Tuesday, April 30, 2013

penyusuan sepenuhnya : komen saya

Posted by nikct at 4/30/2013 06:37:00 PM
setakat ni Alhamdulillah masih susukan izz secara eksklusif lagi. hati ni xyakin nak bg dia makan lg. desakan org sekeliling kadang2 boleh buat jiwa ni goyah. pastu cepat2 betulkan pendirian balik. bila goyah, cepat2 ingat balik ayat ni :
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu" Al-Baqarah ayat 233

tapi perlu dibaca jugak ayat seterusnya :

"Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada)."

dan seterusnya :

"Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya)."

maksudnya di sini, ibu2 hendaklah menyusukan anak2 selama 2 tahun genap, bagi mereka yg nak menyempurnakan penyusuan itu. tapi, suruhan ini tidak diwajibkan, memandangkan Allah swt tidak membenarkan keadaan di mana si ibu menderita kerana anaknya. Dan kalau nak berhentikan penyusuan tu pun boleh, dengan syarat, setelah persetujuan dicapai oleh kedua2 suami isteri.

so, kalau rasa susah2, berbincanglah dengan husband, sama2 setuju, bolehlah penyusuan tu dihentikan.

penghentian/penceraian penyusuan (weaning) pula bermaksud : 
The gradual process of moving your baby from a diet that consists exclusively of breast or infant milk to one that includes solid foods.

so, adakah pemberhentian penyusuan yang dinyatakan dalam al-Quran bermaksud weaning off macam definition kat atas ni?

aku cuba cari sirah-sirah nabi berkaitan penyusuan ni. yang aku dapat, sejarah nabi disusukan oleh ibunya, kemudian seorang hamba, dan kemudian Halimatussaadiah, sebab ibu Rasulullah saw ditakdirkan kering susunya. dan juga keajaiban2 yang ibu susuan baginda dapat lepas ambik baginda jd anak susuan. sama ada baginda diberi makan berselang seli dengan susu, tak pernah dinyatakan pulak. tapi kalo skali baca ayat al baqarah kat atas ni, kalo ambik maksud secara literal, terang-terang ibu2 digalakkan menyusukan sehingga 2 tahun genap untuk penyusuan sempurna.

eh bukan kena bagi makan bila anak umur 6 bulan ke?

itu saranan WHO. WHO kata:

"Exclusive breastfeeding is recommended up to 6 months of age, with continued breastfeeding along with appropriate complementary foods up to two years of age or beyond."

rekomen je hokey. dolu2 depa suruh susukan secara eksklusif sampai 4 bulan je lepas tu dah boleh introduce solid foods. tp kajian terbaru depa menunjukkan, baby 6 bulan pulak baru ready untuk terima solid foods ni, maka depa pinda saranan depa ni kepada 6 bulan pulak... haa nampak tak kajian manusia ni tak berapa nak tepat. boleh berubah dari semasa ke semasa, bergantung pd penemuan baru. 

disebabkan saranan2 depa ni la, nak ubah mind set rakyat malaysia ni cukup susah cukup payah. ada yg kata

"oo anak 4 bulan dah boleh makan". 
"ni anak akak dulu umor 3 bulan dah makan, asek melalak je. bg makan baru la dia senyap"
"anak ko ni dah lapar ni. tgk mulut dia terkumat kamit tgk orang makan. kesian. bg la dia makan"
"minum susu badan tak berkhasiat la. dah lepas 6 bulan ni boleh campur dah ni"

dan macam2 lagi tarbiyah yg tak pasal2 aku dapat free.

my child. my choice.

aku baca quran, secara literalnya maksud nya aku digalakkan menyusukan anak aku selama 2 tahun genap untuk menyempurnakan penyusuan tu.

kalau aku introduce solid foods, bermakna aku sedang (secara perlahan-lahan) menceraikan susu ke atas anak aku.

susu aku production alhamdulillah mencukupi untuk dibekalkan kat Izz, selagi susu masih cukup, aku tak rasa anak aku perlu diperkenalkan dengan makanan lagi. dan aku tak rasa terbeban langsung untuk menyusukan anak aku sepenuhnya sampai ke hari ini.

walaupun Izz terkumat kamit tgk orang makan, aku anggap dia sedang meniru mimik orang mengunyah. dia dlm proses belajar. sbb tu dia pun mengunyah. dia pun sebok nak kerumun nak tgk kita makan. kalo kita sibuk buat kerja pun dia sibuk ikut nak tgk apa kita buat. so time makan, dia pun sibuk sama la. so bagi aku, itu normal.

maka, tolonglah, jangan ajar saya dan paksa saya bagi anak saya makan.

saya nak bagi yg terbaik utk dia. saya ni tak baik, tp saya hanya nak yg terbaik utk dia.

saya yakin susu saya cukup segala mak bapak punya zat dalam setiap titik yg dia minum. dan saya doa susu tu jugak lah yg akan jd penawar segala penyakit, baik dari segi zahir, mahupun batin.

MELAINKAN, ditakdirkan suatu hari nanti, saya kering susu, bekalan tak cukup, dan takde sapa sudi menjadi ibu susuan anak saya, saya sendiri akan perkenalkan homemade solid foods pd dia.

ya Allah, permudahkanlah perjalanan penyusuan sepenuhnya ke atas Izz.

aamiin...

ust don pun dikatakan disusukan selama genap 2 tahun. masyaAllah.... cekalnya ibu beliau... semoga Kau cekalkan hati ini juga nak menghadapi pelbagai dugaan.... semoga niatku ini menjadikan anak yg disusukan ni seorang yang berakhlak mulia, beramal soleh, menjadi anak yg soleh dunia akhirat yg mendoakan ibu bapanya pabila kami sudah tiada.. aamiinn

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea