Wednesday, February 9, 2011

muhasabah diri.

Posted by nikct at 2/09/2011 07:26:00 AM
Allah Maha Mengetahui. apa dah jadi semalam, kelmarin, bulan lepas, tahun lepas, malah juga yang akan jadi pada kita harini, esok, lusa, bulan depan, tahun depan, semuanya kita tak tau. kita ni manusia yg lemah. tak mampu nak tetapkan qada dan qadar hidup kita sendiri. hanya Dia yang tahu dan dia yang tetapkan apa yang terbaik utk kita.

mungkin harini kita menangis, tapi esok kita dapat berita gembira.

mungkin harini kita gembira, tapi dalam sekelip mata je, Tuhan boleh tarik kegembiraan kita.

setiap yg berlaku ada hikmahnya.

mungkin kita dibiarkan menangis harini sebab Tuhan nak elakkan kita dari menangis di kemudian hari.

mungkin nikmat yg kita dah kecapi tu ditarik balik untuk elak kita alpa kepadaNya.

pada yg bersedih, jgn terus merintih. cari jalan utk mendekatiNya. tengok dari sudut yg lain. atasi kelemahan diri. buka mata, buka hati, buka minda. semua Tuhan dah bagi depan mata, macam mana kita nak manfaatkannya, semua terpulang pada kita. kita yg mencorakkan hidup kita. tapi jangan lupa, Tuhan yang menentukannya. kita hanya boleh usahakan yg terbaik utk atasi masalah yg melanda.

pada yg mengecapi nikmat, ingatlah dunia ini hanyalah sementara. harta, benda, makhluk ciptaanNya, semua milikNya yg kekal. jangan la alpa. syukuri lah nikmat yg diberi dan hargainya sebaik mungkin kerana bukan selamanya ia jd milik kita. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillahhhh.

mudah-mudahan saye dijauhkan daripada kealpaan. nauzubillah.

insyaAllah, you'll find the way~ :)

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea