sejak incik sailor balik kami duk umah sendiri. setakat hari ini, rumah ni takde pape masalah, selain masalah penyelenggaraan je la. biasa la tu. rumah, memang la kena maintain selalu kan.
kami ada sekor kucing nama kenit. kenit tido dgn kami setiap hari. kenit tak penah tido sorang2... eh sekor2 kalo saye dan/atau incik suami ade. sbb kenit jenis tak bole hidup takde org. dia xleh hidup keseekoran (keseorangan kalau utk manusia la).
semalam bila nak tido, mcm biasa rutin kami ajak kenit naik skali. incik suami tutup pintu bilik lain2 dan masuk dan kunci pintu bilik kami. kenit dah ada dalam bilik masa tu. dia tgh tgk aku gosok gigi kat toilet. ohh ye, maklumat tambahan, kami tido dlm master bedroom. so toilet pun dlm master bedroom la. ada 2 bilik lain lg menghadap master bedroom dan seperti yg telah dimaklumkan tadi, ianya telah dipastikan tutup oleh incik sailor.
biasanya masa kami nak tido, kenit tido kat bawah katil or elsewhere dulu. bila dah pukul 2-3 pagi baru kenit naik katil bermanja2 dgn aku (aku ni bantal busuk dia, dia akan urut n nyonyot leher aku utk lena). malam td, incik sailor main2 ngan kenit kat bawah katil dulu before tido.
harini, aku terjaga pukul 5 pagi. cari kenit atas katil, xde. aku kejut laki aku, mane kenit? dia bangun mamai2 cari. dlm seminit dua pencarian dia gagal. aku assume sbb bilik gelap dan laki aku mamai. walaupun kenit tu putih. dia dah check bawah katil, atas almari, dalam almari, dalam drawer, dalam toilet, belakang tv. takde. panggil2 si kenit tak menyahut langsung. biasanya kalo panggil dia tgh2 mlm ni mesti dia menyahut. sbb dia nak bermanja. tp ni, senyap.
pastu aku pulak bangun, cari. tempat yg sama tp kali ni dgn lampu terbukak. takde. incik sailor tgk tingkap, sume bertutup. tingkap yg kat toilet je ada, tp xmuat.
aku bukak pintu bilik. takde jugak. aku bukak pintu bilik yg menghadap bilik kami, masyaAllah... kenit terus kuar dan mengiau dr bilik tu. manja semacam, macam dah lama dia dah tunggu kt pintu bilik tu utk dikuarkan.
persoalannya,
camne kenit boleh kuar drp master bedroom yg pintu dan tingkapnya sume berkunci? even xde apa pon yg boleh akses melalui siling.
camne kenit boleh masuk bilik depan yg bertutup rapat dan tingkap pun tertutup?
kalaupun kenit mampu keluar drp bilik tu melalui tingkap toilet, dia xkan mampu utk masuk ke bilik depan sbb bilik tu langsung xconnect dgn master bedroom. dia kena lompat turun ke tingkat bawah dan panjat semula ke tingkat atas melalui pintu belakang rumah. yg mana, mustahil utk si kenit ni buat since dia pun kecik dan dia pun bersih halus mulus je. xde nampak apa2 kesan calar balar ke ape.
yg penting lepas keluar dr bilik tu, kenit mcm cuak n jd extra manja. tak henti2 ngiau. mcm takut. kalau la aku paham apa yg dia nak sampaikan, mesti aku tau ape yg menimpa kenit malam td.
so, ape dah jd sebenanye malam td? seriyau kami. makin pikir makin misteri jdnya. terus tido bepelok2 dgn kenit skali.
hanya Allah dan kenit je tau apa yg jd malam td.
0 comments:
Post a Comment