mana xlama. ni 1st time pegi appointment kat hospital pulak. after 28 minggu kan. so kena say hii to doc la. biarpun baru minggu lepas jek jumpa doc kat klinik kesihatan.
dah namanye hospital, memang ramaiiiii gile orang. yg tak best, bab parking. parking ada tp pak guard kontrol, xnak bg org sembarang la masuk. puas aku pusing2. appointment pukul 10 pg nih. 9.50 duk berpusing. yg xpatutnya dia suruh aku parking luar n naik shuttle bus masuk dalam? hantar sampai depan lobi, katanye. setakat aku berpusing situ, aku xde nampak kelibat bas pon kat kawasan hospital. lagi satu, muat ke bas nak masuk area hospital tu? kiri kanan jalan orang parking. nampak naa tipunye kau ni bro.
lepas 3 kali pusing, aku berenti kat gate masuk parking yg dia tutup tu. "bang, tolong la. saye sarat dah ni. tak larat nak jalan jauh. dari tadi xde 1 bas pon masuk sini. kesian la kat saye". dia pun kate "akak pusing la kat dlm ni kalau ade parking". dia angkat kon n aku pon masuk. xsampai 1 pusingan aku dah jumpa parking. 2 lot, seblah menyeblah plak tu. mangkuk tingkat tol. liaise la ngan pak guard yg jaga pintu kuar. if ada org kuar, bg la masuk. ko jaga pintu masuk pastu x amek tau org yg dah kuar, pastu duk kate parking xde. eii gerammmm je!!
so pegi la masuk, register. tunggu. sampai la nurse panggil. timbang berat, hb, then urine. berat naik 1 kg dr last week. tp hb masih normal. urine pass.
tunggu pulak nak jumpa doc. time ni la line tenet xde pulak. main je la maths attack, sudoku n word search sampai boring. last2 pukul 1 jugak baru dia panggil. tak banyak jugak yg doc nak check. sbb sume on surface nampak normal kot. so doc suruh baring untuk ultrasound. kat hospital ni kepala mak2 xperlu teleng nak tengok screen ultrasound machine tu. dia bagi 1 screen khas kat atas, bahagian depan. kan senang. tak la rase nak terkehel leher aku nih nak tengok anak sendirik hehe
baby mcm makin besau. saiz between 30-32w 6d!! berat naik 0.5kg dr last week!! mak aii. lek lek luu baby. ni baru minggu ke 29. EDD pun jadi awal ke hujung april. ape celop?? hehe tp tu sume mesen punye kira2. tah betol tah idak.. doc xcakap ape pon pasal tu. dia cakap sume ok je. ikut perkembangan. so aku dengar cakap pakar je la. hehe kebetulan abah sampai port harini, sukaaaa abahnye dengar perkembangan baby ni :')
apepon Alhamdulillah atas kelancaran ini. semoga Allah terus permudahkan proses kehamilan ni, langsung sampai melahirkan dan kemudian sampai laa ke akhir hayat anak kami ni. harap2 dia terus sihat, panjang umur. murah rejeki. aminnn..
next week appointment ngan klinik kesihatan balik. rutin 2 minggu skali bermula balik di klinik. ni dah jd macam every week pulak check up. padahal nak pegi say hii je kat doc. appointment dengan doc kat spital, next month pulak.
till then, daa~~
0 comments:
Post a Comment