beberapa hari lepas kita (esp komuniti perkapalan dan juga partners geng kapal) dikejutkan dengan letupan yg berlaku ke atas kapal MT BUNGA ALPINIA milik MISC.
kelu seribu bahasa bila tengok gambar2 n video kejadian yg di post kat wall group tersebut. perasaan sedih, hiba dan seriau sume bercampur baur bila dpt berita ni. nak pulak ada 5 org dilaporkan hilang. kini 3 telah disahkan meninggal dunia drp kejadian tersebut.
ya allah. xtergambar kesedihan ahli keluarga dan yg tersayang. walaupun xde kaitan dengan mana2 mangsa pun, kita rasa sedih. apalagi mereka yg directly involve dan ahli keluarga dorang.
semoga allah mencucuri rahmat dan menempatkan mangsa2 yg terkorban dikalangan org2 soleh. kau ampunkanlah dosa2 mereka yg terkorban ya allah. permudahkan misi pencarian mangsa yg masih hilang. permudahkan juga urusan penyempurnaan jenazah mangsa yg telah ditemui..
ya allah yg maha pemurah lg maha mengasihani, lindungilah para suami, ayah dan anak kami yg bekerja di lautan sana drp segala bala bencana yg merosakkan. sesungguhnya mereka mencari rezeki yg halal mengikut syariatmu, utk memberi anak isteri dan keluarga mereka makan. lama mereka berjauhan dgn ahli keluarga, kasihanilah mereka, ringankan lah beban yg ditanggung dan lapangkanlah dada mereka ketika bekerja. hanya padamu kami berserah, kami tawakkal. apa saja berlaku, kau redhakanlah hati2 kami. sesungguhnya kau maha besar, maha agung, penentu segalanya. amin ya rabbal alamin.
0 comments:
Post a Comment