Wednesday, April 11, 2012

unexplainable.

Posted by nikct at 4/11/2012 11:50:00 AM 0 comments

sejak incik sailor balik kami duk umah sendiri. setakat hari ini, rumah ni takde pape masalah, selain masalah penyelenggaraan je la. biasa la tu. rumah, memang la kena maintain selalu kan.


kami ada sekor kucing nama kenit. kenit tido dgn kami setiap hari. kenit tak penah tido sorang2... eh sekor2 kalo saye dan/atau incik suami ade. sbb kenit jenis tak bole hidup takde org. dia xleh hidup keseekoran (keseorangan kalau utk manusia la).


semalam bila nak tido, mcm biasa rutin kami ajak kenit naik skali. incik suami tutup pintu bilik lain2 dan masuk dan kunci pintu bilik kami. kenit dah ada dalam bilik masa tu. dia tgh tgk aku gosok gigi kat toilet. ohh ye, maklumat tambahan, kami tido dlm master bedroom. so toilet pun dlm master bedroom la. ada 2 bilik lain lg menghadap master bedroom dan seperti yg telah dimaklumkan tadi, ianya telah dipastikan tutup oleh incik sailor.


biasanya masa kami nak tido, kenit tido kat bawah katil or elsewhere dulu. bila dah pukul 2-3 pagi baru kenit naik katil bermanja2 dgn aku (aku ni bantal busuk dia, dia akan urut n nyonyot leher aku utk lena). malam td, incik sailor main2 ngan kenit kat bawah katil dulu before tido.


harini, aku terjaga pukul 5 pagi. cari kenit atas katil, xde. aku kejut laki aku, mane kenit? dia bangun mamai2 cari. dlm seminit dua pencarian dia gagal. aku assume sbb bilik gelap dan laki aku mamai. walaupun kenit tu putih. dia dah check bawah katil, atas almari, dalam almari, dalam drawer, dalam toilet, belakang tv. takde. panggil2 si kenit tak menyahut langsung. biasanya kalo panggil dia tgh2 mlm ni mesti dia menyahut. sbb dia nak bermanja. tp ni, senyap.


pastu aku pulak bangun, cari. tempat yg sama tp kali ni dgn lampu terbukak. takde. incik sailor tgk tingkap, sume bertutup. tingkap yg kat toilet je ada, tp xmuat.


aku bukak pintu bilik. takde jugak. aku bukak pintu bilik yg menghadap bilik kami, masyaAllah... kenit terus kuar dan mengiau dr bilik tu. manja semacam, macam dah lama dia dah tunggu kt pintu bilik tu utk dikuarkan.


persoalannya,


camne kenit boleh kuar drp master bedroom yg pintu dan tingkapnya sume berkunci? even xde apa pon yg boleh akses melalui siling.


camne kenit boleh masuk bilik depan yg bertutup rapat dan tingkap pun tertutup?


kalaupun kenit mampu keluar drp bilik tu melalui tingkap toilet, dia xkan mampu utk masuk ke bilik depan sbb bilik tu langsung xconnect dgn master bedroom. dia kena lompat turun ke tingkat bawah dan panjat semula ke tingkat atas melalui pintu belakang rumah. yg mana, mustahil utk si kenit ni buat since dia pun kecik dan dia pun bersih halus mulus je. xde nampak apa2 kesan calar balar ke ape.


yg penting lepas keluar dr bilik tu, kenit mcm cuak n jd extra manja. tak henti2 ngiau. mcm takut. kalau la aku paham apa yg dia nak sampaikan, mesti aku tau ape yg menimpa kenit malam td.


so, ape dah jd sebenanye malam td? seriyau kami. makin pikir makin misteri jdnya. terus tido bepelok2 dgn kenit skali.


hanya Allah dan kenit je tau apa yg jd malam td.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, April 8, 2012

bila aaron tak menang ABPBH 2012

Posted by nikct at 4/08/2012 10:43:00 PM 4 comments
sangkaan majoriti orang bahawa aaron akan menang utk kategori Artis TV Lelaki Popular meleset sama sekali. kecoh la kat timeline fb ni semua sebab tak sangka kan. seblom pemenang diumumkan pon ade yg dah update status "kompem la aaron yang menang... kannnnnn".

tiba-tiba umum, fiz fairuz pulak. hah!!

nak tau mane silapnye? korang-korang yg kompiden tahap gaban bahawa aaron akan menang tu TERLUPA nak undi aaron kot? bahahaha!!

aku minat jugak aaron tp idak le ke tahap nak kecoh meratapi kekalahan beliau dalam kategori ni. mane la tau utk kategori lain pasni dia menang? gudluck abe mat haron! :D

Saturday, April 7, 2012

cuak yg dejavu

Posted by nikct at 4/07/2012 11:36:00 PM 0 comments

drp zaman skolah, sampai masuk u, sampai la dah keje. 1 benda ni memang aku cuak. sangat sangat sangat cuak. apa?


aku cuak PUBLIC SPEAKING / PENGUCAPAN AWAM / PRESENTATION depan CROWD.


kelemahan ni semestinya aku memang takleh nak banteras mahupun diperangi sejak dari azali. aku takut nak menghadap crowd. actually dalam court aku cuak n cungap gak tp better drp public speaking or presentation sbb ko tak perlu hadap crowd (tp gegel2 jugak nak ckp depan judge). kalo ade audience pon, depa duk blkg. satu perkara yg sangat lah benefit bagi aku bila dorang duk belakang, yg mana aku takde mata kat belah belakang, maka aku tak nampak dorang, oleh itu aku tak cuak sgt banding dgn menghadap crowd ni :P


kursus ni kami kena buat public speaking / pengucapan awam. opkos aku pilih nak buat dlm bahsa melayu. nak martabatkan bangsa la katekan (sebenanye xreti nak beromputih ni, lagipun warga international division ada dlm tu. drp kena kutuk english teruk baik aku cakap bahasa ibunda je la. paling2 pon depa kondem sbb aku ckp guna bahasa ibunda yg mana merupakan perkara,asing bg mereka. depa lupa kot nak mak pak depa pon beranak sama2 kat hospital je. bukan kayangan pon.  kentut sama busuk jugak haha)


aku pilih tajuk selamat memandangkan penilai bgtau, boleh cakap pasal apa saja dlm 5 minit. peghh 5 minit bg aku mcm 5 jam ok nak abeskan. huh... so aku pilih tajuk berkenaan mengkasikan, memandulkan binatang. harap2 berjaya meluluskan aku la tajuk ni hahahaha cakap gagap2 gegel2 ade hati nak mengharap hahaha


mcm biasa bila nama kena panggil, kaki naik ke pentas, mula la napas mcm tak cukup, tercungap2 mungkin sebab aku preggy kot (alasan). bila cakap, habis sume poin beterabur, tak ingat sume ada. haih dah pilih bahasa ibunda pun sama jgk ke. alahai...


bila la dapat overcome prob ni...haiyer


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, April 6, 2012

10th check up : misteri

Posted by nikct at 4/06/2012 05:51:00 PM 2 comments

4 April 2012 baby dah 34 weeks. harini check up kat KK Salak di seblah petang. dengan kursusnya lagi. tp yg leganya, incik sailor ada di sisi. dia baru pulang drp selama malam tadinya.


pagi tu nak besiap solat subuh dan ke kursus. bila bangun dr katil, tetiba rasa ada air keluar kat bawah tu. eh air apa ni. pegi toilet check. bukan kepalang punya air. menitik sampai ke tumit. alamak. air ape ni? ketuban ke? baru 34weeks, xkan la kot? dah sampai masa ke? bgtau incik sailor, dia suruh siap2 dulu. nak pegi hospital. erkk...


mandi, solat, besiap, bekpes bagai dulu, baru gerak pi hospital. inform member kursus nak pegi hospital.


sampai hospital dorang buat speculum, check jantung baby, urine, bp sume. ok. pastu depa interview aku mcm pesalah kena interrogate. haha xde la tu dahsyat sgt. tp banyak sgt soalnye. dah la 1st baby aku xtau ape2. "cecair banyak mana? ada pakai pad? kalo pakai pad, agak2 penuh mcm mana? pukul berapa? ada lg x skrg? warna apa? bau apa? sakit x? perut keras? ada contraction x?"


adoiii... bau ape? xpenah tau pulak bila tgk air keluar tu aku kena amek bau dulu. aku main agak je la banyak mana air yg kuar tu. bg aku ia cukup banyak lsampai buat aku cuak la. plus, perut mmg keras je skang ni. kawan2 pon cakap perut ni keras. n 1st time preggy, mane aku tau contraction tu rasanya camne. camne aku nak jawab soklan2 tu?


bila dah perform speculum, doc test cecair yg dikatakan pecah tu, -ve for ketuban. n jalan langsung xbukak lg. so air ape yg pecah n meleleh pg td? bila scan, tgk cecair still adequate. baby ok lg. adoiyai. peristiwa unspecified bleeding mcm haritu berulang lg.


last2 doc speculate discharge. tp, aku still xpuas hati. tp sehingga ke harini, xde pape lg jadi. n baby gerak ok.


whatever it is I hope for smooth pregnancy throughout this 3rd trimester n I hope baby sihat, selamat sepanjang dalam perut sampai dilahirkan. aminnnn...


yg abahnya pulak dah bikin suspen, dia check in masuk dewan bersalin, habis sume kawan2 pun cuak sama. sana sini call dia, xmenang tangan menjawabnya :D saye dgr dr dlm laa. hp dia xhenti2 bunyik. amboi belom pape lg dah heboh ni. femes baby xpasal hahaha


dalam pejalanan balik, boleh pulak abah dia ckp "ok jugak kalo baby kuar harini. ye la, 4hb april kan. abg nye beday 4hb jun". saye saja sambung "kalo baby kuar 6hb april lg abg suka kan? 6.04.12". "haah ok jugak kan. tebalik dgn beday abg". amboi. kira dia punya beday je. xkira dah yg lain2. huh


dapat mc 1 hari tp memandangkan penyelaras kursus yg skema ni kata saye kena ulang kursus pada masa depan, dan memikirkan bahawa saye dah mensia2kan seharian duduk mendengar ceramah (sambil tido) membesarkan pungkoq, saye pon pegi la dewan kuliah, sambung kursus.


bila melangkah masuk dewan, kawan2 dah tekejut. ada yg tanya "bukan dah besalin ke" hahaha haiyer. terpaksa explen. kalo dah besalin xdtg kursus dah kan. hihihi fenomena tercetus pulak. ni sume abahnye punye pasal ni. haha!!


disebelah petang lepas kursus siri 1 habis, saye pegi KK Salak utk antenatal check up biasa. utk folo up je. nurse situ tau pg td dah pegi hospital. dia cakap "kenapa dtg lg? pg dah pegi hospital. hospital lg besar drp kita. lain kali kol je bgtau"


pulak dahhhh. servis gomen ni salunya kalo bab nak ejas date appointment tu yg shushah tu. tu sbb la aku pegi jugak. last2 camtu pulakkkkk. haiyer T_T


apepon, air pg td tetap misteri. ya Allah aku mohon perlindunganMu terhadap anak yg dikandung ini ya Allah. sihatkanlah tubuh badan, akal fikirannya. panjangkan usianya, permudahkan urusannya. aminnn...


bersyukur sangat incik sailor dah pulang. :')


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, April 3, 2012

hai lah kasut...

Posted by nikct at 4/03/2012 08:49:00 PM 4 comments

disebabkan aku kursus, incik sailor pulak balik kampung jumpa family yg tercinta, aku dilarang drive, maka aku duk rumah parents aku. bapak aku dilantik jd supir sementara. walaupun hanya sementara tp dia menjalankan tanggungjawab dia dengan sungguh dedikasi. walau tugas hanya untuk menghantar aku ke tempat kursus, tp pemanduan dia kalah schumi, wa cakap sama lu. kat jalan bersimpang siur mcm ular kena palu pon dia boleh motong. pada usia 69 tahun, ko hado? hahaha


ok disebabkan aku duk rumah parents, aku bekemas ala kadar je la. aku lupa bawak balik kasut. selalunya kasut tu aku pakai bila dah sampai destinasi (court, opis etc) dari dalam kete. so aku lupa nak keluarkan kasut drp kete utk dibawak ke umah parents dan dipakai utk menghadiri kursus.


tp aku bijak jugak. mak aku punya kaki sama besar ngan aku. jgn nak komen apa2 berkenaan perkara ini ok. aku laknat korang 7 keturunan nanti hahaha so aku pun pinjam la kasut mak aku. sebat je yg mana dia bg. asal aku pegi kursus dgn pakai kasut sudeh. bukan slipar jepun ke, slipar jamban ke. kann...


maka aku pun pakai la ke auditorium smlm tu. seharian aku gunakan khidmat kasut mak aku ni sebaiknya. walaupun ianya mengelupas dimamah usia, ah pedulik hape aku. janji aku berkasut.


sampai la dekat pukul 5. kursus dah habis utk harini. aku pon jalan dgn cool la nak turun tangga auditorium yg mcm panggung wayang tu. masa nak langkah turun, rasa mcm xkena je kasut ni. xsempat nak letak kaki kanan yg tgh melangkah turun anak tangga tu, aku rase kaki jd ringan.


tengok-tengok,


tapak kasut belah kanan dah bergolek-golek jatuh. aiyakkk!!! kengkawan aku dah tebahak2 gelak. aku terus amek tapak kasut yg dah tegolek tu n cover dgn blazer cepat2. dengan kepantasan tahap kuasa kuda n keyakinan tinggi tahap dewa langit ke 7 petala cinta yg ada pd diri aku ni, org lain xsedar dgn insiden ni. pheww... lega seyh!!


esok nak pakai kasut ape pulak ni? arrrggghhh!!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, April 2, 2012

kau je la AGC

Posted by nikct at 4/02/2012 07:47:00 PM 4 comments

harini aku kena daftar kursus kat ILKAP (institut latihan kehakiman dan perundangan). kursus induksi untuk pegawai kehakiman dan perundangan under judiciary (kehakiman) dan AG's Chambers (Jabatan Peguam Negara). most participants are from AGC. kwn2 sebatch.


pendaftaran n taklimat kursus dibuat di auditorium dlm ilkap tu. aku pon bejalan dgn penuh kompiden ke dewan auditorium tu. xtau kat mana tp member2 roger seblom tu, tempat ni kena turun tangga menghala kafe drp lobi.


bila aku turun tangga tu aku nampak sorang pompuan, bejalan xbape nak kompiden, xmcm aku la kan. dia dtg dekat aku n tanya "tumpang tanya, auditorium kat mana?"


aku jawap "oo. saya rasa depan ni haa" sambil beranggapan yg dia ni sama2 kursus ngan aku la. so dgn ramah tamahnya aku mulakan conversation kononnya nak networking (blurghhh hahaha), "drp mana ye?"


"AGC" dgn muka sombong belagak sampai ego tu meninggi ke langit petala 7!!


sentap makkkkkk. ok, ko sorang la drp AGC tu kennnn. aku ni cap ayam drp kementerian "sume sapu mari", anak angkat AGC jerrr... thanks la for your reminderrrr!!! huh..


.........ke dia bajet aku ni majistret? hewhewhew :P


Published with Blogger-droid v2.0.2

hospital kerajaan kan ade?

Posted by nikct at 4/02/2012 01:51:00 AM 0 comments

aku heran, tiap kali tgk drama melayu mesti nak ade kaitan ngan pepatah "dah jatuh ditimpa tangga (bertimpa-timpa)". miskin, keluarga porak peranda, n elemen paling penting, mesti nak sakit kronik.


bukan nak marah pasal sakit tu, xbaik lawan takdir, dah tuhan bg, aku ni sape la nak persoalkan sakit kronik yg org miskin ke, kaya ke, dapat tu. yg aku persoalkan, hospital kerajaan kan ade? dah kate bayor cukai, mcm2 jenis cukai kan. nape xguna facilities tu?


memang la hospital gomen ni terkenal dgn fi'il staff2 yg cengeng dan servis yg teruk, lembab mcm siput sedot. sedot siput sedot masak lomak pon xselombab servis hospital kerajaan. tu boleh dikatakan 70% betol dan aku setuju gak la.


TAPIIIII,


kalo sakit tu dah kronik takkan pulak dia nak letak ko bawah tangga? kalo dah teruk mmg kompem warded. paling tidak pon, dia bg next date yg terdekat utk appointment. sbb benda teruk dah kan. kalo xkronik, dia bg date lambat2. standard la tu. tahan je la kalo nak dapat servis benda murah kan. bayaran pon xla mahal. RM1 utk register. kalo takde guarantee letter, paling mahal pun ratus la kos perubatan termasuk surgeri, kos stay kat spital n ubat2 sume. idak le sampai berpuluh or ratusan ribu riban tahap xmampu nak mampos.


lagipun skang zaman KPI-KPI nih, dorang punya SOP keje sume pun dah standardized. fi'il2 staff tu masih ada tp yg ok pun ada. lambat mmg lambat. tp better la drp ko biar penyakit ko kronik tahap ulat sampah dah hurung. geli gila derr!!


so pengarah2 muvie ke drama ke, tlg la jgn tunjuk yg malaysia ni negara langsung tak membangun okkk. setiap daerah ada klinik kesihatan. kalo kronik dorang refer hospital, siap hantar naik ambulans lagi. malaysia tak 'batak' sgt lg weyy.. tolong la jgn tanamkan dalam minda rakyat kita sendiri bahawa hospital kerajaan tu kuno, even org miskin pun xnak pegi!!


Published with Blogger-droid v2.0.2
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea