sebagai seorang kawan, kerja kita hanyalah mendengar bila diperlukan, menasihati bila diperlukan, lepas dah bagi nasihat, hormat setiap keputusan kawan kita tu, pastu sama-sama gembira dengan kawan kita tu bila tiba time menyengal dan jugak bila dia berjaya DAN tenangkan hatinya bile berduka (hope tak termiss apa-apa).
kita sebagai seorang kawan tak boleh encroach line tu. kita tak boleh paksa kawan kita ikut kehendak kita, sebab tu bukan menyayangi kawan, tapi menzalimi kawan ye namanya kawan-kawan ku sekaliannnnn.. :)
janganlah menganggap diri kita ni sebagai kawan yg baik apabila kita tak dengar apa yg kawan kita nak cakap, menasihati sesuatu yg tak diperlukan (malah tak masuk dek akal), tak menghormati kebebasan kawan kita utk hidup dan tidak gembira, malah menyalahkan kawan kita apabila kawan kita tu maju setapak dalam hidupnya dan buat kawan kita sedih dengan kata-kata kita.
renung-renung la, adakah kita layak panggil diri kita ni kawan yg baik bila buat kat kawan kita camtu? ape kau lupa dgn semua pengorbanan yg dia buat kat kau selama ni? belajar nak tinggi, otak pun kasi up sikit bole tak?
takpe, kawan tu tak rugi pape pun, kau je la yg rugi, sebab kau dah kehilangan kawan terbaik sepanjang hayat kau!!
Sunday, February 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment