe "pastu abang ckp ape je ngan dia?" "xcakap ape pon, malu la hihi" sengal punye laki. dah nak jd bapak org, dgn anak sendiri nak segan. dah la baby dtg jauh2, boleh pulak dia ckp malu? haishhhh :D
dan aktiviti terakhir bersama seblum masing2 bawa haluan, ialah solat subuh secara bjemaah. rindu sgt masa ni... hmm bahagia gile rasa :)
even masa yg diluangkan kejappp sgt, xsampai sehari, tp perasaan gembira after 3 bulan xjumpa tu, sgt tak tergambar ngan kata2 :')
thanks a lot for da memories dear. ralat sgt x amek gambar pun masa tu. takpe la, let it remains in our heart. gitewww. dan kini, kapal sedang menuju ke taiwan dah. dapat emel td, incik sailor bgtau dia dpt keje dgn sgt semangat td. kawan2 lain pun perasan. even habis kerja lambat (7pm) tp still semangat masih xpudar gitu. alhamdulillah, kehadiran mak buyong ni membawa perot mampu menghepikan dia. suka sgt bila tgk dia hepi :))
xtau la berkesempatan nak buat lawatan lg pasni ke x. susah jugak nak arrange. keje kan. nak ejas cuti tu, susah. kapal plak xmenentu bila nak masuk port. org kata wife bole buat ship visit (jd visitor kapal dan stay kat sana selama kapal ada kat port). pengangkutan dr airport ke port sume diuruskan. kalau tau awal saye nak buat ship visit sbb xbuang masa byk sgt. tp xpe, pengalaman mengajar. incik sailor pon 1st time mintak permission nak bermalam kat luar, tu pun last minit baru tau prosidur. sian dia.
pasni kalau berkesempatan, buat ship visit, properly arrange d trip la. baru puashati menatap wajah kesayangan hamba tu :D
ohh manisnya, manisnya senyumanmuuuu~~ ;)
0 comments:
Post a Comment