Monday, April 2, 2012

hospital kerajaan kan ade?

Posted by nikct at 4/02/2012 01:51:00 AM

aku heran, tiap kali tgk drama melayu mesti nak ade kaitan ngan pepatah "dah jatuh ditimpa tangga (bertimpa-timpa)". miskin, keluarga porak peranda, n elemen paling penting, mesti nak sakit kronik.


bukan nak marah pasal sakit tu, xbaik lawan takdir, dah tuhan bg, aku ni sape la nak persoalkan sakit kronik yg org miskin ke, kaya ke, dapat tu. yg aku persoalkan, hospital kerajaan kan ade? dah kate bayor cukai, mcm2 jenis cukai kan. nape xguna facilities tu?


memang la hospital gomen ni terkenal dgn fi'il staff2 yg cengeng dan servis yg teruk, lembab mcm siput sedot. sedot siput sedot masak lomak pon xselombab servis hospital kerajaan. tu boleh dikatakan 70% betol dan aku setuju gak la.


TAPIIIII,


kalo sakit tu dah kronik takkan pulak dia nak letak ko bawah tangga? kalo dah teruk mmg kompem warded. paling tidak pon, dia bg next date yg terdekat utk appointment. sbb benda teruk dah kan. kalo xkronik, dia bg date lambat2. standard la tu. tahan je la kalo nak dapat servis benda murah kan. bayaran pon xla mahal. RM1 utk register. kalo takde guarantee letter, paling mahal pun ratus la kos perubatan termasuk surgeri, kos stay kat spital n ubat2 sume. idak le sampai berpuluh or ratusan ribu riban tahap xmampu nak mampos.


lagipun skang zaman KPI-KPI nih, dorang punya SOP keje sume pun dah standardized. fi'il2 staff tu masih ada tp yg ok pun ada. lambat mmg lambat. tp better la drp ko biar penyakit ko kronik tahap ulat sampah dah hurung. geli gila derr!!


so pengarah2 muvie ke drama ke, tlg la jgn tunjuk yg malaysia ni negara langsung tak membangun okkk. setiap daerah ada klinik kesihatan. kalo kronik dorang refer hospital, siap hantar naik ambulans lagi. malaysia tak 'batak' sgt lg weyy.. tolong la jgn tanamkan dalam minda rakyat kita sendiri bahawa hospital kerajaan tu kuno, even org miskin pun xnak pegi!!


Published with Blogger-droid v2.0.2

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea