Thursday, April 18, 2013

say NO to baby walker

Posted by nikct at 4/18/2013 10:56:00 AM

sumber : baby centre Malaysia

Bermula April 2007, Canada telah mengharamkan penjualan walker bayi. Data UK juga mencadangkan bahawa lebih banyak kemalangan dan kecederaan berlaku berhubung walker bayi daripada peralatan bayi yang lain. Ini sebab walker membolehkan bayi bergerak lebih laju (bayi boleh mencapai kelajuan satu meter setiap saat dengan satu lonjakan), mencapai ke tempat lebih tinggi dan memudahkan akses kepada pelbagai bahaya. Kebanyakan kecederaan disebabkan kejatuhan apabila walker tertonggeng dan bayi terpelanting jatuh ke bawah tangga atau merempuh perabot, alat pemanas elektrik atau ketuhar.

Terdapat juga kemungkinan risiko bertambah di mana bayi anda akan mengalami kebakaran dari objek-objek seperti lilin dan minuman teh yang panas. Walker membolehkan bayi menjangkau racun-racun domestik, seperti minyak wangi, ubat cuci mulut, atau alkohol, yang dahulunya tidak dapat dicapai olehnya. Ramai orang menyangkakan yang apabila bayi ralit dengan 'kereta' kecilnya, dia adalah selamat dan boleh dibiarkan tanpa jagaan untuk jangka masa yang pendek. Sebenarnya, kawalan berlebihan diperlukan apabila bayi anda berada dalam walker dan bayi lebih selamat jika ditinggalkan atas lantai sahaja dalam bilik.

Walker tidak membantu bayi belajar berjalan. Sebaliknya, menggunakannya dengan berlebihan mungkin akan merencatkan sedikit perkembangan bayi. Bayi perlu meniarap, merangkak, duduk dan bermain atas lantai, untuk membolehkan dia mencapai tahap-tahap utama dalam perkembangannya.

Meskipun statistik-statistik yang ada membimbangkan, pelarangan penggunaan walker sama sekali mungkin tidak realistik. Sebilangan pakar merasakan bahawa walker sepatutunya direka bentuk untuk bayi berusia lebih daripada sembilan bulan yang sudah pandai duduk dan merangkak, dan dipasangkan sekatan kelajuan.

Jika ada sesiapa mencadangkan walker untuk bayi anda, pertimbangkanlah alternatif lain atau lebih baik, biarkan dia bersenam dengan baik atas lantai seperti berlaku di masa-masa dahulu. 

* izz memang takde walker sbb mama dia yakin dia takkan nak duduk dalam tu. pernah skali izz diletakkan dlm walker sepupu dia, xsampai 5 minit dia dah nak terjun keluar. sebelum ni mama digesa utk beli walker bg kat izz, katanya nak senangkan kerja. ternyata tak jugak. dah dia taknak duduk dlm tu watpe la mama abah dia nak bazir duit beli kan? katanya jugak nak bg izz cpt jalan. tak jugak.. izz mula btatih masa 9 bulan lebih n xsampai 11 bulan dah bjalan dgn fasih (fasih?) tawaf sekeliling rumah. so xyah nak pcaya dakyah2 palsu ni.

biarlah baby kita bkembang maju ikut kemampuan dan pkembangan yg sepatutnya. kalo dia nak, galakkan. taknak, jgn paksa. dont worry, dia takkan ketinggalan pun. pkembangan baby berbeza. mungkin izz dh blh jln tp dia xde gigi lg. haha syukur part xde gigi lg tu hahaha n sebenarnya setiap hari baby akan struggle utk buat sumthg. usahanya kecil, kita mungkin xperasan, or xnampak tp ianya usaha tbesar bg baby kita utk melangkah setapak demi setapak dlm hidup dia. sigh.. ni la consnya bila mama bkerjaya ni. tertinggal bykkkk. tp compare to abah, lg kesian. so, bsyukur je la. janji sihat dan cerdas dan cergas.

alhamdulillah.

so pls, say no to baby walker k? byk cons dr pro nya..

til then. ciao

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea