Tuesday, April 24, 2012

deting ;)

Posted by nikct at 4/24/2012 01:25:00 AM
ohh my... penat gilessss rasanya skang ni. semalam baru balik dari melaka then harini masuk opis. touch up submission. petang ke seremban pulak, part heard case. esok pagi ke shah alam untuk submission tu. petang ke seremban semula. dan kalau tgk ticker seblah tu, lebih kurang doploh hari je lagi bhai. mcm banyak keje opis tak tersetel lagi. dan baru tadi bos emel (jam 12.20 AM ye dia emel), suruh pegi meeting lagi, dikala sume orang kat opis tu pegi conference kat lumut, perak nu pulak. ohh my.. bila la nak cuti ni. ai tak sabau okkk

ok sebenanya bukan nak merungut pot pet pot pet pasal apa aku buat ke mana aku pegi pada hari ini yang pastinya sangattttlahhh membosankan tu. boringggg~~ yea i knoe.

semalam after dah abes kursus (sebenanye kemarin lagi habis, semalam check out je muahaha), lepas dah kemas barang, check out bagai, kami pon simpan barang-barang dalam kete. then kami mengambil keputusan agak gila la jugak dengan berjalan kaki daripada hotel tu untuk menyusuri beberapa tempat-tempat tarikan pelancong. wahh gitu. kami pulak jadi pelancong di negara sendiri haritu. coti-coti malaysia la kate kau...

melaka street map :)
  • kami mulakan dengan bismillah (ecececewaahhhh hahaha)
  • pastu daripada hotel (Mahkota Hotel) berhadapan Mahkota Parade (bertanda L dalam map atas nih) kami bergerak menuju ke Menara Taming Sari yang terletak seberang jalan tuh. menara tu tinggi 80 kaki kot. yg tak best bila duk dalam tu, takbleh nak berdiri nak amek gambar. memang kena dukkk je. boringgggg!!!
  • lepas dah melawat menara tu, kami gerak menuju ke kawasan Muzium Samudera, dalam 500 meter kot jaraknya.. takde la pulak dalam map ni. apa punya map. tak user frenly langsung... huh.. singgah shopping jap kat pasar depan muzium tu. kami dah macam pelancong daripada jepun since sume barang yang ada kat jepun incik sailor borong kat sini. lagi murah katanye. hahaha apedaaa... kalo tau awal2 xyah beli ape pon kat jepun tu, beli kat melaka je. dekat dan murah. huh..
  • lepas tu kami bercadang nak pegi stadthyus yg bertanda 1 dalam map tp tetiba incik polis kat balai yg bertanda D tu pulak panggil2 kami suruh makan cendol. mula-mula tolak sbb takut termakan kat kenduri kawen org tanpa dijemput tp pakcik tu kata "meh la, cendol ni untuk semua. sambutan hari polis ni". aku bilang "oo bole la jugak, bole hilang haus". incik polis tu cakap "haa minum cendol kompem hilang haus dikk" hahaha ada-ada je pakcik polis nih..
  • lepas dah pekena cendol, kami ubah hala tuju menuju ke A Famosa yg bertanda 5 dalam map. dah sampai situ, kami panjat Bukit St.Paul kot namanya (bertanda 4). ala yg kat belakang atas bukit dekat A Famosa tu laa. naik semput mak jemah tp ku gagahkan jua. rindu hiking n joking sangat kan.. haa amekkk kauuu!!
  • turun daripada bukit tu kami menuju ke Stadthuys, pastu pekena air kelapa n goreng pisang sattt kasi isi perot n hilangkan haus. almaklum la melaka sangat la pemes dgn cuaca panasnya.
  • dah puas bergambar kat situ kami tuju ke Jonker Street (yg bertanda 9 dalam map). pekena pulak cendol Jonker 88 kat situ. mak aii gula melaka dia memang pure terasa ke tekak ok!!
  • balik tu kami lalu kat jalan belakang jonker street, ada nampak la nyonya baba house (bertanda 10).
  • pastu kami ke jeti pelabuhan melaka tu, dekat2 la ngan tempat bertanda B dalam map.
  • then kami lalu semula balai polis tadi untuk pulang ke hotel, terserempak dgn incik polis FRU yang jaga sekor kuda nama Lasso kot. sempoi gila pakcik tu jalan ngan kuda takyah pegang tali pon. kuda tu ikut je arahan dia. mungkin dia babysit kuda ni dari tecik kot?? sempat la amek gambor skeping dua ngan Lasso..
  • lalu semula dataran pahlawan, mahkota parade dan kemudian, tadaaaaaa... sampai semula kat parking lot hotel.
masuk2 kete terus flat rasanya hahaha tp best la dapat kuar peluh camtu. tp yang tak best muka burn daa... aiyakkk. cair mekap makkkk hahahaha :D

best gila dapat deting. pasni taktau la sempat lagi ke tak nak berdeting ngan incik sailor. insyaAllah masa tu deting bertiga la pulak. kalo zaman bujang org kata yang ketiga tu adalah syaitonirrojimmmmm tp skang tidak lagi. ape tunggu lagi sila la kawen cepat2 :P

dalam kepenatan ada kehepian. hehehe

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea