saye ternampak fb seorang gadis dlm fb boipren saye. tibe-tibe nak dijadikan cerita tgn ni gatal nak view profile dia. saye view, dan mendapati ada sesuatu dgn dia. dan saye dapati dia ada blog juga. saye view blog dia pula. ok, sah! si gadis tersebut mempunyai perasaan kasih kepada boipren saye. bagaimana perasaan saye sbg gelpren bila membacanya? saye rasa sungguh berdebar-debar! sejuk satu badan! betapa obsesnya dia, kasihnya dia dan rindunya dia pada boipren saye. even termimpi-mimpi! dan, akan menunggu boipren saye sehingga ke akhirnya. hmm..
saye? speechless dgn statement dia tu. apa yg berlaku pada dia dan boipren saye pada suatu mase dahulu adalah hak mereka. kini, boipren saye dan saye sedang melakar kisah kami. kisah lama, apa yg pernah berlaku antara mereka dulu, dan juga, apa yang pernah saye lalui dulu, kami tinggalkan. tutup buku! bukak buku baru. bukak chapter baru. walaupun tak la sesempurna mana saye ni, tapi saye dan incik sailor masih dalam proses percubaan, masih nak kenal-kenal sampai menyengal (hehe) antara satu sama lain. Mujur incik sailor mengaku awal-awal tentang kesilapan lalunya. dan dia perbaiki sebelum membina cinta bersama-sama saye.
saye pernah melalui situasi si gadis itu sebenarnya (tibe2), dan saye paham perasaan tak dapat memiliki itu. pedih. memang pedih. saye harap dia tabah melalui hari-harinya. ya Allah Kau berikanlah kekuatan padanya. temukanlah dia dengan insan bernama lelaki yang terbaik buatnya.
buat si gadis tersebut, percayalah. insyaAllah, tuhan akan mengurniakan 'pelangi' sebaik 'hujan' turun. saye dah melalui hari 'hujan' saye. dan Alhamdulillah, tuhan memberikan 'pelangi' terindah dan tercantik pd saye. Alhamdulillah, syukur sangat2.
ya Allah, semoga Kau permudahkanlah perjalanan cinta kami ni ya Allah. jauhkanlah daripada belenggu yang serba tak kena dalam hati ni, amiiinnn...
Thursday, November 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment