Thursday, March 15, 2012

keseriusan keterlupaan

Posted by nikct at 3/15/2012 12:05:00 AM 2 comments

orang kate time preggy ni lah sindrom pelupa tu kuat gila. sejauh mana kebenarannya, wallahualam la. tp sikit sebanyak benda tu makin menjadi semenjak dua menjak ni. awal2 haritu macam ok je.


lepas balik daripada kenduri haritu, awal pagi selasa tu, dgn konfidennya aku bersiap nak pegi opis. masa bersiap, nampak planner atas laptop. "eh kenape aku bawak balik planner ni? ermmm.... saje je kot. takpela japgi bawak la p opis"


bila dah bertolak sekangkang kera, barulah teringat, aku tertinggal planner tu kat rumah. ok. "takpela, harini pegi opis je pon, bukan court. so xguna pon la planner tu".


tiba-tiba,


dgn kuasa Allah, tetiba aku teringat, bos suruh aku pegi workshop kat glenmarie, shah alam hari selasa n rabu, sehari lepas balik drp kenduri kaklong. sebab tu la aku bawak balik planner tu. sbb kat dlm tu aku letak details workshop tu, map ke workshop tu, yg paling penting, akta yg nak dibincangkan dlm workshop tu.


sebab tu la aku bawak balik planner tu. T_T kenapa aku boleh lupa? selalunya benda2 yg boleh melarikan diri aku dari opis, aku takkan lupa. tp kali ni aku dah lupa. lupa selupa-lupanya.


so aku kena jugak patah balik ambik planner tu. aku xtau event tu kat mana. xingat pukul brp mula. yg paling penting xdak langsung material, xkan nak pegi lenggang pungkoq je kan?


dah patah balik, isi minyak dulu. dah tinggal 1 bar dah. aku lupa nak topup minyak coz aku ingat ada lagi. bila bapak aku kata kena tambah, aku heran. aku rasa banyak lagi. pastu baru teringat, haritu masa nak pegi airport pon bapak aku cakap dah blink blink. alahai... isi minyak. balik rumah. ambik planner. nak gerak dah, tetiba teringat, lesen dah mati seminggu lepas!!! T_T nak je gamble pegi je workshop tu dulu tp takot kena tahan, kena saman. aku ni jenis kalo dah ingat, baik buat. kalo x, betol2 la ape benda buruk yg aku terpikir tu akan betol2 jd. huh. jam dah dekat 8.30am. event mula 9.30am. sepang ke shah alam tu. kat mana glenmarie aku pon xtau lagi ni. jemm betol lah. huh


dah setel renew lesen kat pejabat pos, baru ingat touch n go xtopup lagik. alaa, tadi kan pegi petrol pump isi minyak. camne ko blh lupa nak topup touch n go skali? T_T


rase penat sgt dah nak berenti banyak2 kali ni. dah pukul 9lebih dah mase tu. tp nanti kang jem kat tol, lagi penat kan. so nak xnak kena jugak berenti lg.


aku sampai ke tempat tu pukul 10.30am. parking sikit punya jauh dgn tempat workshop. sbb xtau tempat tu kat mane kan.


bila aku pegi tempat tu, aku tgk nama event ni tak tersenarai pon dalam list bilik2 meting tu. aku tanya staf, dia kata cuba check kat ballroom. pegi ballroom, org tu kata event ni dah tukar hari. harini (rabu) dgn jumaat.


ya Allah. sakitnya hati ni. aku call ofis, tanya dorang hantar emel time aku cuti tu ke? p.a bos aku cakap dia hantar emel hari isnin, yg mana aku cuti. ok fine, sape suruh aku cuti kan. "eh tapi dia hantar emel ni pukul 5.44pm" kate p.a bos aku.


-_-" kalo aku kerja pon, tu dah memang time aku balik keje dah kot? marahnyeeeeeeee tak terkata. balik sesia je. geram punya pasal aku makan xmeal kfc, add on cheesy wedges lagi. hamek kau. geram tau!!!


so harini aku pegi la workshop yg telah ditangguhkan dan dimaklumkan lewat kat aku tu kan. end up, aku tengok org yg hantar emel kat aku tu pon rupanya preggy jugakkkk!! terus aku rasa, ok, org ngandung memang camni. mungkin dia lupa nak send emel tu awal2.


so, boleh x nak kate yg memang org ngandung ni ada sindrom pelupa gila tahap dewa? T_T


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, March 12, 2012

7th check up : HILANG!!

Posted by nikct at 3/12/2012 09:44:00 PM 0 comments

khamis lepas pegi check up kat klinik kesihatan salak utk kali ke 7. mcm biasa pegi sorang lagi. hukhuk.. tp haritu spesel sket. sbb aku amek cuti. utk ape? utk balik penang petang tu, kenduri kaklong. hahaa dan jugak ade surpriseeeee. bila surprise dah disampaikan, baru bgtau sini. muehehehe.


check up macam biasa. timbang berat (maintain drp previous week), hb (normal), urine (ok). kali ni xde amek2 darah dah. pheww selamat. xsuke la menda alah yg tap jari tetibe tu. baik dia cucuk jarum amik darah untuk derma darah drp terkejutkan aku dgn blade tap tu yg tibe2 cucuk jari. tak suke tekejut2 ni tau. sbb tu aku xtgk cite hantu. eh kesitu plak.


lepas dah siap tu sume, jumpa nurse. nurse buat rutin biasa je. tambahan, kena detect heartbeat baby. so aku pon baring. kepala baby kat atas, dipanggil "breech" (kalo silap eja sori, xsilap aku camni la eja dia) bermaksud songsang. nurse pon tonyoh2 la device dia tu. pusing sana sini nak cari heartbeat baby. tengah dia cari2, baby bagi respon, bergerak. xtau la bersilat ke ape. nurse terberenti jap, tengok aku sambil senyum. aku gelak je la tanda paham pe yg dia nak sampaikan. pencarian diteruskan.


finally nurse fed up. dia mintak kawan dia pulak buat. dia cakap "anak dia gerak2 tp xdpt detect heartbeat". nurse yg ke 2 pulak suruh nurse td ambik alat yg lain kat bilik seblah. dah ambik tu pun, xdapat jugak. berkali2 gel mcm gam tu disapu kat perot. sampai bau gam perot aku haritu. isk3.. last2 nurse kate, awak jumpa doc la. biar dia scan n tgk."


haiyak. noty eh baby. kamu duk camne la sampai 2 org nurse yg dah guna 2 device xleh nak cari heartbeat kamu.. isk3..


jumpa doc, doc scan. ade je heartbeat baby. 146 heartbeat per minute. alhamdulillah..


next appointment : 2 minggu lagik. jangan laa hilang2 lagi syg oii.. hahaa


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, March 6, 2012

tahniah kaklong!!! :))

Posted by nikct at 3/06/2012 08:58:00 PM 0 comments

4.3.2012 jam 12.00 tengah hari, sah sudaa kaklong menjadi isteri kepada abg meor mohamed farhan. majlis nikah simple dan sederhana style aku suke, sempoi je xyah nak susah2 kan diri sbb kaklong mmg jenis sempoi n simple habis. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. incik sailor xde sobs sobs. nak wat cane, keje. hukhuk. hujung minggu ni kenduri pulak, bersanding n bertandang. xsabo nak tgk kaklong pakai baju perantin lagik hehe tunggu kepulangan daku (dan baby dlm perotku) wahai selama!! insyaallah panjang umor kite jumpe nanti!! semoga diizinkanNya untuk pulang kenduri ni. aminnnn :)


Published with Blogger-droid v2.0.2

gelojoh

Posted by nikct at 3/06/2012 07:59:00 PM 0 comments

semalam masa kat airport nak naik flight from penang ke KL, singgah solat kat surau airport dulu. lepas ambik air semayang, tgh pakai telekung, datang la 1 minah menyerupai bangsa cina (xtau la cina malaysia ke, cina mainland ke, mongolia mcm altantuya ke, hong kong ke, taiwan ke), pakai singlet, suar pendek dgn boot masuk surau. aku assume dia ingat tu toilet. padahal terang2 kat luar tulis prayer room. mungkin dia bukan cina malaysia sbb dia xpaham bahasa inggeris kot.


dia tgk aku kat dlm, dia tgk sign board kat luar. tp dia terus masuk. aku xtau la dia cari apa. aku terkesima terpaku kat situ sambil pegang kain telekung. dia masuk kat tenpat amek wudhu then letak beg then bukak paip then blah. dia masuk td pun ngan boot2 dia tu la. bila pikir2 balik kurang ajar gila minah ni. tp aku masih terpaku kat situ. duk pikir apa minah ni dah buat kat tmpt ambik air semayang td? hmm


pastu aku naik flight. sampai kat terminal lcc, aku jalan la ikut laluan yg dorang dah tetapkan menuju ke terminal untuk kuar. masa turun tangga flight aku nampak brader2 yg abgkat beg tu jerit2 kat minah ni. aku tengok la kenape. hek eleh, minah td lagi. nak tau dia watpe? dia slumber je jalan terus ke terminal xguna laluan kat bay tu. dia guna jalan short cut la, lalu kat tempat parking flight yg lain. kalo kosong xpe la. kalo japgi tetiba ade flight dtg parking n sondol bontot dia tu? xke padan kat muka tu? masa tu aku pikir, dia ni jenis hidup xsuka ikut rules. uncivilized langsung!!


dah kena sound tu, dia masuk la jalan ikut laluan sepatutnya. laju2. nak kejar ape aku pon xtau. panas kot. bila dah nak sampai, kat main building, kena lintas jalan drp bay ke main building tu. dah ada jalan, lorong cantik2 org buat kan (xla cantik, lcct kan, paham2 je la. maksud aku cantik tu, kira org dah buat laluan siap la untuk passenger yg nak masuk or keluar dr main building tu). minah ni boleh pulak melencong drp kawasan lg!! dia nak amek shortcutttt je dr td. ikut jalan yg trak2 angkut beg tu. then dia kena sound lagi tp kali ni dia buat xtau je. ape jenis org ni aku pun xbole nak kategorikan dia. sangat xbertamadun!!!


last2 bila keluar aku tengok dia tunggu je kat tempat teksi tu. last2 aku jugak yg balik dulu drp dia. hampeh. keces. puntis. nak laju2 sampai langgar peraturan watpe? ingat bapak dia punya airport ke? kalo kena langgar flight nak parking tu ke, kena langgar trak bawak beg cargo tu ke, xke sesia mati katak kamu tu?


xpaham dgn orang yg gelojoh xkena tempat camtu. bukannya bawak ko sampai ke rumah dulu pun. keces je. huh


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, March 1, 2012

6th check up : lamanya....

Posted by nikct at 3/01/2012 10:18:00 PM 0 comments

mana xlama. ni 1st time pegi appointment kat hospital pulak. after 28 minggu kan. so kena say hii to doc la. biarpun baru minggu lepas jek jumpa doc kat klinik kesihatan.


dah namanye hospital, memang ramaiiiii gile orang. yg tak best, bab parking. parking ada tp pak guard kontrol, xnak bg org sembarang la masuk. puas aku pusing2. appointment pukul 10 pg nih. 9.50 duk berpusing. yg xpatutnya dia suruh aku parking luar n naik shuttle bus masuk dalam? hantar sampai depan lobi, katanye. setakat aku berpusing situ, aku xde nampak kelibat bas pon kat kawasan hospital. lagi satu, muat ke bas nak masuk area hospital tu? kiri kanan jalan orang parking. nampak naa tipunye kau ni bro.


lepas 3 kali pusing, aku berenti kat gate masuk parking yg dia tutup tu. "bang, tolong la. saye sarat dah ni. tak larat nak jalan jauh. dari tadi xde 1 bas pon masuk sini. kesian la kat saye". dia pun kate "akak pusing la kat dlm ni kalau ade parking". dia angkat kon n aku pon masuk. xsampai 1 pusingan aku dah jumpa parking. 2 lot, seblah menyeblah plak tu. mangkuk tingkat tol. liaise la ngan pak guard yg jaga pintu kuar. if ada org kuar, bg la masuk. ko jaga pintu masuk pastu x amek tau org yg dah kuar, pastu duk kate parking xde. eii gerammmm je!!


so pegi la masuk, register. tunggu. sampai la nurse panggil. timbang berat, hb, then urine. berat naik 1 kg dr last week. tp hb masih normal. urine pass.


tunggu pulak nak jumpa doc. time ni la line tenet xde pulak. main je la maths attack, sudoku n word search sampai boring. last2 pukul 1 jugak baru dia panggil. tak banyak jugak yg doc nak check. sbb sume on surface nampak normal kot. so doc suruh baring untuk ultrasound. kat hospital ni kepala mak2 xperlu teleng nak tengok screen ultrasound machine tu. dia bagi 1 screen khas kat atas, bahagian depan. kan senang. tak la rase nak terkehel leher aku nih nak tengok anak sendirik hehe


baby mcm makin besau. saiz between 30-32w 6d!! berat naik 0.5kg dr last week!! mak aii. lek lek luu baby. ni baru minggu ke 29. EDD pun jadi awal ke hujung april. ape celop?? hehe tp tu sume mesen punye kira2. tah betol tah idak.. doc xcakap ape pon pasal tu. dia cakap sume ok je. ikut perkembangan. so aku dengar cakap pakar je la. hehe kebetulan abah sampai port harini, sukaaaa abahnye dengar perkembangan baby ni :')


apepon Alhamdulillah atas kelancaran ini. semoga Allah terus permudahkan proses kehamilan ni, langsung sampai melahirkan dan kemudian sampai laa ke akhir hayat anak kami ni. harap2 dia terus sihat, panjang umur. murah rejeki. aminnn..


next week appointment ngan klinik kesihatan balik. rutin 2 minggu skali bermula balik di klinik. ni dah jd macam every week pulak check up. padahal nak pegi say hii je kat doc. appointment dengan doc kat spital, next month pulak.


till then, daa~~


Published with Blogger-droid v2.0.2

guest book

Posted by nikct at 3/01/2012 09:45:00 PM 1 comments

*gamba xbape elok sbb guna kamera xpro


ohh rasanya dulu dah bagitau yg aku bikin guest book kat serdang, dekat ngan UPM. x ingat nama kedai, sori. hasilnya, seperti di atas pada kos yg sangat lah murah banding ngan guest book yg dijual. dan ianya customized, so lebih spesel la kan. sampai ke harini kalo selak2 guest book ni saye akan senyum sampai telinga membaca corat coret para tetamu hehe tp saye ni pemalu (lah sangattt) so utk guest book saye ni saye hanya letak gambo lengan jek hahaha


kaklong (kakak incik sailor) nak kawen cuti skola nih. being preggy, dan duduk jauh pulak tu, aku hanya mampu bantu dr segi benda2 alah mcm guest book ni je lah. huhu maap kaklong, makayah sume. xbanyak yg saye leh bantu utk kenduri ni. mase kenduri kami haritu sume bg all out tp bila turn kaklong, xdpt tlg ape pon. sori sesangat :'(


berbalik hal guest book ni, since dah penah tempah ngan apek tu, so aku pegi la kedai yg sama. mmg mase aku nak kawen aritu aku dah survey, dia paling murah n dia buat pun ok la.


sampai kat kedai tu, yg jaga kaunter tu nyonya. xtau la anak dia ke, bini dia ke. aku tanya la nak buat book binding, hard cover dengan photo print, depan belakang, bape hengget? dia kata "RM25". ooo. harga ketas dah naik kot aku pikir. "takleh kasi kurang ke?". "tak dapat la". "ok... so nak bagi gambar ni mcm mana? sy simpan dlm memory card ni". dia tunjuk PC kat dalam kedai, so aku pegi la ke PC tu, nak transfer gambo utk dijadikan cover.


PC dia xde memory card punye slot. so aku dah be prepared, aku bawak card reader sendirik. dah cuba kat 3 PC dia sume xdetect lah pulok!!! hohoo camne ni? aku tanya nyonya tu mane CC? dia tunjuk seblah. aku pegi kete, amek pendrive yg digunakan utk simpan lagu dan dimainkan kat USB MP3 player tu. nasib baik ade. phewww.


brader CC dengan baik hati tolong transferkan gambo2 tu kat pendrive. card reader aku prob. cap ayam betoi. huh. lepas dah transfer tu, aku pegi kedai tu balik. tengok2 nyonya dah xde. yg ade apek yg aku deal dulu. kachingggg!!! otak aku geligat berpikir n terus serbu apek tu cepat2.


"kalau nak book binding hard cover, photo print depan belakang, berapa?" apek tu jawab "RM20". cantek!!!! terus aku transfer gambo2 tu ke PC. terus bayar HABIS. siap mintak resit!!! haha mane la tau kan, japgi xmintak resit kang nyonya tu mintak belen lg pulak kang. mane boleeee hahahaha


moral of the story : sabar. setiap yg berlaku ada hikmahnya. setiap kesusahan yg Allah duga kita, insyaAllah Dia bagi kita kesusahan tu utk menyenangkan hati kita jugak.


kesimpulannya : aku puas hati walaupun penat sikit. Alhamdulillah. :)


tak sabar nak balik selama wiken ni, nak tengok kaklong nikah. semoga Allah permudahkan urusan dan perjalanan majlis kaklong. aminnnn :')


Published with Blogger-droid v2.0.2

1 Mac 2012

Posted by nikct at 3/01/2012 08:07:00 AM 1 comments

1. benda yg menghantui hidup aku selama ni akan diwartakan hari ni. bye2 tayar!! bye2 helmet!! pening aku pasal korang ni makan tahun korang tau x?? harap2 korang xdtg balik dan memeningkan kepala aku lagikkk!!


2. bila kapal incik sailor nak sampai? dah terputus hubungan nih. I miss my sailor T_T


semoga Allah permudahkan urusan kita harini. aminnn...


Published with Blogger-droid v2.0.2
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea