Sunday, March 18, 2012

8th monthsary : surprise!! :D

Posted by nikct at 3/18/2012 09:47:00 AM

plan mensurprisekan incik on our 8th wedding monthsary mmg xdirancang pada awalnya. apekah ia? hahaa. surprise berupa imej 3D/4D of our baby!!! :D


apekah rancangan yg xdirancang tu? last 2 weeks aku call vision college, tempat yg bloggers rekomen utk buat scan 3D/4D sbb murah n details la dorang buat. terus call n girl tu ckp kena buat scan between 26 ke 30 minggu preggy.


"erk, minggu ni la saye ngandung 30 minggu. camne?"


"kalo buat khamis ni bole? 2.15pm. sbb ada org kensel ni"


"ok!!" terus jwb je ok. haha. pg tu check up kat klinik kesihatan, petang tu nak fly ke penang utk kenduri kaklong. so, amek cuti je lah.


aku sembang ngan officemate, zan. patut ke aku bgtau incik sailor aku nak buat 3D scan ni? kalo buat surprise cane? ok x? zan kate okeeeeee sangatttt!! "ko rase kan, laki aku marah x kalo dia tau pasal ni?" zan jawab "apsal lak dia nak marah? kalo aku, aku hepi dowhh". so, eksaited gile la nak meneruskan niat murni nih hehe :P


maka pegi la check up hari khamis tu. lepas check up, balik rumah jap, makan2, gerak ke kelana jaya plak, ke vision college. xtau kat mane tp dorang kate belakang giant KJ. redah saje la. dan kebetulan pulak incik sailor baru sampai ke korea mase tu (ohh em gee LUPA nak update kapal incik sailor masuk port korea tu sbb telalu busy!!!! lupe lupe lupe!!!) T_T


bila incik sailor sms, nak je telepas ckp pasal plan ni. tp kena tahannnn jugak. lagipun bukannye bole mms pic ke ape, kalo bgtau skang pon, dia xleh tgk pon. kannn.. so aku diamkan je la hehehe


scan baby tu, baby pemalu. tutup muka dgn tgn silang2 lg. dah kena tonyoh2 pon dia diam je lg. time dia tido rasanya masa tu. mmg biasanya pon dia gerak pg, tghari n lewat petang. sampai akak sonografer tu suruh aku pi jalan2 dulu la 10 minit, pastu baru scan balik. aduhai.. sabor je la baby nih.


aku pi toilet, usap2 perot (nak usap dpn org malu haha). pastu pegi jalan2, nasib la kat situ kawasan kedai2. so xde la boring sgt. lepas dah jalan2 tu, scan balik. baby meniarap pulak!!!! ya ampun. apekah kamu ni baby.... xkesian ke kat abah, plan nak surprisekan abah nihh T_T


tp xlama pastu dia mula bg kerjasama :) alahai mulut dia, hidung dia. xtau la ikut sape. tp geram je tgk mulut dia yg nyonyet2 tu. kejap muncung, kejap senyum, kejap nganga. apela agaknye baby bebelkan tu? dgn dagu dia jelas tebentuk tu, comeyyyyy sangattt hehe sayanggggg dia. mmmuuaahhx!!


lepas dpt je cd scan tu, terus cuci 3 set. 1 for my parents. 1 for in laws n another 1 for abah. hehe sori abah, abah jd last person to know.


then terus gerak balik, siap2 ke airport nak catch flight 7pm ke Penang. semput makkk haritu!! tp xpe, usaha mendatangkan hasil yg berbaloi2, lebih daripada keuntungan wang ringgit, ape salahnye penat sekejap? kan? :D


yg menjadikannya lebih bermakna adelah apabila pics n cd imej 3D ni sampai ke tgn incik sailor pada 16 Mac 2012, wedding monthsary kami yg ke 8. ni memang di luar perancangan. tp nak wat cane, rezeki la bila kapal masuk port on 16th kan? imej yg bermakna buat sumone ni sampai ke tgn dia di hari yg bermakna jugak la kan. alhamdulillah. incik sailor sgt hepi dgn surprise ini. kecil tp sangat bermakna.


"sayang, dah dapat pics. tq sayang. xbgtau pon. wat surprise eh. waa. da nampak muka sume. hepinye tgk. banyak kali bukak tgk. dorang pon tgk. bestnya. macam real dah. xtau mcm rupa sapa lagi. nampak besar n bam bam. pandai mak dia bg khasiat secukupnya. weee dpt gak tgk baby abah. hepi sgt. xsabar nak tunggu tgk dia dpn mata. lebiu sayang. muahx2" :')


being far away from home n loved ones, syukur hadiah kecil ni mampu menguatkan semangat dia untuk redah lautan samudera tu, nak2 pulak peluang untuk balik mid april ni masih 50-50 :(


camne pon alhamdulillah rancangan mensurprisekan abah dgn imej 3D baby berjaya!!! gembira nyeeee!!! :')


Published with Blogger-droid v2.0.2

1 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea