Tuesday, July 3, 2012

FPP, Hospital Putrajaya

Posted by nikct at 7/03/2012 09:32:00 PM
kami pilih FPP Putrajaya utk melahirkan putera sulung, mujahid kecik kami ni. mulanya nak pakai GL tu je. tp bila baca review kat tenet, ada positif, ada negatif. lagipun mak aku kata utk anak sulung ni pegi la hospital swasta. tp bagi aku, pegi swasta, japgi apa2 komplikasi jadi, dorang tendang ke gomen jugak. baik terus pegi gomen je. pilih yg berbayar sebab nak jaminan servis yg baik dan cepat drp dorang. cthnya, utk register for check up, tak payah ambik no. terus pegi kaunter, dorang register kan.

dan hanya pakar sahaja yg akan sambut kelahiran baby kite. secure la sikit kan? bole pilih pulak tu pakar mana yg kite nak. kat Putrajaya ni ramai pilih doc Hamidah since dia satu2nya pakar bergender perempuan. dua lagi lelaki.. taknak laa kannn... huhuu

bila rasa sakit sikit je pun, terus pegi dewan bersalin. bila bgtau sakit ke, tumpah darah ke, nurse ckp "kita kat sini katil penuh. apa2 kita akan refer ke hospital lain". "oo.. tapi saya FPP". "ooo katil ada lagi puan". haaaaaaaa.. sebelum  apa-apa, utk elakkan syakwasangka dan fitnah tanpa usul periksa, patient under FPP ditempatkan kat 1 level khas dipanggil wad 5A. so dah namanya Full Paying Patient kannn, harus le ade katil. yg nurse tu ckp katil penuh tu adalah katil wad biasa ye..

admitted on 15th, since sampai 16th tak deliver2 lagi, doc dah bgtau awal2 akan induce. sebab ada history bleeding due to indeterminate event. so kena induce. tp last2 kena jugak czer sbb baby dah lemas. ongkosnya tidaklah semahal hospital swasta. alhamdulillah. dengan treatment yg diterima tu, ok sangat la kan. doc Hamidah sendiri dtg check tgk keadaan patient. kita pun jd yakin la kan. idak le rasa was-was..


masa mula-mula "check in"

so kalau uols duk area sepang ni, ada duit lebih sikit, boleh la register under skim ni. takpayah la pegi register awal2. dah 26 weeks above baru pegi register pon takpe! bukan ape, almaklumla sepang ni kan takde hospital. dan drp kite ni jd mcm pak pandir n mak andeh, pegi hospital tu kena tendang ke hospital ni, pegi hospital ni, kite disuruh pegi hospital lain plak, mmg sangatlah time consuming (sepang, putrajaya, serdang n kajang bukanlah kawasan sebesar sekangkang kera ye!) dan jugak risky!


1st capture of our lil caliph.. subhanallah

alhamdulillah semuanya dah selamat :)

2 comments:

eenasuzira abdullah said...

May i know how much the total cost for czer yg awak kena? Tq
Email to my add wes_1119@yahoo.com

aieesha.salleh said...

Salam Nik, nak tanya berapa kos bersalin czer ni ye kat fpp hosp putrajaya ni? Boleh email saya gak, aieesha.salleh@gmail.com

Thanks ;)

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea