Wednesday, September 14, 2011

alhamdulillahhhhhhhhhhhhh :))

Posted by nikct at 9/14/2011 10:51:00 AM 0 comments

syukur sgt2. mmg betol rezeki kawen ni melimpah ruah. salah satunye rezeki mcm kat atas ni. rezeki yg tak terhitung dgn uang ringgit ke, dolar amerika ke, dolar singapore ke. hehee.

alhamdulillah syukur.

thanks soooo much pd semua yg wish!!!! :))
Published with Blogger-droid v1.7.1

Wednesday, September 7, 2011

alhamdulillah :))

Posted by nikct at 9/07/2011 03:49:00 PM 0 comments
:)

cuti panjang

Posted by nikct at 9/07/2011 03:30:00 PM 0 comments
lama gile cuti. lebih seminggu tak masuk ofis. lemau sudaa. byk hal terjadi. dr hal kerjaya sampai la raye, pastu kenduri pulak. mcm2 hal jd, sampai byk plan tertangguh, tertunda, terpinda dsb.

lepas hal yg berlaku sebelum raya (kat ofis) haritu, aku betol2 balas dendam dgn add on 2 hari extra cuti. sebenanye dpt berita gembira yg membolehkan aku habiskan sume cuti. lepas habis keje, terus balik kampung. plan asalnye nak balik weekend je, then balik sini semula isnin untuk berhari raya kat sepang selasa tu (seperti yg dah dijelaskan dlm entri seblom ni), tp malangnya, persiapan majlis kawen kat Selama ni banyakkkk lg benda nak kena buat rupanya. ye la kenduri kat rumah, kejenye double la nak banding kat dewan. nak packing kerepek lg, nak cat umah, kemas umah, mane nak tolong main masak2 lg (hehe tolong je k, tu pun main masak2 je taw) hahahaha :D

maka cancel balik sepang, bermastautin kat Selama selama seminggu lebih sampai majlis selesai. haa amek kau. mak aku pun tak galakkan balik. katanye buat penat je habis masa atas jalan. masa kenduri kite jumpa la, katanye. so, tak balik la aku. jd la anak rantau, seraya bini dan menantu solehah pd tahun ni sebab tak balik beraya. huhuhuu. nasib baik ramai adik-adik, so takde la terasa sedih. pak mertua dah warning dah, nanti nanges cane? aku jawap selamber "takpe nanti org tu la kena pujok" :D hahaha!!


mak ayah mertua
hero
heroin
yg dah tak bujang ;P
kesebelasan utama :D
mintak hampun mintak mahap lah ye. lain kali buat lagik ;)
keluarga bahagia (plus anak express) :P
ragam riang ria raya

masa penghujung puasa tu, hari hari hujan kat selama wa cakap lu. hari hari ok. sampai lecak becak sume la jalan nak masuk umah ni. incik sailor udah risau kalau hujan berterusan sampai hari kenduri nanti. almaklum kenduri masa raya ke 5 la kan. nak dekat dah tu. tapi mak mertua cool je cakap "raya ni biasanya panas. insyaAllah tak hujan kot"

haa ambik kau dari 1st day raya sampaiiii la raya ke 6 tak hujan hujan!! hahaha masin mulut ibu-ibu ni kan. jangan main-main taw! alhamdulillah hari kenduri dilalui dengan sedikit kelam kabut (ye la sebab 1st time buat kenduri kawen kat umah ni) tp masih lancar, dipermudahkan dan yg lagi penting, cuaca amatlah baik. makanan cukup dan tetamu hadir. penting sume ni. takde salah satu dalam kombinasi pakej ni, nescaya cacat cela majlis taw.

make up n photographer, ok. make up tu tak ok sebenanye mula2. tp incik sailor n chek ckp ok. so ok la kot?? huhuhuu baju je melaut sket. aku kan tak suke kain seret-seret ni. tp dah katanye majlis bertandang, takkan nak pakai baju same lg kan. kena la sewa pulak. mane ade org buat baju kawen tak seret-seret?? maka, terpaksa la. -____-" ee rimas!! dlm hati ni membara nak bakor je (kite bakor je kite bakor, kate usop wilcha la bukan aku). rase sgt besalah n bedosa pun ade :'(

dah lepas kenduri tu, pegi outdoor pulak kat pondok tanjung. incik sailor dulu cerita kawasan tu agak keras sikit. isk dah tau keras nape nak buat kat siniiii. dah la dekat nak maghrib pulak tuuuuu hukhuk

nak dijadikan cerita kami berenti kat tepi jalan ni n mula shoot outdoor kat satu jalan lama tepi hutan ni. skang dorang guna jalan baru, straight je. jalan lama kat tepi hutan ni xpakai dah. jd khazanah la esp kepada pengantin2 n para photographer untuk shoot gambo. masa nak mula shoot kami nampak ada 1 myvi putih duk kat hujung jalan ke dalam nu. aku saspek ni mesti projek baikkk punye ni. tetibe, myvi tu undur 100meter ke blkg. tak lame pastu dia undur sampai hilang dr pandangan mata. dlm 5 minit lepas tu dia muncul balik, drive menghala kami, diiringi pakcik naik motor. pastu aku usha la tgk kete tu, ada sorang driver lelaki je. photographer tanye pakcik tu sumthing tp aku tak dengar. pastu kitorang pegi la dekat photog tu n tanye ape benda pakcik tu cakap? photog jwb "ala projek la tu."

isk isk hari baik bulan baik pun nak projek tepi hutan camtu. kena terkam ngan pontianak baru ko tau!! huh.. donia skang tak kira sape n kat mane sume main bedal je buat benda bukan2 ni. marilah kite sama2 berdoa agar kite n keturunan kite dilindungi :

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari akhlak yang tidak baik, begitu juga dari perbuatan dan keinginan yang mungkar.”

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekafiran, dari kemiskinan (yang menyedihkan) dan dari seksa kubur(yang membinasakan). Ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau.”

“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah untuk kami menerusi isteri dan zuriat kami, anak-anak yang baik dan jadikan kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.”

“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami menjadi orang-orang yang rugi.”   

“Ya Allah ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari godaan syaitan dan aku berlindung kepadaMu wahai Tuhanku dari kedatangan mereka(syaitan).”

habis je kenduri tu, memang pengsan la. buat yg wajib je, terus tidur. esok sambung, tu pun ala kadar je. sian family mertua la. memang bg all out, dr yg paling muda ke paling tua sume bg kerjasama tanpa rungutan. terbaikkk!!!

Alhamdulillahhhh. selesai sudah kenduri kedua-dua belah.

teaser kengkonon, padahal.... *yeahhhhh legaaaaaaaa!!!!* :))
so hari isnin haritu bertolak balik Sepang, setelah sekian lama tinggalkan tanah jajahan. sebelom tu singgah taiping hantar baju n aksesori sewa kat D'Ratu bridal boutique. singgah mam ayam goreng a&w 1 set LARGE, siap float n curly fries bagai. balas dendam la katanye. incik sailor kate "kate nak makan cendol bismillah??" saye jawap "takpe la pasni kite mam la cendol bismillah tu, nape??"

"laa kan dah bagitau kat cendol tu ade org jual laksa jugak"

errr... alamak!! hehe :P dengan yakinnye jawap "takpe kite bole abeskan sume tu" ;)

so makan a&w, pastu makan laksa, dan cendol. cendol tu memang sedappppp gile. lemakkkk sesangattttt. kalo tolak tu kira tolak rejeki la namenye. aku hirup sampai titisan terakhir okkkkkk!!!!

pastu aku kenyang nak mati sebenanye. tp kalo ckp kenyang ni maunye aku kena luku tak pasal. senyap je lah hehehe :P

dan harini masuk keje. bayangkan la. dah seminggu lebih duk menghadap suasana kampung, harini masuk keje? ohh nooooooo!!!!
 

Wednesday, August 24, 2011

raye 2011

Posted by nikct at 8/24/2011 09:46:00 AM 0 comments
raye nak tiba dah tak sampai seminggu lagi. mane ada mood nak buat kerja dah (plus, kerja dah habis tau. bukan tak nak buat kerja, mengelat nak buat kerja or ape-ape yg sekutu dgnnya. lagipun meeting jam 11.00 pagi ni, rilek lu. isap okok luuu. ehh?? haha main-main je ok. ko anggap serius aku lesing kaw kaw punye)

sebagai insan yang baru mendirikan rumah tangga (gitewwww), soalan standard yg org akan tanya (selain pasal anak) di musim perayaan ini ialah ----- "raya katne tahun ni???"

tahun ni soalan ni mudah dijawab. sebab?? majlis belah lelaki pada 3 September 2011. raya ke 5. setiap minggu sesudah kami nikah, kami pulang ke Selama (best gile woiii balik sane asek makannnnnnn je keroje aku wahahaha!!!) untuk mula persiapan majlis belah sana. ye majlis belah sana sangat la tak buat apa-apa preparation lagi memandangkan incik sailor kan pulang pada hujung bulan Mei haritu. sampai-sampai je terus digasakkan buat preparation belah Sepang dulu. dokumentasi la, barang hantaran la, pelamin laa, baju la dan macam-macam lagi laa. makanya memang lepas nikah la preparation belah Selama baru mula.

ok, so raya kat mana?? haha panjang explanationnya. memandangkan majlis belah laki raya ke 5, mesti la kena buat preparation panjang jugak kan time nak majlis ni? ok ok, enough with explanation. so kami akan raya kat Sepang dulu. tengah hari ke petang baru kami berangkat terus ke Selama, stay sampaiiii la lepas majlis. so aci la tu kan? even pagi raya pertama incik suamiku tak dapat beraya dgn keluarganya yg terchenta, tetapi saye akan pastikan kami sampai Selama pada hari raya pertama tuuu jugak. pastu terus sampai majlis selesai. haa aci kan kan kan??? :))

tahun depan la pikir pasal nak osom ke, baling dadu ke, ikut giliran ke cane. so pening-pening taun depan je lah hehehe ;) <--- (kalau incik sailor dpt beraya di darat huhuhuuu)

tak sabaunye nak beraya sebagai bini kepada incik suami saye yg comey lotey tu :P

Monday, August 22, 2011

cinta muka buku :)

Posted by nikct at 8/22/2011 01:37:00 PM 0 comments
klik kalau nak view besau-besau :)
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Oh oh hatiku rasa sesuatu

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oh oh benarkah rasa itu


Bagaimana
Harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita
Beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Oh oh ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkelu tak tahu mana nak tuju
Oh oh itulah cinta yang satu

Cinta di muka buku :)
.
.
.
.
.

ye, memang kami berkenalan melalui laman muka buku je. tetibe terimbau kenangan lalu lepas lagu ni tercipta. memang realitinya cinta siber ni menjadi-jadi skang ni. ada yg disalahgunakan, ada yg berakhir ke jinjang pelamin macam kami hehe sempat lagi :P

hanya 1 je doa saye, semoga ianya kekal berpanjangan ke akhir usia dan membawa ke syurga.

"ikan di laut, asam di darat. dalam periuk bikin muafakat"

hey stranger, iLoveU :)

Friday, August 19, 2011

geng kapal

Posted by nikct at 8/19/2011 11:45:00 AM 0 comments
tengah malam tadi incik sailor (lame tak guna term incik sailor kan?) tunjuk wall post kat fb group yg dia follow, something yg ada kena ngena ngan komuniti orang kapal ni laa. ade sorang kawan dia post kat wall group tu tanya pendapat pengalaman seafearers (betoi ka eja lagu ni? lupa dah cheq haha) yang dah kahwin dlm melayari alam rumahtangga.

rata-rata komen suruh bawak bini naik kapal, merasa pengalaman sendiri tempat incik suami masing2 mencari rejeki. lagi terbuka luas minda dan lebih memahami katanye. dan jugak membuang -ve mind set yg mengatakan orang kapal ni kaki berfoya-foya bagai tu.

terus saye bagitau  incik sailor saye, bahawa sebenarnye saye lagi tak risau dan takkan persoalkan kesetiaan dia bila dia belayar. kenapa? sebab dah tau serba sikit rutin kerja dia atas kapal. keje rutin lagi, kena berjaga-jaga 24-7 lagi. turun darat pun, 4-5 jam je, tu pun kalau sempat nak turun. kalau turun pun nafsu nak beli barang je yg ade masa tu, sampai tak cukup masa dan duit la katanye :D so takde la nak buruk sangka pikir yg seafearer ni memang rutinnya berfoya-foya ngan pompuan bila naik darat. ye la lama tak jumpa org pompuan la katekan. tak dinafikan ade sesetengah nya begitu. tapi kalo pikir-pikir balik, bukan seafearer je gitu, yang keje kat darat ni pun banyak je yang kaki berfoya-foya. sbb tu lah dinamakan buaya darat :P

harap-harap tuhan menetapkan hati dia dan hati saye untuk cinta ini sekurang-kurangnya selama saye masih bernafas. aminnnn....

sebenanye nak cite benda lain tp termelalut benda lain pulak. takpe la dalam ruang lingkup yg sama jugak.

berbalik kepada wall post kawan incik sailor tadi, ade la kawan-kawan sailor yg lain komen wall post dia. dan ada yang suggest blog "Geng Kapal". blog si isteri kepada sailornya laa. berkongsi pengalaman as a seafearer's wife, pastu ade la komuniti-komuniti para isteri si pelaut ni, bertukar pandangan, fikiran n pendapat. wahhh terus bukak. excited nak baca la katekau!!

tibe incik sailor cakap "sayang, tidur laa dulu. banyak masa lagi nak baca tu. kang japgi nak sahur ngantuk plak".

hishh. potong stim :P

nanti bila incik sailor onboard saye dah tau aktiviti utama nak buat ape :))


Wednesday, August 10, 2011

happy belated bday :P

Posted by nikct at 8/10/2011 02:21:00 PM 0 comments

sebenanye dah lama dah celebrate. entri ni yg belated sebenanye hahaha

kami penah janji nak makan secret recipe same2 kan tp disebabkan secret recipe dikatakan xhalal, saye pun mencari alternatif lain. iaitu dgn menjadikan kek secret recipe dgn air tgn sendiri hahaha

sifu : my form 4 niece, alia. thx sifu!!! ;)

upacara ini dibuat pade sebelom kami pegi setelkan hal nak kawen (barang hantaran, cincin kawen, pelamin, aksesori, white studio pre wedding photo shoot etc) :))

senang jugak sebenanye nak buat. ade bahan, jalan. siap. tp flavor nye xsame la ngan yg secret recipe jual. dah sifu ajar letak topping kiwi, kiwi cheesecake la jadinye. igtkan nanti nak buat topping caramel ke. peghhh masak lomak cili api xlopeh lagi berangan ko nak belajar buat caramel topping la kannnn :D

sedap ke? tu kena tanya my incik laki le. n my family in law. sebab sejibik kek ni bagi dorang. kalau tanye tukang masak ni kang, terperasan plak hehehehe :P

tp sehat je diorang sampai harini hehehe
Published with Blogger-droid v1.7.1
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea